UMNO Cawangan Damansara Utama ingin mengucapkan tahniah kepada YB Senator Dato' Ikhwan Salim kerana berjaya mempertahankan jawatan Ketua Bahagian UMNO Petaling Jaya Utara. Keputusan dicapai di dalam satu Persidangan Sesi Ke-2 di Hotel Singgahsana malam semalam setelah keputusan seri yang dicapai dalam Persidangan Bahagian 26 Oktober lalu.
Pencabarnya Datuk Zainudin Abdul Rahman berjaya memperoleh 121 undi berbanding 125 yang berpihak Dato' Ikhwan. Majoriti 4-undi ini menamatkan kempen untuk Ketua Bahagian yang boleh dianggap cukup intensif dan agresif.
Walaubagaimanapun, penulis risau bagaimana pergerakan UMNO PJU akan bergerak maju sebahu memandangkan majoriti tipis yang bakal menaikkan tanda tanya tentang kesetiaan hampir 50% perwakilan bahagian terhadap Dato' Ikhwan.
Penulis berharap agar ahli-ahli UMNO sekalian melupakan yang lalu, ketepikan kepentingan peribadi, dan bekerjasama mengembalikan keyakinan rakyat tentang kebolehan dan keikhlasan Pergerakan UMNO.

1 ulasan:
kalau dibaca artikal ini rakyat masih belum yakin kepada UMNO, kerana yang pegang jawatan hanya datuk dan datuk, bagi lah peluang kpd orang biasa pegang pulak. setiap datuk-datuk di M'sia harus pecen bagi orang muda yg belum dapat datuk pulak. biar samarata samarasa, tiada miskin tiada kaya. bukan kaya harta tapi kaya pengalaman. jangan bolot seorang.semua maknusia berkemampuan melainkan yg jahil.
Catat Ulasan