Memaparkan catatan dengan label Isu UMNO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu UMNO. Papar semua catatan

Selasa, 20 Januari 2009

Masih Tak Serik...

Sekarang Saluran Informasi bukan lagi dibawah kawalan UMNO. Mungkin kita boleh bermimpi dan menganggap bahawa memegang Utusan atau TV3 atau The Star sudah cukup untuk mengawal penyebaran berita, tetapi realitiya adalah UMNO kini semakin kalah dalam perang informasi.

Apabila membaca kenyataan sebegini, mungkin ada yang cetek pemikiran menganggap dengan mengawal saluran media, kita boleh mengawal informasi dan seterusnya kembali mengawal pengundi.

Tetapi sejauh manakah kita dapat mengawal saluran pada zaman moden ini? 10 tahun lalu hanya segelintir masyarakat yang mampu memiliki telefon bimbit. Sekarang, hampir 90% daripada populasi Malaysia memiliki perkhidmatan tersebut. Dengan hanya kos 1 sen untuk satu SMS, seseorang individu boleh menyebarkan informasi dengan luas dan pantas.

Jadi isunya bukanlah mengawal saluran media, kerana pada zahirnya ianya sudah tidak boleh dikawal lagi. Apabila saluran media tidak boleh dikawal, maka semua cerita boleh dikongsi. Mercedes yang dibawa bukan sahaja diketahui 10 orang, tetapi ribuan orang hasil penyampaian cerita dan berita yang tiada sempadan.

Bila sudah menyedari perkara sebegini, kita haruslah bersedia untuk dinilai oleh orang ramai, bukan setakat pengundi di kampung yang kita berkempen sahaja. Kempen kita di Kampung X akan diketahui pembaca blog di Kuala Lumpur pada keesokan hari.

Sogokan yang dahulunya menjanjikan kemenangan kini tidak lagi diambil kisah pengundi. Sebaliknya kredibiliti kita sebagai sebuah parti politik juga dicerca kerana semua yang kita lakukan direkod dan disebarkan untuk pengetahuan umum.

Baca sahaja dua berita di bawah ini untuk melihat bagaimana kita semakin kalah perang psikologi memenangi hati pengundi. Kalau berani, bacalah komen-komen pembaca sekali...

_______________________________

Now Everyone Can Fly...with Selangor Exco

By Neville Spykerman
KUALA LUMPUR, Jan 19 – Tan Sri Khalid Ibrahim and his exco members took frugality to new heights by flying to and from Alor Setar with Air Asia.

The Selangor delegation had flown to Kedah to attend the conference of Pakatan Rakyat (PR) chief ministers and leaders on Sunday and were spotted by The Malaysian Insider at the Sultan Abdul Halim Airport waiting to board the return flight this morning.

With the Selangor Menteri Besar were exco members Datuk Dr Hassan Ali, Teresa Kok, Elizabeth Wong, Yaakob Sapari, Khalid's political secretary Nik Nazmi Nik Ahmad and Subang Member of Parliament Sivarasa Rasiah.

The group was seated at the boarding lounge, with other passengers waiting to board Air Asia flight Ak6347 to Kuala Lumpur, with no fanfare or fuss.

So unassuming was Khalid, dressed casually in a black-and-red chequered shirt and blue slacks, that most passengers did not realise he was the Selangor MB.

Nik Nazmi said although they were flying with the low-cost carrier, the state government had at least paid for express boarding for them.

However this came to nought as they were left at the end of the queue while other passengers rushed to board first.

The frugal attitude of the state government at these time of economic uncertainties will surely endear these leaders to the people, while bringing a smile to the face of Air Asia boss, Datuk Tony Fernandes.

________________________________________

Poll watchdog howls foul over 'vote-buying'
Jan 19, 09 3:38pm

An election watchdog today claimed that vote-buying was prevalent in the run-up to Saturday's Kuala Terengganu parliamentary by-election.

MCPX

The National Institute for Electoral Integrity (NIEI) also highlighted the abuse of government machinery and complained about the overwhelming presence of police personnel.

NIEI chairperson Yunus Ali, in lamenting that corruption had become institutionalised, said voters in Kuala Terengganu were given cash as inducements.

kuala terengganu by election indirect bribesto fish for votes"RM300 and RM250 goodwill money were given to adults and youths respectively, while Chinese voters received RM300 'ang pow' for the upcoming Chinese New Year celebrations," he said in a statement.

"Even journalists were not spared. A day before polling, journalists at the media centre were given RM300 each. Two weeks earlier, the journalists were given raincoats worth RM98," he added.

Following a police report by two journalists, Barisan Nasional candidate Wan Ahmad Farid Wan Salleh denied having anything to do with the matter.

In addition, Yunus said there was also an avalanche of "indirect bribes" to fish for votes. (see chart)

As for the abuse of government machinery, the watchdog stated, among others, the use of the Menteri Besar's office and Public Works Department vehicles for a ground-breaking ceremony.

kuala terengganu by election voting day 170109 voters queueYunus also cited Kuala Terengganu mayor and election returning officer Mat Razali Kassim for allegedly threatening his staff to vote for BN. Mat Razali later resigned as returning officer over the controversy.

Who is paying?

Yunus also pointed out that numerous ministries, ministers and state leaders, both from Barisan Nasional and the opposition, were involved in the campaign.

"The question is, on whose expense were they campaigning in Kuala Terengganu?" he asked.

Meanwhile, Yunus said corruption was also seen in the form of free newspapers being distributed to the people and the number of concerts being held.

"PAS was also found to have violated election ethics by giving out free wheelchairs, free haircuts as well as free consultation with a homeopathy specialist," he added.

police force in kuala terengganu by election 070109 01On the overwhelming police presence, Yunus said this gave the impression that the area was a war zone and left the people feeling uneasy over the massive deployment.

Calling for an end to corrupt practices, he said: "The Election Act must be amended to prevent corruption as a means to purchase votes."

"Kuala Terengganu voters have displayed their maturity, with the majority proving they will not fall for such candies," he added.

BN failed to retain the Kuala Terengganu parliamentary seat when its candidate lost to Mohd Abdul Wahid Endut of PAS by 2,631 votes while independent candidate Azharudin Mamat @ Adam polled 193 votes to lose his deposit.
____________________________________________________________________

Bila la kita nak berubah?

PENGUMUMAN: Bagi Pemuda UMNO Damansara Utama, sila hubungi Ketua Pemuda, saudara Fauwazz sekiranya anak anda mendapat sekurang-kurang 4 A dalam UPSR atau 6 A dalam PMR.

Rabu, 31 Disember 2008

UMNO 2008 dan Masa Hadapan - Siri I

Rumusan 2008

Tahun 2008 merupakan satu tahun yang pasti sukar untuk dilupakan bagi pengikut senario sosio-politik tanah air. UMNO menerima tamparan hebat pada PRU Mac 2008 dengan kegagalan Barisan Nasional memenangi majoriti 2/3 kerusi Parlimen. Bukan itu sahaja, lima buah negeri jatuh ke tangan Pembangkang, termasuklah lubuk emas Selangor, Perak dan Pulau Pinang.

UMNO berpecah belah dalam kekeliruan dari kepimpinan yang tidak menyedari percaturan politik tanah air sudah berubah. Masalah inflasi menaikkan lagi bara ketidak-puasan hati rakyat, dan kes liwat Saiful Bukhari tidak berjaya mengalihkan perhatian dan kemarahan mereka terhadap kepimpinan.

Asakan berterusan dengan Pilihan Raya Permatang Pauh di mana UMNO bagaikan dibuai mimpi kerana berangan dapat menarik minat pengundi menggunakan taktik kampong ala 90-an. Imej-imej yang menunjukkan bilik gerakan UMNO yang kosong sementara ceramah pembangkang dibanjiri pendengar menjadi bukti masyarakat sudah mual dengan corak kempen UMNO.

Kemenangan DS Anwar Ibrahim membuka ruang untuk ketua Pakatan Rakyat ini bersuara di Dewan Rakyat.

Bukan itu sahaja, kelemahan UMNO sebagai tunjang Barisan Nasional melihatkan hak-hak istimewa Bumiputera dipersoalkan oleh bukan sahaja pembangkang tetapi rakan-rakan di dalam Barisan Nasional sendiri.

Di sebalik perubahan drastik dalam situasi politik tanah air, UMNO pula terus bergelut dengan isu kuasa dalaman. Jawatan Presiden UMNO menjadi topik hangat apabila Abdullah enggan tunduk kepada kehendak akar umbi sehinggalah ke saat terakhir apabila beliau mengumumkan Najib bakal menjawat jawatan Presiden menjelang Mac 2009.

Tetapi persaingan lebih hebat dilihat dalam jawatan-jawatan lain di dalam UMNO. Dari Timbalan Presiden hinggalah ke ahli majlis tertinggi, dari Ketua Pemuda hinggalah ke Ketua Wanita, satu angin perubahan dirasai oleh ahli-ahli UMNO.

Adakah mereka ini benar-benar mahu membawa perubahan, atau hanya ingin mengambil peluang dalam kekalutan di dalam UMNO? Tetapi persoalan yang lebih penting buat penulis adalah, apakah yang mereka kejar itu akan kekal selama-lamanya? Adakah pengaruh kuasa UMNO akan terus berkekalan jika masih bergerak seperti raksasa lembab yang hanya menunggu diburu oleh spesis yang lebih kecil, lincah dan cerdik?

Ini adalah siri pertama dalam rangkaian artikel UMNO – 2008 dan Masa Hadapan...

Manakah Sokongan Anda?

Di manakah respon dari ahli-ahli politik, baik dari UMNO atau pihak Pembangkang, terhadap serangan ganas Zionis terhadap penduduk Palestin? Di manakah protes besar-besaran? Adakah isu ini tidak sepenting memprotes kedatangan Inul? Manakah KJ dengan membalut bendera dikeliling badannya?

Di sini penulis ingin menyeru pembaca untuk berdoa demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat Palestin yang terus menjadi mangsa kekejaman bangsa Israel.

...

Penulis ingin meminta maaf kerana tidak mengemaskini laman blog ini selama lebih sebulan. Komitmen di tempat kerja dan hal peribadi membuatkan isu politik seakan tidak penting dalam skema besar kehidupan penulis. Dalam zaman kegawatan ekonomi ini, penulis hanya mampu menggeleng kepala melihat kedaifan sesetengah ahli politik yang masih sibuk dengan retorik dan berkempen daripada mencari jalan menangani masalah global ini.

Khamis, 6 November 2008

Tahniah Dato' Ikhwan

UMNO Cawangan Damansara Utama ingin mengucapkan tahniah kepada YB Senator Dato' Ikhwan Salim kerana berjaya mempertahankan jawatan Ketua Bahagian UMNO Petaling Jaya Utara. Keputusan dicapai di dalam satu Persidangan Sesi Ke-2 di Hotel Singgahsana malam semalam setelah keputusan seri yang dicapai dalam Persidangan Bahagian 26 Oktober lalu.

Pencabarnya Datuk Zainudin Abdul Rahman berjaya memperoleh 121 undi berbanding 125 yang berpihak Dato' Ikhwan. Majoriti 4-undi ini menamatkan kempen untuk Ketua Bahagian yang boleh dianggap cukup intensif dan agresif.

Walaubagaimanapun, penulis risau bagaimana pergerakan UMNO PJU akan bergerak maju sebahu memandangkan majoriti tipis yang bakal menaikkan tanda tanya tentang kesetiaan hampir 50% perwakilan bahagian terhadap Dato' Ikhwan.

Penulis berharap agar ahli-ahli UMNO sekalian melupakan yang lalu, ketepikan kepentingan peribadi, dan bekerjasama mengembalikan keyakinan rakyat tentang kebolehan dan keikhlasan Pergerakan UMNO.

Isnin, 3 November 2008

Lim Guan Eng Terus Karut

Ingatkah anda kepada janji-janji Lim Guan Eng berkenaan pelaburan bernilai berbilion ringgit yang sedia untuk masuk ke Pulau Pinang? Ya lah, mungkin ada yang terlupa kerana Lim Guan Eng memang dah janji macam-macam tetapi seperti juga kerajaan Pakatan Rakyat yang lain, ianya kekal janji sahaja.

Kini, setelah membawa delegasi besar-besaran 52 orang ke Korea Selatan, Lim Guan Eng telah berjaya membawa pulang satu pelaburan yang amat besar – sebuah lagi kelab golf di Batu Kawan. Pelaburan RM 100 Juta yang akan mengambil alih tanah yang bernilai lebih jika dibangunkan sebagai pusat komersial – adakah ini yang akan membawa pulangan kepada rakyat?

Hantar 52 orang, dapat jual satu kelab golf...pulangan inikah yang diinginkan rakyat?
Yang lebih mengecewakan adalah dolak dalih Lim Guan Eng dalam menjawab persoalan-persoalan. Kononnya CAT – penuh dengan keterbukaan – tetapi yang jelas Guan Eng lebih gemar menuding jari kepada isu lain sambil mengelak persoalan tentang tindak-tanduk kerajaan di bawah pimpinannya.

Pasti ada yang akan menggunakan hujah yang sama – ala, kerajaan UMNO pun bukan baguih sangat, apa yang nak kecoh2? Tapi hangpa pilih orang lain kali ini kononnya untuk jadi lebih baguih, la ni jadi lagi teruk, hangpa nak kata apa?

Ronnie Liu Mahu Sesuatu

Tak habis-habis lagi dengan isu Proton Perdana. Kali ini Ronnie Liu sekali lagi muncul menunjukkan betapa teruknya Proton Perdana miliknya. Kiranya ide untuk menggunakan Toyota Camry cukup bijak. Tetapi renung-renungkanlah kenapa Ronnie Liu ni sungguh bersemangat untuk menukar ke Toyota Camry. Dimaklumkan bahawa ada saudara mara Ronnie Liu yang mempunyai kaitan dengan pengedaran Toyota. Boleh sahkan?

Jagalah Maruah Bangsa dan Parti

Penulis sememangnya mempercayai pengaruh Internet dalam menyebarkan maklumat. Tetapi ada kalanya keterbukaan internet boleh disalah gunakan. Dalam kesungguhan kita sebagai ahli UMNO dalam menyebarkan maklumat, kita harus sedar bahawa dalam dunia Internet, semuanya bebas dinilai ahli-ahli parti dan bukan ahli parti.

Semua pengamal Internet bagi pihak UMNO, termasuklah pemantau dan moderator, sepatutnya lebih peka tentang tanggungjawab mereka mewakili parti. Perbincangan malah kritikan yang konstruktif harus diterima semua dan menunjukkan UMNO yang terbuka.

Tetapi apabila isu-isu dalaman dan perkara remeh dibangkitkan, terutamanya rahsia-rahsia penting, ianya boleh dijadikan senjata pihak lawan. Adakah ini yang kita inginkan? Ada perkara yang boleh dibincangkan secara terbuka, dan ada perkara yang harus disimpan sahaja. Tepuk dada Tanya selera.

Isnin, 20 Oktober 2008

Strategi Menidakkan Suara Akar Umbi?

Biasalah, minggu “rumah terbuka” membuatkan penulis agak kesibukan untuk mengemaskini laman blog. Tetapi ini tidak bermakna penulis tidak mengikuti kisah politik tanah air, terutamanya pencalonan di peringkat Bahagian bagi Persidangan UMNO yang buat masa sekarang dijadualkan pada Mac 2009.

Penulis telah lama mencatatkan bahawa tempoh yang dipersetujui tidak membawa apa-apa makna kepada sesiapa. Mac 2009 hanyalah satu penangguhan satu kepastian, melainkan ada agenda tersembunyi.

Ini jelas apabila melihat bagaimana saban hari serangan terhadap keperibadian DS Najib semakin menjadi-jadi. Tidak cukup dengan itu, sesetengah pihak media yang pro-Pak Lah telah memulakan kempen menakutkan orang ramai tentang kombinasi Najib dan Muhyiddin yang dikatakan bersifat Melayu ultra dan bukan had-hari seperti Pak Lah.

Mulalah ada yang mempertikaikan pencalonan Najib, Muhyiddin dan Mukhriz sebagai satu pengembalian era Mahathir. Ini kononnya akan menakutkan orang ramai. T

etapi pada penulis, jika era-Mahathir yang dimaksudkan adalah satu tempoh di mana kemajuan ekonomi berlaku dengan pesat di samping keharmonian rakyat dipupuk, maka lebih baiklah Melayu ultra daripada seorang flip-flop.

Kalau ya pun mereka mengikut fahaman Mahathirisme, ini tidak bermakna Najib dan Muhyiddin akan mengabaikan kaum-kaum lain. Sebaliknya, jika dilihat pada catitan Tun Dr Mahathir di CheDet, beliau tidak pernah mempertikaikan usaha-usaha memulihkan sistem perundangan, BPR dan lain-lain reformasi dalam institusi.

Cuma yang dirisaukan Tun, dan juga penulis, adalah bagaimana reformasi ini tidak difikirkan secara mendalam. Bagaimana reformasi digunakan sebagai satu jalan untuk membodek. Bagaimana reformasi digunakan sebagai taktik terdesak untuk membuatkan orang gembira sementara.

Malah, Tun sendiri sering mengutarakan bahawa Melayu seharusnya malu kerana terus bergantung kepada D.E.B. D.E.B bukanlah sesuatu untuk dibanggakan, katanya. Ianya seakan berbangga memakai tongkat. Tetapi realitinya sekarang adalah tanpa D.E.B Melayu akan lebih mundur. Sebelum D.E.B dimansuhkan, Melayu harus berubah.

Berbalik kepada pemilihan sepanjang mesyuarat Bahagian. Terdapat dua strategi berbeza digunakan untuk menidakkan kehendak akar umbi.

DS Najib terlampau kuat di kalangan ahli UMNO untuk ditentang oleh ahli UMNO bagi jawatan Presiden. Kerana itulah tiada proksi Pak Lah untuk jawatan itu. Sebaliknya, taktik memburuk-burukkan keperibadian Najib, dan membangkitkan kontroversi demi kontroversi digunakan. Ini adalah dengan harapan membangkitkan kebencian rakyat jelata terhadap Najib sehingga ke tahap beliau tidak boleh memegang jawatan Perdana Menteri. Pak Lah akan jadi hero dan tolong mententeramkan keadaan.


Bagi Muhyiddin pula, di mata pandangan kebanyakan rakyat jelata, mereka selesa dengannya sebagai pemimpin. Malah, rekod bersih beliau dan keperibadian yang cukup penuh kredibiliti sebagai pemimpin menjadikan beliau antara beberapa pemimpin UMNO yang diterima ramai. Inilah sebabnya tiada cubaan memburukkan Muhyiddin oleh geng Pak Lah. Sebaliknya mereka meletakkan Muhd Taib dan Ali Rustam untuk turut bertanding, walaupun seperti Nazri Aziz katakan, mereka berdua secara teknikal sudah tidak layak untuk menjadi Timbalan Presiden.

Tetapi mereka tetap ada, dan dengan sisa-sisa terakhir wang empayar Kerajaan Anak Menantu, penulis yakin Ali Rustam akan berjaya melepasi kuota minima 39 pencalonan. Dan jika sudah dicalonkan, tempoh 5 bulan sehingga ke mesyuarat di bulan Mac boleh digunakan untuk mengubah pendirian perwakilan UMNO yang mungkin masih dibuai khayalan bahawa sikap flip-flop akan diterima akar umbi.

Realitinya adalah perwakilan UMNO harus sedar jika mereka juga menjadi lalang, jika mereka tidak berpegang teguh pada janji-janji, mereka akan dipaksa keluar juga. Lihat sajalah situasi di Rantau Panjang dan beberapa Mesyuarat Pemuda lain di mana taktik untuk mendiamkan ahli-ahli akar umbi ditolak 100%. Mereka kini berani memberontak, kerana sekaya manapun anda, ianya tidak cukup untuk membayar maruah sebilangan besar ahli-ahli akar umbi.


...

Rabu, 10 September 2008

Salahkan Diri Sendiri...

Posisi Barisan Nasional dalam konteks sosio-politik tanah air semakin goyah. September 16 dijadikan tarikh sasaran DS Anwar dalam mengecapi impian menjatuhkan UMNO. Tatkala isu tempatan bergolak sekitar kontroversi Ahmad Ismail, sebilangan wakil rakyat Barisan Nasional mengambil langkah “bercuti” ke Taiwan untuk belajar tentang pertanian.


Kini, Gerakan telah memutuskan hubungan dengan UMNO Pulau Pinang. Amaran dan laungan Lim Keng Yaik dan Koh Tsu Koon tidak diendahkan UMNO. Tatkala sokongan dan lebih penting lagi, kesetiaan parti-parti komponen begitu mustahak bagi mengagalkan pelan September 16 (atau 17 pula katanya) DS Anwar, UMNO sekali lagi mengecewakan kesemua pihak.



Persepsi parti komponen dan kaum lain

Bagi parti-parti komponen, kegagalan kepimpinan UMNO untuk mengawal tindak-tanduk ahli-ahlinya adalah satu lagi bukti kelemahan kepimpinan yang jelas tampak pada isu Menteri Besar di Terengganu dan Perlis, kereta Mercedes-Benz di Terengganu dan banyak lagi.

Apa yang telah dikatakan oleh Ahmad Ismail sudah diperkatakan. Yang lebih merisaukan parti-parti komponen adalah bagaimana UMNO seakan “mandul” untuk bertindak mengawal situasi. Segala-galanya dihuraikan dengan ungkapan “kami akan berbincang” dan “kami memahami situasi”.


Lebih mengaibkan adalah apabila Timbalan Presiden parti sendiri meminta maaf, tetapi Ketua Bahagian dengan angkuhnya enggan berbuat demikian. Dalam erti kata lain, Ahmad Ismail mengatakan bahawa kepimpinan UMNO adalah salah. Jadi dalam konteks sebegini, setelah isu ini dimainkan oleh media massa sebegitu lama, kegagalan mengawal ahli sendiri membangkitkan persoalan – kalau tidak boleh jaga rumah sendiri, bagaimana hendak mengawal satu kejiranan?

Persepsi ahli UMNO dan kaum Melayu

Bagi ahli-ahli UMNO dan sebilangan masyarakat Melayu, insiden ini sekali lagi menunjukkan betapa terdesaknya kedudukan kaum Melayu di tanah air tercinta ini. Mereka merasakan bahawa hak-hak yang dipersetujui dan menjadi asas kemerdekaan Tanah Melayu semakin dipersoalkan secara lantang. Dari isu kuota biasiswa, sehinggalah ke pembukaan UiTM, semua ini merupakan satu cabaran baru bagi masyarakat Melayu.

Jadi di dalam konteks kekosongan strategi mantap dan keengganan untuk memulihkan UMNO dan Barisan Nasional, penulis tidak dapat menyalahkan Ahmad Ismail 100% kerana mengambil posisi “defensive” sebegini. Beliau mungkin dikelilingi kepompong sekaum yang juga gusar dan risau melihat bagaimana hak mereka dipertikaikan. Pemikiran beliau mungkin terhad kepada konteks mikro tanpa melihat masalah makro. Beliau mungkin risau Mercedes hitamnya diambil oleh kaum-kaum lain (atau kaum Melayu sendiri?).

Ditambah pula “sejarah” antara Ahmad Ismail dan Koh Tsu Koon, di mana mereka difahamkan tidak mempunyai persefahaman sewaktu Gerakan memerintah Pulau Pinang, maka tindakan Ahmad Ismail difahami, walaupun tidak penulis persetujui.

Apatah lagi apabila strategi asas UMNO sewaktu Pilihan-raya Kecil Permatang Pauh adalah untuk menakutkan-nakutkan kaum Melayu tentang agenda jahat kaum-kaum lain. Bagaimanakah, dalam suasana strategi “separuh akal” sebegini, harus Ahmad Ismail bertindak?

Kata-kata beliau sewaktu berkempen adalah hasil daripada penekanan kepada konsep Ketuanan Melayu yang dipelopori sebilangan pemimpin UMNO dan dibiarkan berterusan oleh Pak Lah. Pak Lah mungkin merasakan beliau tidak bersalah tentang kata-kata Ahmad Ismail, tetapi realitinya adalah kelemahan di dalam UMNO yang memaksa Ahmad Ismail bertindak sedemikian.

Apabila UMNO lemah dan dieksploitasikan oleh parti-parti komponen lain, penekanan terhadap bagaimana posisi kaum Melayu semakin tergugat dalam senario politik tanah air masa sekarang dilihat sebagai satu strategi untuk mengembalikan sokongan kaum Melayu.

Tanpa disedari, penekanan sebegini telah membuatkan kaum-kaum lain yang dahulunya menyokong Barisan Nasional memulaukan parti ini. Ironik sekali apabila semakin ditekankan hak-hak Melayu, semakin kuat suara-suara mempersoalkannya. Malah, seperti yang jelas kelihatan di Permatang Pauh, pengundi Melayu juga tidak makan dengan retorik UMNO. Di sini, UMNO harus sedar kelemahan dan kedangkalan strategi ini.

Adakah kaum Melayu tidak kisah?

Persoalannya adalah, adakah penolakan strategi ini menandakan orang Melayu tidak khuatir dan risau tentang hak dan posisi mereka? Adakah ini bermakna kaum Melayu merasakan mereka cukup bagus untuk meritokrasi, cukup hebat untuk bertanding secara terbuka untuk kontrak? Adakah kekurangan sokongan terhadap Ahmad Ismail oleh kaum Melayu sendiri menunjukkan mereka sekarang sudah ingin “kesamarataan”?

Pada pendapat penulis, jawapannya adalah tidak. Penolakan UMNO tidak harus dilihat sebagai kaum Melayu tidak endah tentang masalah dan tekanan yang dihadapi mereka. Sebaliknya, ia harus dilihat sebagai penolakan parti UMNO itu sendiri untuk memajukan dan menegakkan hak-hak Melayu.

Mereka melihat UMNO sekarang bukan lagi UMNO yang dahulu. UMNO sekarang terlampau ego, terlalu mengutamakan semangat kronisme, terlalu gemarkan kemewahan material. Mereka melihat UMNO sekarang diperlekehkan oleh kaum-kaum lain, dan juga kaum Melayu sendiri, kerana tindak-tanduk dan kata-kata kepimpinan yang kadangkala kedengaran lemah, lesu dan bodoh. Mereka melihat UMNO sekarang seperti ayam tidak berkepala, berlari ke kanan dan kiri tanpa arah tujuan.


Jadi salahkah mereka untuk bertanya – apakah benar UMNO kini ingin membela nasibku, atau UMNO hanya ingin membela nasib pemimpin-pemimpinnya saja? Yang diinginkan sekarang adalah suara lantang yang penuh rasional dan logik, suara lantang yang mampu menegakkan hak-hak Melayu sambil memenuhi kehendak kaum-kaum lain, suara lantang yang boleh dijadikan kompas menunjukkan arah ke masa hadapan.

Malangnya, yang mereka dengar hanyalah tin kosong yang berbunyi hanya apabila diketuk.

Is BN Coming Apart? (Malaysian Insider)

_______________________________________________

Tun Dr. Mahathir sedia kembali...

Tan Sri Muhyiddin mengumumkan bahawa mantan Perdana Menteri Malaysia, dan pengkritik terhebar pemerintahan DS Abdullah Ahmad Badawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah bersedia untuk kembali masuk ke dalam UMNO.


Keputusan sekarang berada di tangan kepimpinan UMNO sama ada untuk menerima atau tidak Tun. Jika diterima, keputusan jatuh ke tangan ketua-ketua Bahagian untuk mengambil langkah berani ketika mesyuarat peringkat bahagian bermula nanti.

Adakah kita akan lihat kombinasi Ku Li-Muhyiddin, disokong oleh Tun Dr. Mahathir yang akan dilantik menjadi Penasihat Khas parti UMNO?

...

Rabu, 27 Ogos 2008

Reaksi Kepada Kekalahan

Salam sejahtera. Tahniah kepada Parti PKR, Pakatan Rakyat dan DS Anwar Ibrahim di atas kemenangan di Permatang Pauh. Seperti yang pernah dicatatkan penulis, kemenangan DS Anwar memang sudah diramalkan.

Harus diingatkan kepada pembaca bahawa ini adalah laman blog ahli UMNO. Sudah tentulah kami akan memaparkan kisah dan catatan yang berpihak kepada UMNO. Jika kami menyokong Anwar, maka tidak logik laman web ini kekal sebagai laman UMNO. Kami tidak berpura-pura neutral 100%. Walau bagaimanapun, laman blog ini sudah berkali-kali mencatatkan rasa tidak puas hati dengan arah tuju parti UMNO.

Jadi sebagai renungan kepada ahli UMNO, terutamanya ahli UMNO Damansara Utama (yang bakal mengadakan mesyuarat cawangan pada 30.08.08, 2 petang), bacalah kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah, satu-satunya calon Presiden yang masih kekal ingin bertanding jawatan Presiden.

___________________________________________________________________

Statement on the Result of the Permatang Pauh By-Election

26 August 26, 2008
YBM Tengku Razaleigh Hamzah
Member of Parliament, Gua Musang
31 Jalan Langgak Golf
55000 Kuala Lumpur

Today, five months after we met with the biggest General Election loss in our history, UMNO has suffered a landslide loss at Permatang Pauh. This despite the mobilization of the entire leadership and resources of a party that has held the machinery of government without pause for fifty years. This despite a campaign that embarrassed and divided the nation with its ugliness. It is time to face the music: it is we who have been buried:

- Our leadership is rejected by the rakyat and, moreover, is rejected by our own members. BN’s vote count was less than the number of UMNO members in the constituency.

- Within and among our component parties we ran a poorly coordinated and listless campaign against a motivated Opposition.

- What scraps of credibility the Prime Minister and his Deputy had left after March 8 are gone.

Today’s report card, delivered to a Prime Minister who is accountable also as Liaison Chief of UMNO Penang and Chairman of BN, is impossible to hide: he does not have the minimal credibility needed to run the country day by day, let alone to take it in the new directions we need to go in a complex world. He may not have the credibility needed to keep the country together. This dangerous situation cannot continue, and it will not.

I appeal to the members of UMNO and of BN’s component parties to stand by UMNO in our hour of crisis, and to take a sober historical perspective. The people of Malaysia and along with them, Umno’s ordinary members, have found their democratic voice. They demand leadership that can be trusted to unite our people, to restore confidence in our institutions, and forge a clear national direction. Today is proof that this wave cannot be held back. UMNO must change. We must begin by renewing our Party leadership. I am confident that by December, we shall.

________________________________________________________________

Lain-lain berita:

Anwar angkat sumpah MP esok (Malaysiakini)

BN Akur Keputusan (Utusan Malaysia)

Selasa, 29 Julai 2008

Kepimpinan Tidak Memahami Kami

Kecoh sekejap alam siber dengan kisah laporan “bocor” dari Hospital Puswari mengenai saudara Saiful dalam Anwar’s Sodomy Saga. Pendedahan laporan tersebut dilakukan sehari selepas Anwar menyatakan hasratnya untuk bertanding di Kulim. Mungkin satu kebetulan, tetapi masanya cukup strategik buat Anwar.


Sebenarnya isu ini adalah lebih besar dari isu kereta Mercedez, ataupun kisah “kerjasama” PAS dan UMNO, tetapi seperti biasa surat khabar utama mengetepikannya untuk propaganda lain.


Sedarkah pemimpin UMNO yang begitu taksub dengan isu PAS ini bahawa e-mel telah disebarkan kepada ribuan, malah jutaan, rakyat Malaysia mengandungi laporan Hospital Puswari yang menyatakan tiada kesan sodomi pada Saiful?


Persepsi rakyat cukup negatif terhadap kepimpinan UMNO sekarang. Masalahnya mereka masih lagi dibuai kereta mewah dan kontrak-kontrak.

Penulis tidak terkejut dengan laporan ini, kerana dari laman blog Malaysia-Today, Raja Petra telah lama mengatakan bahawa ada doktor yang merawat Saiful melaporkan tiada kesan koyak dan lain-lain bukti sodomi di peringkat awal pemeriksaan.

Penulis lebih terkejut bagaimana laporan ini boleh terlepas ke pihak ketiga. Dan implikasi daripada pendedahan ini tidak harus dipandang remeh oleh ahli-ahli UMNO, terutamanya kepimpinan.

Penulis tidak percaya bulat-bulat mana-mana pihak. Sifat skeptik penulis membuatkan penulis tertanya, “Adakah Saiful, jika benar ini dibuat-buat dan satu konspirasi, begitu bodoh untuk pergi mengadu kesakitan di bahagian dubur, tanpa memastikan sekurang-kurangnya ada bukti fizikal?”.

Kedua, jika benar ini semua konspirasi besar-besaran melibatkan pihak tertinggi dalam kepimpinan, cukup bodohlah mereka untuk menghantar Saiful ke hospital tanpa memastikan doktor yang “memeriksa” Saiful itu mengeluarkan laporan yang menyokong konspirasi ini!


Tetapi yang penting sekarang adalah persepsi rakyat. Dan rakyat ini tidak sebodoh yang disangkakan kepimpinan. Mereka boleh melihat, mereka boleh mendengar. Dari apa yang dilihat dan didengar, satu persepsi akan dibentuk. Jika sering mendengar dan melihat kelemahan kepimpinan dan bukti penyelewengan, lama-lama persepsi negatif akan menapak di minda rakyat

Tengku Adnan Cuba Menutup Hak Akar Umbi

Tergelak apabila membaca laporan Berita Harian mengungkap kata-kata Tengku Adnan yang menasihatkan kami, ahli akar umbi, supaya jangan sibuk mengekemukakan calon Majlis Tertinggi.


Apakah Tengku Adnan lupa hak setiap ahli UMNO yang termaktub di bawah perlembagaan UMNO.

FASAL 6
TANGGUNGJAWAB DAN HAK AHLI

6.2 Tiap-tiap ahli mempunyai hak-hak yang berikut:

6.2.1 Bercakap dan mengemukakan pendapat-pendapat dan mengundi di dalam
mesyuarat-mesyuarat parti.

6.2.2 Memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam parti

Ya, memang benar ini dipanggil peruntukan umum yang diatasi oleh peruntukan spesifik menyatakan bahawa pemilihan Presiden dan Timbalan Presiden bergantung kepada Bahagian.

Yang merisaukan penulis adalah persepsi bahawa Bahagian boleh bertindak tanpa mengambil kira pendapat dan cadangan Cawangan. Ini adalah satu “trend” yang telah lama dipupuk di dalam UMNO sehingga peringkat cawangan lumpuh dan tidak berkuasa.

Walaubagaimanapun, tiada peruntukan yang menghalang cawangan daripada mengeluarkan apa-apa usul berkenaan isu pemilihan Majlis Tertinggi. Malah, seperti termaktub dalam Fasal 17.5.1, tugas pertama Persidangan Cawangan adalah membincangkan dasar parti untuk dikemukakan kepada mesyuarat Perwakilan Bahagian.

Jadi secara tidak langsung ini membenarkan cawangan mengeluarkan usul berkenaan parti untuk dibawa ke Peringkat Bahagian oleh Perwakilan Cawangan. Bahagian sepatutnya pula mengambil langkah mengambil kira usul-usul ini, dan mendengar kata-kata di peringkat Cawangan.

Sebaliknya pula berlaku sekarang apabila Bahagian sudah awal-awal mengumumkan sokongan sedangkan persidangan peringkat cawangan belum selesai. Gunakan akal fikiran anda sama ada ini logik atau tidak.


Jangan terima penindasan sebegini begitu sahaja. Jangan sampai kita dilihat sebagai lemah dan lembik.


Tengku Adnan juga harus berterima kasih beliau masih lagi memegang jawatan kerana pembabitan beliau dalam kes VK Lingam telah banyak menjatuhkan kredibiliti kepimpinan.




PENGUMUMAN:

Laman web rasmi UMNO cawangan Damansara Utama kini beroperasi di www.umnodu.com

Rabu, 23 Julai 2008

Yang Digendong Berciciran

Khir Toyo ohh Khir Toyo. Pengakuan “calon” Ketua Pemuda UMNO ini bahawa beliau telah cuba untuk membina kerajaan Selangor bersama PAS adalah satu langkah yang tidak masuk akal dan tergopoh gapah.


Kenyataan beliau yang menyalahkan DS Anwar, dalam keadaan di mana majoriti rakyat Malaysia, tidak kira Melayu atau tidak, memandang jelek terhadap UMNO kerana tuduhan liwat yang mereka percaya satu konspirasi, adalah satu langkah ke belakang dalam usaha menaikkan profil Barisan Nasional di Selangor.

PAS Tidak Minat Tawaran UMNO (Malaysiakini)

Bila lagi UMNO nak sedar bahawa kekalahan Barisan Nasional pada PRU 12 bukan semata-mata kerana kehilangan sokongan kaum Melayu? Keangkuhan tindak-tanduk dan radikalisme yang semakin memuncak di dalam UMNO telah mengasingkan sokongan kaum bukan Melayu terhadap UMNO dan Barisan.

Mungkin ada yang mengatakan bahawa tindak-tanduk UMNO ini adalah reaksi terhadap provokasi kaum bukan Melayu dalam mempersoalkan hak-hak Melayu. Ya, bagi mereka yang hanya melihat pada yang dekat dan bukan yang jauh, ada kebenarannya.

Tetapi realitinya adalah persoalan hak-hak Melayu dan isu-isu seangkatan dengannya lahir daripada kelemahan institusi kerajaan yang diterajui parti Melayu sendiri. Kegagalan parti Melayu yakni UMNO untuk benar-benar melahirkan satu bangsa Melayu dan Bumiputera yang boleh bersaing dengan kaum bukan Melayu tanpa bantuan dan subsidi walaupun sudah 50 tahun merdeka harus dilihat sebagai pemangkin rasa tidak puas hati kaum bukan Melayu.

Teringat penulis ini pada satu “ceramah” yang menampilkan Akramsyah dan Mukhriz, anak kepada dua bekas orang kuat UMNO. Penulis hanya mampu geleng kepala apabila seorang ahli panel (bukan Akramsyah atau Mukhriz) membuat kenyataan berbunyi seperti berikut –

“lihatlah sekarang betapa teruknya keruntuhan moral di kalangan orang Melayu dengan gejala-gejala seperti melepak, bohsia dan dadah. Adakah kita harus biarkan negara jatuh ke tangan pembangkang dan biarkan ini berterusan?”

Itulah mentaliti ramai di dalam UMNO. Cuba guna logik sikit. Masalah keruntuhan moral yang berlaku di kalangan orang Melayu sekarang berlaku sewaktu zaman pemerintahan UMNO, bukan pembangkang!

Sedarlah bahawa hujah mempertahankan hak Melayu semakin dipandang serong bukan sahaja oleh orang bukan Melayu tetapi bangsa Melayu sendiri yang melihat hanya sebilangan orang Melayu yang diperkayakan oleh kerajaan pimpinan parti Melayu.

Ini adalah satu isu yang harus ditangani UMNO secara komprehensif dan memerlukan rombakan besar-besaran, bukan sahaja dari segi kepimpinan, tetapi juga dari segi imej, persepsi, pandangan dan perjuangan.

UMNO harus sedar bahawa ianya adalah parti Melayu yang menjadi tunjak perpaduan antara kaum dan bertindak berdasarkan sifat terbuka dan toleransi kepada peranan dan perasaan parti-parti komponen dalam Barisan. Di situlah kekuatan UMNO – sebuah parti Melayu yang mementingkan perpaduan kaum demi menjamin kemajuan Bangsa Melayu dalam keadaan yang aman, makmur dan bahagia.

Penulis sendiri faham apabila membaca pandangan skeptikal penyokong-penyokong PAS. UMNO dan PAS sudah lama tidak bersatu, dan tiada keserasian. Masyarakat Melayu sudah lama berpecah di antara garisan PAS dan UMNO. Malah, ada lebih persefahaman dan keserasian antara PKR dan UMNO daripada UMNO dan PAS.

Ahli UMNO Pahang Sertain PKR (Malaysiakini)

Itulah satu realiti yang tidak disedari Pak Lah dalam kegopohan cuba mengambil alih Kelantan hingga hilang Selangor dan lain-lain. UMNO tidak akan dianggap sebagai pejuang Islam sepertimana PAS. Walaupun cuba diketengahkan dengan konsep Islam hadhari (cuba tengok ada tak pemimpin UMNO sebelum ini yang mempunyai perjuangan konsep Islam?), UMNO tidak dapat bersaing dengan PAS.

Jadi dalam menjadi semakin radikal dan ekstrimis dalam tindakan dan percakapan, UMNO anggap akan menarik minat orang Melayu yang berada di atas pagar dan mereka yang bersama PAS. Realitinya adalah golongan yang atas pagar biasanya terdiri daripada golongan professional dan intelektual yang tidak mudah dipermainkan manakala penyokong PAS akan tetap bersama PAS.

Ahli PAS Mengamuk isu Muzakarah (Malaysiakini)

Ironinya adalah sokongan dari kaum bukan Melayu semakin hilang, dan kelemahan parti komponen diketengahkan membuatkan kaum bukan Melayu semakin mempersoalkan hak-hak Melayu dan bukan Melayu.

UMNO harus mengembalikan semangat kerjasama dan persefahaman yang telah membawa Malaysia ke arah kemajuan selama ini. Dan dalam memperjuangkan hak Melayu, UMNO harus melihat betapa luasnya spektrum Melayu itu sendiri pada zaman sekarang, dan cuba untuk mengatur langkah dan polisi yang boleh memenuhi hasrat dan impian mereka semua, bukan setakat sesetengah golongan saja.

Jangan yang dikejar tak kesampaian, yang digendong berciciran.


Lain-lain:
DAP "meniru" soalan Gerakan (The Star)
Mat Taib ingin jadi Naib Presiden (The Star)

Selasa, 15 Julai 2008

DILEMA AHLI AKAR UMBI

Laman ini adalah laman blog ahli UMNO, jadi sudah tentu ianya tidak boleh lari daripada topik UMNO.

Tempoh mesyuarat cawangan akan bermula pada 17 Julai, melibatkan hampir 20,000 cawangan seluruh negara, dan ditutup pada 24 Ogos. Dalam teori, di peringkat inilah keputusan sebenar dibuat, di mana usul dikemukakan, pandangan diutarakan dan sokongan diberikan oleh ahli akar umbi.

Tetapi semakin lama, semakin mengucup kuasa yang berada di tangan cawangan. Kenapa? Antara sebab paling utama adalah kecetekan pengetahuan di kalangan ahli UMNO sendiri. Jangan disalahkan ahli akar umbi sepenuhnya. Bukan senang hendak mengikuti perkembangan politik negara. Apatah lagi mengetahui sejarah dan salah silah bakal-bakal calon yang meletak nama untuk dipertandingkan.

Jangan terkejut kalau ada ahli yang sudah berpuluh tahun dalam UMNO tetapi tidak tahu hak dan kuasa mereka. Jangan terkejut kalau ada makcik dan pakcik yang tidak tahu tentang pelan peralihan kuasa Pak Lah. Jangan terkejut jika ada ahli yang tidak boleh membezakan Shabery Cheek dan Rahim Thamby Chik.

Cukuplah susah untuk mencari maklumat latar-belakang tentang Menteri-menteri, apatah lagi calon-calon Ketua Bahagian!

Maka ahli-ahli ini akan memberi tanggungjawab besar kepada ketua-ketua mereka, yang mereka kenali sudah sekian lama, untuk memilih bagi pihak mereka. Tetapi masalah yang sama tetap wujud, yakni ketandusan maklumat komprehensif tentang latar belakang calon di setiap peringkat.

UMNO harus menyedari bahawa MAKLUMAT ITU BAGAIKAN EMAS dalam dunia zaman sekarang. Tanpa maklumat yang kukuh, dan komprehensif, pemilihan akan dibuat berdasarkan faktor-faktor luaran seperti gosip, pujukan, rayuan dan mungkin juga rasuah.

Umum tahu bahawa walaupun ketua-ketua bahagian bersetuju melantik semula Pak Lah sebagai Presiden dan Najib sebagai Naib-Presiden, masih ramai di kalangan akar umbi yang menolak persetujuan ini. Tetapi ahli akar umbi juga tidak harus memikirkan tentang “top 2” sahaja, kerana calon-calon Naib Presiden UMNO kini semakin bertambah!

Di sini disenaraikan calon-calon yang khabarnya merebut 3 jawatan Naib-Presiden:


Klik di imej untuk dibesarkan

17 CALON!! Ada setengah tu yang setakat suam-suam kuku (seperti Khairy Jamaluddin).

Penulis ingin mengingatkan bahawa sebenarnya pencalonan mereka ini akan datang dari akar umbi, secara teori. Tetapi berapa ramai ahli akar umbi yang akan betul-betul mengambil langkah memilih 3 calon naib-presiden mereka, dan kalau ya, berdasarkan kriteria apa?


Siapakah Datuk Ahmad Shabery Cheek?

Malam ini akan menyaksikan pertembungan debat antara Anwar dan Shabery Cheek. Umum sudah mengenali gerangan DSAI, jadi tidak perlulah kita membincangkan tentang beliau. Tetapi siapa pula Shabery Cheek?


Susah juga nak mendapatkan maklumat yang lengkap tentang Datuk Shabery. Tetapi setelah meneroka alam siber, inilah sedikit sebanyak yang dapat penulis dapat kumpulkan.

Datuk Shabery ini lulusan ekonomi dari Universiti Malaya, di mana beliau juga pernah menyandang jawatan presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya. Di zaman universiti, beliau dikenali sebagai seorang aktivis pro-pembangkang. Di antara tokoh politik sekarang yang sezaman dengan beliau adalah Husam Musa (PAS) dan Muhamad Fuad Zakarshi (UMNO).

Selepas meninggalkan UM, beliau berjinak dengan politik bersama PAS di Terengganu. Tetapi selepas beberapa tahun, beliau menyambung pelajarannya dalam bidang Sains Politik di Univeriti Leeds. Catatan menunjukkan beliau juga pemegang diploma lanjutan dalam Perhubungan Antarabangsa. Beliau bertugas sebagai penceramah Sains Politik di Universiti Malaya selama beberapa tahun.

Beliau kemudian menyertai Semangat 46 bersama Ku Li. Beliau pernah memegang jawatan ahli Exco pemuda dan kemudia ketua pergerakan pemuda Semangat 46. Apabila Semangat 46 dibubarkan, beliau turut serta menyertai UMNO. Beliau pernah menjadi Ketua UMNO cawangan Gong Cengal, Ketua Penerangan UMNO Terengganu, dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kemaman.

Pada tahun 2004, beliau bertanding kerusi Parlimen Kemaman, dan menang dengan majoriti besar lebih 15,000. Di pertengahan pemerintahan Pak Lah, beliau dilantik menjadi Setiausaha Parlimen di Wisma Putra. Pada 2008, beliau berjaya memegang kepada kerusi Kemaman dengan majoriti lebih 12 000. Beliau dilantik sebagai Menteri Penerangan baru menggantikan Datuk Zainuddin Maidin.

Insyaallah, harap-harapnya beliau dapat menaikkan semangat juang UMNO yang jelas semakin hilang di kalangan pemimpin-pemimpin. Jangan lupa saksikannya di saluran TV9, saluran 119, 501 dan 502 di Astro jam 9.00 malam ini.

Sumber:

Khamis, 10 Julai 2008

No Contest for Top 2 In UMNO? (Malaysiakini)

Where do we go from here? The current system of representative voting is already not favorable to the ordinary rank-and-file members of UMNO, and yet we would see the possibility of another no-contest directive from the top.

See, the current UMNO system of voting is based on individuals choosing one individual who would later choose another individual and it goes on and on until a select group of individuals, purportedly representing the views of the 1st group of individuals, choose the leader for everyone.


The system could already be manipulated, as I could be voting for a Ketua Cawangan whom I believe would then elect a Ketua Bahagian whom I hope will then elect someone I want to see as the President of UMNO and yet along the way the person I voted for could support someone else who doesn't support my choice as President.

It's all a bit confusing, I know. But the point is very simple: the grass root won't know who chose whom even at the Division level. So we might be comfortable thinking that our Branch Chief would be voting for A, when in fact his vote has changed to B for the post of Division Chief. We would be powerless, because we wouldn't know!


Well, you can see how this might translate when the Persidangan UMNO proper begins later this year. Frankly, we have absolutely no say. We can change all our Ketua Cawangans, if this is our wish, and yet they might still change their minds and vote for the same Ketua Bahagian.

This is all just a pointless discussion, because if MKT UMNO decides that there should be no contest for the top 2 posts, then you'll see almost no changes from top to bottom. In other words, your votes in the PRU 12, that 47% who voted against BN (let's no kid ourselves - it was against UMNO & Pak Lah), will not get your wish after all for UMNO to change itself.

I have nothing against my leader personally, but I view competence above and beyond good manners and friendly disposition. What about you?

Another Year Goes By

Tun Dr. Mahathir Mohamad, Malaysia's longest serving Prime Minister, celebrates his 83rd birthday today (although officially, the record shows his date of birth as 20th December).

Selamat hari jadi Tun. Semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dan diberkati Allah S.W.T.

Despite the criticisms, I was proud of our achievements when you were the Prime Minister, that much I can say.



...

Rabu, 9 Julai 2008

Ketua Bahagian Pilih Pak Lah, Najib

Fakta: Mesyuarat cawangan belum bermula. Pemilihan ketua cawangan dan naib ketua belum dilakukan. Mesyuarat bahagian jauh lagi. Ketua bahagian belum lagi menjadi satu kepastian. Akar umbi belum memilih lagi.

Ketua-ketua bahagian Selangor telah sebulat suara bersetuju memilih Pak Lah dan Najib sebagai gandingan 1 - 2 sewaktu pemilihan parti hujung tahun nanti. Ini berikutan sokongan daripada Pulau Pinang, Perlis, Pahang dan Terengganu yang diumumkan sejak 2-3 hari yang lalu.


Penulis takut pengumuman sebegini hanya akan melemahkan lagi persepsi rakyat terhadap keterbukaan dan demokrasi di dalam UMNO. Adakah pemimpin UMNO sedar apabila mereka bersuara, ianya memberi impak bukan sahaja kepada akar umbi UMNO tetapi juga rakyat jelata?

UMNO harus sedar bahawa hampir 50% daripada jumlah pengundi di PRU 12 memilih pihak pembangkang. UMNO harus melihat ini sebagai satu petanda, dan bukan berpegang kepada kuasa di Parlimen sahaja. Jika UMNO meneruskan dengan pandangan sempit tanpa menghiraukan suara rakyat jelata, maka ia akan terus semakin tidak relevan.

Keputusan ketua-ketua Bahagian ini sebenarnya menentukan nasib seluruh rakyat Malaysia, kerana presiden UMNO akan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Ini bukan setakat isu UMNO sahaja, tetapi isu Negara. Jadi pemimpin harus melihatnya dari konteks Malaysia juga, bukan setakat kepentingan UMNO. Sedarlah bahawa kepimpinan UMNO itu sama dengan kepimpinan Malaysia.

Anwar Buat Laporan

Anwar Ibrahim hari ini membuat laporan di Pejabat Agama Wilayah Persekutuan mendakwa Saiful Bukhari membuat tuduhan palsu. Mengikut undang-undang Syariah, jika Saiful gagal menunjukkan 4 saksi terhadap kegiatan liwat itu, maka beliau boleh didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman. (The Star)

Satu lagi taktik bijak dari DSAI yang tidak membawa kepada apa-apa penyelesaian sebenarnya tetapi memainkan emosi rakyat. Beliau tahu Saiful tidak akan dapat menunjukkan 4 saksi, dan dengan membuat laporan ini beliau menunjukkan beliau "tidak bersalah" di kalangan orang Islam.

Tetapi kebenaran masih samar-samar. Khabarnya, bukti semakin bertambah terhadap DSAI. Entahlah.

PAS Pun Tak Setuju dengan Protes

Protes Tersasar: Nik Aziz
PR Kasar Terhadap Wartawan - Malaysiakini

Sabtu, 28 Jun 2008

Apa Kata Cawangan? (Terbaru:Ong Ka Ting Paham)

Apabila ditanya oleh wartawan sama ada beliau akan bertanding jika cukup pencalonan untuk jawatan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib, dengan Pak Lah di sisinya, menjawab “Saya akan buat ketetapan apabila sampai masanya, ada masa lagi."

Kenyataan ini dibuat selepas mesyuarat majis tertinggi UMNO dan Barisan Nasional pada hari Khamis lalu. Kenyataan terbaru ini sudah tentu menarik minat akar umbi UMNO.

Ahli akar umbi sedar bahawa tanpa kerelaan Najib bertanding, peluang untuk Pak Lah ditewaskan adalah tipis. Fakta ini diakui ramai walaupun desas-desus akar umbi menyatakan bahawa untuk mesyuarat-mesyuarat cawangan yang akan datang, bilangan yang akan menyokong gabungan Tan Sri Muhyiddin dan Tengku Razaleigh semakin bertambah.

Mungkin kerana semakin kuat suara-suara merungut kepimpinan Pak Lah membuatkan Najib masih terbuka untuk bertanding. Bayangkan jika gabungan Ku Li dan Muhyiddin mendapat sokongan akar umbi...dan menewaskan Pak Lah dan Najib.

Sekaligus Najib akan hilang jawatan Timbalan Presiden, dan menjadi orang ke-3 dalam UMNO di belakang Muhyiddin. Peluang untuk menjadi Presiden semakin tipis. Berapa tahun lagi untuk menunggu?

Bagi Muhyiddin pula, sebenarnya tidak kiralah siapa beliau bergabungan, kerana jawatan yang akan direbut tetap sama – Timbalan Presiden. Cuma kalau dengan Ku Li, peluang beliau tipis untuk menjatuhkan gabungan Pak Lah – Najib. Tapi kalau bergabung dengan Najib pula, mungkin bertahun-tahun lagi menunggu sebelum dapat memegang jawatan Presiden UMNO.

Semua itu pilihan individu-individu. Tetapi bagaimana pula dengan pilihan akar umbi? Adakah wajar suara 3 juta ahli UMNO diketepikan?

Keputusan sekarang di tangan ahli-ahli akar umbi di mesyuarat cawangan. Apakah usul yang bakal dibangkitkan dalam mesyuarat cawangan Damansara Utama? Wallahualam, tetapi penulis mengharapkan minda yang terbuka.

Pendapat Joceline Tan - Penganalisa politik, The Star
Muhyiddin belum buat keputusan (pendek kata : pilihlah saya)

Ong Ka Ting Paham

Ong Ka Ting membuat keputusan TIDAK akan bertanding untuk jawatan Presiden MCA. Setelah pelbagai kontroversi, dan suara-suara akar umbi yang mula mempertikaikan kepimpinannya, Ong Ka Ting dengan penuh hormat akan menarik diri.

Renung-renungkanlah.

Laporan The Star


Kod Etika Penghalang Demokrasi

Adakah ahli-ahli akar umbi UMNO sedar tentang kod etika pemilihan UMNO yang baru diluluskan Majlis Tertinggi baru-baru ini? Adakah ini diterima ahli akar umbi?

Logik – mereka yang ingin merebut jawatan harus bertemu dengan bakal pengundi untuk memperkenalkan diri. Malah, pilihan raya umum juga membenarkan tempoh berkempen sebelum pilihan raya.

Jika politik wang yang ditakuti, maka harus diadakan pemantauan, penerimaan laporan atau aduan secara terbuka, perlindungan kepada mereka yang membuat aduan, dan siasatan secara terbuka.

Itulah mekanisme mana-mana sistem demokrasi. Renung-renungkanlah.

Pendapat Mukhriz Mahathir
Pendapat Kamarulzaman Kamdias - ahli Exco Pemuda UMNO

Sabtu, 21 Jun 2008

Serangan Balas Bermula

Tidak lama selepas mengumumkan bahawa SAPP akan membentangkan usul tidak percaya, Presiden SAPP yakni Datuk Yong Teck Lee (YTL), telah menerima berita bahawa beliau bakal disiasat Badan Pencegah Rasuah.

Ini berikutan pendedahan seorang saksi di dalam sebuah kes mahkamah pada hari Khamis bahawa YTL mengarahkan pembayaran RM 5 juta kepada agen-agen hasil daripada penjualan sebuah syarikat milik negeri Sabah.

Sejarah YTL

YTL bukanlah seorang yang bebas dari kontroversi. Malah beliau pernah disabitkan bersalah kerana melanggar peraturan berkempen semasa pilihan raya. Keputusan ini menyebabkan beliau tidak boleh bertanding selama 5 tahun. PRU 12 adalah peluang beliau untuk kembali bertanding.

Reaksi Pak Lah

Selepas dituduh sebagai seorang pemimpin yang lemah, Pak Lah kini menunjukkan keinginan untuk berlawan pada tahap peribadi. Beliau mendedahkan “tawar-menawar” yang berlaku di antara beliau dan YTL untuk memastikan Presiden parti itu kekal dalam Barisan, terutama sekali setelah kecewa tidak dapat bertanding pada PRU 12.

Mainan Politik

Adalah ironik apabila YTL menyatakan bahawa “tawaran” Pak Lah itu seakan-akan sogokan untuk mendiamkan diri. Tawaran tidak akan datang jika tiada permintaan, atau desakan. Permintaan itu mungkin boleh datang dari segi “isu-isu Sabah” atau lebih munasabah satu permintaan untuk jawatan.

Kenyataan ini kelihatan lebih lemah apabila diambil kira perbincangan yang berlangsung secara sembunyi di antara YTL dan Anwar Ibrahim. Bukan setakat sembunyi di dalam hotel, tetapi terus di luar negara! Itu juga melibatkan proses tawar-menawar.

Jadi bolehkah disimpulkan bahawa tawar-menawar hanyalah bersifar “sogokan” untuk mendiamkan diri jika tawaran itu tidak cukup menarik untuk memenuhi kehendak?

Tawar-menawar adalah sebahagian daripada politik. Pakatan Rakyat pun sedang sibuk tawar-menawar MP Barisan untuk menyertai mereka bukan?

Kenapa, tidak percaya ke?

Gerakan-gerakan sembunyi oleh Anwar Ibrahim dalam menarik minat ahli-ahli Barisan seakan-akan gerakan solo. Kadangkala dilihat bahawa DAP dan PAS berdiam diri atau menjauhkan diri dari sebarang spekulasi sebegini.

Begitu juga dalam kes SAPP ini. Tidak pula kedengaran pembesar-pembesar PAS atau DAP menggesa SAPP berpaling tadah dan menyertai perjuangan mereka. Berbeza dengan Anwar Ibrahim, yang terbaru sekali dengan yakin menyatakan sudah 2 MP BN yang masuk Pakatan, dan mengajak yang lain untuk turut serta. (Sumber: Malaysiakini - pendaftaran berbayar)

Objektif bukanlah untuk melahirkan satu Pakatan yang bersatu dan berkhidmat, tetapi hanya untuk Pakatan mengambil ahli kuasa.

Kontra di antara reaksi kepimpinan Pakatan Rakyat ini membezakan antara mereka yang telah lama wujud dan berlandaskan ideologi (PAS dan DAP) dan yang baru dan berlandaskan konsep populis dan peribadi (PKR).

Dari sudut UMNO

Sekali lagi kepimpinan terjerat. Pendedahan “tawar-menawar” akan melemahkan kredibiliti YTL. Ini bakal membuatkan president SAPP itu terdesak dan tidak mustahil SAPP akan dengan sendirinya keluar dari Barisan.

Rakyat pula sudah pasti menganggap siasatan BPR sehari selepas pengumuman dibuat sebagai satu reaksi tindak balas. Maka, sebarang keputusan yang dicapai BPR akan dilihat sebagai sesuatu yang bermotif politik dan bukan kebenaran.

Pada masa yang sama, pendedahan ini jelas menunjukkan kepada rakyat bahawa benar desas-desus menyatakan berlaku tawar-menawar dalam skala besar-besaran bagi mengekalkan parti dari Sabah. Ini akan merosakkan lagi imej Barisan yang dilihat sebagai lebih sibuk berpolitik daripada memikirkan hak dan kepentingan rakyat.

Malangnya, hampir kesemua perkara yang dilakukan (tawar menawar dan sibuk berpolitik) dan kesan daripadanya tidak dapat dielakkan. Ini adalah kerana dalam posisi yang lemah, UMNO tidak mampu bertindak, sebaliknya hanya bertindak balas. Bagaimana hendak menyerang, jika tembok di rumah sendiri pun masih berlubang?

Kenapa UMNO di posisi yang lemah akan dibincangkan kemudian hari.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Khamis, 19 Jun 2008

Tamparan Hebat buat UMNO dan Barisan

Buat pertama kalinya dalam sejarah tanah air, seorang Perdana Menteri bakal dicabar dengan usul hilang keyakinan di dalam Parlimen. Ini adalah kenyataan yang dikeluarkan bukan dari Pakatan Rakyat, tetapi parti komponen Barisan Nasional sendiri – SAPP dari Sabah.

Sebenarnya keadaan di Sabah sangatlah rumit semenjak PRU-12. Kemenangan mereka (yang juga menjamin kemenangan Barisan) seakan-akan diketepikan kepimpinan dalam pemilihan kabinet.

Maka satu persatu isu-isu (yang bukannya isu baru) dibangkitkan parti-parti Sabah demi “mempertahankan Sabah”. Pada pendapat penulis, walaupun isu-isu ini dijadikan mainan politik, ianya masih harus ditangani demi kepentingan rakan-rakan di Sabah.

Ya, memang benar UMNO tidak patut tunduk kepada ugutan sebegini. Tetapi malangnya UMNO sekarang tidak berada dalam posisi untuk mempertahankan diri. Jika satu-persatu parti komponen Barisan memprotes, dan UMNO kekal bersahaja, akan tiba masanya UMNO hanya memegang kerusi mereka sahaja – adakah ini cukup untuk menangkis serangan Pakatan Rakyat?

Yang menjadi persoalan adalah bagaimana keadaan boleh meleret sehingga jadi sebegini? Desas-desus pengumuman oleh SAPP telah diketahui sejak beberapa hari yang lalu. Adakah kepimpinan Barisan leka sehingga terlepas pandang masalah ini?

Di manakah “rundingan minit terakhir” yang acapkali digunakan untuk menyelamatkan keadaan parti?

Dan apakah tindakan seterusnya? Tiada respon segera. Seakan-akan mencabar lagi tindakan seterusnya dari SAPP mahupun parti-parti komponen lain. Jangan sampai ugutan menjadi realiti.

Buat masa sekarang SAPP masih lagi kekal di dalam Barisan. Kepimpinan sekarang terjerat.Jika mereka halau SAPP keluar Barisan, maka Pakatan dapat lagi beberapa kerusi. Jika tiada tindakan, ianya akan melemahkan lagi posisi kepimpinan.

Sedarlah bahawa SAPP ini parti yang tidak besar tetapi mempunyai wakil di dalam Parlimen. Tindakan mereka ini adalah seakan-akan “eksperimen” untuk melihat sama ada benarkah parti-parti komponen lain ingin “melompat” ke Pakatan Rakyat.

SAPP masih lagi dalam Barisan. Bukan Barisan yang mereka marahkan, tetapi kepimpinan. Tidak musytahil, malah kemungkinan besar, majoriti MP Barisan dari Sabah menanti peluang untuk bertindak. Maka tindakan seterusnya haruslah bijak dalam percaturan politik ini.

Ahli-ahli akar umbi UMNO harus sedar tentang realiti politik sekarang. Jangan leka sehingga tiba satu hari tiada lagi UMNO untuk disokong.

rocky's bru: Personal greed, says Badawi

...

Rabu, 18 Jun 2008

Tamparan Hebat buat UMNO dan Barisan

Buat pertama kalinya dalam sejarah tanah air, seorang Perdana Menteri bakal dicabar dengan usul hilang keyakinan di dalam Parlimen. Ini adalah kenyataan yang dikeluarkan bukan dari Pakatan Rakyat, tetapi parti komponen Barisan Nasional sendiri – SAPP dari Sabah.

Sebenarnya keadaan di Sabah sangatlah rumit semenjak PRU-12. Kemenangan mereka (yang juga menjamin kemenangan Barisan) seakan-akan diketepikan kepimpinan dalam pemilihan kabinet.

Maka satu persatu isu-isu (yang bukannya isu baru) dibangkitkan parti-parti Sabah demi “mempertahankan Sabah”. Pada pendapat penulis, walaupun isu-isu ini dijadikan mainan politik, ianya masih harus ditangani demi kepentingan rakan-rakan di Sabah.

Ya, memang benar UMNO tidak patut tunduk kepada ugutan sebegini. Tetapi malangnya UMNO sekarang tidak berada dalam posisi untuk mempertahankan diri. Jika satu-persatu parti komponen Barisan memprotes, dan UMNO kekal bersahaja, akan tiba masanya UMNO hanya memegang kerusi mereka sahaja – adakah ini cukup untuk menangkis serangan Pakatan Rakyat?

Yang menjadi persoalan adalah bagaimana keadaan boleh meleret sehingga jadi sebegini? Desas-desus pengumuman oleh SAPP telah diketahui sejak beberapa hari yang lalu. Adakah kepimpinan Barisan leka sehingga terlepas pandang masalah ini?

Di manakah “rundingan minit terakhir” yang acapkali digunakan untuk menyelamatkan keadaan parti?

Dan apakah tindakan seterusnya? Seperti biasa, kepimpinan UMNO kekal bersahaja. Seakan-akan mencabar lagi tindakan seterusnya dari SAPP mahupun parti-parti komponen lain.
Jangan sampai ugutan menjadi realiti.

Buat masa sekarang SAPP masih lagi kekal di dalam Barisan. Kepimpinan sekarang terjerat.Jika mereka halau SAPP keluar Barisan, maka Pakatan dapat lagi beberapa kerusi. Jika tiada tindakan, ianya akan melemahkan lagi posisi kepimpinan.

Sedarlah bahawa SAPP ini parti yang tidak besar tetapi mempunyai wakil di dalam Parlimen. Tindakan mereka ini adalah seakan-akan “eksperimen” untuk melihat sama ada benarkah parti-parti komponen lain ingin “melompat” ke Pakatan Rakyat.

SAPP masih lagi dalam Barisan. Bukan Barisan yang mereka marahkan, tetapi kepimpinan. Tidak musytahil, malah kemungkinan besar, majoriti MP Barisan dari Sabah menanti peluang untuk bertindak. Maka tindakan seterusnya haruslah bijak dalam percaturan politik ini.

Ahli-ahli akar umbi UMNO harus sedar tentang realiti politik sekarang. Jangan leka sehingga tiba satu hari tiada lagi UMNO untuk disokong.

...