Jumaat, 8 Ogos 2008

Strategi Anwar Ke Puncak Kuasa

Beliau dicintai dan dibenci, dihormati dan dicaci, disokong dan dibangkang. Itulah enigma DS Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri, dan kini khabarnya bakal Perdana Menteri Malaysia. Pengumuman Wan Azizah untuk melepaskan kerusi parlimen Permatang Pauh membuka ruang kepada DS Anwar untuk kembali secara rasmi ke dalam dunia politik tanah air.

26 Ogos bakal menjadi tarikh keramat buat DS Anwar. Melainkan berlaku sesuatu yang ajaib, penulis menjangkakan DS Anwar akan dinobatkan pemenang pada 27 Ogos. Bermakna pada sambutan kemerdekaan ke-51, Malaysia akan melihat satu anjakan paradigma dalam arena sosio-politik tanah air. Setelah 50 tahun berkuasa, besar kemungkinan inilah detik permulaan kejatuhan institusi Barisan Nasional dan lebih spesifik, UMNO.

Penulis bukan seorang yang pesimis, tetapi jelas melalui tindak tanduk DS Anwar bahawa beliau kini mempunyai kelebihan dalam permainan politik tanah air. Segala kata-kata beliau telah menjerat kerajaan kepimpinan Pak Lah, yang tidak mampu untuk mengubah keadaan sama ada kerana kelemahan pendirian, kekurangan sokongan dari akar umbi atau ketidak cekapan.

Semenjak PRU 12, sebarang usaha Barisan Nasional untuk mengawal “permainan” telah dipatahkan oleh DS Anwar. Apabila Pak Lah cepat mengumumkan pelan rombakan dalam sistem perundangan dan pencegahan rasuah, ramai yang menganggap ini adalah strategi untuk mengurangkan kelemahan yang boleh dieksploitasikan oleh Anwar.

Malangnya, kerana tidak memegang kuasa mutlak di kalangan jemaah kabinet, usaha untuk reformasi menemui jalan buntu, dan rakyat Malaysia kembali kecewa dengan kelembapan perubahan dalam institusi-institusi kerajaan.

Jelas keputusan untuk menaikkan harga minyak secara mendadak dijadikan landasan “fasa kedua” serangan DS Anwar terhadap Pak Lah. Gelarlah beliau apa-apapun, tetapi dari tindak tanduk dan percakapan, DS Anwar telah berjaya menambat hati masyarakat dengan janjinya untuk merendahkan harga minyak sebaik sahaja beliau mengambil alih kerajaan.

Tidak habis dengan isu minyak, kini kes sodomi kembali ke persada politik. Dan kalau ada di kalangan UMNO yang menganggap tuduhan sodomi ini akan menjatuhkan Anwar, jelas sangkaan mereka meleset sama sekali. Lihat sahaja bancian yang menunjukkan bahawa majoriti rakyat Malaysia tidak percaya tentang tuduhan ini.

DS Anwar pandai menggunakan peluang ini untuk membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kepimpinan UMNO. Teori konspirasi dibangkitkan. Setiap penahanan dan soal siasat digambarkan bagai satu penyiksaan. Dari awal lagi, DS Anwar telah menetapkan di dalam kepala bakal pengundi bahawa ini semua satu tuduhan tidak berasas.

'Impossible to Expect Fair Trial' (Malaysiakini)

Ada desas-desus menyatakan bahawa di dalam UMNO sendiri ramai pemimpin yang tidak bersetuju bahawa kes Anwar ini dibawa ke mahkamah. Malangnya, mungkin kerana penasihat strategi yang salah, ataupun polis yang ingin membalas dendam, kes ini tetap disampaikan kepada Jabatan Peguam Negara.

Pendedahan laporan kesihatan pertama Dr. Osman dari Hospital Pusrawi melemahkan lagi kes terhadap DS Anwar. Datuk Idrus, seorang yang lebih berkaliber dan berkebolehan dari Gani Patail, terjerat dengan satu situasi yang amat sukar.

Tetapi sejurus Anwar disuruh hadir ke mahkamah, DS Anwar dengan bijaknya telah mengatur strategi untuk mengawal prosiding. Beliau menyatakan keyakinan terhadap Datuk Idrus dan pasukan di J.Peguam Negara, dan meletakkan tanggungjawab ke atas Pak Lah, beberapa golongan dalam UMNO dan pasukan polis yang diketuai IGP Musa Hassan, orang sama yang terlibat dalam kes 1998.

Anwar Pleads Not Guilty (Malaysiakini)

Dengan cara ini, beliau telah berjaya membuat pihak pendakwaraya sebagai hero yang terjerat dengan mainan politik terhadapnya. Jika anda pendakwaraya, adakah anda lebih bersimpati dan jujur apabila tertuduh tidak menyalahkan anda, atau jika dia menuduh anda terlibat dalam konspirasi?

Pasukan peguambela beliau juga dengan bijak member tekanan kepada mahkamah dengan secara bersahaja memberitahu bahawa jenayah sodomi adalah jenayah “non-bailable” tetapi biasanya ikat jamin diberikan. Dengan pengumuman sebegini, jika mahkamah mengumumkan tiada ikat jamin, maka mereka telah melakukan sesuatu yang luar biasa!

Kenyataan demi kenyataan yang sebenarnya boleh dianggap "prejudicial" diumumkan tanpa segan silu untuk mendapatkan sokongan rakyat. Pejabat kehakiman bukanlah malaikat yang tidak membaca akhbar atau melayari internet. Siapakah yang cukup berani untuk menentang arus kebencian yang meluak-luak di kalangan "rakyat jelata" dan mensabitkan DS Anwar? Beliau akan dituduh menerima rasuah, tidak adil dan tidak berprinsip, melainkan beliau membebaskan DS Anwar!

Jadi tidaklah mengejutkan bahawa DS Anwar kali ini diberikan ikat jamin. Terus penyokong mengatakan bahawa ini adalah kemenangan pusingan pertama terhadap Anwar, dan bahawa sistem kehakiman telah menunjukkan bahawa mereka boleh berlaku adil saksama. Dalam erti kata lain, jika mahkamah tidak mengikut telunjuk dan “nasihat” DS Anwar dan penyokongnya, maka mereka telah berlaku “tidak adil”. Keadilan hanya boleh berlaku jika semua mengikut kata DS Anwar.

Begitu juga situasi di Permatang Pauh, di mana DS Anwar dari awal lagi membangkitkan isu pengundi “hantu” dan politik wang untuk membenam di minda pengundi bahawa jika beliau kalah, sudah pastilah kerana faktor luaran. Dalam erti kata lain, tidak mungkin beliau kalah jika pengundian bebas dari anasir luaran.

Beliau kembali yakin dengan tarikh 16 September. Dengan tuduhan penyalahgunaan kuasa terhadap Pak Lah dan Najib, posisi kepimpinan semakin lemah. Semuanya bergantung dengan apa yang berlaku di antara sekarang dan 26 Ogos. Pada pendapat penulis, pada trajektori sokongan sekarang, jika tarikh 16 September di boleh dipenuhi, peralihan kuasa tetap akan berlaku satu hari nanti.

Comfortable Number for September 16 (Malaysiakini)

Persoalan yang sekarang pasti bermain di fikiran rakyat, termasuklah ahli UMNO, apakah implikasi apabila DS Anwar kembali ke Parlimen, dan adakah ianya lebih buruk daripada membiarkan kerajaan Barisan Nasional terus memerintah?

Pada pendapat penulis, inilah yang dinamakan pengorbanan sebenar. Menerima kekalahan, demi membuang tabiat dan individu yang telah menjatuhkan martabat UMNO dan memesongkan perjuangan sebenar Barisan Nasional. Menerima kekalahan agar usaha pemulihan UMNO dapat dimulakan secepat mungkin. Menerima kekalahan demi menyelamatkan bangsa, agama dan negara.


...

5 ulasan:

abe MIE 'TERJAH' berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

anwar belum menang lagi di PP. andaian berdasarkan populariti sahaja. kalau dia menang, dia ada 2 kes- liwat dan saman malu.

kena ingat, kalau dia kalah, jawatan YB akan terlucut macam sebelum ini...anwar kena tunggu lagi lah kalau ini terjadi.

dan kena ingat, kuasa kelulusan jadi PM di tangan Agung. PErak bukti yang jelas bagaimana DAP yang mempunyai majoriti tapi tak boleh jadi MB...

JANGAN MEMANDANG MUDAH DENGAN KEHIDUPAN.

Ada lagi kejutan sebelum PP?? kita tunggu......

See Plus Plus berkata...

UMNO akan gunakan taktik kotor mereka seperti biasa. Mereka masih ingat orang melayu ni bodoh, boleh dijual beli dan mudah ditipu.
Itu semua UMNO, tak pasti mereka bodoh walaupun nampak bodoh, jual beli takyah ceritala itu tradisi UMNO. Mereka tak mudah ditipu, tapi mereka suka sangat menipu. Rasa macam kena ambik ujian cara menipu rakyat sebelum diterima masuk UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Kat mana nak amik ujian tuh?

waktu saya, ayah saya, atuk saya jadi ahli UMNO, tak pulak tau tentang ujian ni...

mungkin sesetengah orang je kot yang dapat ujian istimewa ni...macam orang-orang bodoh yang anti tapi x tau anti apa...bodoh

See Plus Plus berkata...

haha tengok tu. nak menipu lagi

mesti ko belajar dari atok ko kan

gilelah 3 generasi penipu, anak orang kaya ni.

Tanpa Nama berkata...

salam...
kejatuhan UMNO mmg sudah dijangka...cume lambat atau cepat sahaja. persoalannya, kenapa kjaan skg tidak mengambil langkah proaktif dalam membantu rakyat? hampir 2 penggal UMNO dalam kerajaan, saya dan rakan2 tidak nampak pembahruan yg dibuat, samada dari segi ekonomi, pembangunan dan yg lain2. cume yg ketara pembatalan projek yg banyak merugikan, peningkatan harga yg diluar kawalan, keceluaran dalaman UMNO sendri. mmg la golongan kerajaan, gol yg menerima subsidi, dan ahli2 politik khususnya tidak nampak semua ini. tapi bagaimana kami yg bekerja swasta? apa yg kami dapat sewaktu minyak naik?

kalau nak dikata penipu mmg ada benarnya. cuba dikaji semula kenyataan nor yaakob, syed hamid, paklah...banyak yg boleh diragukan...cnth seperti SHA ckp pilihanraya kecil merugikan, tetapi paklah ckp nak rugi apa, sbb bukan guna wang rakyat. begitu juga nor yaakob..umum inflasi bawah 5%, besoknya bank negara umum dah naik lebih 7%. so, kenyataan yg dibuat2 mmg tidak akan konsisten sebab itu bukan yg benar.

kalau pun UMNO dalam PKR, saya pasti sentimen dan cara yg sama juga akan digunakan, malah sejak dahulu lagi mengapi2kan kelemahan pembangkang, begitu juga pembangkang sekarang ini. saya tidak lihat ini 1 yg tidak wajar kerana persembahan ini dari UMNO juga. kalau tanpa nama ckp bodoh kerana xtau anti ape, saya boleh tanya, kalau anda sokong...sebab apa anda sokong...adakah anda org kaya hasil duit rakyat, atau politik anda membabi buta, atau sememangnya pada anda betul atau tidak, UMNO tetap UMNO.

saya bukan nak sokong sesiapa, tapi pada saya yg salah tetap salah, yg benar tetap benar.

Dalam dunia politik tanpa bimbingan wahyu, segalanya mungkin. Pembohongan bagaikan rukun politik yang tidak sah tanpanya. Demi kuasa, segala pembohongan boleh saja ! Saya amat kagum dengan tokoh agung umat ini Sufyan al-Thauri (meninggal 161H) yang pernah berkata : “Aku tidak melihat kezuhudan itu paling kurang melainkan dalam perkara kepimpinan (kuasa).