Pada hujung minggu yang lalu, beberapa perkembangan telah menaikkan keresahan penulis tentang masa depan Barisan Nasional. Di antaranya adalah pengumuman Muhyiddin bahawa beliau akan mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO (The Star) yang beliau menang secara tipis di tempat ketiga sewaktu pemilihan parti yang lalu.
Di antara perkembangan lain adalah kemasukan Dr. Tan Yee Kew ke PKR bersama lebih kurang 2 000 penyokong-nya (Malaysiakini). Dr. Tan adalah bekas naib ketua Wanita MCA dan Setiausaha Parlimen MITI. Walaupun ini sudah diramal sejak awal bulan lepas, tetapi melihatnya berlaku pastilah meresahkan mereka yang sayang akan kerjasama akrab antara parti-parti komponen Barisan Nasional.
Walaubagaimanapun, fokus penulis kali ini adalah ucapan DSAI sewaktu menyambut kemasukan Dr. Tan di Klang (Malaysiakini). Beberapa isu ekonomi dibangkitkan oleh DSAI. Di sini penulis ingin mengambil peluang membincangkan beberapa isu berbangkit.
Klik sini untuk menontoh klip YouTube ceramah tersebut.
1. Sebagai negara pengeluar, harga domestik juga haruslah murah.
DSAI menggunakan pengeluaran kereta sebagai satu contoh. Beliau katakan Mercedez Benz (ya, yang sama dinaiki Ahmad Said dan geng dengan gembira) lebih murah di Germany berbanding apabila dieksport. Beliau juga beri contoh Proton, yang murah di Malaysia, kerana dikeluarkan di Malaysia.
Pendek kata, teori beliau adalah negara pengeluar sesuatu produk sepatutnya menerima produk itu pada harga yang lebih murah.
Pada pendapat penulis, menyamakan antara kereta dan minyak bagaikan bumi dengan langit. Malah, jika digunakan perumpamaan kereta, maka sekarang ini rakyat Malaysia sedang membayar harga yang sepatutnya. Kenapa?
Harga rendah Merc dan BMW dan jenama-jenama lain di negara asal mereka bukanlah kerana kereta itu disubsidikan, atau dijadikan lebih murah dari harga pasaran dunia, tetapi kerana tidak perlu membayar cukai eksport, duti, eksais, kos pengangkutan, kos pemasangan semula dan lain-lain kos yang menambahkan harga kepada harga pasaran akhir.
Dalam erti kata lain, jika kita buang kos-kos sampingan seperti di atas daripada harga BMW di Malaysia dan di Germany, maka harga pasarannya tidak akan begitu berbeza. Harga BMW di Malaysia juga akan murah. Harga BMW di Germany murah bukan kerana subsidi kerajaan atau menjual harga di bawah harga pasaran.
2. Daniel Yergin, pakar harga minyak dunia, meramalkan $135 sebagai “break point”
DSAI memetik teori Daniel Yergin yang bertentangan dengan teori Peak Oil yang diperkenalkan oleh M. King Hubbert. Pendek kata, Daniel Yergin menyatakan bahawa $135 adalah harga paling tinggi sebelum harga akan jatuh.
Daniel Yergin sememangnya seorang yang dihormati masyarakat dunia, tetapi ini tidak bermakna ramalan beliau tepat selama-lamanya. Malah, ramalan beliau selama ini lebih banyak tidak tepat daripada tepat.
Pada Jun 2007, beliau meramalkan bahawa harga minyak akan jatuh ke bawah $60 bermula dari awal 2008. Jelas kini, apabila minyak sudah mencecah rekod $147, ramalan beliau meleset.
Pelbagai faktor menyumbang kepada kenaikan harga minyak – ketidakstabilan politik, peningkatan permintaan, penguncupan pengeluaran, peningkatan kos dan pelabur spekulasi – dan ini diakui baru-baru ini oleh Daniel Yergin. Tetapi beliau percaya bahawa semua ini akan diatasi melalui kemunculan teknologi baru yang akan meningkatkan pengeluaran.
Betul atau tidak ramalan ini, ianya bercanggah dengan ramalan umum bahawa harga minyak akan terus meningkat, melainkan berlaku penguncupan permintaan yang mendadak. Inilah yang berlaku baru-baru ini apabila harga minyak jatuh secara mendadak ke paras lebih $120.
Walaubagaimanapun, penulis ingin memetik kata presiden OPEC, bahawa jika politik dunia kembali stabil maka ada kemungkinan harga sebenar minyak akan berada lebih kurang $78. Ini adalah satu berita baik kerana akan melihat lebih banyak penjimatan yang boleh disalurkan kepada rakyat.
Antara "Full Subsidy" atau "Targeted Subsidy"
Dalam isu ini, penulis memahami teori “kebocoran” DSAI dalam perbelanjaan yang mengurangkan kemampuan kerajaan menyalurkan wang kepada rakyat. Penulis mengakui dari segi ekonomi bahawa potensi penjimatan lebih tinggi jika elemen-elemen rasuah dan gila kuasa dihapuskan dalam sistem ekonomi Negara.
Penulis bukan anti-subsidi, tetapi penulis merasakan mekanisma subsidi haruslah diperbaiki agar benar-benar membantu mereka yang memerlukan. Sebagai contoh, sejumlah wang yang dijimatkan oleh kerajaan melalui pengurangan subsidi minyak disalurkan semula kepada golongan di bawah RM 2000 sebulan seorang.
Penyaluran semula ini pula berbeza-beza mengikut tanggungan dan jumlah pendapatan. Sebagai contoh, seorang lelaki bujang dengan pendapatan RM 2000 sebulan akan mendapat bantuan kad debit bernilai RM 100 sebulan, tetapi yang menanggung keluarga dengan seorang isteri dan 3 anak mungkin akan diberikan kad debit bernilai RM 400 sebulan. Kad debit ini boleh digunakan untuk petrol atau keperluan lain (memandangkan anak kecil tidak menggunakan petrol tetapi peningkatan harga petrol membebankan mereka juga).
Ini hanyalah cadangan kasar, tetapi kalau penulis yang tiada pengalaman ekonomi boleh memberi cadangan alternatif, kenapa tidak kerajaan ataupun DSAI?
Penulis seronok mendengar ceramah DSAI, tetapi persoalannya adalah : adakah beliau mengkaji ekonomi sebelum mencapai keputusan polisi, ataupun mencapai keputusan polisi dahulu sebelum mencari bukti untuk menyokong hujahnya?
...

6 ulasan:
At least Anwar can quote Yergin.If Pak Lah? Hampeh...
Anyway, nice attempt at debunking Anwar's policy decision-making.
we need more of this dari kedua-dua belah pihak
gi mampus la analisis merapu.
Reformasi! Reformasi!
elok jugak Anwar jadik PM. tentunya lebih ramai pembantu pembantu khas akan dilantik dan ini akan menaikkan taraf ekonomi secara global.
Harga minyak yang rendah akan memastikan lebih banyak wang disalurkan kepada rakyat dengan air free, elektrik free dan free sex dan semua bende free.
lepas tu jualan air mineral akan bertambah 1000% kerana banyak REFORMASI REFORMASI!!
YEah! terer macam Pak Lah. Lupa lak air mineral boleh buat minyak kete.
Nasib baik Dr Tan tu betina, kalau jantan tentu banyak pembantu khas. REFORMASI!
salam...
saya bangga dengan Datuk Abu Zahar Hashim dan Datuk Mazlan Harun. antara org2 yg berani menentang kejahilan. mari lihat kredibiliti BPR pulak. sekurang-kurangnya ada juga org dalam UMNO yg masih MELAYU. bukan melayu yg bertopengkan YAHUDI.
anwar hanya lulusan sains sosial yg xder kaitan ngan ekonomi.
cmne la dier nk tgk sume benda secara menyeluruh..hmmm..
dier hanya memecahbelahkn org malaysia terutama sekali melayu..
anwar sama sperti Bani Nadhir yg memecahkn tentera Islam pada perang Uhud dahulu...hmmm..
Sebenarnya Anwar tidak fasih dalam ekonomi ataupun yang berkaitan. Beliau perlu mendapat banyak penasihat yang arif tentang ekonomi jika beliau mahu menjadi PM Malaysia.
Tapi kita lihat sendiri zaman sekarang dimana seorang PM yang berkuasa yang juga tidak fasih dalam ekonomi ataupun (kemungkinan) apa2 hal lain juga , yang bergantung kepada penasihat yang tidak memberi nasihat yang wajar atau bagus. Lihat sahaja keadaan sekiling anda kalau masih sangsi, seperti kenaikan minyak, anjuran "ubah gaya hidup," dan flip-flop2 yang lain.
Kita perlu kepada seorang yang mahir ekonomi atau sekurang-kurangnya seorang yang mengerti tentang pentadbiran untuk menjawat jawatan sebagai PM sekarang.
Kita tidak perlukan seorang yang tidak mampu, kerana dengan adanya seorang yang tidak mampu didalam apa2 hal, seperti keadaan sekarang, negara akan bertambah kucar kacir dan impian Wawasan 2020 akan hanya tinggal impian.
Terima kasih kerana membaca coretan saya.
Catat Ulasan