Khamis, 4 September 2008

Dasar Ekonomi Anwar Bhg. 1

Sama ada kita masih menganggap Anwar menipu atau tidak tentang September 16, hakikatnya adalah mengikut respon daripada kenalan, mereka merasakan tidak akan kerugian jika Anwar mengambil alih kuasa.

Malah, walaupun Anwar mengeluarkan perancangan ekonomi yang bakal merombak sistem pro-Bumiputra sekarang, reaksi daripada masyarakat tetap neutral. Seakan menerima rombakan yang dicadangkan.




Apakah yang dicadangkan oleh DS Anwar Ibrahim? Antara yang dicatatkan dalam laporan berita adalah:
  1. Memansuhkan Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan membangkitkan taraf kehidupan masyarakat Melayu dengan dasar ekonomi yang membantu semua bangsa
  2. Memperkenalkan sistem tender terbuka menjelang 2015 agar pemilihan kontraktor dan pembekal dilakukan mengikut harga terendah/kebolehan dan bukan mengikut kuota
  3. Memperkenalkan penjualan AP secara terbuka melalui sistem pembidaan untuk menggantikan sistem tertutup sekarang yang memberikan AP kepada kaum Bumiputra
Pada pendapat penulis, adalah mustahil DS Anwar membuat perancangan ini tanpa mengambil kira reaksi daripada masyarakat Malaysia, terutamanya dari bangsa Melayu. Beliau berpendapat segala yang dicadangkan sudah tentu menerima sokongan bulat-bulat dari kaum bukan Bumiputra. Malah, mungkin pengenalan dasar-dasar ini yang bakal membuatkan Gerakan dan MCA meninggalkan Barisan Nasional.

Tetapi, yang lebih mustahak, adalah keinginan DS Anwar untuk mengambil risiko di kalangan orang Melayu. Pada pendapat penulis, DS Anwar telah memecahkan kaum Melayu kepada dua kelompok: kaya melalui UMNO (melalui dasar NEP) dan tidak kaya melalui UMNO. Ada perbezaan di antara kaya melalui UMNO dan ahli UMNO yang tidak kaya melalui UMNO.

Bagi mereka yang tidak melihat secara sendiri bagaimana DEB dan sistem pro-Bumiputra memperkayakan bangsa Melayu, bagi mereka yang masih ternganga melihat ketua Bahagian datang ke kampung dengan Mercedez-Benz sementara anak-anak mereka belajar dengan cikgu yang tidak cukup pengalaman, bagi mereka yang melihat bagaimana orang Melayu berniaga atas angin dengan AP dijual sementara mereka bekerja kerani di bilik pameran kereta mewah milik kaum Cina, bagi yang melihat anak Datuk dan Tan Sri dibiayai kerajaan untuk belajar di luar negara sementara anak mereka tersangkut bekerja di kilang...pasti tidak akan sentimental apabila bercakap tentang sumbangan UMNO.

Posisi DS Anwar amat mudah. Beliau mengeksploitasi kelemahan dalam sistem DEB itu dari segi pelaksanaan untuk memperkenalkan satu sistem yang konon-nya adil dan saksama. Penulis mempunyai pendapat tersendiri tentang isu-isu ini dan akan dikupas di dalam coretan yang akan datang.

Sementara itu, ahli-ahli UMNO, renung-renungkanlah bajet 2009 yang salah satu komponen-nya adalah memansuhkan 100% duti import dan 50% duti eksais ke atas kereta hybrid. Beberapa bulan sebelum bajet diumumkan, terdengar desas-desus Dato’ Shahrin Zahri, exco UMNO Putera dan rakan Khairy Jamaluddin, telah mendapat beribu-ribu AP untuk membawa masuk kereta hybrid.

Rakan kongsi Dato’ Shahrin melalui syarikat Premier Hybrid Cars Sdn. Bhd. adalah Nik Iruwan Nik Izani yang baru berumur 23 tahun. Nik Iruwan adalah anak kepada VP Mofaz, Nik Izani Nik Ibrahim.

Keberangkalian yang cukup menarik: Harga minyak naik, AP diberi, cukai dan eksais direndahkan secara mendadak untuk kereta Hybrid. Renung-renungkanlah.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1. Memansuhkan Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan membangkitkan taraf kehidupan masyarakat Melayu dengan dasar ekonomi yang membantu semua bangsa
2. Memperkenalkan sistem tender terbuka menjelang 2015 agar pemilihan kontraktor dan pembekal dilakukan mengikut harga terendah/kebolehan dan bukan mengikut kuota
3. Memperkenalkan penjualan AP secara terbuka melalui sistem pembidaan untuk menggantikan sistem tertutup sekarang yang memberikan AP kepada kaum Bumiputra

Dasar yang dicadangkan oleh DSAI mampu membina satu bangsa yang Cemerlang,Terbilang Dan Gemilang. Sokongan harus diberi oleh semua.

iammi berkata...

Cadangan DSAI bukanlah sesuatu yang amat inovatif atau diluar jangkauan pakar-pakar ekonomi kerajaan. Bezanya hanya semada hendak buat atau tidak. BN boleh buat, kalau mahu. Masaalahnya yang tak ada ialah tahap keikhlasan dan meletakan rakyat sebagai keutamaan dan bukan hanya untuk memastikan kuasa masih ditangan. Itu yang kurang. Cuba fikirkan, bagaimana AAB dan Najib boleh tak terfikir, dimasa orang kebanyakan susah akibat harga barang dsb., dikala mereka suruh kita tukar gaya hidup dll, dia orang tak nampakpun apa salahnya belanja duit kita untuk biayai semua MP BN pergi cuti seronok-seronok luar negeri. Lepas tu beri alasan yang menunjukan yang dia orang fikir kita ni bodoh sangat akan percaya.

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju dengan cadangan Anwar dan semua rakyat malaysia berhak memilki senjata api (personal arms)buat mempertahankan diri, rumahtangga, masyarakat masing-masing. Saperti negara demokrasi maju Amerika Syarikat.

Hak untuk mempertahankan diri sendiri!

abe MIE 'TERJAH' berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

dasar ekonomi mat jenin- DEMJ

anwar dengki melayu kaya sedangkan dia dapat komisen dari tokey cina tak apa..ini melayu yahudi