Sabtu, 16 Ogos 2008

Pulau Pinang Menjadi Tumpuan

Hari ini merupakan hari penamaan calon bagi Pilihan-raya Kecil Permatang Pauh selepas kerusi itu dilepaskan oleh Wan Azizah. Suaminya, DS Anwar, mengorak langkah pertama dalam usaha ke “arah Putrajaya” dengan bertanding mewakili PKR.


Pencabarnya, Datuk Arif Shah Omar dari UMNO, mewakili Barisan Nasional. Ramai yang menjangkakan kemenangan besar buat DS Anwar.

Tetapi Anwar sendiri kini harus berdepan dengan isu yang bakal dibangkitkan berkali-kali dalam tempoh kempen selama 10 hari ini – adakah beliau akan bersumpah tidak terlibat dalam aktiviti liwat sepertimana telah dilakukan Saiful semalam?

Saya Diliwat Tanpa Rela - Saiful (Malaysiakini)

Tindakan Saiful pasti akan dikecam oleh penyokong fanatik DS Anwar, dan anti-UMNO, yang akan melihat masa ianya dibuat sebagai petanda ini satu lagi konspirasi menjatuhkan Anwar.

Harus ingat bahawa DS Anwar pernah berdalih tentang isu “sumpah” ini, dengan menggunakan alasan sebagai yang tertuduh, beliau tidak perlu “bersumpah” tidak melakukan liwat selagi yang menuduh tidak membuktikan atau “bersumpah” dahulu.

Jadi tindakan Saiful kini memaksa DS Anwar melakukan sesuatu. Beliau boleh terus berdalih, tetapi setiap kali beliau berdalih, semakin meningkat syak wasangka terhadapnya. Isu komen Khalid Ibrahim, isu forum Majlis Peguam dan keengganan Abdul Hadi untuk mengesyorkan Anwar sebagai Perdana Menteri akan bermain di minda pengundi Melayu Permatang Pauh.

Perkara yang terbaik yang boleh dilakukan DS Anwar, jika benar-benar telus dan ikhlas, adalah dengan turut bersumpah di hadapan pihak yang berkenaan.

Anwar Juga Harus Bermubahalah - Mufti Perlis (Utusan Malaysia)

Dengan cara itu, DS Anwar akan terus mematahkan satu lagi potensi serangan oleh pihak UMNO di Permatang Pauh. Persoalannya adalah, apa yang ingin ditunggu DS Anwar lagi? Bola kini di gelanggangnya.

Lim Guan Eng, please grow up!

Penulis tersenyum sinis setiap kali mendengar penyokong Pakatan Rakyat melaungkan nama Lim Guan Eng sebagai sinar harapan. Pada penulis, tidak seperti MB Perak, MB Pulau Pinang lebih gemar bertindak seakan seorang pembangkang daripada ketua negeri. Apakah yang telah diperkenalkan Guan Eng yang menampakkan perubahan drastik daripada gaya pemerintahan gerakan? Di manakah pilihan raya Majlis Perbandaran yang diperkatakan sebelum memegang kuasa?

Kini, beliau bertindak seperti kanak-kanak tentang isu debat bersama Koh Tsu Koon. Dengan menyimpan dokumen-dokumen penting, walaupun setelah diminta sekian lama, beliau telah menghalang Koh Tsu Koon untuk bersiap sedia.

I Will Debate Without Documents - Tsu Koon (The Star)

Dan kenapa pula dibangkitkan isu Pulau Pinang sebagai lokasi debat sedangkan isu itu tidak pernah dibangkitkan sebelum ini? Tindak-tanduk bercelaru seperti inilah yang membuatkan penulis tertanya-tanya sama ada semua ahli politik 2 x 5 sahaja. Kalau bezanya setakat naik kelas ekonomi, rasanya tahap kematangan politik rakyat masih cetek.

Tahniah Lee Chong Wei

Penulis ingin mengucapkan tahniah kepada Lee Chong Wei, pemain badminton No. 2 dunia, di atas kejayaan memasuki peringkat akhir di kejohanan Olimpik. Chong Wei mengalahkan Lee Hyun Il dari Korea Selatan 21-18, 13-21, 21-13. Dengan ini, Malaysia sudah sekurang-kurangnya mendapat pingat perak Olimpik. Jika Chong Wei, yang dilahirkan di Pulau Pinang, dapat mengalahkan Lin Dan dari China di perlawanan akhir, maka pingat emas akan menjadi milik negara.

Harapan Pingat (Utusan Malaysia)

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam

Anwar tak mungkin bersumpah seperti Saiful. Cuba kita cadangkan kepada pihak berkuasa, supaya tertuduh didalam kes-kes yang tertangguh atau masih di dalam perbicaraan agar bersumpah samaada melakukan atau tidak melakukan sesuatu kesalahan.
Ini akan memudahkan pihak yang berkuasa melakukan tugas mereka.

abe MIE 'TERJAH' berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

pening..mana satu berita nak ulas... sekejap kat buntut, sekejap kat badminton, sekejap kat masjid..

Tanpa Nama berkata...

jgn cakap pasal Islam dan hukum kalau tak pandai. ingat, azab dan laknat Allah x kira anda baik atau jahat. sbb sama2 x menetang kemungkaran. smmgnya melayu ini banyak yg nama aje Islam, tapi perangai lagi hodoh dari Yahudi. yg x reti hukum Islam lantang bercakap pasal Islam, yg berilmu boleh dibeli, yg benar ditangkap, difitnah, dihina. tggu sahaja pembalasan Tuhan.

;- Ali bin Thalib r.a. berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak akan muncul di antara umatku suatu kaum yang membaca Al-Quran bukan seperti lazimnya kamu membaca, dan sembahyangmu jauh berbeza dengan cara mereka bersembahyang. Mereka membaca Al-Quran dengan mengira bahawa Al-Quran itu sebagai alat propaganda mereka, padahal Al-Quran itu berisi peringatan yang harus mereka junjung. Bacaan mereka itu tidak melebihi kerongkongnya (tidak sampai meresap ke dalam hati). Mereka itu sebenarnya keluar dari Islam, bagaikan anak panah yang lepas dari busurnya;- (Riwayat Muslim).

Tanpa Nama berkata...

100% setuju dgn cadangan saudara zulfie. Biarlah semua org yg tertuduh apa-apa kesalahan mengangkat sumpah, yang rela kita lepaskan sebab tidak bersalah, yang tak rela terus kita buang dalam penjara, usah habiskan masa bicara panjang lebar.

Akar umbi UMNO Damansara Utama berkata...

Assalamualaikum,

Rasanya kita harus mengambil isu "sumpah" ini keluar dari konsep "Islamic jurisprudence".

Tiada siapa di sini yang menyatakan bahawa jika Saiful bersumpah, Anwar pasti akan masuk penjara. Sumpah Saiful tidak ada bezanya dengan aduan beliau kepada polis.


Tiada siapa di sini juga menyatakan kalau Anwar bersumpah, beliau akan dibebaskan.

Isu ini harus diambil keluar dari isu perundangan. Ianya adalah isu moraliti.

Anwar berhak menolak, tetapi kenapa kah dipanjangkan lagi isu kalau tiada apa yang harus dijadikan isu?

Tanpa Nama berkata...

1 lagi pembohongan pilihanraya permatang pauh. tpm ckp x payah tggu anwar jadi pm baru nak turun harga, bn leh turun harga. bila? bila rakyat dah nak mati menanggung susah, mereka bangun jadi hero la kunun. kalau minyak leh naik 70sen dalam masa 4 jam, kenapa amik masa berbulan untuk turun sepuluh dua puluh sen?

habeh tuh, kerajaan nak umum berita baek dlm bajet 2009. yg baek kepada rakyat? tuihhhhh... baek kepada nelayan, teksi, dan ntah sape2 lagi. ni ke rakyat bn yg ckp tuh....cket betul rakyat malaysia ni ye..yg cam nak mampos bayar cukai kerja swasta makin dibeban pulak....dakyah dan propaganda penipu begini tidak harus dilayan.. ckp nak bantu rakyat...saya 100% tidak percaya pada janji2 yg penuh dengan domba ini...

harap kita same2 dapat fkr la. penindasan yg sangat dasyat sedang berlaku...sewaktu minyak naik, berapa kerat pekerja swasta yg dapat bantuan kerajaan? nak bantu rakyat? bantu ape? bagtau kami bantu ape? penipu semuanya...

• Lima Belas 15 Perkara Yang Mendatangkan Azab;- Ali ibn Abi Talib r.a berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila umatku melakukan lima belas 15 perkara, maka azab akan menimpa mereka.” Seorang sahabat bertanya, “Apakah ia, ya Rasulullah?” Sabda baginda;-
Apabila harta umat (Negara) dibolot hanya golongan kaya.
Amanah dijadikan jalan mencari keuntungan.
Zakat menjadi beban.
Lelaki menta’ati isterinya dan mendurhakai ibunya.
Berlaku baik kepada kawan sedangkan berkasar kepada bapanya.
Suara-suara meninggi di masjid-masjid.
Pemimpin adalah orang yang paling jahat di kalangan mereka.
Seorang lelaki dihormati kerana ditakuti akan kejahatannya.
Khamar (arak) diminum berleluasa.
Orang lelaki, merata-rata memakai sutera.
Penyanyi wanita dan alat-alat bunyian (muzik) dipuja-puja.
Umat yang datang akhir menghina umat awalku (Umat di kalangan para sahabat Rasulullah s.a.w).
Maka waktu itu hendaklah mereka tunggu kedatangan angin merah atau mereka ditelan oleh bumi atau diubah kepada rupa haiwan.”
;-(Riwayat Tirmidzi, Abwab al-Fitan (Hadith 308), 6/4620-458).