Rabu, 27 Ogos 2008

Reaksi Kepada Kekalahan

Salam sejahtera. Tahniah kepada Parti PKR, Pakatan Rakyat dan DS Anwar Ibrahim di atas kemenangan di Permatang Pauh. Seperti yang pernah dicatatkan penulis, kemenangan DS Anwar memang sudah diramalkan.

Harus diingatkan kepada pembaca bahawa ini adalah laman blog ahli UMNO. Sudah tentulah kami akan memaparkan kisah dan catatan yang berpihak kepada UMNO. Jika kami menyokong Anwar, maka tidak logik laman web ini kekal sebagai laman UMNO. Kami tidak berpura-pura neutral 100%. Walau bagaimanapun, laman blog ini sudah berkali-kali mencatatkan rasa tidak puas hati dengan arah tuju parti UMNO.

Jadi sebagai renungan kepada ahli UMNO, terutamanya ahli UMNO Damansara Utama (yang bakal mengadakan mesyuarat cawangan pada 30.08.08, 2 petang), bacalah kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah, satu-satunya calon Presiden yang masih kekal ingin bertanding jawatan Presiden.

___________________________________________________________________

Statement on the Result of the Permatang Pauh By-Election

26 August 26, 2008
YBM Tengku Razaleigh Hamzah
Member of Parliament, Gua Musang
31 Jalan Langgak Golf
55000 Kuala Lumpur

Today, five months after we met with the biggest General Election loss in our history, UMNO has suffered a landslide loss at Permatang Pauh. This despite the mobilization of the entire leadership and resources of a party that has held the machinery of government without pause for fifty years. This despite a campaign that embarrassed and divided the nation with its ugliness. It is time to face the music: it is we who have been buried:

- Our leadership is rejected by the rakyat and, moreover, is rejected by our own members. BN’s vote count was less than the number of UMNO members in the constituency.

- Within and among our component parties we ran a poorly coordinated and listless campaign against a motivated Opposition.

- What scraps of credibility the Prime Minister and his Deputy had left after March 8 are gone.

Today’s report card, delivered to a Prime Minister who is accountable also as Liaison Chief of UMNO Penang and Chairman of BN, is impossible to hide: he does not have the minimal credibility needed to run the country day by day, let alone to take it in the new directions we need to go in a complex world. He may not have the credibility needed to keep the country together. This dangerous situation cannot continue, and it will not.

I appeal to the members of UMNO and of BN’s component parties to stand by UMNO in our hour of crisis, and to take a sober historical perspective. The people of Malaysia and along with them, Umno’s ordinary members, have found their democratic voice. They demand leadership that can be trusted to unite our people, to restore confidence in our institutions, and forge a clear national direction. Today is proof that this wave cannot be held back. UMNO must change. We must begin by renewing our Party leadership. I am confident that by December, we shall.

________________________________________________________________

Lain-lain berita:

Anwar angkat sumpah MP esok (Malaysiakini)

BN Akur Keputusan (Utusan Malaysia)

Selasa, 26 Ogos 2008

Will The Real Anwar Ibrahim Please Stand Up? (Malaysiakini)

Sekadar renungan dan tatapan pembaca. Pendapat ini disiarkan di Malaysiakini. Rumusan dalam Bahasa Melayu akan disediakan.

__________________________
Will The Real Anwar Ibrahim Please Stand Up?(Malaysiakini)
Rambo | Aug 25, 08 4:30pm

Like many rational Malaysians, I am concerned about the future of the country. The re- emergence of Anwar Ibrahim in Malaysia's political scene has resulted in a dynamic shift in politics.
MCPX

The fusion of his established charisma, intriguing persona and current events have contributed to this dynamic shift.

However, what concerns me is his brand of politics, relying on the message of ‘hope’ for Malaysians. Hope is abstract and is infinite. Anwar is likened to a painter drawing on an empty canvass where the only limitation is his imagination.

‘Hope’ can be anything he wants it to be. Anwar has his ears close to the ground. Through his extensive network, he understands the sentiments on the ground and he uses this as colours for the empty canvass.

But as a rational Malaysian, the concern is that his painting of Malaysia's future is based on what will get him in power and not on substantive policy on a sustainable basis. Does he really believe in what he is saying? Can we believe what he is saying? Can Anwar change Malaysia?

Many think he is the leader that will bring forth the hope and aspirations of all Malaysians. I think not. If we look at Anwar's track record as a leader, his time in Umno was tainted with claims of cronyism and corruption. He was known to be a man in a hurry, ousting Umno stalwart Ghafar Baba mercilessly.

Maybe some would argue that his time in confinement has given him a different perspective of life. Somehow, his few years away warrants his ‘knighthood’ as South East Asia's Nelson Mandela.

Because of his 'suffering', he now has the moral authority to be the messenger of hope for Malaysian politics. However, I would argue that the best proxy to judge his current leadership post-Umno is his management of his party PKR today.

The party, reflects the leader. After March 8 swept the nation, Anwar's PKR has fell short of voter's expectations. The Selangor government fiasco(s), the recent Perak ‘sex and money’ scandal all indicate that the message of hope somehow got lost in translation.
Zulkifli Nordin's recent actions prove that there is trouble brewing in the multiracial party. What is Azmin Ali stand? Saifuddin Nasution’s? Even worse, Anwar Ibrahim’s?

The differences runs deep in PKR and it indicates that there is no strong strand of belief that is holding them together.

Another clear indication of Anwar's true brand of leadership is the behaviour of Anwar's hardcore supporters. Reports of gangsterism involving local and international media, reports of disruptive behaviour towards women, all this reflects on the real leadership stand of Anwar Ibrahim.

As rational Malaysians, we must judge Anwar on real and tangible events and not merely as the harbinger of hope. Not all of us are rats of Hamelin that will follow his mesmerising tune into our graves.

The question that rational Malaysians must ask therefore is, will the real Anwar Ibrahim, please stand up? Decide once and for all is your motto ‘A New Dawn For Malaysia’ or ‘Lawan Tetap Lawan’?

Ahad, 24 Ogos 2008

Kenapa Kempen Barisan Makin Popular?

Tinggal 2 hari lagi untuk berkempen sebelum pilihan raya kecil Permatang Pauh. Hari ini dilaporkan di Malaysiakini bahawa ceramah Barisan semakin popular. Saingan Barisan, yakni DS Anwar (bukan Pakatan Rakyat, PKR dan lain-lain), tetap berjaya menarik minat penduduk, tetapi kenapakah kempen Barisan semakin rancak?


Premis-nya amat mudah. Kalau dilihat secara objektif, DS Anwar, Pakatan Rakyat, PKR, DAP, HINDRAF, mesej mereka, tindak tanduk mereka, penyokong mereka bukanlah SEMPURNA. Banyak kelemahan di dalam kem pembangkang yang seharusnya digunakan sepenuhnya oleh jentera Barisan Nasional untuk memastikan kejayaan.

DS Anwar dibayangi keengganan untuk mengangkat sumpah. Ceramah beliau pula tidak habis dengan topik yang sama dan mesej yang sama – konspirasi, konspirasi, konspirasi. Janji-janji tanpa sebarang polisi yang konkrit. Rekod sewaktu di dalam pentadbiran yang tidak boleh dibanggakan. Sejarah sebagai pejuang ABIM dan kerapatan bersama Gus Dur, seorang pemimpin yang juga penuh dengan kelemahan.

Pakatan Rakyat pula dengan konflik di antara parti-parti komponen yang tidak boleh bersetuju dalam isu asas seperti konsep negara yang akan diperjuangkan. PAS dengan negara Islam, DAP dengan konsep sekular. PAS mahukan Hadi, PKR mahukan Anwar. Masih banyak lagi kelemahan dalam Pakatan tersebut yang boleh dieksploitasikan.

A Firm No To Theocratic State (Malaysiakini)

PKR pula dipenuhi dengan individu-individu yang bila berkempen, menuduh Barisan itu dan ini tetapi sendiri kini bakal didakwa kerana pelbagai jenis salah laku. Kes-kes rasuah di PKR Selangor dan kini PKR Perak menunjukkan bahawa PKR ini hanyalah satu landasan untuk menaikkan DS Anwar tetapi tidak mampu mengawal tindak-tanduk ahli sendiri.

Dua Exco Perak Didakwa Isnin (Malaysiakini)

DAP juga tidak bebas daripada kritikan. Lihat sajalah apa yang berlaku apabila DAP diberi peluang mentadbir Pulau Pinang. Tidak pasal-pasal dua orang muda, walaupun mengharumkan nama negara, diberikan gelaran Datuk sebagai ganjaran. Tindakan Lim Guan Eng menggunakan ganjaran “Datuk” kepada atlet-atlet negara menunjukkan bahawa mereka juga bertindak seperti Barisan Nasional yang seringkali dikritik tentang isu gelaran Datuk. Si Menteri Besar juga lebih sibuk mencari kesalahan orang, dan masuk campur isu negara, daripada mentadbir negeri Pulau Pinang. Ditambah pula dengan cakap besar tentang pelaburan asing yang memperbodohkan rakyat Malaysia.

Bagaimana pula dengan PAS yang semakin hari semakin resah melihat bagaimana peranan mereka diperkecilkan di dalam Pakatan Rakyat? Walaupun ada 3 Menteri Besar di 3 buah negeri, PAS dilihat sebagai parti yang tidak mampu mengawal polisi dan retorik pemimpin Pakatan Rakyat. Sebagai sebuah parti Islam, adalah menyedihkan apabila melihat mereka turut bersekongkol mengkritik tindakan mengangkat sumpah di bawah nama Allah oleh seorang Muslim hanya kerana ketidak-sefahaman politik.

Pelbagai tindakan pembangkang yang sebenarnya menunjukkan kelemahan dan kedangkalan mereka. Apakah pendirian Pakatan dalam isu HINDRAF? Adakah HINDRAF benar-benar mewakili nasib rakyat berbangsa India, atau adakah mereka juga ekstremis yang tidak boleh menerima pendapat daripada orang lain?

Hindraf Leaders Arrested (Malaysiakini)

Pendek kata, daripada perspektif kelemahan pemimpin sehinggalah kepada tindak tanduk dan polisi mereka, Pakatan Rakyat boleh dikalahkan. Jadi persoalan sekali lagi adalah, kenapa begitu lambat untuk menarik minat pengundi Permatang Pauh?

Jawapannya amat mudah. Barisan Nasional sendiri mempunyai kelemahan. Bagaimana hendak mengkritik tentang peribadi pihak lawan jika personaliti yang memimpin juga dibayangi kontroversi? Jelas Khairy Jamaluddin adalah seorang penceramah yang berkebolehan, tetapi kerana UMNO tidak membendung keangkuhan dan tindak-tanduknya sebelum ini, beliau dijadikan musuh no. 1 rakyat oleh pembangkang. Jadi satu senjata Barisan harus disimpan.

Begitu juga dengan isu-isu lain. Bagaimana hendak cakap tentang rasuah jika Barisan juga dibayangi politik rasuah, sebagai contoh kes-kes dilaporkan di peringkat mesyuarat cawangan? Bagaimana hendak menggerakkan jentera, apabila ahli akar umbi masih ragu-ragu tentang kebolehan kepimpinan?

Jadi di sebalik kelemahan yang jelas dan tampak ini, persoalan sebenarnya bukanlah kenapa kempen semakin rancak, tetapi kenapa rakyat masih sanggup datang mendengar ceramah Barisan?

Pada pendapat penulis, jawapannya terletak pada naluri manusia juga. Mereka sudah tahu apakah yang akan disampaikan pembangkang. Sudah cukup mereka didedahkan tentang Najib dan Altantuya, Saiful dan Najib, Pak Lah dan Scomi. Kisah itu diulang-ulang dalam kempen sehingga tiada lagi yang boleh dihuraikan.

Sudah tiba masanya mereka mendengar kisah yang lain pula, kisah Anwar sewaktu beliau TPM, kisah Anwar dan penipuan-penipuannya, kisah bagaimana Anwar percaya dengan “perdagangan bebas”, bagaimana Anwar terlibat dalam perniagaan judi.

Seperti yang pernah dicatatkan penulis, kekalahan Barisan bukanlah kerana kekuatan DS Anwar (walaupun karismanya mempunyai faktor tarikan) atau “Pakatan” Rakyat, tetapi kerana kelemahan di dalam Barisan Nasional sendiri, kerana ketandusan pemimpin yang berkaliber, kerana polisi yang tidak menentu.

Penulis merayu kepada pembaca yang menyokong pembangkang kerana bencikan UMNO dan Barisan. Penyelesaiannya bukanlah dengan undi protes pihak pembangkang. Risikonya terlampau tinggi untuk bermain-main dengan masa depan negara.

Jawapannya terletak dengan mengembalikan semula semangat Barisan Nasional yang penuh toleransi dan kesefahaman, semangat Barisan yang menjaga kepentingan semua kaum, semangat Barisan yang inginkan kemakmuran dan kesejahteraan negara, semangat Barisan yang memperjuangkan kemerdekaan daripada pengaruh negara asing.

...

Rabu, 20 Ogos 2008

Berubah-ubah Wajah

Sudah menjadi satu kebiasaan bagi DS Anwar untuk berdolak-dalih dalam menjawab persoalan, dan sudah menjadi lagi satu kebiasaan untuk melihat DS Anwar berubah-ubah wajah mengikut kepentingan politik-nya.

Sewaktu di hadapan bangsa Melayu, beliau akan kata hak Melayu akan dipelihara, dan apabila di hadapan bangsa bukan Melayu, beliau akan menghina bangsanya sendiri.

Yang lebih sedih adalah DS Anwar lupa asal-usulnya. Mungkin setelah disanjungi media asing dan pemimpin-pemimpin luar Negara, beliau sudah lupa siapakah Anwar Ibrahim yang sebenarnya.

Dalam sebuah majlis, dilaporkan Anwar mengatakan bahawa semua kaum harus diberikan peluang yang saksama dalam bidang akademik.

“If the Malays are smart, let them rise. The same applies to Chinese and Indians,” he said. “Who benefits from this? Everyone.
“The Government benefits and so does the economy.
“But now, we uplift Malays who are not smart. Everyone loses and the share market drops.”

Adakah DS Anwar menyatakan bahawa sekarang orang Melayu yang dimasukkan ke IPT tidak bijak hanya kerana mereka menerima bantuan kerajaan dan sistem kuota?

Jika benar, maka harus diingatkan bahawa DS Anwar juga adalah produk daripada sistem kuota dan bantuan kerajaan. Dengan keputusan STPM yang lemah, jika diaplikasikan meritokrasi seperti yang diwar-warkan DS Anwar, maka beliau sudah tidak akan masuk ke Universiti Malaya.

Adakah beliau berjaya memasuki kursus ekonomi, undang-undang, falsafah, kejuruteraan, atau perubatan? Tidak. Kerana keputusan yang lemah beliau ke kursus Sastera Melayu. Adakah beliau kemudian berjaya dengan keputusan cemerlang? Tidak. Beliau lulus dengan Ijazah Am sahaja.

Bukan untuk merendahkan Universiti Malaya, kursus Sastera atau Ijazah Am. Penulis hanya ingin mengingatkan Anwar bahawa beliau adalah bukti terbaik bagaimana sistem kuota itu tidak semestinya melahirkan individu yang lemah, bodoh dan tidak boleh diguna-pakai (kalau pembaca menganggap Anwar kuat, bijak dan boleh diguna-pakai...)

Jika beliau benar-benar pemimpin berkaliber, bijak, jujur dan amanah, maka semua ini adalah produk dan hasil daripada sistem pendidikan berdasarkan kuota yang ingin dihapuskan beliau dengan begitu sahaja. Dalam erti kata lain, apabila beliau berkuasa, akan dihapuskan peluang untuk melahirkan lebih ramai individu sepertinya!

Sumpah Laknat

DS Anwar juga kini enggan untuk mengangkat sumpah dengan mengatakan bahawa ianya tidak mengikut landasan Islam. Dan beliau disokong oleh Karpal Singh yang mengatakan bahawa tindakan Saiful itu hampir menjadi kesalahan menghina makamah kerana kes itu masih belum selesai. Tidak cukup dengan itu, PAS juga ingin masuk campur dengan mengatakan bahawa tidak perlu bersumpah.

Sungguh hipokrit ahli politik. Jika pembangkang menuduh pemimpin Barisan hipokrit, mereka juga harus cermin diri sendiri dan melihat bagaimana mereka juga bercabang lidah!

Harus diingatkan bahawa dalam kes Sodomi I, DS Anwar mengadakan ceramah di seluruh negara dan bersumpah bahawa beliau tidak melakukan pertuduhan liwat. Malah dicabar pula Dr. M untuk mengangkat sumpah.

Kini, beliau mengatakan sebagai tertuduh, beliau tidak perlu mengangkat sumpah. Sungguh mudah mereka lupa!

Begitu juga dengan Karpal Singh, yang memang lebih ahli politik daripada seorang peguam. Jika benar tindakan Saiful yang mengangkat sumpah dianggap menghina mahkamah, bagaimana pula dengan tindakan DS Anwar yang mengadakan ceramah seluruh negara mengatakan ini semua konspirasi?

Bagaimana pula dengan tuduhan DS Anwar secara terbuka bahawa Saiful itu adalah boneka Barisan? Bagaimana pula dengan tindakan Wan Azizah menunjukkan gambar-gambar Saiful bersama beberapa pemimpin Barisan? Mana yang lagi bersifat prejudicial dan menghina proses undang-undang?

PAS pula dulu beria-ria menggesa Pengerusi SPR untuk bersumpah bahawa beliau tidak pernah melakukan penipuan. Kini, semuanya seakan menarik diri daripada isu sumpah ini, bagaikan sudah lupa bagaimana mereka sendiri mempercayai kesahihan sumpah dengan kalimah Allah.



Renung-renungkanlah bagaimana harapan masa depan negara – DS Anwar – hanya pandai putar belit dan tidak konsisten dalam pendiriannya. Memang penulis mengakui UMNO dan Barisan ada kelemahannya, dan pembangkang yang kuat akan memperkasakan lagi UMNO.

Tetapi penulis ingin menyeru bahawa jawapannya bukanlah terletak di tangan seorang individu yang sudah berkali-kali membuktikan beliau hanya konsisten dalam satu perkara - keinginan dan hasrat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.


...

Isnin, 18 Ogos 2008

RPK’s Should Show Us Proof

In another round of BN personalities v. Raja Petra of Malaysia-Today, prominent lawyer Datuk Shafee Abdullah has launched a personal crusade against the infamous Royal blogger who has now run afoul with almost anyone remotely connected to UMNO.


Look, we are no fan of Datuk Shafee, but neither are we against him. His demeanor and brave provocation of such a popular figure as Raja Petra must surely be an indication of how serious he view the scandalous remarks made against him.


We have always maintained that despite what is claimed by Raja Petra, his is NOT the voice of fairness and equality. Logically, wouldn’t the so-called ‘UMNO cybertroopers’ spammed Malaysia-Today? But you don’t see these comments, because RPK censures all negative comments from his blogs.

Therefore, and interestingly, Shafee has taken to state that since RPK and his cohorts are maintaining the exclusivity of the site, and has moderated the contents of the comments, both they and the commentators are liable for defamation.

The logic is there, but as often is the case nowadays when it involves people tied with UMNO, some refused to see it. Just in a case of a letter written in a newspaper that defames another person then both the writer and the editor may be sued for falsely publishing defamatory statements.

It is time, Raja Petra, for you to tell the truth, the whole truth and nothing but the truth. The best defense against a defamation suit is the truth. If you have evidence, for this country’s sake, just get on with exposing it.

Unless you’ve motives other than the interest of Malaysians.

Some Supporters Are Just the Same

Unfortunately, partisanship in Malaysia has reached a new low, with PR and BN supporters unable to differentiate fact from fiction. Just as they blindly follow the path of Raja Petra, so they are again blinded to the follies of their own people.


Everything bad that Pakatan Rakyat does MUST be the work of Barisan. Everything’s a conspiracy. This sets a dangerous precedent, especially in the future, if leaders continue to lay blame on others without accepting responsibility.


On the other hand, UMNO must remain cautious. As evident in Permatang Pauh, UMNO is hugely outnumbered. In Ijok it was an even match, with perhaps a few more groups of BN supporters, but now, 5 months after PRU 12, the game has changed. We are the underdogs, fighting for what we believe in.

That is why we are extremely upset to see the behavior of some of our own supporters in Permatang Pauh. Nothing could hurt our image more than some overzealous Pemuda and Puteri lots who should know better than to display behavior that will surely further galvanize support for Pakatan Rakyat.


Now that Pakatan Rakyat is in power in Penang, their supporters’ arrogance has replaced Barisan’s. This should be the time to reflect on our own actions in the past when OUR supporters outnumber the rest. Now that we know how it feels like to be on the other side, we should change for the better and be a little bit more humble.

Let them be the animals they want to be. We should stand up and say – this is a new dawn for UMNO. Be the best that we could be, and God-willing, victory will come our way.

...

Sabtu, 16 Ogos 2008

Pulau Pinang Menjadi Tumpuan

Hari ini merupakan hari penamaan calon bagi Pilihan-raya Kecil Permatang Pauh selepas kerusi itu dilepaskan oleh Wan Azizah. Suaminya, DS Anwar, mengorak langkah pertama dalam usaha ke “arah Putrajaya” dengan bertanding mewakili PKR.


Pencabarnya, Datuk Arif Shah Omar dari UMNO, mewakili Barisan Nasional. Ramai yang menjangkakan kemenangan besar buat DS Anwar.

Tetapi Anwar sendiri kini harus berdepan dengan isu yang bakal dibangkitkan berkali-kali dalam tempoh kempen selama 10 hari ini – adakah beliau akan bersumpah tidak terlibat dalam aktiviti liwat sepertimana telah dilakukan Saiful semalam?

Saya Diliwat Tanpa Rela - Saiful (Malaysiakini)

Tindakan Saiful pasti akan dikecam oleh penyokong fanatik DS Anwar, dan anti-UMNO, yang akan melihat masa ianya dibuat sebagai petanda ini satu lagi konspirasi menjatuhkan Anwar.

Harus ingat bahawa DS Anwar pernah berdalih tentang isu “sumpah” ini, dengan menggunakan alasan sebagai yang tertuduh, beliau tidak perlu “bersumpah” tidak melakukan liwat selagi yang menuduh tidak membuktikan atau “bersumpah” dahulu.

Jadi tindakan Saiful kini memaksa DS Anwar melakukan sesuatu. Beliau boleh terus berdalih, tetapi setiap kali beliau berdalih, semakin meningkat syak wasangka terhadapnya. Isu komen Khalid Ibrahim, isu forum Majlis Peguam dan keengganan Abdul Hadi untuk mengesyorkan Anwar sebagai Perdana Menteri akan bermain di minda pengundi Melayu Permatang Pauh.

Perkara yang terbaik yang boleh dilakukan DS Anwar, jika benar-benar telus dan ikhlas, adalah dengan turut bersumpah di hadapan pihak yang berkenaan.

Anwar Juga Harus Bermubahalah - Mufti Perlis (Utusan Malaysia)

Dengan cara itu, DS Anwar akan terus mematahkan satu lagi potensi serangan oleh pihak UMNO di Permatang Pauh. Persoalannya adalah, apa yang ingin ditunggu DS Anwar lagi? Bola kini di gelanggangnya.

Lim Guan Eng, please grow up!

Penulis tersenyum sinis setiap kali mendengar penyokong Pakatan Rakyat melaungkan nama Lim Guan Eng sebagai sinar harapan. Pada penulis, tidak seperti MB Perak, MB Pulau Pinang lebih gemar bertindak seakan seorang pembangkang daripada ketua negeri. Apakah yang telah diperkenalkan Guan Eng yang menampakkan perubahan drastik daripada gaya pemerintahan gerakan? Di manakah pilihan raya Majlis Perbandaran yang diperkatakan sebelum memegang kuasa?

Kini, beliau bertindak seperti kanak-kanak tentang isu debat bersama Koh Tsu Koon. Dengan menyimpan dokumen-dokumen penting, walaupun setelah diminta sekian lama, beliau telah menghalang Koh Tsu Koon untuk bersiap sedia.

I Will Debate Without Documents - Tsu Koon (The Star)

Dan kenapa pula dibangkitkan isu Pulau Pinang sebagai lokasi debat sedangkan isu itu tidak pernah dibangkitkan sebelum ini? Tindak-tanduk bercelaru seperti inilah yang membuatkan penulis tertanya-tanya sama ada semua ahli politik 2 x 5 sahaja. Kalau bezanya setakat naik kelas ekonomi, rasanya tahap kematangan politik rakyat masih cetek.

Tahniah Lee Chong Wei

Penulis ingin mengucapkan tahniah kepada Lee Chong Wei, pemain badminton No. 2 dunia, di atas kejayaan memasuki peringkat akhir di kejohanan Olimpik. Chong Wei mengalahkan Lee Hyun Il dari Korea Selatan 21-18, 13-21, 21-13. Dengan ini, Malaysia sudah sekurang-kurangnya mendapat pingat perak Olimpik. Jika Chong Wei, yang dilahirkan di Pulau Pinang, dapat mengalahkan Lin Dan dari China di perlawanan akhir, maka pingat emas akan menjadi milik negara.

Harapan Pingat (Utusan Malaysia)

Rabu, 13 Ogos 2008

Antara Rasional dan Agenda Politik

Isu komen Khalid Ibrahim tentang UiTM kini hangat diperkatakan oleh masyarakat Malaysia. Ini berikutan insiden hangat di hujung minggu membabitkan Majlis Peguam dan forum mereka yang menyentuh tentang hak pasangan bukan Islam dalam perkahwinan.

Pada pendapat penulis, isu-isu ini sekali lagi menunjukkan ketidakstabilan yang sedang dialami oleh masyarakat Malaysia semenjak beberapa tahun ini. Dari mulanya isu HINDRAF, sehingga ke kes-kes “sensitif” murtad, dan kini forum-forum daripada Majlis Peguam, semuanya seakan cubaan untuk mengoyak fabrik perpaduan yang dinikmati rakyat Malaysia.

Walaubagaimanapun, kadangkala emosi mengawal intelek sehingga mereka yang berpelajaran tinggi juga tidak mampu menilai situasi secara objektif. Di sini penulis ingin menyuarakan beberapa pendapat peribadi tentang isu-isu yang berbangkit.

Forum Majlis Peguam

Masyarakat Islam harus menerima bahawa ada isu besar di dalam penyelesaian kes-kes rumit di mana pasangan bukan Islam tidak dapat menuntut hak dalam perkahwinan apabila pasangannya masuk Islam, biasanya tanpa pengetahuan pasangan bukan Islam

Kerajaan telah membentuk satu jawatankuasa untuk meneliti situasi ini dan memberi cadangan untuk menyelesaikannya. Malangnya, sehingga kini ianya tinggal satu lagi jawatankuasa seperti beratus lagi jawatankuasa yang tiada penyelesaian

Jika jalan penyelesaian yang adil dan saksama dapat dicapai dari awal menerusi usaha kerajaan yang serius dan telus dalam mencari jalan penyelesaian, maka isu-isu ini tidak lagi menjadi topik perbincangan

Walaubagaimanapun, penulis berpegang teguh pada pendapat bahawa Majlis Peguam seharusnya lebih peka tentang bagaimana politik boleh memainkan emosi rakyat dan memecahbelahkan masyarakat.

Topik dan ahli panel yang dijemput, malah laporan tentang perjalanan forum tersebut, jelas menggambarkan bahawa memang sebenarnya niat Majlis Peguam adalah jujur dan telus, tetapi niat yang baik tidak menghalalkan cara.

Tidak ada yang dapat diselesaikan melalui forum terbuka yang menjemput mereka yang tidak terbabit untuk turut mendengar masalah-masalah ini SEAKAN ingin menarik sokongan daripada golongan bukan Islam untuk menyokong pendirian mereka. Adakah para hadirin forum dapat melakukan perubahan? Adakah para hadirin forum dapat mengubah undang-undang atau meluluskan dasar polisi?


Apakah keuntungan yang dapat dicapai? Jika forum berterusan, kesannya hanyalah segolongan rakyat Malaysia akan lebih memahami isu ini, dan ianya akan dilaporkan di media massa, dan bertambah resah kaum bukan Islam terhadap agama Islam. Reaksi daripada kaum Islam tak perlulah dicatit di sini.

Jika Majlis Peguam memang ingin melakukan perubahan yang boleh memberi kesan tentang isu ini, mereka harus bergabung tenaga dan menggunakan “kuasa 13000 ahli” mengatur perjumpaan tertutup melibatkan peguam berpengalaman, hakim-hakim, para ahli ulama, dan pemimpin-pemimpin agama lain. Tujuan perjumpaan ini adalah untuk datang dengan satu jalan penyelesaian yang boleh diterima pakai.

Majlis Peguam kan begitu berkuasa. Penulis pasti setakat mengatur perjumpaan sebegini bukanlah satu masalah bagi mereka.


Kemudian baru adakan forum BUKAN secara terbuka dengan menjemput wakil-wakil rakyat dari pelbagai kaum. Terangkan secara terperinci masalah yang dihadapi, dan cadangan daripada perjumpaan sebelum ini. Penjelasan dan penerimaan daripada ahli-ahli ulama tanah air amatlah penting agar tidak ada mesej yang disalah tafsir.

Akhir sekali, barulah cadangan dibentangkan di hadapan rakyat. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya proses penapisan telah dilakukan, dan tiada lagi omong-omong kosong yang bertujuan hanya untuk meraih simpati atau menambahkan kemarahan.


UiTM untuk Bukan Bumiputera

Sebagai seorang alumni UiTM, penulis rasa penulis berhak bersuara tentang isu ini. Cadangan Khalid Ibrahim untuk melonggarkan syarat kemasukan sudah pasti menerima tentangan kaum Bumiputera, terutamanya kaum Melayu.


Pada pendapat penulis, tidak kira UiTM, atau UKM, atau UM, yang penting adalah peringkat awal persekolahan anak-anak Melayu. Proses intergrasi dan pembentukan minda sebenar bermula dari awal lagi. Jika sistem persekolahan peringkat rendah dan menengah tidak menggalakkan daya kompetitif di kalangan pelajar, maka tidak akan ada bezanya di peringkat Universiti.


Oleh itu, satu pendekatan holistik harus diambil oleh Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan daya kompetitif Bumiputera, dan merapatkan jurang antara kaum. Membuka kuota di UiTM kepada bukan Bumiputera tidak akan mengatasi secara penuhnya masalah yang membelenggu graduan Bumiputera dan masalah intergrasi antara kaum.

Bukan pendidikan sahaja yang membawa kepada perpecahan kaum. Pemimpin juga harus melihat sendiri tindak tanduk mereka yang memainkan isu perkauman. Ibu bapa juga harus melihat cara mereka mendidik anak-anak agar tidak percaya kepada kaum lain, tanpa menyedari bahawa tindakan mereka ini hanya akan melahirkan generasi yang pesimis, dan tidak bersatu, demi tanah air tercinta ini.


...

Jumaat, 8 Ogos 2008

Strategi Anwar Ke Puncak Kuasa

Beliau dicintai dan dibenci, dihormati dan dicaci, disokong dan dibangkang. Itulah enigma DS Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri, dan kini khabarnya bakal Perdana Menteri Malaysia. Pengumuman Wan Azizah untuk melepaskan kerusi parlimen Permatang Pauh membuka ruang kepada DS Anwar untuk kembali secara rasmi ke dalam dunia politik tanah air.

26 Ogos bakal menjadi tarikh keramat buat DS Anwar. Melainkan berlaku sesuatu yang ajaib, penulis menjangkakan DS Anwar akan dinobatkan pemenang pada 27 Ogos. Bermakna pada sambutan kemerdekaan ke-51, Malaysia akan melihat satu anjakan paradigma dalam arena sosio-politik tanah air. Setelah 50 tahun berkuasa, besar kemungkinan inilah detik permulaan kejatuhan institusi Barisan Nasional dan lebih spesifik, UMNO.

Penulis bukan seorang yang pesimis, tetapi jelas melalui tindak tanduk DS Anwar bahawa beliau kini mempunyai kelebihan dalam permainan politik tanah air. Segala kata-kata beliau telah menjerat kerajaan kepimpinan Pak Lah, yang tidak mampu untuk mengubah keadaan sama ada kerana kelemahan pendirian, kekurangan sokongan dari akar umbi atau ketidak cekapan.

Semenjak PRU 12, sebarang usaha Barisan Nasional untuk mengawal “permainan” telah dipatahkan oleh DS Anwar. Apabila Pak Lah cepat mengumumkan pelan rombakan dalam sistem perundangan dan pencegahan rasuah, ramai yang menganggap ini adalah strategi untuk mengurangkan kelemahan yang boleh dieksploitasikan oleh Anwar.

Malangnya, kerana tidak memegang kuasa mutlak di kalangan jemaah kabinet, usaha untuk reformasi menemui jalan buntu, dan rakyat Malaysia kembali kecewa dengan kelembapan perubahan dalam institusi-institusi kerajaan.

Jelas keputusan untuk menaikkan harga minyak secara mendadak dijadikan landasan “fasa kedua” serangan DS Anwar terhadap Pak Lah. Gelarlah beliau apa-apapun, tetapi dari tindak tanduk dan percakapan, DS Anwar telah berjaya menambat hati masyarakat dengan janjinya untuk merendahkan harga minyak sebaik sahaja beliau mengambil alih kerajaan.

Tidak habis dengan isu minyak, kini kes sodomi kembali ke persada politik. Dan kalau ada di kalangan UMNO yang menganggap tuduhan sodomi ini akan menjatuhkan Anwar, jelas sangkaan mereka meleset sama sekali. Lihat sahaja bancian yang menunjukkan bahawa majoriti rakyat Malaysia tidak percaya tentang tuduhan ini.

DS Anwar pandai menggunakan peluang ini untuk membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kepimpinan UMNO. Teori konspirasi dibangkitkan. Setiap penahanan dan soal siasat digambarkan bagai satu penyiksaan. Dari awal lagi, DS Anwar telah menetapkan di dalam kepala bakal pengundi bahawa ini semua satu tuduhan tidak berasas.

'Impossible to Expect Fair Trial' (Malaysiakini)

Ada desas-desus menyatakan bahawa di dalam UMNO sendiri ramai pemimpin yang tidak bersetuju bahawa kes Anwar ini dibawa ke mahkamah. Malangnya, mungkin kerana penasihat strategi yang salah, ataupun polis yang ingin membalas dendam, kes ini tetap disampaikan kepada Jabatan Peguam Negara.

Pendedahan laporan kesihatan pertama Dr. Osman dari Hospital Pusrawi melemahkan lagi kes terhadap DS Anwar. Datuk Idrus, seorang yang lebih berkaliber dan berkebolehan dari Gani Patail, terjerat dengan satu situasi yang amat sukar.

Tetapi sejurus Anwar disuruh hadir ke mahkamah, DS Anwar dengan bijaknya telah mengatur strategi untuk mengawal prosiding. Beliau menyatakan keyakinan terhadap Datuk Idrus dan pasukan di J.Peguam Negara, dan meletakkan tanggungjawab ke atas Pak Lah, beberapa golongan dalam UMNO dan pasukan polis yang diketuai IGP Musa Hassan, orang sama yang terlibat dalam kes 1998.

Anwar Pleads Not Guilty (Malaysiakini)

Dengan cara ini, beliau telah berjaya membuat pihak pendakwaraya sebagai hero yang terjerat dengan mainan politik terhadapnya. Jika anda pendakwaraya, adakah anda lebih bersimpati dan jujur apabila tertuduh tidak menyalahkan anda, atau jika dia menuduh anda terlibat dalam konspirasi?

Pasukan peguambela beliau juga dengan bijak member tekanan kepada mahkamah dengan secara bersahaja memberitahu bahawa jenayah sodomi adalah jenayah “non-bailable” tetapi biasanya ikat jamin diberikan. Dengan pengumuman sebegini, jika mahkamah mengumumkan tiada ikat jamin, maka mereka telah melakukan sesuatu yang luar biasa!

Kenyataan demi kenyataan yang sebenarnya boleh dianggap "prejudicial" diumumkan tanpa segan silu untuk mendapatkan sokongan rakyat. Pejabat kehakiman bukanlah malaikat yang tidak membaca akhbar atau melayari internet. Siapakah yang cukup berani untuk menentang arus kebencian yang meluak-luak di kalangan "rakyat jelata" dan mensabitkan DS Anwar? Beliau akan dituduh menerima rasuah, tidak adil dan tidak berprinsip, melainkan beliau membebaskan DS Anwar!

Jadi tidaklah mengejutkan bahawa DS Anwar kali ini diberikan ikat jamin. Terus penyokong mengatakan bahawa ini adalah kemenangan pusingan pertama terhadap Anwar, dan bahawa sistem kehakiman telah menunjukkan bahawa mereka boleh berlaku adil saksama. Dalam erti kata lain, jika mahkamah tidak mengikut telunjuk dan “nasihat” DS Anwar dan penyokongnya, maka mereka telah berlaku “tidak adil”. Keadilan hanya boleh berlaku jika semua mengikut kata DS Anwar.

Begitu juga situasi di Permatang Pauh, di mana DS Anwar dari awal lagi membangkitkan isu pengundi “hantu” dan politik wang untuk membenam di minda pengundi bahawa jika beliau kalah, sudah pastilah kerana faktor luaran. Dalam erti kata lain, tidak mungkin beliau kalah jika pengundian bebas dari anasir luaran.

Beliau kembali yakin dengan tarikh 16 September. Dengan tuduhan penyalahgunaan kuasa terhadap Pak Lah dan Najib, posisi kepimpinan semakin lemah. Semuanya bergantung dengan apa yang berlaku di antara sekarang dan 26 Ogos. Pada pendapat penulis, pada trajektori sokongan sekarang, jika tarikh 16 September di boleh dipenuhi, peralihan kuasa tetap akan berlaku satu hari nanti.

Comfortable Number for September 16 (Malaysiakini)

Persoalan yang sekarang pasti bermain di fikiran rakyat, termasuklah ahli UMNO, apakah implikasi apabila DS Anwar kembali ke Parlimen, dan adakah ianya lebih buruk daripada membiarkan kerajaan Barisan Nasional terus memerintah?

Pada pendapat penulis, inilah yang dinamakan pengorbanan sebenar. Menerima kekalahan, demi membuang tabiat dan individu yang telah menjatuhkan martabat UMNO dan memesongkan perjuangan sebenar Barisan Nasional. Menerima kekalahan agar usaha pemulihan UMNO dapat dimulakan secepat mungkin. Menerima kekalahan demi menyelamatkan bangsa, agama dan negara.


...

Rabu, 6 Ogos 2008

PENENTANGAN SECARA TERBUKA TERHADAP PAK LAH

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Pergerakan UMNO, dengan mengumumkan pelan “peralihan kuasa” telah berjaya membisukan pemimpin-pemimpin seperti Muhyiddin Yassin dan pembesar-pembesar UMNO yang lain.

Walaubagaimanapun, di peringkat akar umbi, keputusan yang dibuat itu seakan-akan menidakkan peranan penting ahli akar umbi untuk membuat pilihan tentang arah tuju dan masa depan UMNO.

Yang jelas, sudah banyak cawangan UMNO mengeluarkan usul menentang pelan peralihan kuasa sama ada dengan mencadangkan Presiden digantikan, atau pelan dipercepatkan. Relevan kepada UMNO D.U adalah usul dari Cawangan Kelana Jaya Baru yang jatuh di Bahagian Petaling Jaya Utara yang mencalonkan Muhyiddin sebagai Presiden.


Pak Lah terus diasak oleh surat bertarikh 11 Julai 2008 (dan kini disebar luas) oleh Kapt (B) Dato’ Zahar, Ketua UMNO Petaling Jaya Selatan, yang menggesa tindakan diambil di atas tindak tanduk Pak Lah dan Najib yang menggunakan badan kerajaan untuk berkempen jawatan Presiden serta Naib Presiden.


Isu yang dibangkitkan bukanlah isu baru kerana sesi “pertemuan” antara Pak Lah dan pemimpin-pemimpin cawangan dan bahagian telah dilaporkan sebelum ini, lantas melahirkan rasa tidak puas hati di kalangan ahli akar umbi UMNO. Cuma belum ada yang berani secara terbuka membuat aduan tentang penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin UMNO yang melanggar Tataetika 2008 yang diluluskan Majlis Tertinggi sendiri.

Susulan daripada surat terbuka ini, Dato’ Mazlan Harun semalam membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah mengadu Pak Lah dan Najib menyalahgunakan kuasa. Penggunaan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Penerangan, dalam mengaturkan pertemuan dengan ketua-ketua cawangan dan bahagian dianggar melibatkan kos sehingga RM80 Juta.


Penulis berpendapat bahawa sebarang siasatan dan aduan kepada badan UMNO mahupun kerajaan tidak akan membuahkan sebarang hasil. Tetapi ianya satu lagi petanda bahawa populariti Pak Lah dan Najib kian merosot.

Penulis meramalkan bahawa perpecahan di dalam UMNO ini akan menyebabkan jentera pilihan raya UMNO di Permatang Pauh akan bertindak separuh tenaga sahaja. Mana tidaknya, di Permatang Pauh pun UMNO ada berpuak-puak. Tugas Najib semakin sukar.

Melainkan taktik-taktik kotor digunakan, penulis yakin DS Anwar akan menang dengan mudah kerusi Permatang Pauh. Kekalahan ini akan menjadi kekalahan pertama Barisan Nasional di dalam pilihan raya kecil dalam masa 4 tahun. Jika UMNO kalah, maka ahli-ahli UMNO akan lebih berpecah belah.


Nasib baik mesyuarat cawangan akan tamat sebelum keputusan Permatang Pauh diumumkan. Kalau dilakukan selepas pilihanraya Permatang Pauh, nescaya lebih banyak cawangan yang akan mencadangkan Pak Lah diganti secepat mungkin.

Jelas di mata penulis bahawa Pak Lah dan Najib sudah hilang populariti di kalangan masyarakat umum. Masalah bagi kebanyakan ahli akar umbi UMNO dan juga rakyat Malaysia adalah ketandusan pemimpin berkaliber yang mampu mengembalikan semangat Barisan Nasional dalam mencapai kemajuan buat tanah air tercinta ini.

Seperti dikatakan Tun Dr. Mahathir, Pak Lah kini PM bukan semata-mata kerana mantan PM memilihnya. Pak Lah sudah naik ke peringkat tertinggi UMNO kerana pilihan dan undian ahli-ahli UMNO sendiri.

Jadi masalah ketandusan pemimpin berkaliber harus dilihat dari peringkat akar umbi, dalam pemilihan pemimpin masing-masing. Pemimpin-pemimpin teratas UMNO di pilih oleh pemimpin-pemimpin Bahagian, yang terdiri dan dipilih daripada pemimpin-pemimpin peringkat Cawangan.

Mereka ini dipilih oleh anda, ahli akar umbi, maka tanggungjawab bermula di peringkat cawangan. Jika yang diinginkan adalah pemimpin yang cekap, amanah, bijak dan berjiwa mulia, maka dari peringkat cawangan pemimpin-pemimpin sebegitu harus dipilih.

Tetapi sekarang laporan demi laporan diterima mengatakan mesyuarat cawangan dibayangi politik wang. Malah, beberapa cawangan melaporkan pergaduhan. Ada yang begitu "bersemangat untuk berjuang demi bangsa, agama dan negara" sehingga sanggup memukul dengan kayu golf!


Buat masa sekarang, hanya Muhyiddin Yassin, Tengku Razaleigh dan Rais Yatim yang dicalonkan di peringkat cawangan. Siapa lagi yang boleh menyertai golongan ini? Persoalan inilah yang menjadi punca utama masalah yang melanda UMNO sekarang ini.

...


Bendera terbalik adalah petanda antarabangsa bahawa negara dalam "extreme distress". Kempen ini diterangkan dengan mudah oleh Rocky Bru, dan lebih lanjut di Kickdefella,

Walaupun ada yang akan mempertikaikan tindakan sebegini, pada penulis ini adalah satu cara mudah untuk rakyat Malaysia menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap masalah-masalah yang membelenggu masa depan tanah air tercinta ini. Ini bukan tanda tidak hormat, tetapi sebaliknya.

Adakah keadaan sekarang ini yang diinginkan pejuang-pejuang kemerdekaan? Adakah mereka akan rasa terhina bendera diterbalikkan, atau adakah mereka akan lebih terhina melihat arah tuju tanah air yang mereka telah bersusah payah berusaha untuk kemerdekaan?

...

Isnin, 4 Ogos 2008

Teori Ekonomi DSAI Menimbulkan Persoalan

Pada hujung minggu yang lalu, beberapa perkembangan telah menaikkan keresahan penulis tentang masa depan Barisan Nasional. Di antaranya adalah pengumuman Muhyiddin bahawa beliau akan mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO (The Star) yang beliau menang secara tipis di tempat ketiga sewaktu pemilihan parti yang lalu.

Di antara perkembangan lain adalah kemasukan Dr. Tan Yee Kew ke PKR bersama lebih kurang 2 000 penyokong-nya (Malaysiakini). Dr. Tan adalah bekas naib ketua Wanita MCA dan Setiausaha Parlimen MITI. Walaupun ini sudah diramal sejak awal bulan lepas, tetapi melihatnya berlaku pastilah meresahkan mereka yang sayang akan kerjasama akrab antara parti-parti komponen Barisan Nasional.

Walaubagaimanapun, fokus penulis kali ini adalah ucapan DSAI sewaktu menyambut kemasukan Dr. Tan di Klang (Malaysiakini). Beberapa isu ekonomi dibangkitkan oleh DSAI. Di sini penulis ingin mengambil peluang membincangkan beberapa isu berbangkit.

Klik sini untuk menontoh klip YouTube ceramah tersebut.

1. Sebagai negara pengeluar, harga domestik juga haruslah murah.

DSAI menggunakan pengeluaran kereta sebagai satu contoh. Beliau katakan Mercedez Benz (ya, yang sama dinaiki Ahmad Said dan geng dengan gembira) lebih murah di Germany berbanding apabila dieksport. Beliau juga beri contoh Proton, yang murah di Malaysia, kerana dikeluarkan di Malaysia.

Pendek kata, teori beliau adalah negara pengeluar sesuatu produk sepatutnya menerima produk itu pada harga yang lebih murah.

Pada pendapat penulis, menyamakan antara kereta dan minyak bagaikan bumi dengan langit. Malah, jika digunakan perumpamaan kereta, maka sekarang ini rakyat Malaysia sedang membayar harga yang sepatutnya. Kenapa?

Harga rendah Merc dan BMW dan jenama-jenama lain di negara asal mereka bukanlah kerana kereta itu disubsidikan, atau dijadikan lebih murah dari harga pasaran dunia, tetapi kerana tidak perlu membayar cukai eksport, duti, eksais, kos pengangkutan, kos pemasangan semula dan lain-lain kos yang menambahkan harga kepada harga pasaran akhir.

Dalam erti kata lain, jika kita buang kos-kos sampingan seperti di atas daripada harga BMW di Malaysia dan di Germany, maka harga pasarannya tidak akan begitu berbeza. Harga BMW di Malaysia juga akan murah. Harga BMW di Germany murah bukan kerana subsidi kerajaan atau menjual harga di bawah harga pasaran.

2. Daniel Yergin, pakar harga minyak dunia, meramalkan $135 sebagai “break point”

DSAI memetik teori Daniel Yergin yang bertentangan dengan teori Peak Oil yang diperkenalkan oleh M. King Hubbert. Pendek kata, Daniel Yergin menyatakan bahawa $135 adalah harga paling tinggi sebelum harga akan jatuh.

Daniel Yergin sememangnya seorang yang dihormati masyarakat dunia, tetapi ini tidak bermakna ramalan beliau tepat selama-lamanya. Malah, ramalan beliau selama ini lebih banyak tidak tepat daripada tepat.

Pada Jun 2007, beliau meramalkan bahawa harga minyak akan jatuh ke bawah $60 bermula dari awal 2008. Jelas kini, apabila minyak sudah mencecah rekod $147, ramalan beliau meleset.


Pelbagai faktor menyumbang kepada kenaikan harga minyak – ketidakstabilan politik, peningkatan permintaan, penguncupan pengeluaran, peningkatan kos dan pelabur spekulasi – dan ini diakui baru-baru ini oleh Daniel Yergin. Tetapi beliau percaya bahawa semua ini akan diatasi melalui kemunculan teknologi baru yang akan meningkatkan pengeluaran.

Betul atau tidak ramalan ini, ianya bercanggah dengan ramalan umum bahawa harga minyak akan terus meningkat, melainkan berlaku penguncupan permintaan yang mendadak. Inilah yang berlaku baru-baru ini apabila harga minyak jatuh secara mendadak ke paras lebih $120.


Walaubagaimanapun, penulis ingin memetik kata presiden OPEC, bahawa jika politik dunia kembali stabil maka ada kemungkinan harga sebenar minyak akan berada lebih kurang $78. Ini adalah satu berita baik kerana akan melihat lebih banyak penjimatan yang boleh disalurkan kepada rakyat.

Antara "Full Subsidy" atau "Targeted Subsidy"

Dalam isu ini, penulis memahami teori “kebocoran” DSAI dalam perbelanjaan yang mengurangkan kemampuan kerajaan menyalurkan wang kepada rakyat. Penulis mengakui dari segi ekonomi bahawa potensi penjimatan lebih tinggi jika elemen-elemen rasuah dan gila kuasa dihapuskan dalam sistem ekonomi Negara.

Penulis bukan anti-subsidi, tetapi penulis merasakan mekanisma subsidi haruslah diperbaiki agar benar-benar membantu mereka yang memerlukan. Sebagai contoh, sejumlah wang yang dijimatkan oleh kerajaan melalui pengurangan subsidi minyak disalurkan semula kepada golongan di bawah RM 2000 sebulan seorang.

Penyaluran semula ini pula berbeza-beza mengikut tanggungan dan jumlah pendapatan. Sebagai contoh, seorang lelaki bujang dengan pendapatan RM 2000 sebulan akan mendapat bantuan kad debit bernilai RM 100 sebulan, tetapi yang menanggung keluarga dengan seorang isteri dan 3 anak mungkin akan diberikan kad debit bernilai RM 400 sebulan. Kad debit ini boleh digunakan untuk petrol atau keperluan lain (memandangkan anak kecil tidak menggunakan petrol tetapi peningkatan harga petrol membebankan mereka juga).

Ini hanyalah cadangan kasar, tetapi kalau penulis yang tiada pengalaman ekonomi boleh memberi cadangan alternatif, kenapa tidak kerajaan ataupun DSAI?

Penulis seronok mendengar ceramah DSAI, tetapi persoalannya adalah : adakah beliau mengkaji ekonomi sebelum mencapai keputusan polisi, ataupun mencapai keputusan polisi dahulu sebelum mencari bukti untuk menyokong hujahnya?

...

Ahad, 3 Ogos 2008

Students Give Pak Lah Tough Time (Malaysiakini)

Students Give Pak Lah Tough Time (Malaysiakini)

Sebagai salah seorang yang berada di dewan sewaktu sesi tersebut, adalah amat memilukan apabila melihat anak-anak muda, baik dari golongan pelajar, mahupun profesional, menggeleng kepala mendengar ucapan Pak Lah.

Pak Lah harus sedar bahawa menjelang PRU 13, golongan-golongan ini akan menyumbang 4 juta pengundi baru. Sebagai golongan muda, mereka juga lebih berani bersuara. Maka persediaan menghadapi golongan bijak pandai sebegini haruslah lebih rapi.

Jika ada sesuatu yang positif penulis boleh ambil daripada sesi PM adalah kebolehan beliau untuk berbahasa Inggeris secara bersahaja tetapi kemas dan fasih, satu peningkatan berbanding beberapa tahun dahulu.

Tetapi penulis amat kecewa apabila Pak Lah memerangkap diri sendiri apabila tidak sedar tajuk ucapan beliau tentang "Holistic Development".

...

Sabtu, 2 Ogos 2008

Sedarlah Wahai UMNO...

Jelas. Buktinya cukup jelas. Tidak pernah ahli UMNO dianggap begitu rendah, sungguh dibenci dan dicaci. Secara terbuka UMNO dibelasah oleh rakyat. Mungkin ada ahli dan pemimpin yang masih tidak mengaku bahawa PRU 12 adalah kesalahan UMNO. Tetapi reaksi balas dan tindak tanduk rakyat sehingga sekarang jelas menunjukkan tahap ketidak-puasan yang begitu besar.


Kajian melalui pungutan suara yang dilakukan oleh sebuah badan berkecuali, Merdeka Centre, menunjukkan bahawa rakyat cukup tidak berpuas hati dengan Pak Lah, UMNO dan arah tujuan negara tercinta ini.

Kesimpulannya adalah (dipermudahkan):

  1. Lebih 5 daripada 10 orang menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Pak Lah. Sebelum PRU 12, lebih 6 daripada 10 orang berpuas hati dengan Pak Lah, tetapi jumlah itu semakin berkurangan sehinggalah kajian terbaru ini.
  2. Jadi mungkin ada yang mahu Najib jadi PM. Tetapi bancian menunjukkan hampir 5 daripada 10 orang tidak yakin dengan kebolehan Najib, manakala hanya 3 daripada 10 yang yakin dengannya.
  3. Tidak mengejutkan apabila Barisan Nasional juga mempunyai tahap ketidak puasan yang sama dengan Pak Lah. Ini sangat merugikan kerana hanya separuh daripada 10 orang merasakan rasa puas hati terhadap Pakatan Rakyat.
  4. Lebih daripada separuh rakyat Malaysia tidak yakin dengan kebolehan Barisan menunaikan janji-janji mereka.
  5. 6 daripada 10 merasakan bahawa sebarang penjimatan subsidi berikutan kenaikan harga minyak akan sampai ke “kroni-kroni” Barisan.
  6. Paling menyedihkan adalah lebih 5 daripada 10 rakyat Malaysia TIDAK PUAS HATI terhadap UMNO manakala hanya 4 daripada 10 yang berpuas hati.
Lebih 1000 orang rakyat Malaysia dipilih secara rawak mengikut demografi negeri, bangsa, umur dan jantina untuk menunjukkan perwakilan yang paling tepat dengan realiti masyarakat Malaysia. Peratus kesilapan adalah lebih kurang 3%.

Adakah pemimpin UMNO, dari peringkat atasan sehingga ke peringkat cawangan, akan terus mengabaikan bancian ini? Ya, mungkin akan muncul pula bancian “alternatif” yang memaparkan gambaran lebih indah. Ada yang akan mempertikaikan kredibiliti Merdeka Centre, dan mereka berhak melakukan sedemikian.


Tetapi penulis tidak perlu bancian untuk mengetahui sentimen rakyat sekeliling. Di pejabat penulis, di sebuah syarikat terbesar di Malaysia, di mana penulis bergaul dengan berpuluh-puluh individu dari pelbagai kaum, sudah jelas bahawa UMNO tidak lagi dihormati, malah sehingga ke tahap yang dibenci.

Bangunlah wahai ahli UMNO. Lakukan perubahan. Anjakan paradigm dalam pemikiran orang Melayu dan bukan Melayu sudah mula berlaku. Adakah UMNO akan turut mengadaptasikan diri demi kepentigan bersama, atau terus kaku dengan cara dan polisi yang menguntungkan sesetengah orang sahaja?

...