Jelas. Buktinya cukup jelas. Tidak pernah ahli UMNO dianggap begitu rendah, sungguh dibenci dan dicaci. Secara terbuka UMNO dibelasah oleh rakyat. Mungkin ada ahli dan pemimpin yang masih tidak mengaku bahawa PRU 12 adalah kesalahan UMNO. Tetapi reaksi balas dan tindak tanduk rakyat sehingga sekarang jelas menunjukkan tahap ketidak-puasan yang begitu besar.
Kajian melalui pungutan suara yang dilakukan oleh sebuah badan berkecuali, Merdeka Centre, menunjukkan bahawa rakyat cukup tidak berpuas hati dengan Pak Lah, UMNO dan arah tujuan negara tercinta ini.
Kesimpulannya adalah (dipermudahkan):
Kajian melalui pungutan suara yang dilakukan oleh sebuah badan berkecuali, Merdeka Centre, menunjukkan bahawa rakyat cukup tidak berpuas hati dengan Pak Lah, UMNO dan arah tujuan negara tercinta ini.
Kesimpulannya adalah (dipermudahkan):
- Lebih 5 daripada 10 orang menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Pak Lah. Sebelum PRU 12, lebih 6 daripada 10 orang berpuas hati dengan Pak Lah, tetapi jumlah itu semakin berkurangan sehinggalah kajian terbaru ini.
- Jadi mungkin ada yang mahu Najib jadi PM. Tetapi bancian menunjukkan hampir 5 daripada 10 orang tidak yakin dengan kebolehan Najib, manakala hanya 3 daripada 10 yang yakin dengannya.
- Tidak mengejutkan apabila Barisan Nasional juga mempunyai tahap ketidak puasan yang sama dengan Pak Lah. Ini sangat merugikan kerana hanya separuh daripada 10 orang merasakan rasa puas hati terhadap Pakatan Rakyat.
- Lebih daripada separuh rakyat Malaysia tidak yakin dengan kebolehan Barisan menunaikan janji-janji mereka.
- 6 daripada 10 merasakan bahawa sebarang penjimatan subsidi berikutan kenaikan harga minyak akan sampai ke “kroni-kroni” Barisan.
- Paling menyedihkan adalah lebih 5 daripada 10 rakyat Malaysia TIDAK PUAS HATI terhadap UMNO manakala hanya 4 daripada 10 yang berpuas hati.
Adakah pemimpin UMNO, dari peringkat atasan sehingga ke peringkat cawangan, akan terus mengabaikan bancian ini? Ya, mungkin akan muncul pula bancian “alternatif” yang memaparkan gambaran lebih indah. Ada yang akan mempertikaikan kredibiliti Merdeka Centre, dan mereka berhak melakukan sedemikian.
Tetapi penulis tidak perlu bancian untuk mengetahui sentimen rakyat sekeliling. Di pejabat penulis, di sebuah syarikat terbesar di Malaysia, di mana penulis bergaul dengan berpuluh-puluh individu dari pelbagai kaum, sudah jelas bahawa UMNO tidak lagi dihormati, malah sehingga ke tahap yang dibenci.
Bangunlah wahai ahli UMNO. Lakukan perubahan. Anjakan paradigm dalam pemikiran orang Melayu dan bukan Melayu sudah mula berlaku. Adakah UMNO akan turut mengadaptasikan diri demi kepentigan bersama, atau terus kaku dengan cara dan polisi yang menguntungkan sesetengah orang sahaja?
...
5 ulasan:
http://pkrpasdap.blogspot.com
UMNO macam siti nurhaliza. bila menang selalu dia lupa diri. Ada seorang dua kalahkan siti, dia masih tidak jatuh (nyaris).
UMNO pun sama, walaupun orang benci sehingga 60% kena ingat, 60% tu sokong apa?20-PAS,20-PKR, 20-DAP... kira UMNO 40% kuat lagi tu.
Macam lah siti, dah kahwin pun namanya lagi naik. Dapat gelaran dan macam-macam anugerah.
Ini ape pulak tak pasal2 Siti Nurhaliza nie..?? Dah takde contoh lain ke nak bagi...? Mangkok hayon betol... Perbandingan yg bodoh.. Tak rasional.. Pikirlah guna akal tu.. Mmg bodoh...
salam...
kepimpinan bn mmg dah lama tak diyakini oleh rakyat. cuma mungkin banyak pemimpin yg buta atau tidur macam ketua mereka. tgk sahaja statement tv3 pasal debat pelajar. memuji sedangkan realitynya paklah x mampu nak jawab soalan mereka dengan relevan. memalukan sebagai seorang perdana menteri. kalau la perdana menteri macam ini, tidak hairanlah kepimpinan yg lain lagi teruk. langsung tiada harapan untuk memajukan negara. apatah lagi merealisasikan wawasan 2020.
paklah pernah cakap, 1 perkara yg TDM x mampu buat ialah merubah nasib org melayu. paklah pula dengan bangganya menyebut beliau la org yg akan merubahnya. ternyata paklah betul dengan merubah dan memecahbelahkan melayu dengan dahsyatnya. terima kasih dengan kejayaannya itu. sebenarnya bukan la umno sahaja yg boleh memerintah, tetapi mana2 parti pun boleh asal mereka melayu, berkebolehan dan mampu menjalankan demokrasi kepada semua kaum. tetapi masyarakat buta dengan ketaksuban parti sehingga benda yg terang salah pun dikata benar.
cuba kita lihat, kebanyakan negara minyak telah diturunkan, tetapi malaysia mengambil masa yg lama untuk turun, sedangkan hanya 4 jam untuk menaikan minyak, sekaligus melingkupkan banyak kehidupan bangsa melayu sendri. harini, banyak pemimpin melaungkan pembatalan subsidi dan sbgnya. tetapi dalam kerajaan sendri banyak subsidi yg dibagi. kenapa hanya org dalam kerajaan yg mampu mewah, sedangkan pembayar2 cukai dan sebagainya ramai dari golongan swasta?
kalau pilihan raya permatang pauh menjadi isu besar dan dianggap membazir, bagaimana pula pembelian mercedes, kutukan daripada kerajaan sendri terhadap proton, gantirugi pembatalan projek jambatan singapura, landasan berkembar, rapid kl, perwaja steel, penjualan mv augusta dan banyak lagi. adakah ini tidak membazir walaupun melibatkan ribuan juta duit rakyat.
seharusnya perlu dikaji semula bukan hanya tahu menyalahkan pembangkang dan pandai mereka2 cerita dan mengaibkan org lain. sekurangnya anwar dah tahu minyak akan turun, cuba jika kerajaan menaikan minyak pada bulan 8. dah tentu rakyat tidak akan terjejas.
kerajaan bn memang dah tak relevan. kepimpinan dan barisan menteri harus dirombak. kerajaan yg ada sekarang memang lemah dari pelbagai sudut, malah langsung tidak membantu rakyat. yg dibantu segelintir kelompok sahaja. namun, itu tidak membantu rakyat, malah mungkin mengkayakan kroni. siapa tahu, kerajaan kan konfidential. apa punrakyat tak boleh tahu, cuma tahu yg baik2 sahaja.
BN pasti tumbang pada pru13. bukan omongan kosong tapi reality. sedih melihat parti yg menerajui tanah melayu sekian lama boleh menjadi parti hingusan. langsung tiada kredibilty dan kepimpinan yg boleh dibanggakan.
diharap, akan ada 1 parti atau umno sendri yg mampu merubah corak kepimpinan yg lebih matang dan betul2 memperjuangkan rakyat. bukan memperjuangkan parti dan dalam masa yg sama, negara menjadi semakin mundur.
salam...
siti nurhaliza=UMNO?
jauh beza tu tapi lawak jugak la perbandingan tu.haha.
sebenarnya poll tu ada "cacat cela"nya jugak.antara yang saya dapat dari novandri.blogspot.com ialah :
-Apa yang menarik perhatian penulis mengenai firma Merdeka Centre ialah web firma tersebut tidak menyenaraikan sebarang nama di belakang firma tersebut. Tidak ada pengerusi projek dan pasukannya. Cukup menghairankan.
Kenapakah berahsia dan tiada nama sedangkan kajian poll tersebut bukannya seperti kerja polis yang tidak akan mendedahkan anggota-anggota perisiknya di atas sebab-sebab keselamatan dan melindungi mereka?
-Yang menambah minat penulis ialah hubungan firma tersebut (project partner) dengan firma International Republican Institute yang dipengerusi oleh Lorne W. Craner. Dan salah seorang daripada Board of Directorsnya pula ialah Senator John Mc Cain (Calon Presiden US)
untuk mengetahui dengan lebih lanjut bolehlah melayari novandri.blogspot.com.
Woi! Ade gak orang UMNO kat DU, sapa sapa pegi smdu haha
Aku bukan orang UMNO alhamdulillah
tapi korang ni semua, kata akar umbi buat la bising sikit, dah tau pak lah ngan najib macam tu.
Catat Ulasan