Khamis, 23 Oktober 2008

Suntikan Ekonomi Untuk Kebaikan Semua

Tatkala seluruh jentera UMNO sibuk berkempen demi pencalonan dan melobi untuk kedudukan, ekonomi dunia terus merudum ke arah kegawatan global.

Jelas bahawa satu penilaian komprehensif harus dilakukan untuk memastikan Malaysia tidak turut terikat jatuh ke dalam “lautan” kegawatan sehingga lemas. Memang tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia tidak terkecuali dalam menerima tempias masalah kegawatan dunia, memandangkan betapa pentingnya nilai eksport perindustrian dan perusahaan komoditi terhadap ekonomi negara.

Tetapi ini tidak bermakna tiada apa-apa yang boleh dilakukan untuk memperkasakan kedudukan ekonomi negara agar dapat meredah arus globalisasi.


Kerana itulah penulis agak kecewa dengan keputusan Kerajaan untuk menggunakan wang KWSP sejumlah RM 5 bilion untuk ditambah ke dana ValueCap yang sudah bernilai RM 5 bilion. Dana ini akan digunakan untuk membantu syarikat-syarikat yang telah hilang nilainya di dalam pasaran saham.


Dalam teori, jumlah wang itu akan digunakan untuk memastikan nilai saham kekal pada paras yang akan menghalang situasi panik. Pasaran saham yang stabil akan menjana modal buat syarikat-syarikat besar supaya mereka yakin untuk meneruskan projek-projek. Secara tidak langsung, putaran ekonomi akan bermula semula.

Tetapi dalam realitinya, penulis merasakan bahawa tindakan ini akan hanya menaikkan nilai saham pemilik individu syarikat-syarikat, tanpa membawa sebarang perubahan drastik terhadap operasi syarikat. Ahli perniagaan yang bijak dan cekap akan melihat situasi gawat dan akan memegang kepada asetnya sehinggalah keadaan sudah mencecah paras terendah sebelum memulakan semula projek.

Sementara itu, kontraktor kecil-kecilan, syarikat yang menjual bahan-bahan sokongan, mereka yang menawarkan khidmat seperti membekalkan alat tulis akan merasa bahang kegawatan apabila syarikat-syarikat besar yang selesa dengan nilai saham yang didokong duit rakyat menghentikan perbelanjaan untuk menjimatkan kos.

Bukan itu sahaja, tindakan ini akan lebih menguntungkan pemegang saham institusi yang biasanya terdiri daripada syarikat luar negara atau pelabur yang akan mendapat untung tanpa sebab munasabah.

Yang lebih merisaukan penulis, tindakan sebegini memerlukan sistem yang kompleks untuk memastikan wang akhirnya disalurkan kepada majoriti rakyat daripada menambahkan pendapatan beberapa individu atau institusi berkepentingan sahaja.

Sebaliknya, penulis mencadangkan jumlah wang yang cukup besar itu digunakan untuk menjana perusahaan kecil-sederhana syarikat-syarikat tempatan dengan membenarkan pinjaman rendah faedah. Syarikat-syarikat juga boleh menggunakan dana untuk menyusun semula pinjaman mereka lantas membebaskan wang setiap bulan dan dijadikan modal pusingan.

Kerajaan juga harus melihat semula projek-projek dan memilih projek yang melibatkan paling banyak usaha-sama dengan syarikat kecil-sederhana disamping memberi kesan jangka masa panjang kepada rakyat. Ini termasuk projek membaik-pulih infrastruktur fizikal seperti jalan raya. Projek membina monumen dan sebagainya harus diabaikan buat sementara waktu. Kos pembinaan juga harus dirujuk semula dengan membuang perhiasan yang terlampau mahal.

Yang penting sekarang bukanlah memaksimakan keuntungan beberapa syarikat terpilih sahaja tetapi untuk membenarkan lebih banyak syarikat terus beroperasi walaupun ini bermakna mereka hanya cukup menampung kos menjalankan perniagaan.

Rombakan lebih mendalam boleh dan harus diusahakan tetapi ini memakan masa dan kekuatan politik. Sekarang bukanlah masanya untuk merombak sistem ekonomi tetapi untuk member suntikan agar kita tidak melihat penguncupan ekonomi yang mendadak.

4 ulasan:

pkrpasdap berkata...

Kita marah sebab kerajaan guna wang KWSP untuk bantu syarikat tertentu. Kita nak suruh negara pinjam dengan IMF ke? Kalau anwar jadi PM, sudah tentu hutang negara bertambah dan tunggu semua bank-bank malaysia jadi macam bank di indonesia.

Lagipun wang kita tak hauspun. Kita ada buku akaun, janji kerajaan bayar deviden setiap tahun dibayar. Macamana nak bayar dividen kalau tidak ada pelaburan.

Hussam Musa tak tahu ekonomi makro. Dia tahu ekonomi rumahtangga sahaja.

PAS pula hanya hanya tahu komplen dalam Harakah sahaja. Lagi panas, lagi laku Harakah. Kalau cerita dakwah, siapa nak beli Harakah?

Cuba tanya dia macamana nak selamatkan syarikat yang akan menyebabkan krisis ekonomi kalau tak ada sistem campurtangan kerajaan pusat.

PAS tak pernah memberi cadangan melainkan mengkritik. Jadi kita mengkritik PAS pula.

Tanpa Nama berkata...

Harapkan saudara penulis boleh memberi sedikit ulasan tentang bajet yang dicadangkan oleh PR. Sejauh manakah kesannya jika dibandingkan dengan bajet BN?

amukanmelayu berkata...

salam...
camne kalau company yg di bail out gune duit rakyat tuh lingkup??? sape nak bail out kwsp? sudahnya, rakyat juga yg tanggung susah disebabkan kebodohan individu2 yg dah mmg bodoh ni. tgk la skang ni, dulu rege minyak dunia naik, tak sampai 4 jam rege minyak malaysia naik kaw2. camne lak skang yg dah turun nih, trn cket2 je. pehtu paksa peniaga trn harga. siap suh boikot plak. ape bodoh punya org. kebulur la kalau boikot. org kaya leh la boikot, gaji, elaun, bil2, entertainment sume blasah duit rakyat. belum rasuah yg berjuta2 lagi. tapi dlm tv menyalak2 nak bela bangsa, naik kan martabat melayu, nak nampak bersih.

ini lah hakikat skang. mmg kasar n pedih, tapi kene la telan. kami rakyat, ckp lebih masuk ISA, kate nak hasut. kami xde pangkat, xde kuasa. tapi kalau yg pangkat besar2 tuh, ade je org cover. ckp ape pun x kisah walaupun nampak sgt racist. konon demi melayu ntah ape2.

tolong la syarikat gergasi tuh. dalam masa yg sama, tekan pulak org bawahan ni. ini reality skang. yg kaya, susah pun ditolong dengan byknya. yg miskin, kalau bantuan tuh rm1k, yg sampai mungkin 100 je. lebih tu, blanja pengurusan la katakan. ni la pemerintahan yg paling bijak setelah 50tahun merdeka.... HIDUP MELAYU...

Tanpa Nama berkata...

pada mata rayat persoalan pokok adalah apakah parti yg menerajui kerajaan pusat. jika jawapannya UMNO, maka rakyat tidak akan setuju walau macamana bernas sekalipun idea mereka. kerana rakyat terutama kasta bawahan lansung tidak didengari suara-suara mereka oleh UMNO. maka inilah balasannya.pekak lawannya pekak.