Rabu, 13 Ogos 2008

Antara Rasional dan Agenda Politik

Isu komen Khalid Ibrahim tentang UiTM kini hangat diperkatakan oleh masyarakat Malaysia. Ini berikutan insiden hangat di hujung minggu membabitkan Majlis Peguam dan forum mereka yang menyentuh tentang hak pasangan bukan Islam dalam perkahwinan.

Pada pendapat penulis, isu-isu ini sekali lagi menunjukkan ketidakstabilan yang sedang dialami oleh masyarakat Malaysia semenjak beberapa tahun ini. Dari mulanya isu HINDRAF, sehingga ke kes-kes “sensitif” murtad, dan kini forum-forum daripada Majlis Peguam, semuanya seakan cubaan untuk mengoyak fabrik perpaduan yang dinikmati rakyat Malaysia.

Walaubagaimanapun, kadangkala emosi mengawal intelek sehingga mereka yang berpelajaran tinggi juga tidak mampu menilai situasi secara objektif. Di sini penulis ingin menyuarakan beberapa pendapat peribadi tentang isu-isu yang berbangkit.

Forum Majlis Peguam

Masyarakat Islam harus menerima bahawa ada isu besar di dalam penyelesaian kes-kes rumit di mana pasangan bukan Islam tidak dapat menuntut hak dalam perkahwinan apabila pasangannya masuk Islam, biasanya tanpa pengetahuan pasangan bukan Islam

Kerajaan telah membentuk satu jawatankuasa untuk meneliti situasi ini dan memberi cadangan untuk menyelesaikannya. Malangnya, sehingga kini ianya tinggal satu lagi jawatankuasa seperti beratus lagi jawatankuasa yang tiada penyelesaian

Jika jalan penyelesaian yang adil dan saksama dapat dicapai dari awal menerusi usaha kerajaan yang serius dan telus dalam mencari jalan penyelesaian, maka isu-isu ini tidak lagi menjadi topik perbincangan

Walaubagaimanapun, penulis berpegang teguh pada pendapat bahawa Majlis Peguam seharusnya lebih peka tentang bagaimana politik boleh memainkan emosi rakyat dan memecahbelahkan masyarakat.

Topik dan ahli panel yang dijemput, malah laporan tentang perjalanan forum tersebut, jelas menggambarkan bahawa memang sebenarnya niat Majlis Peguam adalah jujur dan telus, tetapi niat yang baik tidak menghalalkan cara.

Tidak ada yang dapat diselesaikan melalui forum terbuka yang menjemput mereka yang tidak terbabit untuk turut mendengar masalah-masalah ini SEAKAN ingin menarik sokongan daripada golongan bukan Islam untuk menyokong pendirian mereka. Adakah para hadirin forum dapat melakukan perubahan? Adakah para hadirin forum dapat mengubah undang-undang atau meluluskan dasar polisi?


Apakah keuntungan yang dapat dicapai? Jika forum berterusan, kesannya hanyalah segolongan rakyat Malaysia akan lebih memahami isu ini, dan ianya akan dilaporkan di media massa, dan bertambah resah kaum bukan Islam terhadap agama Islam. Reaksi daripada kaum Islam tak perlulah dicatit di sini.

Jika Majlis Peguam memang ingin melakukan perubahan yang boleh memberi kesan tentang isu ini, mereka harus bergabung tenaga dan menggunakan “kuasa 13000 ahli” mengatur perjumpaan tertutup melibatkan peguam berpengalaman, hakim-hakim, para ahli ulama, dan pemimpin-pemimpin agama lain. Tujuan perjumpaan ini adalah untuk datang dengan satu jalan penyelesaian yang boleh diterima pakai.

Majlis Peguam kan begitu berkuasa. Penulis pasti setakat mengatur perjumpaan sebegini bukanlah satu masalah bagi mereka.


Kemudian baru adakan forum BUKAN secara terbuka dengan menjemput wakil-wakil rakyat dari pelbagai kaum. Terangkan secara terperinci masalah yang dihadapi, dan cadangan daripada perjumpaan sebelum ini. Penjelasan dan penerimaan daripada ahli-ahli ulama tanah air amatlah penting agar tidak ada mesej yang disalah tafsir.

Akhir sekali, barulah cadangan dibentangkan di hadapan rakyat. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya proses penapisan telah dilakukan, dan tiada lagi omong-omong kosong yang bertujuan hanya untuk meraih simpati atau menambahkan kemarahan.


UiTM untuk Bukan Bumiputera

Sebagai seorang alumni UiTM, penulis rasa penulis berhak bersuara tentang isu ini. Cadangan Khalid Ibrahim untuk melonggarkan syarat kemasukan sudah pasti menerima tentangan kaum Bumiputera, terutamanya kaum Melayu.


Pada pendapat penulis, tidak kira UiTM, atau UKM, atau UM, yang penting adalah peringkat awal persekolahan anak-anak Melayu. Proses intergrasi dan pembentukan minda sebenar bermula dari awal lagi. Jika sistem persekolahan peringkat rendah dan menengah tidak menggalakkan daya kompetitif di kalangan pelajar, maka tidak akan ada bezanya di peringkat Universiti.


Oleh itu, satu pendekatan holistik harus diambil oleh Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan daya kompetitif Bumiputera, dan merapatkan jurang antara kaum. Membuka kuota di UiTM kepada bukan Bumiputera tidak akan mengatasi secara penuhnya masalah yang membelenggu graduan Bumiputera dan masalah intergrasi antara kaum.

Bukan pendidikan sahaja yang membawa kepada perpecahan kaum. Pemimpin juga harus melihat sendiri tindak tanduk mereka yang memainkan isu perkauman. Ibu bapa juga harus melihat cara mereka mendidik anak-anak agar tidak percaya kepada kaum lain, tanpa menyedari bahawa tindakan mereka ini hanya akan melahirkan generasi yang pesimis, dan tidak bersatu, demi tanah air tercinta ini.


...

12 ulasan:

Asimo Shariz berkata...

Tan Sri Khalid buat cadangan je tapi dorang nak kecoh, kalau pelaja buat demontrasi menentang kerajaan bodoh dungu kita sah sah FRU simbah air semua ade.

Tapi aku setuju bab integerasi dan pembentukan minda harus bermula dari awal lagi. Ini semua perangai budak sekolah dorang bawak gi U.nampak sangat saje je keluar jalan ramai ramai beriadah sambil jerit jerit dan pakai baju hitam

msleepyhead berkata...

Saudara penulis,

Diharap dengan ulasan rasional dan tulisan logik saudara, lebih ramai lagi yang akan sedar masalah-masalah yang timbul kini hanya di permukaan sahaja.

Hal kuota UiTM bukan isu utama dan kaum lain pun faham objektif kewujudannya dan tidak mempersoalkannya.

Yang dikhuatiri ialah walaupun 30 tahun DEB dan 50 tahun merdeka, persepsi terhadap kaum bumiputera secara amnya ialah golongan yang tidak mampu berdayasaing dan tiada semangat berjuang (mungkin hanya nampak kuat bersaing di arena politik kebangsaan).

Sebanyak komen-komen bahawa ekonomi negara dikuasai orang Cina, adalah fakta bahawa lebih 60 peratus populasi negara kaum bumiputera dan kaum inilah yang akan menentukan masa depan negara. Kusa politik yang dipegang turut akan menentukan polisi-polisi yang akan diikuti semua.

Ini semua di luar batas kaum bukan bumiputera dan mereka akan hanya sebanyak sedikit menjadi minoriti di masa hadapan dengan populasi yang semakin mengecil.

Jadi isu persaingan kek ekonomi, peluang pendidikan, penyebaran kekayaan negara dan selainnya tidak menjadi masalah utama. Yang lebih penting membangunkan bangsa dan menolong mereka yang betul-betul memerlukannya.

abe MIE berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Nampaknya ahli PAS tidak puas dengan layanan yang diberikan oleh Pakatan Rakyat terutamanya DAP dam PKR.

Baharu saja 5 bulan, nampaknya Pakatan ini bukan sahaja TIDAK YAKIN YANG ANWAR IBRAHIM AKAN MENJADI PERDANA MENTERI.

PAS walaupun minoriti dalam Pakatan, mereka juga mahukan PM daripada Ulama dan dalam kata lain mereka juga tidak sukakan Anwar, namun terpaksa berlakon untuk sementara waktu.

Abe MIE hairan kenapa mereka tidak suka kepada 'Umar Abdul Aziz PAS' iaitu Lim Guan Eng. Sebelum ini bukan main mereka beria-ria menyokong Khalifah

Kafir sebagai pemimpin teragung. PAS tidak dapat menilai mana yang kaya dengan permata.

Bagi Abe MIE, kalau orang Cina boleh memperbodohkan PAS, mereka tidak segan akan memperbodohkan Melayu keseluruhan. Mujurlah UMNO masih kuat dan apa yang berlaku telah menyebabkan golongan muda sudah hilang keyakinan dan tidak berminat dengan madah berhelah perjuangan PAS sehingga kini ibarat UMPAMA MIMPI DALAM MIMPI.

abe MIE hendak tanya, PAS hebat, tersohor dan 'kuat' kerana APA? Adakah kerana pembangunan ekonomi rakyat Kelantan? Perjuangan Islam sekuat Iran melawan Amerika? Membela rakyat yang miskin? Menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat? Berjaya Menarik pelabur terbesar?

atau PAS hanya kaki sorak bila UMNO berpecah? mendapat kemenangan kerana anti-UMNO dan undi protes? Berjaya mengadakan demonstrasi besar-besaran? Mengkafirkan Melayu sebagai ISlam? DAN BANYAK LAGI. Seminggu menulispun tak boleh habis.

Che Yon berkata...

Di hotel Paradise, Tanjung Bungah, ada orang Melayu dihina orang Cina sebab orang Cina disitu rasa perniagaannya menipu parawisata arab dan lainnya akan terdedah dengan adanya orang Melayu yang bawa parawisata arab menerangkan jalan. Insiden ini berlaku hari hari rabu sehingga khamis semalam 13hb.

Orang Melayu ini mahu dihalau dari lobi dan dihina orang Cina mount eskine ini yang tetap dengan pendiriannya. Orang Melayu tetap dengan kebenarannya dan panggil security yang adalah orang melayu yang tertindas berkerja dengan bos cinanya. Malu alah orang Cina tuan punya hotel itu minta maaf yang tidak jujur.

Maafkatalah umnodu brader lu bukan tahu apa-apa mengenai orang Melayu.

Kalau hang jadi hardcore you pi gaduh dengan hardcore bangsa lain.
Macam budak-budak belboy hotel itu yang nak hancurkan muka cina itu.

Bab UiTM: buka pada bangsa lain dengan syarat yang menguntungkan bangsa Melayu sekurang-kurangnya, semua pelajarnya setidak-tidanya.

Lu UMNO che nen kot umnodu?

Che Yon berkata...

State-media story fuels questions on gymnast’s age
By JOHN LEICESTER, Associated Press Writer
Aug 14, 8:56 am EDT
Just nine months before the Beijing Olympics, the Chinese government’s news agency, Xinhua, reported that gymnast He Kexin was 13, which would have made her ineligible to be on the team that won a gold medal this week.

In its report Nov. 3, Xinhua identified He as one of “10 big new stars” who made a splash at China’s Cities Games. It gave her age as 13 and reported that she beat Yang Yilin on the uneven bars at those games. In the final, “this little girl” pulled off a difficult release move on the bars known as the Li Na, named for another Chinese gymnast, Xinhua said in the report, which appeared on one of its Web sites, www.hb.xinhuanet.com

The Associated Press found the Xinhua report on the site Thursday morning and saved a copy of the page. Later that afternoon, the Web site was still working but the page was no longer accessible. Sports editors at the state-run news agency would not comment for publication.

If the age reported by Xinhua was correct, that would have meant He was too young to be on the Chinese team that beat the United States on Wednesday and clinched China’s first women’s team Olympic gold in gymnastics. He is also a favorite for gold in Monday’s uneven bars final.

Yang was also on Wednesday’s winning team. Questions have also been raised about her age and that of a third team member, Jiang Yuyuan.

Gymnasts have to be 16 during the Olympic year to be eligible for the games. He’s birthday is listed as Jan. 1, 1992.

Chinese authorities insist that all three are old enough to compete. He herself told reporters after Wednesday’s final that “my real age is 16. I don’t pay any attention to what everyone says.”

Zhang Hongliang, an official with China’s gymnastics delegation at the games, said Thursday the differing ages which have appeared in Chinese media reports had not been checked in advance with the gymnastics federation.

“It’s definitely a mistake,” Zhang said of the Xinhua report, speaking in a telephone interview. “Never has any media outlet called me to check the athletes’ ages.”

Asked whether the federation had changed their ages to make them eligible, Zhang said: “We are a sports department. How would we have the ability to do that?”

“We already explained this very clearly. There’s no need to discuss this thing again.”

The International Gymnastics Federation (FIG) has said repeatedly that a passport is the “accepted proof of a gymnast’s eligibility,” and that He and China’s other gymnasts have presented ones that show they are age eligible. The IOC also checked the girls’ passports and deemed them valid.

A May 23 story in the China Daily newspaper, the official English-language paper of the Chinese government, said He was 14. The story was later corrected to list her as 16.

“This is not a USAG issue,” said Steve Penny, president of USA Gymnastics. “The FIG and the IOC are the proper bodies to handle this.”



Ini baru kuam cina...kaum hindoo belum lagi

lagihardcore berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
lagihardcore berkata...

lupa. mesej atas dituju tuk Che Yon.

Pasai org cam dia la UMNO kena reject dan dicaci.

Hardcore sebab kepala dah hard kot,xleh masuk ilmu.

Che Yon berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Akar umbi UMNO Damansara Utama berkata...

Assalamualaikum,

Rasanya kalau sesama Muslim,tidak kira perbezaan pendapat,kita harus berusaha untuk menghormati antara satu sama lain.

Atas sebab yang demikian,catatan yang berbaur agresif dan perkauman akan dipadam.

Perbezaan pendapat tidak menghalalkan pelanggaran adab dan susila.

Terima kasih.

Che Yon berkata...

kalau perbezaan dari tak faham baca cerita tetapi tetap mahu membebel itu you tak censor? kes hindu mabok di kampong medanlah bukan vk lingam. Nak hormat apa.

demi agama, bangsa dan negara itu apa yang you burung kakaktuakan, umnodu?

kirim salam pada ezam, umnodu

ezam berkata...

waalaikumsalam

abdullah berkata...

Perbezaan pendapat antara dua golongan utama dalam PAS ada kaitan dengan kecenderongan Nik Aziz, dengan bisikan anak didik Anwar dalam PAS- iaitu Husam dan Kamaruddin Jaafar- mempercayai janji berbilion yang dicurahkan ke Kelantan jika Anwar jadi PM. dan jangan lupa PRU 12 Anwar yang "belanja".

Kedua, Nik Aziz ambil hukum tiada saksi maka Anwar tak ada sondolmi, boleh di sokong.

Ketiga dendam kejatuhan kerajaan PAS Kelantan semasa berpisah dari BN. Dendam inilah puncanya.

Jadi Nik Aziz tidak tertarik dengan hujah Haji Hadi yang lebih meletakkan hukum tidak membenarkan ditutup pintu rundingan dalam Islam.

Golongan pro-Hadi secara diam tahu tentang masalah tabi'i sex Anwar, dan tidak boleh terima dia sebagai layak menjadi PM. Hadi bimbang menyandarkan masa depan parti kepada satu pihak sahaja kerana nanti apabila DAP dan PR berjaya lumpuhkan kekuasaan politik orang Melayu PAS akan dituduh bersubahat.

DAP tetap dengan agenda menjatuhkan kuasa politik Melayu, dan menggunakan PKR dan PAS semata-mata untuk tujuan ini. 'If you can't beat them, join them and then destroy them.'

Apa nak dibanggakan PAS apabila Nizar cuma boneka DAP? Jadi DAP dah pun kawal Perak dan Penang. Mana PAS nak pergi nanti? Para peramal mengatakan PRU 13 PAS mampu pertahankan Kelantan sahaja.

Maaf tapi Tok Guru Nik Aziz pandai cakap sahaja tetapi mudah dipengaruhi oleh mereka yang rapat. Beliau lebih melihat kapada kepentingan yang boleh didapati Kelantan. ramai mungkin ingat beliau pernah melobi Dr M supaya menjadikan Ku Li PM selepasnya.

Haji Hadi dari dulu bukan mudah diperdaya. Jadi PAS Kelantan cuma cawangan PKR?