Tidak habis dengan tindakan melarikan MP Barisan ke Taiwan yang memalukan, kini kerajaan Barisan Nasional, dengan langkah yang bakal menghasilkan reaksi negatif daripada rakyat.
ISA Crackdown as Pak Lah Faces Dissension (Malaysiakini)
Jika penahanan Raja Petra tidaklah begitu mengejutkan, malah difahami penulis memandangkan sejarah beliau yang penuh dengan berita sensasi tanpa kredibiliti, penahanan MP Teresa Kok dan Tan Hoon Cheng dari Sin Chew Daily mengundang lebih banyak persoalan daripada jawapan.
Penulis terutama sekali mempertikaikan tindakan menahan Tan Hoon Cheng, seorang wartawan veteran yang melaporkan kenyataan Ahmad Ismail, yang baru-baru ini dilucutkan jawatan daripada UMNO.
Adakah pihak berkuasa/kepimpinan menganggap rakyat Malaysia begitu bodoh sehingga tidak nampak betapa dangkalnya tindakan menahan seorang wartawan kerana melaporkan sesuatu yang kepimpinan sendiri menganggap sebagai benar?
Jika benar Tan Hoon Cheng sengaja membangkitkan isu perkauman, maka adakah ini bermakna Ahmad Ismail benar? Jika ya, kenapa beliau dilucutkan jawatan?
Tidakkah kepimpinan/pihak berkuasa berfikir: jika Tan Hoon Cheng ditahan di bawah ISA, kenapa tidak Ahmad Ismail? Keengganan untuk mengambil tindakan terhadap Ahmad Ismail sudah dipertikaikan kebanyakan rakyat Malaysia, termasuk parti-parti komponen Barisan, tetapi tindakan menahan SEORANG WARTAWAN sudah tentu dilihat sebagai tindakan berat sebelah.
Dengan menahan Tan Hoon Cheng dan Teresa Kok (atas isu Azan yang telah diterangkan sebagai satu tuduhan tidak berasas Khir Toyo), kepimpinan telah menjadikan mereka ini satu simbol perjuangan dan menguatkan imej di minda pengundi bahawa UMNO adalah sebuah parti yang semakin jauh daripada memahami isi hati rakyat.
Daripada tiada isu (siapalah yang sibuk pasal Hoon Cheng dan Teresa?), kerajaan telah sekaligus menjadikan mereka ini bahan berita utama. Daripada orang tidak tahu dan buat tak endah, sehingga sekarang orang tahu. Dengan tindakan sebegini, kerajaan telah memberikan kredibiliti kepada perjuangan DS Anwar dan Pakatan Rakyat. Kini, jika September 16 tidak berjaya, rakyat tidak akan menyalahkan DS Anwar tetapi kerajaan kerana tindakan-tindakan “terdesak” menghalang Anwar.
Mungkin benar kata seorang teman penulis, seorang “loyalist” UMNO generasi baru, dan pegawai khas salah seorang Menteri Besar kerajaan negeri. Apabila ditanya kenapa UMNO mengambil tindakan-tindakan sebegini, beliau dengan mudah menjawab – terlalu ramai yang cetek pengetahuan dan dangkal pemikiran sekarang memimpin UMNO. Entahlah...
Selepas ini, jangan terkejut kalau para wartawan dan media massa (kecuali alat propaganda bernama TV3) memboikot kerajaan. Kadang-kadang terasa macam ada gerakan dalaman yang sengaja ingin menjatuhkan Barisan Nasional...
9 ulasan:
http://pkrpasdap.blogspot.com
biar 3 ekor BABI tu masuk kandang..kat luar najis bau busuk sangat…
satu hina islam-
satu hina nabi-
satu nak cetus 13 mei..
biawak punya orang
aku rasa betul la ko cakap ni. Aku pun memang tak suka 3 ekor ni, tp cara buat tak swift la. Macam ada je tak kena.
Ke memang benar Pak Lah nak bagi UMNO kat Anwar? Agak agak dia nak tangkap Tun M tapi nak kena konar baring punya alasan macam ni baru boleh tangkap. Kan banyak orang komplen pasal Tun M (cina la) blog.
Entahlah.. Dolah.. ohhh Dolah.. tsk! tsk! tsk!
Pemikiran macam dua orang yang beri komen inilah yang meranapkan maruah orang Melayu. Berjaya UMNO dengan mat dua orang ni dalam memupuk permikiran sempit mereka. Bukalah minda sikit, jangan pandai baca Utusan Malaysia dan tengok TV3saje. Dunia ni besar, keluarlah dari tempurung keUMNOan tu.
Kenapa umno semakin menuju kehancuran?Jawapannya mudah sahaja kerana ramai penyokongnya dari golongan yang pendek akal seperti 2 manusia? diatas.
abe MIE berkata...
http://pkrpasdap.blogspot.com
biar 3 ekor BABI tu masuk kandang..kat luar najis bau busuk sangat…
satu hina islam-
satu hina nabi-
satu nak cetus 13 mei..
APE BUKTI HINA ISLAM?
APA BUKTI HINA NABI?
APA BUKTI NAK CETUS 13 MEI?
KAU HANYA PERCAYA APA YANG DIAORANG NAK KAU PERCAYA.
KALAU ORANG KATA KAU HINA ISLAM, X ADA BUKTI PASTU ORANG PERCAYA. MACAM MANA?
KAU HANYA PERCAYA APA YANG DIAORANG NAK KAU PERCAYA
kau pon sama tanpanama...
Rupa-rupanya masih ada orang yang percaya kot alasan-alasan dangkal yang diberi oleh Shit Hamid All-blur kenapa 3 org ini ditahan. Mungkin tanggapan pemimpin BN bahawa rakyat M'sia cukup bodoh sekali tidak semestinya meleset...
biasa la...
kalau dah gila pangkat...stakat kejam tu perkara biasa la...tgk je la hamid tuh...dulu dlm mentri luar xde pape pun...tapi bila pak lah bodoh ni naikan dia, ape2 semua ISA. bukan Tan or Theresa tu ancaman kepada negara, Raja Petra pun bukan ancaman. sekadar memperkatakan ape yg beliau tahu dan melaporkan ape yg dirasakan benar.
sekarang, kita dapat lihat sape yg racist. dalam pada kita mahu keamanan dan kestabilan dlm politik, masih ade mangkok2 yg masih dangkal fkran dia. kenapa perlu berat sebelah? saya dah lame ikut perkembangan UMNO dan mmg menyokong UMNO sejak dulu, malah ahli keluarga pun ade jawatan besar dalam UMNO, tapi merasakan relevan itu sudah tak wujud lagi. 1 parti yg patutnya matang memerintah tetapi semakin hancur.
ntah la...dah bosan ngan puak2 atas dalam UMNO nih. harap ade yg spt UMNODU yg masih nampak kesilapan kepimpinan TIDOR ini. selamatkan MELAYU dan selamatkan MALAYSIA...
jangan peduli sangat kata abg mie tu, semua orang tahu dia tu terencat sikit. kesian mak bapak dia.
Catat Ulasan