Isnin, 3 November 2008

Lim Guan Eng Terus Karut

Ingatkah anda kepada janji-janji Lim Guan Eng berkenaan pelaburan bernilai berbilion ringgit yang sedia untuk masuk ke Pulau Pinang? Ya lah, mungkin ada yang terlupa kerana Lim Guan Eng memang dah janji macam-macam tetapi seperti juga kerajaan Pakatan Rakyat yang lain, ianya kekal janji sahaja.

Kini, setelah membawa delegasi besar-besaran 52 orang ke Korea Selatan, Lim Guan Eng telah berjaya membawa pulang satu pelaburan yang amat besar – sebuah lagi kelab golf di Batu Kawan. Pelaburan RM 100 Juta yang akan mengambil alih tanah yang bernilai lebih jika dibangunkan sebagai pusat komersial – adakah ini yang akan membawa pulangan kepada rakyat?

Hantar 52 orang, dapat jual satu kelab golf...pulangan inikah yang diinginkan rakyat?
Yang lebih mengecewakan adalah dolak dalih Lim Guan Eng dalam menjawab persoalan-persoalan. Kononnya CAT – penuh dengan keterbukaan – tetapi yang jelas Guan Eng lebih gemar menuding jari kepada isu lain sambil mengelak persoalan tentang tindak-tanduk kerajaan di bawah pimpinannya.

Pasti ada yang akan menggunakan hujah yang sama – ala, kerajaan UMNO pun bukan baguih sangat, apa yang nak kecoh2? Tapi hangpa pilih orang lain kali ini kononnya untuk jadi lebih baguih, la ni jadi lagi teruk, hangpa nak kata apa?

Ronnie Liu Mahu Sesuatu

Tak habis-habis lagi dengan isu Proton Perdana. Kali ini Ronnie Liu sekali lagi muncul menunjukkan betapa teruknya Proton Perdana miliknya. Kiranya ide untuk menggunakan Toyota Camry cukup bijak. Tetapi renung-renungkanlah kenapa Ronnie Liu ni sungguh bersemangat untuk menukar ke Toyota Camry. Dimaklumkan bahawa ada saudara mara Ronnie Liu yang mempunyai kaitan dengan pengedaran Toyota. Boleh sahkan?

Jagalah Maruah Bangsa dan Parti

Penulis sememangnya mempercayai pengaruh Internet dalam menyebarkan maklumat. Tetapi ada kalanya keterbukaan internet boleh disalah gunakan. Dalam kesungguhan kita sebagai ahli UMNO dalam menyebarkan maklumat, kita harus sedar bahawa dalam dunia Internet, semuanya bebas dinilai ahli-ahli parti dan bukan ahli parti.

Semua pengamal Internet bagi pihak UMNO, termasuklah pemantau dan moderator, sepatutnya lebih peka tentang tanggungjawab mereka mewakili parti. Perbincangan malah kritikan yang konstruktif harus diterima semua dan menunjukkan UMNO yang terbuka.

Tetapi apabila isu-isu dalaman dan perkara remeh dibangkitkan, terutamanya rahsia-rahsia penting, ianya boleh dijadikan senjata pihak lawan. Adakah ini yang kita inginkan? Ada perkara yang boleh dibincangkan secara terbuka, dan ada perkara yang harus disimpan sahaja. Tepuk dada Tanya selera.

5 ulasan:

. berkata...

Blog yang bagus. Saya telah memasukkan blog tuan ke dalam blogroll saya. Jemoutlah ziarah http://nobisha.blogspot.com

azmi yusof berkata...

salam..
saya juga masih tak lupa janji guan eng semasa debat dengan tsu koon dulu..katanya dalam masa setahun dia akan sifarkan kemiskinan di penang..cukup setahun nanti kita tengokla adakah orang penang takde yang miskin dah...bukti kita dah ada..

Tanpa Nama berkata...

begitulah adat resam manusia.ketika senang mudah melupakan kebaikan manusia. dan adakalanya sampai ke tahap yang boleh mengaibkan seseorang sekiranya apa yang dikehendaki tidak tercapai. apakah kita bangsa yang sejati atau menjadikan wang ringgit sebagai nilai keperibadian seseorang. jangan salahkan internet memecahbelahkan sesuatu kaum, gunakan akal dan minda untuk menyuarakan pendapat atau isu yang bernas.

Tanpa Nama berkata...

salam...
saya terpanggil untuk komen cket. bukan la nak sebelah sesape, but ade yg x kena gak. mgkn janji guan eng atau permintaan ronnie liew itu x sama dengan permintaan ahmad yg dah tukar merc or perubahan or reformasi bangsa melayu yg penah paklah laungkan dulu. ingat lagi paklah kate "Dr. M sedih sebab x dpt nak ubah org melayu, paklah plak ckp dia yg akan ubah"... mmg benar ckp pak lah tuh. sungguh2 berubah. aduihhh... dah 50tahun memerintah tapi macam semalam memerintah. hancussss...

sekiranya pembangkang x kota kan janji, mcm mane dengan pm x kotakan janji. nak ubah ape kalau mcm ni. mgkn mereka yg selesa dlm kerajaan takkan terasa dengan ape yg terjadi. tetapi pada pihak swasta, nampak sgt bajet2 yg dibentangkan tuh sume penipu. brape byk projek x jalan, yg rundingan terus pun hancus,alasan, xde duit. tapi dlm bajet menyalak2 suntikan berbilion2 nak jana ekonomi. dan masalah ni berlaku di peringkat pusat, bukan negeri. sedih gak la tgk kawan2 yg dah mcm nak bungkus, kereta kene tarik sdgkan org yg selesa tukar yg lagi besar, walaupun ekonomi merundum. maklum la, mgkn dpt untung daripada kos pengurusan kerajaan yg meningkat 60% dan untuk pembangunan 40% je kan. ntah2 dah siap bajet cls 350 yg rege dekat sejuta tuh.

dan skang, sentimen perkauman byk dilaungkan sendri dlm UMNO, dulu kate pembangkang. kami yg sokong UMNO pun dah tgk Umno lagi teruk dari pembangkang. mcm nak cetuskan pergaduhan kaum pun ade. sbnrnya tuan, seharusnya jgn kita lihat kelemahan org lain sedangkan dlm pasukan kita pun, kudis tuh dah jadi nanah dah. tgk najib, pagi kate ekonomi ok, mlm plak suh bersiap sedia ekonomi teruk. mcm mane nih? kdg2 pening bace paper nih. harini lain, esok lain.

itu penting bila perbahasan dewan, x kira pembangkang or kerajaan berbahas, semua kene ade dlm dewan. dengar, amik iktibar dan betulkan ape yg silap. x semestinya kita parti yg memerintah, sume yg kita buat betul. mgkn ade fakta2 yg dibahaskan pembangkan itu benar dan boleh digunapakai. kene hentam itu biasa lah. tapi kalau bila bn bahas penuh dewan, bila pembangkang bahas sume duk cafe, adakah itu namenya memperjuangkan nasib bangsa, adakah ini untuk memperbaiki mutu dan kualiti, nampak sgt xde makna perbahasan dlm parlimen, sbb yg duk luar tuh sume xmo amik tahu pasal pandangan org lain, yg mereka tahu, bajet mereka dah standby tuk dilahap.

bak kate Dr.M, melayu mudah lupe. tapi mari kita lihat, melayu mane yg dah lupe. pergi je la ke parlimen....dan tgk sendri...

Tanpa Nama berkata...

PR12 dulu aku ia ia undi umno, Tapi tengok sekarang aku rasa meluat nak muntah tengok pemimpin pemimpin umno.

Semuanya tak boleh pakai. Dan Aku rasa kalau Najib jadi PM, hancur malaysia
dan bangsa melayu.
Penyangak macam tu boleh jadi ketua.

Nasib baik aku tinggal di selangor, sekurang kurangnya parti pembankang boleh buat kerja dan menolong rakyat lebih bagus daripada UMNO.