Selasa, 14 Oktober 2008

Perubahan Yang Membawa Kejatuhan...

Keputusan DS Abdullah Ahmad Badawi telah membawa beberapa perubahan serta-merta yang ramai menganggap sebagai positif. Di antaranya perletakan jawatan Kalimullah Hassan dari New Straits Times Press dan Patrick Lim @ Patrick Badawi dari kumpulan Equine. Semenjak Mac 08 juga harga saham Scomi terus merudum.

Perubahan paling ketara adalah bagaimana Khairy Jamaluddin, menantu DS Abdullah yang begitu yakin akan menjadi Perdana Menteri termuda Malaysia, kini masih tercari-cari pencalonan untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda.

Sokongan hebat buat Mukhriz adalah sesuatu yang Mukhriz sendiri tidak jangkakan memandang beliau begitu pesimis hanya beberapa bulan yang lalu. Tetapi momentum menentang Pak Lah yang hampir-hampir lenyap apabila Najib dan Pak Lah mengumumkan pelan peralihan kuasa kembali berputar semenjak kekalahan di Permatang Pauh.

Mukhriz: A Sign That Grassroot Wants Change (Malaysiakini)

Dalam masa beberapa bulan sahaja semenjak Mac 08, UMNO telah melihat bagaimana perubahan dalaman boleh dilakukan oleh ahli-ahli, atau sekurang-kurangnya kini ahli UMNO semakin berani bersuara.

Dari penulis blog seperti Big Dog, sehingga ke MP seperti Datuk Nur Jazlan, jelas ahli UMNO semakin menunjukkan keberanian.

Mungkin inilah peninggalan terunggul pemerintahan DS Abdullah. Sama ada disengajakan atau tidak, beliau telah membenarkan peredaran maklumat secara terbuka. Mungkin ini juga masa yang sesuai memandangkan peningkatan dalam pengguna internet dan teknologi moden yang lain, tetapi tidak boleh dinafikan beberapa hak bersuara yang lenyap dulu kini kembali bertapak.

Masalahnya, penulis berpendapat kepimpinan UMNO tidak bersedia untuk keadaan ini. Ada yang sebelum PRU 12 mengutuk penulis blog, kini dengan tidak malunya membuka blog sendiri (walaupun sebenarnya mereka hanya bayar penulis upahan). Dan apalah gunanya membiarkan rakyat bersuara jika kepimpinan tidak mendengar rintihan dan keluhan, kerisauan dan aduan, yang membelenggu negara ini?

Itulah ironinya situasi pada masa sekarang. Keterbukaan yang membawa kepada perubahan-perubahan yang diinginkan ahli UMNO juga merupakan sebab UMNO gagal bertindak secara efektif memahami informasi yang disampaikan, dan akhirnya kekalahan di PRU 12. Keterbukaan ini jugalah yang menyebabkan Pak Lah tumbang tanpa bertanding.

PKR Janji Kosong Lagi

Oktober 13 berlalu tanpa insiden di Parlimen. Mungkin di kalangan bukan-Melayu masih ramai yang yakin DS Anwar akan kembali berkuasa. Tetapi rakyat harus sedar bahawa UMNO kini seakan diberi nafas baru. Dengan pemilihan MCA bakal berlangsung tidak lama lagi, angin perubahan dijangka akan menembusi Barisan Nasional.

Jika kepimpinan baru dalam Barisan berusaha untuk bekerjasama, dan meneruskan permintaan rakyat terutamanya dalam pembanterasan gejala rasuah, nescaya peluang untuk DS Anwar akan menjadi semakin nipis.

Kini, mereka harus mengambil serius peranan sebagai parti pembangkang di Parlimen, dan Parti Memerintah di peringkat negeri. Di manakah janji-janji besar seperti pilihan-raya melantik Majlis Perbandaran? Di manakah kes-kes rasuah dan pecah amanah yang dilemparkan kepada pemimpin UMNO?

Sebaliknya, ahli mereka sendiri kini sedang bersembunyi.

Khabarnya Zulkifli Nordin bakal menyertai UMNO. Pasti selepas ini PKR akan mengatakan – silalah pergi, kami pun tidak mahu engkau. Dalam erti kata lain, seperti penulis catatkan sebelum ini, mereka hanya mahu golongan Melayu yang memenuhi criteria mereka – bebas dan liberal.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mukhriz pernah desak umno hapus kuota pemilihan kerana nak bagi peluang kepada semua calon untuk tawar diri dan bertanding.

Sekarang Mukhriz dah dapat 40 pencalonan dan layak bertanding ketua pemuda umno Malaysia.

Adakah Mukhriz sedia bagi peluang kepada Khairy Jamaluddin, Khir Toyo dan Zahidi untuk dapat baki pencalonan untuk mereka juga layak bertanding?

Adakah Mukhriz ahli politik yang hanya pandai berkata-kata, tetapi jauh dalam hati, dia hanyalah seorang oportunis?

BERANIKAH MUKHRIZ BERUBAH dulu sebelum dia mengajak pemuda untuk BERANI BERUBAH?

Tanpa Nama berkata...

aii desperate nampak penyokong khairi ni...takut projek melepas ka apa ka ni....kesian.....

Tanpa Nama berkata...

Biasa la tuuuu...

Tapi jangan confident sangat...bapak mertua dia still ada power...dah nampak dah propaganda anti-Najib dok keluaq...

Aku cakap senang2 kita letak Muhyiddin ajaaa..xde kontroversi!

abe MIE 'TERJAH' berkata...

PKR-

parti kencing rakyat...

bukan tahu buat kerja.

anwar bising kat parlimen saja nak tutup malu