Rabu, 31 Disember 2008

UMNO 2008 dan Masa Hadapan - Siri I

Rumusan 2008

Tahun 2008 merupakan satu tahun yang pasti sukar untuk dilupakan bagi pengikut senario sosio-politik tanah air. UMNO menerima tamparan hebat pada PRU Mac 2008 dengan kegagalan Barisan Nasional memenangi majoriti 2/3 kerusi Parlimen. Bukan itu sahaja, lima buah negeri jatuh ke tangan Pembangkang, termasuklah lubuk emas Selangor, Perak dan Pulau Pinang.

UMNO berpecah belah dalam kekeliruan dari kepimpinan yang tidak menyedari percaturan politik tanah air sudah berubah. Masalah inflasi menaikkan lagi bara ketidak-puasan hati rakyat, dan kes liwat Saiful Bukhari tidak berjaya mengalihkan perhatian dan kemarahan mereka terhadap kepimpinan.

Asakan berterusan dengan Pilihan Raya Permatang Pauh di mana UMNO bagaikan dibuai mimpi kerana berangan dapat menarik minat pengundi menggunakan taktik kampong ala 90-an. Imej-imej yang menunjukkan bilik gerakan UMNO yang kosong sementara ceramah pembangkang dibanjiri pendengar menjadi bukti masyarakat sudah mual dengan corak kempen UMNO.

Kemenangan DS Anwar Ibrahim membuka ruang untuk ketua Pakatan Rakyat ini bersuara di Dewan Rakyat.

Bukan itu sahaja, kelemahan UMNO sebagai tunjang Barisan Nasional melihatkan hak-hak istimewa Bumiputera dipersoalkan oleh bukan sahaja pembangkang tetapi rakan-rakan di dalam Barisan Nasional sendiri.

Di sebalik perubahan drastik dalam situasi politik tanah air, UMNO pula terus bergelut dengan isu kuasa dalaman. Jawatan Presiden UMNO menjadi topik hangat apabila Abdullah enggan tunduk kepada kehendak akar umbi sehinggalah ke saat terakhir apabila beliau mengumumkan Najib bakal menjawat jawatan Presiden menjelang Mac 2009.

Tetapi persaingan lebih hebat dilihat dalam jawatan-jawatan lain di dalam UMNO. Dari Timbalan Presiden hinggalah ke ahli majlis tertinggi, dari Ketua Pemuda hinggalah ke Ketua Wanita, satu angin perubahan dirasai oleh ahli-ahli UMNO.

Adakah mereka ini benar-benar mahu membawa perubahan, atau hanya ingin mengambil peluang dalam kekalutan di dalam UMNO? Tetapi persoalan yang lebih penting buat penulis adalah, apakah yang mereka kejar itu akan kekal selama-lamanya? Adakah pengaruh kuasa UMNO akan terus berkekalan jika masih bergerak seperti raksasa lembab yang hanya menunggu diburu oleh spesis yang lebih kecil, lincah dan cerdik?

Ini adalah siri pertama dalam rangkaian artikel UMNO – 2008 dan Masa Hadapan...

Manakah Sokongan Anda?

Di manakah respon dari ahli-ahli politik, baik dari UMNO atau pihak Pembangkang, terhadap serangan ganas Zionis terhadap penduduk Palestin? Di manakah protes besar-besaran? Adakah isu ini tidak sepenting memprotes kedatangan Inul? Manakah KJ dengan membalut bendera dikeliling badannya?

Di sini penulis ingin menyeru pembaca untuk berdoa demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat Palestin yang terus menjadi mangsa kekejaman bangsa Israel.

...

Penulis ingin meminta maaf kerana tidak mengemaskini laman blog ini selama lebih sebulan. Komitmen di tempat kerja dan hal peribadi membuatkan isu politik seakan tidak penting dalam skema besar kehidupan penulis. Dalam zaman kegawatan ekonomi ini, penulis hanya mampu menggeleng kepala melihat kedaifan sesetengah ahli politik yang masih sibuk dengan retorik dan berkempen daripada mencari jalan menangani masalah global ini.

Sabtu, 15 November 2008

Apakah Nasib Negeri Pakatan Rakyat?

Maaf kerana lama tidak mengisi ruangan Suaradu. Tugasan semakin berat dan mengurangkan masa lapang. Isnin nanti penulis akan membuat lawatan kerja ke Johor Bahru, untuk menilai sendiri sejauh manakah koridor Pak Lah – Iskandar Malaysia – berjaya dari segi pembinaan infrastruktur.

Tetapi sebelum hinggap nun jauh ke Selatan Semenanjung, penulis ingin mengajak pembaca menilai sendiri satu lagi insiden kegagalan kerajaan “CAT” DAP dalam menaikkan nama Pulau Pinang.

Selain daripada inisiatif WiFi percuma, yang diberikan secara tender tertutup kepada syarikat yang mempunyai agenda komersial sendiri, apakah yang sudah dilakukan oleh Lim Guan Eng dan konco-konconya?

Kini, satu lagi acara komersial gagal dilangsungkan. Sama ada ini adalah kesilapan penganjur atau tidak, sedikit sebanyak rakyat Pulau Pinang harus melihat apakah tanggungjawab kerajaan negeri dalam memastikan penggunaan tanah awam terurus.


Sumber-sumber penulis di Pulau Pinang melaporkan bahawa semakin banyak syarikat menutup operasi atau melupakan hasrat untuk melabur di Pulau Pinang. Mungkin ada yang bersorak gembira kerana kononnya kehadiran kilang, syarikat gergasi ini akan mengurangkan kualiti kehidupan. Tetapi adakah mereka akan bersorak gembira apabila tiada lagi kilang mahu mengambil anak-anak muda berkerja, dan mereka mencari rezeki di negeri lain?

MB Nizar Menunjukkan Cara Memerintah PAS?

Bukan Lim Guan Eng sahaja yang semakin malap, tetapi harapan besar pro-modernis PAS, MB Nizar, juga mula menunjukkan belang dengan bersikap angkuh dan tidak matang dalam menangani isu di Perak.

Beliau menunjukkan bagaimana tertekannya beliau dengan situasi di Perak dengan hilang sabar terhadap jurugambar Utusan Malaysia. Penulis pun faham agaknya kenapa beliau bertindak demikian. Maklumlah, beliau terpaksa muka tebal dan berdegil apabila berdepan dengan pelbagai tuduhan terhadap pemerintahannya.

Sehingga kini dua ahli exco yang telah memalukan diri sendiri dengan insiden rasuah masih dipertahankan beliau, walaupun tindak tanduk mereka di khalayak awam tidak mencerminkan aspirasi dan ideology PAS.


Tidak habis dengan itu, Nizar juga terpaksa kompromi kepada “rakan baik” PAS yakni DAP dengan mencalonkan nama ahli Exco Belia dan Sukan Negeri Perak, Seah Leong Peng, untuk memangku jawatan timbalan presiden Persatuan Bola Sepak Perak. Dalam isu ini juga dikhabar Nizar tidak memahami kehendak rakyat dan terus dengan sikap degilnya.

Khalid Ibrahim Mahu Lebih Duit?

Ya la, bila dah bagi subsidi air, duit tu haruslah datang dari sumber yang lain. Kalau nak naik taraf ke Toyota Camry pun perlukan duit. Jika tidak ada pendapatan baru (dan khabar awalnya pelaburan ke Selangor pun semakin berkurangan), maka haruslah cari duit dari sumber lama.

Yang menjadi mangsa adalah penduduk flat kos rendah Projek Perumahan Rakyat. Dalam keadaan ekonomi yang genting, adakah wajar untuk meningkatkan sewa DUA KALI GANDA ke RM 250? Dan yang lebih penting sekali, kebanyakan penduduk ini adalah dari bangsa Melayu. Khalid Ibrahim, adakah ini yang dinamakan kerajaan untuk rakyat?

Rumusan

Penulis juga ingin menyentuh bagaimana di kedua-dua negeri ini bagaimana kuasa politik kaum Melayu semakin pudar. Kalau tidak silap penulis, kini di Pulau Pinang hanya 2 orang ahli Exco berbangsa Melayu berbanding dengan 4 sebelum Mac 2008. Malah, di Kedah, lihat sahaja bagaimana kerajaan PAS terpaksa berpatah balik daripada memperkenalkan polisi kuota 50% untuk Bumiputera.


Bukan penulis ingin menyokong polisi itu, tetapi sekadar menunjukkan bagaimana kerajaan PAS mempunyai ide sendiri yang sempit dalam memajukan negeri dan bagaimana mereka lemah dalam menyakinkan sendiri rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat.

Khamis, 6 November 2008

Tahniah Dato' Ikhwan

UMNO Cawangan Damansara Utama ingin mengucapkan tahniah kepada YB Senator Dato' Ikhwan Salim kerana berjaya mempertahankan jawatan Ketua Bahagian UMNO Petaling Jaya Utara. Keputusan dicapai di dalam satu Persidangan Sesi Ke-2 di Hotel Singgahsana malam semalam setelah keputusan seri yang dicapai dalam Persidangan Bahagian 26 Oktober lalu.

Pencabarnya Datuk Zainudin Abdul Rahman berjaya memperoleh 121 undi berbanding 125 yang berpihak Dato' Ikhwan. Majoriti 4-undi ini menamatkan kempen untuk Ketua Bahagian yang boleh dianggap cukup intensif dan agresif.

Walaubagaimanapun, penulis risau bagaimana pergerakan UMNO PJU akan bergerak maju sebahu memandangkan majoriti tipis yang bakal menaikkan tanda tanya tentang kesetiaan hampir 50% perwakilan bahagian terhadap Dato' Ikhwan.

Penulis berharap agar ahli-ahli UMNO sekalian melupakan yang lalu, ketepikan kepentingan peribadi, dan bekerjasama mengembalikan keyakinan rakyat tentang kebolehan dan keikhlasan Pergerakan UMNO.

Isnin, 3 November 2008

Lim Guan Eng Terus Karut

Ingatkah anda kepada janji-janji Lim Guan Eng berkenaan pelaburan bernilai berbilion ringgit yang sedia untuk masuk ke Pulau Pinang? Ya lah, mungkin ada yang terlupa kerana Lim Guan Eng memang dah janji macam-macam tetapi seperti juga kerajaan Pakatan Rakyat yang lain, ianya kekal janji sahaja.

Kini, setelah membawa delegasi besar-besaran 52 orang ke Korea Selatan, Lim Guan Eng telah berjaya membawa pulang satu pelaburan yang amat besar – sebuah lagi kelab golf di Batu Kawan. Pelaburan RM 100 Juta yang akan mengambil alih tanah yang bernilai lebih jika dibangunkan sebagai pusat komersial – adakah ini yang akan membawa pulangan kepada rakyat?

Hantar 52 orang, dapat jual satu kelab golf...pulangan inikah yang diinginkan rakyat?
Yang lebih mengecewakan adalah dolak dalih Lim Guan Eng dalam menjawab persoalan-persoalan. Kononnya CAT – penuh dengan keterbukaan – tetapi yang jelas Guan Eng lebih gemar menuding jari kepada isu lain sambil mengelak persoalan tentang tindak-tanduk kerajaan di bawah pimpinannya.

Pasti ada yang akan menggunakan hujah yang sama – ala, kerajaan UMNO pun bukan baguih sangat, apa yang nak kecoh2? Tapi hangpa pilih orang lain kali ini kononnya untuk jadi lebih baguih, la ni jadi lagi teruk, hangpa nak kata apa?

Ronnie Liu Mahu Sesuatu

Tak habis-habis lagi dengan isu Proton Perdana. Kali ini Ronnie Liu sekali lagi muncul menunjukkan betapa teruknya Proton Perdana miliknya. Kiranya ide untuk menggunakan Toyota Camry cukup bijak. Tetapi renung-renungkanlah kenapa Ronnie Liu ni sungguh bersemangat untuk menukar ke Toyota Camry. Dimaklumkan bahawa ada saudara mara Ronnie Liu yang mempunyai kaitan dengan pengedaran Toyota. Boleh sahkan?

Jagalah Maruah Bangsa dan Parti

Penulis sememangnya mempercayai pengaruh Internet dalam menyebarkan maklumat. Tetapi ada kalanya keterbukaan internet boleh disalah gunakan. Dalam kesungguhan kita sebagai ahli UMNO dalam menyebarkan maklumat, kita harus sedar bahawa dalam dunia Internet, semuanya bebas dinilai ahli-ahli parti dan bukan ahli parti.

Semua pengamal Internet bagi pihak UMNO, termasuklah pemantau dan moderator, sepatutnya lebih peka tentang tanggungjawab mereka mewakili parti. Perbincangan malah kritikan yang konstruktif harus diterima semua dan menunjukkan UMNO yang terbuka.

Tetapi apabila isu-isu dalaman dan perkara remeh dibangkitkan, terutamanya rahsia-rahsia penting, ianya boleh dijadikan senjata pihak lawan. Adakah ini yang kita inginkan? Ada perkara yang boleh dibincangkan secara terbuka, dan ada perkara yang harus disimpan sahaja. Tepuk dada Tanya selera.

Khamis, 30 Oktober 2008

Adakah ini Petanda Masa Depan?

Keputusan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, untuk melantik Low Siew Moi sebagai Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah menampakkan keengganan Pakatan Rakyat untuk mengenali dan menghormati institusi bumiputera.


Selepas isu UiTM, Khalid Ibrahim sekali lagi menjadi “saluran” manifesto Pakatan Rakyat atau lebih tepat lagi, Anwar Ibrahim untuk memikat kaum bukan-Bumiputera. Isu ini diperbesarkan khas untuk menunjukkan Pakatan Rakyat masih ujud dan sedang melakukan perubahan.

Namun realitinya adalah Pakatan Rakyat di Selangor masih kekal seperti 7 bulan lalu apabila mereka mengambil alih pemerintahan. Persoalan yang paling besar bermain di minda pengundi adalah: di manakah konspirasi dan salah guna kuasa kerajaan Selangor pimpinan Barisan Nasional yang menjadi tunjak kempen Pakatan Rakyat?

Berbalik kepada isu PKNS. Jika ini sebuah syarikat korporat tanpa agenda sosial, maka penulis mungkin boleh terima. Tetapi PKNS adalah sebuah institusi yang mempunyai agenda mendekatkan jurang ekonomi Bumiputera. Aspek terpenting yang harus dipertimbangkan adalah PKNS merupakan pemegang hartanah yang cukup besar di Selangor, dan kebanyakan projek-projeknya mempunyai bukan sahaja objektif keuntungan tetapi juga memenuhi kehendak sosial.

Penulis tidak mengatakan bahawa Low Siew Moi akan menidakkan polisi-polisi pro-bumiputera selama ini, ataupun akan mula membuka tanah-tanah Selangor kepada pemaju bukan bumiputera. Tetapi penulis mempertikaikan kebolehan seorang pemimpin bernama Khalid Ibrahim yang tidak mampu mencari seorang Bumiputera pun yang cukup berkebolehan mengambil alih watak Pengurus Besar.

Ini menunjukkan satu kelemahan dari segi aspek memahami kehendak rakyat. Jika benar khidmat Low diperlukan, maka kekalkannya dengan portfolio yang boleh membawa perubahan tetapi lantik seorang Bumiputera berpengalaman (dan penulis amat yakin keujudan golongan ini) dalam bidang kemajuan hartanah .

Yang menjadi persoalan adalah: sekarang Pengurus Besar PKNS, tetapi mungkinkah tak lama lagi jawatan Menteri Besar Selangor pun dipegang bukan Bumiputera?

Khamis, 23 Oktober 2008

Suntikan Ekonomi Untuk Kebaikan Semua

Tatkala seluruh jentera UMNO sibuk berkempen demi pencalonan dan melobi untuk kedudukan, ekonomi dunia terus merudum ke arah kegawatan global.

Jelas bahawa satu penilaian komprehensif harus dilakukan untuk memastikan Malaysia tidak turut terikat jatuh ke dalam “lautan” kegawatan sehingga lemas. Memang tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia tidak terkecuali dalam menerima tempias masalah kegawatan dunia, memandangkan betapa pentingnya nilai eksport perindustrian dan perusahaan komoditi terhadap ekonomi negara.

Tetapi ini tidak bermakna tiada apa-apa yang boleh dilakukan untuk memperkasakan kedudukan ekonomi negara agar dapat meredah arus globalisasi.


Kerana itulah penulis agak kecewa dengan keputusan Kerajaan untuk menggunakan wang KWSP sejumlah RM 5 bilion untuk ditambah ke dana ValueCap yang sudah bernilai RM 5 bilion. Dana ini akan digunakan untuk membantu syarikat-syarikat yang telah hilang nilainya di dalam pasaran saham.


Dalam teori, jumlah wang itu akan digunakan untuk memastikan nilai saham kekal pada paras yang akan menghalang situasi panik. Pasaran saham yang stabil akan menjana modal buat syarikat-syarikat besar supaya mereka yakin untuk meneruskan projek-projek. Secara tidak langsung, putaran ekonomi akan bermula semula.

Tetapi dalam realitinya, penulis merasakan bahawa tindakan ini akan hanya menaikkan nilai saham pemilik individu syarikat-syarikat, tanpa membawa sebarang perubahan drastik terhadap operasi syarikat. Ahli perniagaan yang bijak dan cekap akan melihat situasi gawat dan akan memegang kepada asetnya sehinggalah keadaan sudah mencecah paras terendah sebelum memulakan semula projek.

Sementara itu, kontraktor kecil-kecilan, syarikat yang menjual bahan-bahan sokongan, mereka yang menawarkan khidmat seperti membekalkan alat tulis akan merasa bahang kegawatan apabila syarikat-syarikat besar yang selesa dengan nilai saham yang didokong duit rakyat menghentikan perbelanjaan untuk menjimatkan kos.

Bukan itu sahaja, tindakan ini akan lebih menguntungkan pemegang saham institusi yang biasanya terdiri daripada syarikat luar negara atau pelabur yang akan mendapat untung tanpa sebab munasabah.

Yang lebih merisaukan penulis, tindakan sebegini memerlukan sistem yang kompleks untuk memastikan wang akhirnya disalurkan kepada majoriti rakyat daripada menambahkan pendapatan beberapa individu atau institusi berkepentingan sahaja.

Sebaliknya, penulis mencadangkan jumlah wang yang cukup besar itu digunakan untuk menjana perusahaan kecil-sederhana syarikat-syarikat tempatan dengan membenarkan pinjaman rendah faedah. Syarikat-syarikat juga boleh menggunakan dana untuk menyusun semula pinjaman mereka lantas membebaskan wang setiap bulan dan dijadikan modal pusingan.

Kerajaan juga harus melihat semula projek-projek dan memilih projek yang melibatkan paling banyak usaha-sama dengan syarikat kecil-sederhana disamping memberi kesan jangka masa panjang kepada rakyat. Ini termasuk projek membaik-pulih infrastruktur fizikal seperti jalan raya. Projek membina monumen dan sebagainya harus diabaikan buat sementara waktu. Kos pembinaan juga harus dirujuk semula dengan membuang perhiasan yang terlampau mahal.

Yang penting sekarang bukanlah memaksimakan keuntungan beberapa syarikat terpilih sahaja tetapi untuk membenarkan lebih banyak syarikat terus beroperasi walaupun ini bermakna mereka hanya cukup menampung kos menjalankan perniagaan.

Rombakan lebih mendalam boleh dan harus diusahakan tetapi ini memakan masa dan kekuatan politik. Sekarang bukanlah masanya untuk merombak sistem ekonomi tetapi untuk member suntikan agar kita tidak melihat penguncupan ekonomi yang mendadak.

Isnin, 20 Oktober 2008

Strategi Menidakkan Suara Akar Umbi?

Biasalah, minggu “rumah terbuka” membuatkan penulis agak kesibukan untuk mengemaskini laman blog. Tetapi ini tidak bermakna penulis tidak mengikuti kisah politik tanah air, terutamanya pencalonan di peringkat Bahagian bagi Persidangan UMNO yang buat masa sekarang dijadualkan pada Mac 2009.

Penulis telah lama mencatatkan bahawa tempoh yang dipersetujui tidak membawa apa-apa makna kepada sesiapa. Mac 2009 hanyalah satu penangguhan satu kepastian, melainkan ada agenda tersembunyi.

Ini jelas apabila melihat bagaimana saban hari serangan terhadap keperibadian DS Najib semakin menjadi-jadi. Tidak cukup dengan itu, sesetengah pihak media yang pro-Pak Lah telah memulakan kempen menakutkan orang ramai tentang kombinasi Najib dan Muhyiddin yang dikatakan bersifat Melayu ultra dan bukan had-hari seperti Pak Lah.

Mulalah ada yang mempertikaikan pencalonan Najib, Muhyiddin dan Mukhriz sebagai satu pengembalian era Mahathir. Ini kononnya akan menakutkan orang ramai. T

etapi pada penulis, jika era-Mahathir yang dimaksudkan adalah satu tempoh di mana kemajuan ekonomi berlaku dengan pesat di samping keharmonian rakyat dipupuk, maka lebih baiklah Melayu ultra daripada seorang flip-flop.

Kalau ya pun mereka mengikut fahaman Mahathirisme, ini tidak bermakna Najib dan Muhyiddin akan mengabaikan kaum-kaum lain. Sebaliknya, jika dilihat pada catitan Tun Dr Mahathir di CheDet, beliau tidak pernah mempertikaikan usaha-usaha memulihkan sistem perundangan, BPR dan lain-lain reformasi dalam institusi.

Cuma yang dirisaukan Tun, dan juga penulis, adalah bagaimana reformasi ini tidak difikirkan secara mendalam. Bagaimana reformasi digunakan sebagai satu jalan untuk membodek. Bagaimana reformasi digunakan sebagai taktik terdesak untuk membuatkan orang gembira sementara.

Malah, Tun sendiri sering mengutarakan bahawa Melayu seharusnya malu kerana terus bergantung kepada D.E.B. D.E.B bukanlah sesuatu untuk dibanggakan, katanya. Ianya seakan berbangga memakai tongkat. Tetapi realitinya sekarang adalah tanpa D.E.B Melayu akan lebih mundur. Sebelum D.E.B dimansuhkan, Melayu harus berubah.

Berbalik kepada pemilihan sepanjang mesyuarat Bahagian. Terdapat dua strategi berbeza digunakan untuk menidakkan kehendak akar umbi.

DS Najib terlampau kuat di kalangan ahli UMNO untuk ditentang oleh ahli UMNO bagi jawatan Presiden. Kerana itulah tiada proksi Pak Lah untuk jawatan itu. Sebaliknya, taktik memburuk-burukkan keperibadian Najib, dan membangkitkan kontroversi demi kontroversi digunakan. Ini adalah dengan harapan membangkitkan kebencian rakyat jelata terhadap Najib sehingga ke tahap beliau tidak boleh memegang jawatan Perdana Menteri. Pak Lah akan jadi hero dan tolong mententeramkan keadaan.


Bagi Muhyiddin pula, di mata pandangan kebanyakan rakyat jelata, mereka selesa dengannya sebagai pemimpin. Malah, rekod bersih beliau dan keperibadian yang cukup penuh kredibiliti sebagai pemimpin menjadikan beliau antara beberapa pemimpin UMNO yang diterima ramai. Inilah sebabnya tiada cubaan memburukkan Muhyiddin oleh geng Pak Lah. Sebaliknya mereka meletakkan Muhd Taib dan Ali Rustam untuk turut bertanding, walaupun seperti Nazri Aziz katakan, mereka berdua secara teknikal sudah tidak layak untuk menjadi Timbalan Presiden.

Tetapi mereka tetap ada, dan dengan sisa-sisa terakhir wang empayar Kerajaan Anak Menantu, penulis yakin Ali Rustam akan berjaya melepasi kuota minima 39 pencalonan. Dan jika sudah dicalonkan, tempoh 5 bulan sehingga ke mesyuarat di bulan Mac boleh digunakan untuk mengubah pendirian perwakilan UMNO yang mungkin masih dibuai khayalan bahawa sikap flip-flop akan diterima akar umbi.

Realitinya adalah perwakilan UMNO harus sedar jika mereka juga menjadi lalang, jika mereka tidak berpegang teguh pada janji-janji, mereka akan dipaksa keluar juga. Lihat sajalah situasi di Rantau Panjang dan beberapa Mesyuarat Pemuda lain di mana taktik untuk mendiamkan ahli-ahli akar umbi ditolak 100%. Mereka kini berani memberontak, kerana sekaya manapun anda, ianya tidak cukup untuk membayar maruah sebilangan besar ahli-ahli akar umbi.


...

Selasa, 14 Oktober 2008

Perubahan Yang Membawa Kejatuhan...

Keputusan DS Abdullah Ahmad Badawi telah membawa beberapa perubahan serta-merta yang ramai menganggap sebagai positif. Di antaranya perletakan jawatan Kalimullah Hassan dari New Straits Times Press dan Patrick Lim @ Patrick Badawi dari kumpulan Equine. Semenjak Mac 08 juga harga saham Scomi terus merudum.

Perubahan paling ketara adalah bagaimana Khairy Jamaluddin, menantu DS Abdullah yang begitu yakin akan menjadi Perdana Menteri termuda Malaysia, kini masih tercari-cari pencalonan untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda.

Sokongan hebat buat Mukhriz adalah sesuatu yang Mukhriz sendiri tidak jangkakan memandang beliau begitu pesimis hanya beberapa bulan yang lalu. Tetapi momentum menentang Pak Lah yang hampir-hampir lenyap apabila Najib dan Pak Lah mengumumkan pelan peralihan kuasa kembali berputar semenjak kekalahan di Permatang Pauh.

Mukhriz: A Sign That Grassroot Wants Change (Malaysiakini)

Dalam masa beberapa bulan sahaja semenjak Mac 08, UMNO telah melihat bagaimana perubahan dalaman boleh dilakukan oleh ahli-ahli, atau sekurang-kurangnya kini ahli UMNO semakin berani bersuara.

Dari penulis blog seperti Big Dog, sehingga ke MP seperti Datuk Nur Jazlan, jelas ahli UMNO semakin menunjukkan keberanian.

Mungkin inilah peninggalan terunggul pemerintahan DS Abdullah. Sama ada disengajakan atau tidak, beliau telah membenarkan peredaran maklumat secara terbuka. Mungkin ini juga masa yang sesuai memandangkan peningkatan dalam pengguna internet dan teknologi moden yang lain, tetapi tidak boleh dinafikan beberapa hak bersuara yang lenyap dulu kini kembali bertapak.

Masalahnya, penulis berpendapat kepimpinan UMNO tidak bersedia untuk keadaan ini. Ada yang sebelum PRU 12 mengutuk penulis blog, kini dengan tidak malunya membuka blog sendiri (walaupun sebenarnya mereka hanya bayar penulis upahan). Dan apalah gunanya membiarkan rakyat bersuara jika kepimpinan tidak mendengar rintihan dan keluhan, kerisauan dan aduan, yang membelenggu negara ini?

Itulah ironinya situasi pada masa sekarang. Keterbukaan yang membawa kepada perubahan-perubahan yang diinginkan ahli UMNO juga merupakan sebab UMNO gagal bertindak secara efektif memahami informasi yang disampaikan, dan akhirnya kekalahan di PRU 12. Keterbukaan ini jugalah yang menyebabkan Pak Lah tumbang tanpa bertanding.

PKR Janji Kosong Lagi

Oktober 13 berlalu tanpa insiden di Parlimen. Mungkin di kalangan bukan-Melayu masih ramai yang yakin DS Anwar akan kembali berkuasa. Tetapi rakyat harus sedar bahawa UMNO kini seakan diberi nafas baru. Dengan pemilihan MCA bakal berlangsung tidak lama lagi, angin perubahan dijangka akan menembusi Barisan Nasional.

Jika kepimpinan baru dalam Barisan berusaha untuk bekerjasama, dan meneruskan permintaan rakyat terutamanya dalam pembanterasan gejala rasuah, nescaya peluang untuk DS Anwar akan menjadi semakin nipis.

Kini, mereka harus mengambil serius peranan sebagai parti pembangkang di Parlimen, dan Parti Memerintah di peringkat negeri. Di manakah janji-janji besar seperti pilihan-raya melantik Majlis Perbandaran? Di manakah kes-kes rasuah dan pecah amanah yang dilemparkan kepada pemimpin UMNO?

Sebaliknya, ahli mereka sendiri kini sedang bersembunyi.

Khabarnya Zulkifli Nordin bakal menyertai UMNO. Pasti selepas ini PKR akan mengatakan – silalah pergi, kami pun tidak mahu engkau. Dalam erti kata lain, seperti penulis catatkan sebelum ini, mereka hanya mahu golongan Melayu yang memenuhi criteria mereka – bebas dan liberal.

Rabu, 8 Oktober 2008

Pak Lah Berundur...(Malaysiakini)

Akhirnya keputusan telah dicapai. Satu keraguan yang membelenggu parti dan negara sudah terurai dengan digantikan satu lagi keraguan - adakah DS Najib personaliti paling sesuai untuk memimpin negara?

Sebelum membincangkan secara lebih lanjut, cukuplah sekadar penulis, bagi mewakili UMNO Damansara Utama, mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana telah memimpin parti ini melalui dua Pilihan-raya umum dengan kejayaan.

Walaupun penulis adalah antara pengkritik cara pemerintahan Pak Lah, penulis tidak pernah mahu beremosi dalam menyampaikan wadah dan pendapat. Jadi penulis juga menyampaikan rasa hormat di atas keputusan Pak Lah.
Yang tinggal persoalan: Adakah keputusan ini akan berubah jika tiba-tiba Bahagian mula mencalonkan juga Pak Lah kerana gerakan orang-orang di bawahnya?
___________________________________________________________________

PM not contesting, to quit in March
Oct 8, 08 4:39pm

Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi has decided not to defend his Umno president's post and will quit in March next year when the ruling party meets for its annual general assembly.
MCPX

Abdullah told leaders of the 13 Barisan Nasional component parties at a BN supreme council meeting in Putra World Trade Centre this afternoon that he would be stepping down as prime minister in five months time.

abdullah ahmad badawi pak lah angry umno“PM to step down in March, deputy PM to take over. He won’t stand for Umno election,” a component party leader told Malaysiakini via an SMS message. The meeting is still underway.

It is also learnt that the BN leaders are presently thanking Abdullah for his leadership.

As the prime minister was briefing BN leaders on the power transfer plan, scores of Abdullah’s supporters gathered outside the PWTC building to urge him to stay on.

Armed with banners, the supporters are calling on the embattled premier to continue until 2010 amid the now confirmed speculation that he might be forced to step down earlier.

Most short-lived as PM

Should Abdullah resign in March 2009, he would be the most short-lived as prime minister, serving a total of five years five months.

The country's third prime minister Hussein Onn, who resigned in 1981 to make way for Dr Mahathir Mohamad ostensibly due to health concerns, served for five years six months.

Abdullah, who took power on Oct 31, 2003 from Mahathir, won a landslide victory in the March 2004 general election only to suffer an unprecedented defeat four years later.

He was initially buoyed by a groundswell of support for his promises of reform after two decades of hardline rule under Mahathir - the country’s longest serving leader.

However, he was quickly seen as weak and ineffective after failing to come to grips with endemic corruption, high crime rates and inefficient bureaucracy, issues which he had vowed to address in his 2004 election manifesto.

____________________________________________________________________


Masih ada yang sayangkan Pak Lah, walaupun wartawan lebih kurang sama ramai dengan penyokong...yang kanan sekali tersenyum kambing pula:)

Isnin, 6 Oktober 2008

Renungan Politik UMNO dan Rumah Terbuka Pak Lah

Salam sejahtera, dan selamat hari raya dari penulis mewakili warga akar umbi UMNO Damansara Utama.

Sudah tentu ramai yang tidak “sabar” untuk pulang bekerja. Maklumlah, cuti yang diambil tidak serupa cuti, dengan kunjung-mengunjung menjadi adat dan tradisi menyambut Aidilfitri.

Topik hangat yang sering menjadi perbualan tentulah politik dalaman UMNO. Siapa lagi yang ingin bertanding menjadi Timbalan-Presiden? Penulis pernah mencatatkan kebimbangan bahawa penangguhan tarikh Mesyuarat Agung pasti bersebab.

Tiada alasan untuk DS Najib bersetuju menangguhkan sesuatu yang “pasti” yakni menjadi Presiden dan Perdana Menteri MELAINKAN beliau mempunyai strategi tersendiri. Lihat sajalah bagaimana Zahid Hamidi beriya menawarkan diri sebagai calon Timbalan-Presiden, seakan mengetahui bahawa Pak Lah akan mengumumkan beliau tidak akan bertanding.

Is Zahid a Check on Muhyiddin (Malaysiakini)

Datuk Zahid Hamidi yang pernah menjawat kedudukan Ketua Pemuda sebelum dibuang parti akibat menyokong DS Anwar dalam gerakan Reformasi mempunyai “pengalaman” sebagai Timbalan Menteri Pelancongan (antara portfolio “penting” dalam kabinet...) selama 4 tahun sebelum baru-baru ini dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjaga hal-ehwal agama.

Sedarkah Datuk Zahid, dan juga mereka yang bakal menyokongnya, bahawa jawatan Timbalan Presiden dalam UMNO adalah suatu jawatan yang memberi implikasi besar kepada negara? Adakah dengan pengalaman setahun jagung dalam pentadbiran dan latar belakang ijazah sarjana sastera yang dimiliki Datuk Zahid sudah cukup untuk menjadikan beliau Timbalan PERDANA MENTERI yang akan menaikkan mutu-taraf hidup rakyat, dan pada masa yang sama mengembalikan rasa hormat terhadap UMNO?

Bakal Timbalan Perdana Menteri? Wallahualam...


Soalan yang sama harus ditanya tentang Ali Rustam, Menteri Besar Melaka yang juga menyatakan hasratnya untuk bertanding.

Itulah masalah yang penulis lihat di dalam UMNO. Apabila ada kisah-kisah seperti Adnan Yaacob ingin jadi Ketua Pemuda, dan Zahid Hamidi ingin menjadi Timbalan Presiden, penulis hanya mampu menggeleng kepala dan tertanya, “Adakah ahli-ahli UMNO sedar apa yang mereka sedang lakukan?”.

Apabila Kita Lemah

Apabila kita lemah, kita lihat pelbagai pihak mengambil peluang. Baik dari segi politik, dari segi hak kaum, dari segi hak agama.

Sudah menjadi adat dan tradisi sempena bulan Syawal yang mulia untuk mengadakan rumah terbuka. Rumah terbuka diadakan dengan niat yang baik untuk menjemput kenalan dan bagi ahli politik, rakyat jelata, untuk datang menjamah hidangan dan beramah mesra.

Penulis bukan seorang yang buta dan dangkal. Sebagai graduan undang-undang, penulis memahami isu dan kontroversi tentang ISA. Penulis faham kenapa ada segelintir masyarakat yang memandang sinis tentang ISA dan penggunaannya.

Tetapi haruskah satu adat dan tradisi kaum Melayu dicemari oleh protes ala mereka di Barat? Sudahkah hilang rasa hormat setitik pun dari golongan anti-ISA dan HINDRAF? Adakah keadaan kita sekarang terlampau lesu sehingga “PEMIMPIN” sendiri terpaksa menerima hinaan di rumah terbukanya yang diadakan dengan nawaitu yang murni?

Begitu lemahnya keadaan UMNO sekarang sehingga bukan kumpulan itu meminta maaf, tetapi MEREKA PULA INGIN MENYAMAN Utusan Malaysia kerana membuat laporan berbaur negatif dan bersifat perkauman. Siapa sebenarnya yang bersifat perkauman?

Apabila seorang blogger Cina menggunakan kata-kata kasar (Malaysiakini) untuk menggambarkan betapa sedihnya beliau kehilangan telefon bimbit kerana dicuri dua orang lelaki berbangsa India, dan kemudian meminta maaf, dengan senangnya HINDRAF menerima.

Tetapi isu itu menunjukkan bahawa stereotaip perkauman bukan sahaja terhad kepada kaum Melayu yang selama ini dituduh sebagai “racist”. Ianya ujud di kalangan setiap bangsa, walaupun ada yang berpura-pura melaungkan “equality”.

Blogger Cina itu meluahkan perasaan yang terpendam di dada. Yang marah adalah kaum India, bukan kaum Cina. Entah-entah, di balik tabir, kaum Cina juga mengangguk bersetuju dengan pandangan blogger remaja itu. Mereka juga sudah tentu ada stereotaip tentang kaum Melayu.

Semuanya dipendamkan kerana ingin membuat kaum Melayu rasa selesa. Selesa dibuai rakan-rakan baru Cina dan India yang mempromosikan kesamarataan. Ya, sudah tentulah mereka akan menyokong seorang “Melayu” yang membiarkan anaknya membela anjing dan mengaku secara terbuka meminum arak sehingga mereka sanggup berkempen membebaskannya dari tahanan ISA. Bagaimana pula dengan tahanan Jemaah Islamiah di bawah ISA? Senyap pulaaakk....

Melayu dan Islam yang diinginkan mereka adalah Melayu moden, yang sama-sama lepak di disko dengan anak-anak bangsa lain, minum air setan untuk berbuka puasa. Islam yang diingini adalah Islam yang progresif, di mana yang membezakan mereka hanyalah pada nama Tuhan sahaja, tiada sembahyang, tiada puasa.

DAP baru-baru ini dengan bangganya melantik Tunku Abdul Aziz sebagai Naib Pengerusi. Ya, indah sungguh gambaran yang diberikan parti DAP. Kononnya mereka tidak mengira bangsa. Tetapi tanpa mahu mengaibkan sesiapa, renungkanlah persoalan ini : adakah “Melayu” yang diinginkan mereka benar-benar menjalani kehidupan Melayu Islam?


Tunku Abdul Aziz

Jika sokongan kepada tindakan Hindraf di rumah terbuka itu datang daripada “Melayu” progresif seperti Farish Noor tidaklah mengejutkan, tetapi apabila jelas seorang pemimpin Islam bersetuju, sudah ada yang tidak kena.

Sokongan Abdul Hadi Awang terhadap tindakan HINDRAF menunjukkan bahawa PAS sudah hilang arah tuju, sudah ternganga menunggu kuasa yang akan disuap oleh pemimpin dua muka paling terkemuka, DS Anwar Ibrahim. PAS yang sanggup melepaskan ideologi asas mereka dengan interpretasi yang hanya memperbodohkan orang ramai, kini sanggup melihat seorang saudara Islam dihina di satu upacara yang penuh dengan adat dan tradisi.



Walaupun kita bermusuhan dalam politik, tetapi ada kalanya batasan harus ditetapkan.

Isnin, 29 September 2008

Jangan Gembira Lagi...

Umum diketahui bahawa Mesyuarat Agung UMNO akan ditunda ke Mac 2009. Ramai yang berpendapat Pak Lah hanya akan menjadi Perdana Menteri patung menjelang tarikh peralihan kuasa baru ini. Malah, pengkritik terhebat Pak Lah di dalam UMNO, Tan Sri Muhyiddin juga turut bergembira dengan keputusan yang dicapai Jumaat lalu.

Diramalkan bahawa satu pelan baru telah dicapai yakni Pak Lah akan mengumumkan beliau tidak akan bertanding jawatan Presiden UMNO, diikuti dengan pencalonan besar-besaran di peringkat bahagian supaya DS Najib menjadi Presiden dan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Di antara tarikh tamatnya mesyuarat bahagian sehinggalah ke Mesyuarat Agung, Pak Lah akan memberikan lebih banyak kuasa kepada DS Najib sehinggalah peralihan kuasa menjadi lengkap. Pada waktu yang sama, Najib dijangka ditugaskan untuk membina semula jambatan hubungan bersama parti-parti komponen, terutamanya MCA yang juga bakal melihat Presiden baru menjelang 2009. Muhyiddin pula akan sibuk mengembalikan sokongan ahli-ahli UMNO dari peringkat akar umbi sehinggalah kepimpinan di peringkat negeri.

Sudah tentulah Tengku Razaleigh tidak berpuas hati. Harapan beliau untuk memegang tiket 1-2 bersama Muhyiddin lenyap begitu sahaja dengan proses “perbincangan” senyap-senyap yang diadakan antara Pak Lah dan Najib. Sayang sekali, kerana Ku Li dilihat sebagai ramai di luar parti sebagai seorang yang boleh “diterima pakai”.


Tetapi ahli akar umbi yang senyum gembira melihat “pemergian” Pak Lah harus berfikir panjang. Kenapa harus ditangguhkan sesuatu yang sudah menjadi kepastian? Jika pada bulan Mac tahun depan Pak Lah akan pergi dan digantikan Najib, apa salahnya diadakan peralihan itu pada Disember?

Penulis pasti alasan memastikan DS Najib membiasakan diri dengan tugas dan portfolio akan digunakan untuk memberi justifikasi melambatkan penyerahan kuasa. Siapakah yang akan tertipu dengan helah ini? DS Najib bukannya orang baru dalam pemerintahan. Sudah 20 tahun berkhidmat, dan jika beliau ingin belajar, adakah Pak Lah “tuan guru” yang sesuai memandangkan beliau disuruh letak jawatan kerana ketidak-cekapan dalam memerintah parti dan Negara?

Malah, yang lebih pelik adalah mesyuarat bahagian dibenarkan berlangsung seperti biasa. Ini bermaksud ada ruang lebih kurang 4 bulan sebelum keputusan yang dicapai di peringkat bahagian di perlihatkan dalam Mesyuarat Agung.

Jurang ini memberikan pelbagai kemungkinan. Mungkin juga kes Altantuya akan menular semula sehingga membuatkan Najib hilang sokongan. Atau mungkin juga jurang masa itu akan membenarkan Najib menguatkan sokongan untuk timbalan presiden yang diingininya, seorang yes man yang sendiri tidak mempunyai hasrat menjadi Presiden seperti Muhyiddin. Wallahualam.

Macam-macam boleh jadi dalam politik. UMNO jangan pula angkuh sehingga menjelang Mac tahun depan, Pak Lah menyerahkan kerusi pemimpin parti pembangkang kepada Najib.

Malaysiakini Juga Tidak Adil?

Nasib baiklah Pakatan Rakyat lebih sibuk buat entah apa sehingga masalah-masalah dalam UMNO dibiarkan begitu sahaja. Selama ini penulis cuba melihat secara objektif, tetapi yang jelas kini adalah DS Anwar telah hilang kredibiliti. Sebelum ini ramai juga teman-teman penulis yang cukup yakin dengan tarikh 16 September, dengan janji ingin berjumpa Agong, dengan “the numbers are increasing by minute”...tetapi kini semuanya sekadar melihat politik dengan sinis.

Pada mereka, DS Anwar tidak berbeza dengan mana-mana ahli politik lain. Politik adalah mainan kotor. Rakyat juga yang merana.

Apatah lagi apabila melihat kebodohan seorang ahli PKR yang juga EXCO di Perak, saudara Zul Hassan, yang entah kenapa mengakui beliau melakukan hubungan seks dengan seorang warga Cina.

Keluarga penulis hanya mampu menggeleng ketawa melihat telatah badut Zul Hassan menjawab persoalan daripada wartawan. Apa sudah jadi?



Yang lebih bodoh adalah penasihat-penasihat PKR termasuklah saudara peguam yang kini mahu JAIP menyiasat mereka yang menawarkan perempuan Cina tersebut. Perangkap dari pihak berkuasa memang biasa dilakukan, dan ini sering dilihat dalam kes-kes dadah.


Jika kita membuat pihak berkuasa bertanggungjawab kerana menawarkan habuan, maka lenyaplah satu lagi cara mereka untuk menangkap mereka yang bersalah. Jelas sekali di sini bahawa semuanya adalah tawaran semata-mata. Zul Hassan boleh menolak, boleh membuat laporan, boleh mengadu kepada PKR kalau tak mahu ke polis. Tetapi tidak. Semua ahli PKR ini terima dengan senyuman dan “kepuasan” dan kini ingin menyalahkan orang lain.

Yang menariknya, Malaysiakini seakan-akan hanya mahu menunjukkan satu pihak sahaja. Malah, hari ini, apabila dilaporkan semua media massa bahawa Zul Hassan telah dipecat, Malaysiakini masih tidak melaporkan kejadian ini. Yang lebih penting di halaman utama adalah ruangan pendapat umum mengkritik ISA.


Inilah yang penulis katakan cakap tak serupa bikin. Jangan sampai kerana ini ahli PKR semuanya elok belaka.

Rabu, 24 September 2008

Flip-Flop ke Tarik-Tali?

Adakah Malaysia bakal menyaksikan satu kepimpinan Flip-flop diganti oleh satu lagi kerajaan Flip-flop Pakatan Rakyat? Hari demi hari berlalu semenjak September 16, dan kini September 23 telah berlalu tanpa sebarang hasil.


Dalam keadaan terdesak, Ketua Penerangan PKR, Tian Chua aka Mat Celupar, telah mengumumkan bahawa ada perbincangan di antara pihak PKR dan Pak Lah. Alangkah malunya apabila hari ini DS Anwar sendiri menidakkan kenyataan palsu Tian Chua.


Satu lagi contoh bahawa kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat tidak bersedia untuk memimpin. Mereka tidak sesuai mengisi kerusi pentadbiran kerana personaliti-personaliti agresif yang tidak tahu mengendalikan diri dalam pentadbiran formal. Mereka lebih sesuai sebagai aktivis sepanjang hayat. Sedarlah hakikat bahawa jika dibiarkan Tian Chua, Elizabeth Wong, dan aktivis-aktivis lain dari NGO-NGO dalam Pakatan Rakyat mentadbir, maka hancurlah Negara ini.

Tetapi akan ada yang akan mengatakan “takkan nak biar kerajaan UMNO yang korup bermaharajalela”. Sama juga situasi-nya. Jika dibiarkan UMNO terus dengan arah tuju sekarang, maka musnahlah institusi UMNO satu hari nanti dan hancurlah kerajaan Barisan Nasional.

Perubahan dalam pemerintahan boleh berlaku melalui desakan luaran (yakni Pakatan Rakyat dan konco NGO liberal) atau dalaman. Itu adalah alternatif yang harus difikirkan semua rakyat Malaysia yang benar-benar inginkan keamanan dan kemakmuran. Jangan dibutakan mata kepada pilihan yang sedia ada.

Ini bukan seperti yang dikatakan DS Anwar – pilih Pakatan Rakyat atau Negara akan musnah. Sebenarnya ada alternatif lain yakni perubahan kuasa dan corak pemerintahan di dalam Barisan Nasional, dimulakan dengan UMNO sendiri.


Persoalan seterusnya adalah: Adakah dengan menggantikan kepimpinan UMNO akan mengubat segala masalah dalam Barisan Nasional?

Jawapannya sudah tentulah tidak. Tetapi dengan menunjukkan bahawa UMNO tidak pekak kepada suara akar umbi, UMNO sendiri akan lebih terbuka untuk mengalami proses transformasi. Ahli-ahli tidak akan takut lagi untuk menyuarakan pendapat. Ahli-ahli akan lebih peka untuk memilih pemimpin di peringkat Cawangan dan Bahagian yang benar-benar memahami situasi dan berkebolehan. Kepimpinan Cawangan dan Bahagian pula akan lebih bersedia untuk menyuarakan isi hati ahli-ahli dan bukan sibuk melobi biznes. UMNO yang demokratik akan membuka ruang pemilihan yang lebih efisyen dan relevan kepada kehendak rakyat.

Pada pendapat penulis, kematangan di peringkat Bahagian termasuklah di Selangor kian tampak dengan keinginan untuk menyatakan yang jelas – kerajaan pimpinan Pak Lah sudah hilang sokongan rakyat, malah ahli UMNO sendiri.


Inilah peluang terbaik untuk UMNO membuang sikap “patronage” lama dan kembali kepada asas demokrasi pemilihan oleh ahli akar umbi.

Isnin, 22 September 2008

Muhyiddin: BN, UMNO akan hancur tanpa reformasi

BN, Umno face oblivion without reform: Muhyiddin
Sep 22, 08 2:38pm

Trade Minister and Umno vice president Muhyiddin Yassin today warned that the ruling party and the coalition it has led for half a century faces oblivion at the next elections if it fails to reform.

MCPX

The Barisan Nasional coalition, helmed by the ruling Umno, has floundered since March elections which saw a resurgent opposition score unprecedented victories.

Muhyiddin, who has called for premier Abdullah Ahmad Badawi to stand down before his planned departure in 2010, said the party must address internal conflicts and the opposition threat.

umno retreat muhyiddin yassin pc 060608"It is a situation which is very serious. It is of concern not only to Umno members but to the country at large, to the Barisan Nasional and people who cares about what is happening to the government," he told a press conference.

"If nothing happens then I am not too sure if the lifespan of Barisan Nasional, of Umno in particular, can sustain beyond the year 2013," he said, referring to the scheduled date of the next general election.

Abdullah has defied calls to quit despite being confronted by rare criticism from within his cabinet, as well as a challenge from opposition leader Anwar Ibrahim who says he has enough defectors to topple the government.

Abdullah swept to power in a landslide 2003 election victory, but his popularity plummeted due to broken promises for reform, as well as rising inflation and a slowing economy.

Muhyiddin made another attack on Abdullah's plan to hand over to his deputy Najib Abdul Razak, saying Umno members should decide on the future leadership in internal elections that begin next month.

"What has been agreed upon is only a convention. There is no such provision in the constitution," he said. "We don't elect leaders unconstitutionally, we elect leaders based on procedures."

If Abdullah steps down as premier, Najib is widely tipped to replace him, with Muhyiddin as his new deputy.

Khamis, 18 September 2008

Drama Bersiri Tanpa Kesudahan

Setiap hari bagaikan satu drama bersiri siaran TV3. Tidak sempat ingin menganalisa pertukaran tanggungjawab antara Pak Lah dan Najib, hari ini DS Anwar sekali lagi membuat kacau bilau dengan menggesa Pak Lah memohon sidang Parlimen tergempar menjelang Selasa depan.


Pertama, isu pertukaran portfolio kementerian. Pada pendapat penulis, tindakan ini bagaikan satu pertukaran terdesak demi memperkuatkan kedudukan politik Pak Lah. Jawatan Menteri Kewangan dilihat sebagai jawatan “emas” kerana pelbagai “peluang-peluang” boleh ujud di bawah tangan kementerian Kewangan. Lihat sajalah bagaimana DS Anwar Ibrahim dikhabarkan dahulu campur tangan dalam pelbagai projek demi kepentingan kroni-kroninya.


Lagipun, antara senjata tajam yang ditujukan ke arah Pak Lah adalah tuduhan beliau telah membawa Malaysia ke tahap yang membimbangkan dari segi ekonomi. Pak Lah dituduh tidak cekap untuk memahami, apatah lagi mengatasi belenggu ekonomi negara. Dengan menukar portfolio, Pak Lah telah berjaya membuatkan lebih ramai “berkongsi” tanggungjawab ke atas masalah ekonomi negara. Jadi selepas ini, bukan Pak Lah sahaja yang salah.


Isu kedua adalah DS Anwar sendiri dan mainan politiknya yang tidak kesudahan. Sepertimana tindakan memfailkan kes terhadap Saiful Bukhari di Jabatan Agama Islam, tindakan menghantar surat kepada Pak Lah untuk sidang Parlimen tergempar harus dilihat sebagai satu taktik yang tidak akan merugikan Anwar.

Secara logiknya, adakah anda akan memohon satu sidang untuk membuang anda dari jawatan anda sendiri? Jadi dari awal lagi DS Anwar sudah tahu bahawa Pak Lah tidak akan bersetuju dengan desakannya, tetapi beliau tetap terus menghantar permintaan tersebut. Kenapa?


Kerana ini adalah satu taktik melengahkan masa, menghasilkan suasana panik di dalam Barisan Nasional. Dengan membuat langkah sebegini, beliau boleh kata bahawa beliau sudah mengambil tindakan seperti yang dijanjikan, cuma dihalang oleh Pak Lah sendiri. Satu lagi sandiwara yang orang ramai gemar untuk percaya sehingga terlepas pandang yang jelas dan tampak.

Khairy Bertanding

Seperti yang dijangkakan, Khairy Jamaludin, menantu Pak Lah dan mangsa kutukan, kritikan dan tomahan pengundi, mengumumkan kesudian bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Sememangnya tidak dinafikan Khairy mempunyai karisma dan kebolehan menyusun ayat dengan cantik dan kemas, mengisi 15 minit temuramah dengan pelbagai janji-janji manis, mengembangkan ide yang kecil supaya nampak lagi besar, mengumpan pendengar dengan lawak jenaka dan gaya penyampaian tersendiri. Malah, pada pendapat penulis, Khairy ini tidak lain seperti DS Anwar versi Oxford 30 tahun dahulu.

Dan itulah masalahnya. Secara peribadi, UMNO harus mula memilih kepimpinan yang bebas dari sebarang kontroversi peribadi. Barulah ada kredibiliti untuk mengkritik dan membidas pihak lawan.

Selasa, 16 September 2008

Selamat Hari Malaysia

Rakyat Malaysia terus hidup dalam keadaan terumbang-ambing. Tidak pasti sama ada DS Anwar sekadar mengacah dengan kenyataannya ingin berjumpa Pak Lah hari ini untuk mengambil alih kerajaan atau beliau benar-benar mempunyai bilangan MP yang cukup untuk membentuk kerajaan.


Sementara itu, Bursa Saham Kuala Lumpur jatuh mendadak dibayangi kejatuhan besar-besaran pasaran saham Amerika Syarikat. Situasi di KLSE bukanlah unik, kerana seluruh pasaran dunia kini dalam keadaan kritikal.


Malah, ada teman mengatakan bahawa kira nasib baiklah DS Anwar buat kecoh dalam masa ini kerana sememangnya pasaran saham dan ekonomi Negara sudah dalam posisi mencondong ke-bawah sejak dari lewat tahun lepas.

Tetapi penangguhan lagi “janji” Anwar, yang telah mengecewakan rasanya sebilangan mereka yang hadir ke Kelana Jaya semalam, memberi implikasi sosio-ekonomi yang mendalam, dan malangnya implikasinya lebih negatif daripada positif.

Projek-projek, sama ada “perlu” atau tidak, tertangguh dan kebanyakan kontraktor bumiputera kini kehausan sumber pendapatan kerana kerajaan tidak berani memberi komitmen memandangkan situasi politik yang tidak stabil.

Mungkin ada kesan positif daripada situasi ini kerana kontrakor-kontraktor ini akan mula berdikari dan melepaskan diri dari kepompong subsidi. Walaubagaimanapun, perubahan drastik ini memberikan impak serta merta tanpa persiapan yang sewajarnya.

Ekonomi Malaysia sememangnya banyak bergantung kepada projek-projek kerajaan, sama ada sepenuhnya atau secara usaha-sama bersama badan korporat. Ketidakstabilan pemerintahan bukan sahaja memberi impak kepada kontraktor picisan tetapi juga kontraktor-kontraktor besar.

Ketidakstabilan politik juga menyebabkan pelabur, sama ada dalaman atau dari luar Negara, ternganga menanti kepastian. Ini kerana sebarang perubahan pemerintahan, terutamanya apabila diganti dengan kerajaan “pseudo-socialist” seperti Pakatan Rakyat, akan membawa perubahan dalam polisi ekonomi.

Cukai persendirian mungkin dikurangkan, manakala cukai syarikat bertambah. Arah tuju ekonomi mungkin beralih ke sektor lain, menyebabkan projek-projek yang diusahakan selama ini terkapai-kapai.

Penulis ingin mengkritik 100% tindak-tanduk DS Anwar mengacah-acah, tetapi pada masa yang sama malu melihat bagaimana UMNO turut menyumbang kepada kecelaruan sosio-ekonomi ini dengan tindakan-tindakan terdesak.

Taktik menakutkan yang lapok ini semakin tidak popular, tetapi masih ada sebilangan masyarakat yang tersangkut di zaman 80-an dan 90-an dan mengiyakan lagi tindak-tanduk yang bakal memusnahkan harapan Barisan Nasional untuk menarik minat lebih 4 juta pengundi saluran 4 & 5 yang bakal mengundi pada PRU-13.


UMNO perlukan satu revolusi dari corak pemikiran, dan cara terbaik untuk memulakan proses ini adalah dengan bersikap jujur terhadap diri sendiri. Semakin lama kepimpinan dan ahli-ahli menipu diri sendiri, semakin lambat evolusi parti ini sehingga akan tiba satu ketika yang tinggal untuk ditipu hanyalah si empunya badan.

Zaid Ambil Jalan Mudah

Mungkin ada yang menganggapnya sebagai hero. Seorang pemimpin Barisan Nasional yang bersedia untuk mengorbankan diri sendiri. Tetapi setiap situasi harus dinilai secara objektif. Perletakan jawatan Zaid Ibrahim harus dilihat bukan sahaja pada konteks ISA tetapi perjalanan karier politik-nya sendiri.

Zaid Ibrahim dilantik sebagai menteri untuk membawa perubahan. Malangnya, janji-janji beliau tinggal janji kerana realiti politik adalah - jika anda tidak cukup popular dan berpengaruh, tidak kira betapa murninya nawaitu anda, sukar untuk mengadakan perubahan.


Apabila seorang Menteri yang dilantik tidak dipilih oleh rakyat, dan juga ahli-ahli parti di kawasan beliau sendiri, maka sokongan yang bakal diperolehi amatlah kecil. Zaid sememangnya dari dulu mempunyai pendirian beliau yang tersendiri, dan membaca koleksi-koleksi ucapannya, penulis tidak meragui kejujuran beliau dalam konteks perundangan.

Walaubagaimanapun, apakah pengorbanan yang diperkatakan oleh orang ramai dengan beliau meletakkan jawatan Menteri apabila alternatifnya adalah kembali menjadi rakan kongsi sebuah firma guaman terbesar di Malaysia dengan gaji berpuluh kali ganda lebih daripada gaji Menteri?

Sebenarnya, pengorbanan sebenar, dalam konteks ini, adalah untuk kekal dan berjuang. Untuk mencari sokongan daripada akar umbi. Untuk mendapatkan mandat daripada rakyat. Untuk berusaha popular di kalangan pemimpin-pemimpin dalam parti. Usaha itu LAGI SUKAR daripada mengkritik dari luar. Zaid bukan seperti Tun Mahathir, yang sudah lanjut usia dan sesuai memainkan watak penasihat dan pengkritik. Zaid masih mampu, jika mahu dan sanggup, membuat perubahan sebenar.

Berhenti, dalam konteks ini, bukanlah satu pengorbanan.

Artikel Menarik:

___________________________________________________________

Selamat Hari Malaysia!

Sabtu, 13 September 2008

ISA = Cara Terpantas Memberi Kuasa Kepada Anwar

Tidak habis dengan tindakan melarikan MP Barisan ke Taiwan yang memalukan, kini kerajaan Barisan Nasional, dengan langkah yang bakal menghasilkan reaksi negatif daripada rakyat.

ISA Crackdown as Pak Lah Faces Dissension (Malaysiakini)

Jika penahanan Raja Petra tidaklah begitu mengejutkan, malah difahami penulis memandangkan sejarah beliau yang penuh dengan berita sensasi tanpa kredibiliti, penahanan MP Teresa Kok dan Tan Hoon Cheng dari Sin Chew Daily mengundang lebih banyak persoalan daripada jawapan.

Penulis terutama sekali mempertikaikan tindakan menahan Tan Hoon Cheng, seorang wartawan veteran yang melaporkan kenyataan Ahmad Ismail, yang baru-baru ini dilucutkan jawatan daripada UMNO.

Adakah pihak berkuasa/kepimpinan menganggap rakyat Malaysia begitu bodoh sehingga tidak nampak betapa dangkalnya tindakan menahan seorang wartawan kerana melaporkan sesuatu yang kepimpinan sendiri menganggap sebagai benar?

Jika benar Tan Hoon Cheng sengaja membangkitkan isu perkauman, maka adakah ini bermakna Ahmad Ismail benar? Jika ya, kenapa beliau dilucutkan jawatan?

Tidakkah kepimpinan/pihak berkuasa berfikir: jika Tan Hoon Cheng ditahan di bawah ISA, kenapa tidak Ahmad Ismail? Keengganan untuk mengambil tindakan terhadap Ahmad Ismail sudah dipertikaikan kebanyakan rakyat Malaysia, termasuk parti-parti komponen Barisan, tetapi tindakan menahan SEORANG WARTAWAN sudah tentu dilihat sebagai tindakan berat sebelah.

Dengan menahan Tan Hoon Cheng dan Teresa Kok (atas isu Azan yang telah diterangkan sebagai satu tuduhan tidak berasas Khir Toyo), kepimpinan telah menjadikan mereka ini satu simbol perjuangan dan menguatkan imej di minda pengundi bahawa UMNO adalah sebuah parti yang semakin jauh daripada memahami isi hati rakyat.

Daripada tiada isu (siapalah yang sibuk pasal Hoon Cheng dan Teresa?), kerajaan telah sekaligus menjadikan mereka ini bahan berita utama. Daripada orang tidak tahu dan buat tak endah, sehingga sekarang orang tahu. Dengan tindakan sebegini, kerajaan telah memberikan kredibiliti kepada perjuangan DS Anwar dan Pakatan Rakyat. Kini, jika September 16 tidak berjaya, rakyat tidak akan menyalahkan DS Anwar tetapi kerajaan kerana tindakan-tindakan “terdesak” menghalang Anwar.

Mungkin benar kata seorang teman penulis, seorang “loyalist” UMNO generasi baru, dan pegawai khas salah seorang Menteri Besar kerajaan negeri. Apabila ditanya kenapa UMNO mengambil tindakan-tindakan sebegini, beliau dengan mudah menjawab – terlalu ramai yang cetek pengetahuan dan dangkal pemikiran sekarang memimpin UMNO. Entahlah...

Selepas ini, jangan terkejut kalau para wartawan dan media massa (kecuali alat propaganda bernama TV3) memboikot kerajaan. Kadang-kadang terasa macam ada gerakan dalaman yang sengaja ingin menjatuhkan Barisan Nasional...

Syed Hamid: Reporters May Be Freed Today (Malaysiakini)