Rabu, 20 Ogos 2008

Berubah-ubah Wajah

Sudah menjadi satu kebiasaan bagi DS Anwar untuk berdolak-dalih dalam menjawab persoalan, dan sudah menjadi lagi satu kebiasaan untuk melihat DS Anwar berubah-ubah wajah mengikut kepentingan politik-nya.

Sewaktu di hadapan bangsa Melayu, beliau akan kata hak Melayu akan dipelihara, dan apabila di hadapan bangsa bukan Melayu, beliau akan menghina bangsanya sendiri.

Yang lebih sedih adalah DS Anwar lupa asal-usulnya. Mungkin setelah disanjungi media asing dan pemimpin-pemimpin luar Negara, beliau sudah lupa siapakah Anwar Ibrahim yang sebenarnya.

Dalam sebuah majlis, dilaporkan Anwar mengatakan bahawa semua kaum harus diberikan peluang yang saksama dalam bidang akademik.

“If the Malays are smart, let them rise. The same applies to Chinese and Indians,” he said. “Who benefits from this? Everyone.
“The Government benefits and so does the economy.
“But now, we uplift Malays who are not smart. Everyone loses and the share market drops.”

Adakah DS Anwar menyatakan bahawa sekarang orang Melayu yang dimasukkan ke IPT tidak bijak hanya kerana mereka menerima bantuan kerajaan dan sistem kuota?

Jika benar, maka harus diingatkan bahawa DS Anwar juga adalah produk daripada sistem kuota dan bantuan kerajaan. Dengan keputusan STPM yang lemah, jika diaplikasikan meritokrasi seperti yang diwar-warkan DS Anwar, maka beliau sudah tidak akan masuk ke Universiti Malaya.

Adakah beliau berjaya memasuki kursus ekonomi, undang-undang, falsafah, kejuruteraan, atau perubatan? Tidak. Kerana keputusan yang lemah beliau ke kursus Sastera Melayu. Adakah beliau kemudian berjaya dengan keputusan cemerlang? Tidak. Beliau lulus dengan Ijazah Am sahaja.

Bukan untuk merendahkan Universiti Malaya, kursus Sastera atau Ijazah Am. Penulis hanya ingin mengingatkan Anwar bahawa beliau adalah bukti terbaik bagaimana sistem kuota itu tidak semestinya melahirkan individu yang lemah, bodoh dan tidak boleh diguna-pakai (kalau pembaca menganggap Anwar kuat, bijak dan boleh diguna-pakai...)

Jika beliau benar-benar pemimpin berkaliber, bijak, jujur dan amanah, maka semua ini adalah produk dan hasil daripada sistem pendidikan berdasarkan kuota yang ingin dihapuskan beliau dengan begitu sahaja. Dalam erti kata lain, apabila beliau berkuasa, akan dihapuskan peluang untuk melahirkan lebih ramai individu sepertinya!

Sumpah Laknat

DS Anwar juga kini enggan untuk mengangkat sumpah dengan mengatakan bahawa ianya tidak mengikut landasan Islam. Dan beliau disokong oleh Karpal Singh yang mengatakan bahawa tindakan Saiful itu hampir menjadi kesalahan menghina makamah kerana kes itu masih belum selesai. Tidak cukup dengan itu, PAS juga ingin masuk campur dengan mengatakan bahawa tidak perlu bersumpah.

Sungguh hipokrit ahli politik. Jika pembangkang menuduh pemimpin Barisan hipokrit, mereka juga harus cermin diri sendiri dan melihat bagaimana mereka juga bercabang lidah!

Harus diingatkan bahawa dalam kes Sodomi I, DS Anwar mengadakan ceramah di seluruh negara dan bersumpah bahawa beliau tidak melakukan pertuduhan liwat. Malah dicabar pula Dr. M untuk mengangkat sumpah.

Kini, beliau mengatakan sebagai tertuduh, beliau tidak perlu mengangkat sumpah. Sungguh mudah mereka lupa!

Begitu juga dengan Karpal Singh, yang memang lebih ahli politik daripada seorang peguam. Jika benar tindakan Saiful yang mengangkat sumpah dianggap menghina mahkamah, bagaimana pula dengan tindakan DS Anwar yang mengadakan ceramah seluruh negara mengatakan ini semua konspirasi?

Bagaimana pula dengan tuduhan DS Anwar secara terbuka bahawa Saiful itu adalah boneka Barisan? Bagaimana pula dengan tindakan Wan Azizah menunjukkan gambar-gambar Saiful bersama beberapa pemimpin Barisan? Mana yang lagi bersifat prejudicial dan menghina proses undang-undang?

PAS pula dulu beria-ria menggesa Pengerusi SPR untuk bersumpah bahawa beliau tidak pernah melakukan penipuan. Kini, semuanya seakan menarik diri daripada isu sumpah ini, bagaikan sudah lupa bagaimana mereka sendiri mempercayai kesahihan sumpah dengan kalimah Allah.



Renung-renungkanlah bagaimana harapan masa depan negara – DS Anwar – hanya pandai putar belit dan tidak konsisten dalam pendiriannya. Memang penulis mengakui UMNO dan Barisan ada kelemahannya, dan pembangkang yang kuat akan memperkasakan lagi UMNO.

Tetapi penulis ingin menyeru bahawa jawapannya bukanlah terletak di tangan seorang individu yang sudah berkali-kali membuktikan beliau hanya konsisten dalam satu perkara - keinginan dan hasrat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.


...

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Takkan pula jawapan terletak pada tangan sebuah kerajaan korup yang hanya konsisten dalam keinginan dan hasrat mengebas harta rakyat dan negara. Kalau nak katakan DSAI gilakan kuasa UMNO apa bezanya? Bezanya UMNO sanggup gunakan cara kotor serta haram apa sekalipun untuk terus berkuasa. Inilah bezanya.

Kerajaan BN dipandang hina oleh rakyat dan dijadikan bahan lawak antarabangsa bukan sekadar kerana sumpah. Sebab-sebabnya jauh lebih banyak dan mendalam dari itu. Sedarlah.

Akar umbi UMNO Damansara Utama berkata...

Salam,

Hanya UMNO yang sanggup guna cara haram?

2 Perak Exco Nabbed for Bribery and Sexual Bribery
http://malaysiakini.com/news/88142

abe MIE 'TERJAH' berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

orang boleh buat kerja jarang sekali cakap banyak.

macam Musthapa Mohammad, YB Jeli. First Class..kerja sebagai menteri ok, cakap tak pandai.

Tanpa Nama berkata...

"Hanya UMNO yang sanggup guna cara haram?" Rupa2nya saudara pun tau UMNO memang suka pakai cara haram sehingga sudah menjadi tabiat dan budaya. Tiada sesiapapun yang mendakwa semua org dalam Pakatan Rakyat bersih dan suci sepenuhnya. Tetapi sebelum menuduh 2 org Exco Perak ini diharapkan saudara sanggup berdepan dgn endemik rasuah, politik wang dan unsur perkauman yg berleluasa di semua peringkat UMNO sehingga ejen utk menyeludup duit haram UMNO berjuta-juta ringgit ditahan oleh Interpol di Hong Kong. Inipun utk seorang Menteri saje. Habok saje kalau dibandingkan dengan yg masih belum didedahkan. Dan kalau saudara sebagai org UMNO masih berdegil, tak sangguo sedar, dan ambil sikap kuman di seberang nampak, gajah depan mata sendiri langsung tak perasan, diharapkan parti UMNO yg penuh dgn org2 seperti saudara dapat ditumbangkan dgn secepat mungkin demi kesejahteraan negara.

Tanpa Nama berkata...

Salam.

Tiada bezanya dengan tindakan kita membuka pintu MRSM kepada yang lain dan mengambil hak biasiswa kita untuk diberikan kepada kaum lain dengan cadangan membuka pintu UITM kepada kaum yang lain.

1. Mungkin kita tidak cukup bijak sehingga banyak perjanjian antara kerajaan BN dengan sektor swasta lebih memihak kepada sektor swasta daripada kepentingan rakyat. Tentu ada sebabnya.

2. Mungkin kita tidak cukup bijak menguruskan ekonomi sehingga rakyat terasa sangat bebannya. Tentu ada sebabnya.

3. Rasuah dan habuan tak perlu dipertikaikan. Tanyalah Dato Nan yang sanggup tak bertanding kerana meluat dengan rasuah. Jika dalam kepimpinan parti penuh dengan rasuah dan habuan...apatah lagi jika mempunyai kuasa. Tentu kita tak terlupa laporan ahli kita baru-baru ini mengenai rasuah peringkat tertinggi...kita cuma diam.

4. Kita tidak lupa jasa UMNO dan BN. Jasa dulu-dulu, terima kasih. Kepimpinan dulu tidak sama dengan kepimpinan sekarang. Kita boleh menilai sendiri.

5. Hakikatnya UMNO diwaktu ini gagal memikul tanggung jawab yang diamanahkan oleh orang-orang Melayu. Walaupun berat hendak kita mengakuinya itulah hakikatnya. Memang sedih untuk menerima hakikat ini tapi itulah kenyataan.

Tanpa Nama berkata...

Adakah umnodu yakin Pak Lah presiden baik untuk UMNO berbanding Najib; dan adakah Pak Lah perdana menteri baik untuk rakyat dan negara berbanding Pak Sheikh?

Mahunya Anwar menang di P44.
Barulah boleh dikatakan Pak Lah ada saingan dalam hal kesungguhan mahu menjadi PM untuk rakyat - bak buku bertemu ruas.

kenapa harus buat kerja dua kali?

See Plus Plus berkata...

Lagi baik orang Kafir bina masjid untuk orang Islam beribadat dari Umno bina masjid untuk menipu rakyat dan mempersendakan Al- quran.

abe MIE 'TERJAH' berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

lebih baik PKR dan PAS makan babi daripada UMNO makan babi.

Lebih baik Anwar liwat saiful daripada saiful liwat Anwar

Sama padan tak dengan ayat asimo shariz?

Tanpa Nama berkata...

umno babi tak baik

Tanpa Nama berkata...

Geng janganlah guna perkataan tak elok. Kita bahas secara ilmiah & fakta.

http://dunia-politik.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

It is a simple fact any accused individual must be presumed innocent until proven guilty.

What was Saiful's swearing meant to achieve? We the rakyat are not the idiots you think we are, UMNO. If Saiful indeed has a pinprick of evidence that he was sodomized by Anwar, rest assured that the court will go out of its way to magnify it and send Anwar to jail. Saiful has nothing to worry about in this case. But to wait for the courts indict Anwar would be too late. The public NEEDS to be convinced that Anwar is guilty NOW. And what is the reason for that? Need I say any more than "Permatang Pauh"?

And in the face of such a heinous and despicable attack on his character, is Anwar not allowed to defend himself? Do you think we, the rakyat, cannot see why Saiful needs to resort to swearing on the Quran in a mosque, instead of presenting credible evidence – if he indeed has any – of Anwar's guilt? The rakyat are not stupid, UMNO. And mark my words: if you continue to think we are, it will be your downfall.

You claim on your blog that your mission is to restore public trust in UMNO's ability to serve the rakyat. Singing to the same old tune as your delusional masters is not conducive to achieving that aim.