Khamis, 18 September 2008

Drama Bersiri Tanpa Kesudahan

Setiap hari bagaikan satu drama bersiri siaran TV3. Tidak sempat ingin menganalisa pertukaran tanggungjawab antara Pak Lah dan Najib, hari ini DS Anwar sekali lagi membuat kacau bilau dengan menggesa Pak Lah memohon sidang Parlimen tergempar menjelang Selasa depan.


Pertama, isu pertukaran portfolio kementerian. Pada pendapat penulis, tindakan ini bagaikan satu pertukaran terdesak demi memperkuatkan kedudukan politik Pak Lah. Jawatan Menteri Kewangan dilihat sebagai jawatan “emas” kerana pelbagai “peluang-peluang” boleh ujud di bawah tangan kementerian Kewangan. Lihat sajalah bagaimana DS Anwar Ibrahim dikhabarkan dahulu campur tangan dalam pelbagai projek demi kepentingan kroni-kroninya.


Lagipun, antara senjata tajam yang ditujukan ke arah Pak Lah adalah tuduhan beliau telah membawa Malaysia ke tahap yang membimbangkan dari segi ekonomi. Pak Lah dituduh tidak cekap untuk memahami, apatah lagi mengatasi belenggu ekonomi negara. Dengan menukar portfolio, Pak Lah telah berjaya membuatkan lebih ramai “berkongsi” tanggungjawab ke atas masalah ekonomi negara. Jadi selepas ini, bukan Pak Lah sahaja yang salah.


Isu kedua adalah DS Anwar sendiri dan mainan politiknya yang tidak kesudahan. Sepertimana tindakan memfailkan kes terhadap Saiful Bukhari di Jabatan Agama Islam, tindakan menghantar surat kepada Pak Lah untuk sidang Parlimen tergempar harus dilihat sebagai satu taktik yang tidak akan merugikan Anwar.

Secara logiknya, adakah anda akan memohon satu sidang untuk membuang anda dari jawatan anda sendiri? Jadi dari awal lagi DS Anwar sudah tahu bahawa Pak Lah tidak akan bersetuju dengan desakannya, tetapi beliau tetap terus menghantar permintaan tersebut. Kenapa?


Kerana ini adalah satu taktik melengahkan masa, menghasilkan suasana panik di dalam Barisan Nasional. Dengan membuat langkah sebegini, beliau boleh kata bahawa beliau sudah mengambil tindakan seperti yang dijanjikan, cuma dihalang oleh Pak Lah sendiri. Satu lagi sandiwara yang orang ramai gemar untuk percaya sehingga terlepas pandang yang jelas dan tampak.

Khairy Bertanding

Seperti yang dijangkakan, Khairy Jamaludin, menantu Pak Lah dan mangsa kutukan, kritikan dan tomahan pengundi, mengumumkan kesudian bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Sememangnya tidak dinafikan Khairy mempunyai karisma dan kebolehan menyusun ayat dengan cantik dan kemas, mengisi 15 minit temuramah dengan pelbagai janji-janji manis, mengembangkan ide yang kecil supaya nampak lagi besar, mengumpan pendengar dengan lawak jenaka dan gaya penyampaian tersendiri. Malah, pada pendapat penulis, Khairy ini tidak lain seperti DS Anwar versi Oxford 30 tahun dahulu.

Dan itulah masalahnya. Secara peribadi, UMNO harus mula memilih kepimpinan yang bebas dari sebarang kontroversi peribadi. Barulah ada kredibiliti untuk mengkritik dan membidas pihak lawan.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yang tak faham ni ialah kenapa sampai sekarang baru Sang Anwar nak berhujah bahawa sebenarnya dia memang telah bersiap-sedia, tetapi kerajaan masih berdolah-dalih. Takkan laungan 916 dibuat dengan tanggapan bahawa kerajaan akan memberi kerjasama penuh kepadanya, sampai sekarang baru dia terkejut Pak Lah enggan bertemu dengannya dan menjadikan ini alasan mengapa 916 tidak berjaya.

Tanpa Nama berkata...

Biasalak.Nama tok sheikh tukang karut.apa mau buat.

- M.Nasirrudin:)

Tanpa Nama berkata...

The abuse of power by the Badawi regime has shocked the entire country and now UMNO is being blamed for the fiasco when it is the stupidity and ambition of one man who is responsible for this sordid state of affairs. This man is none other than Abdullah Badawi, the worst Prime Minister in Malaysia’s history.

Badawi is destroying the very soul of UMNO, the backbone of Barisan Nasional.

Read more at:
http://futurefastforward.com/component/content/article/367