Ahad, 24 Ogos 2008

Kenapa Kempen Barisan Makin Popular?

Tinggal 2 hari lagi untuk berkempen sebelum pilihan raya kecil Permatang Pauh. Hari ini dilaporkan di Malaysiakini bahawa ceramah Barisan semakin popular. Saingan Barisan, yakni DS Anwar (bukan Pakatan Rakyat, PKR dan lain-lain), tetap berjaya menarik minat penduduk, tetapi kenapakah kempen Barisan semakin rancak?


Premis-nya amat mudah. Kalau dilihat secara objektif, DS Anwar, Pakatan Rakyat, PKR, DAP, HINDRAF, mesej mereka, tindak tanduk mereka, penyokong mereka bukanlah SEMPURNA. Banyak kelemahan di dalam kem pembangkang yang seharusnya digunakan sepenuhnya oleh jentera Barisan Nasional untuk memastikan kejayaan.

DS Anwar dibayangi keengganan untuk mengangkat sumpah. Ceramah beliau pula tidak habis dengan topik yang sama dan mesej yang sama – konspirasi, konspirasi, konspirasi. Janji-janji tanpa sebarang polisi yang konkrit. Rekod sewaktu di dalam pentadbiran yang tidak boleh dibanggakan. Sejarah sebagai pejuang ABIM dan kerapatan bersama Gus Dur, seorang pemimpin yang juga penuh dengan kelemahan.

Pakatan Rakyat pula dengan konflik di antara parti-parti komponen yang tidak boleh bersetuju dalam isu asas seperti konsep negara yang akan diperjuangkan. PAS dengan negara Islam, DAP dengan konsep sekular. PAS mahukan Hadi, PKR mahukan Anwar. Masih banyak lagi kelemahan dalam Pakatan tersebut yang boleh dieksploitasikan.

A Firm No To Theocratic State (Malaysiakini)

PKR pula dipenuhi dengan individu-individu yang bila berkempen, menuduh Barisan itu dan ini tetapi sendiri kini bakal didakwa kerana pelbagai jenis salah laku. Kes-kes rasuah di PKR Selangor dan kini PKR Perak menunjukkan bahawa PKR ini hanyalah satu landasan untuk menaikkan DS Anwar tetapi tidak mampu mengawal tindak-tanduk ahli sendiri.

Dua Exco Perak Didakwa Isnin (Malaysiakini)

DAP juga tidak bebas daripada kritikan. Lihat sajalah apa yang berlaku apabila DAP diberi peluang mentadbir Pulau Pinang. Tidak pasal-pasal dua orang muda, walaupun mengharumkan nama negara, diberikan gelaran Datuk sebagai ganjaran. Tindakan Lim Guan Eng menggunakan ganjaran “Datuk” kepada atlet-atlet negara menunjukkan bahawa mereka juga bertindak seperti Barisan Nasional yang seringkali dikritik tentang isu gelaran Datuk. Si Menteri Besar juga lebih sibuk mencari kesalahan orang, dan masuk campur isu negara, daripada mentadbir negeri Pulau Pinang. Ditambah pula dengan cakap besar tentang pelaburan asing yang memperbodohkan rakyat Malaysia.

Bagaimana pula dengan PAS yang semakin hari semakin resah melihat bagaimana peranan mereka diperkecilkan di dalam Pakatan Rakyat? Walaupun ada 3 Menteri Besar di 3 buah negeri, PAS dilihat sebagai parti yang tidak mampu mengawal polisi dan retorik pemimpin Pakatan Rakyat. Sebagai sebuah parti Islam, adalah menyedihkan apabila melihat mereka turut bersekongkol mengkritik tindakan mengangkat sumpah di bawah nama Allah oleh seorang Muslim hanya kerana ketidak-sefahaman politik.

Pelbagai tindakan pembangkang yang sebenarnya menunjukkan kelemahan dan kedangkalan mereka. Apakah pendirian Pakatan dalam isu HINDRAF? Adakah HINDRAF benar-benar mewakili nasib rakyat berbangsa India, atau adakah mereka juga ekstremis yang tidak boleh menerima pendapat daripada orang lain?

Hindraf Leaders Arrested (Malaysiakini)

Pendek kata, daripada perspektif kelemahan pemimpin sehinggalah kepada tindak tanduk dan polisi mereka, Pakatan Rakyat boleh dikalahkan. Jadi persoalan sekali lagi adalah, kenapa begitu lambat untuk menarik minat pengundi Permatang Pauh?

Jawapannya amat mudah. Barisan Nasional sendiri mempunyai kelemahan. Bagaimana hendak mengkritik tentang peribadi pihak lawan jika personaliti yang memimpin juga dibayangi kontroversi? Jelas Khairy Jamaluddin adalah seorang penceramah yang berkebolehan, tetapi kerana UMNO tidak membendung keangkuhan dan tindak-tanduknya sebelum ini, beliau dijadikan musuh no. 1 rakyat oleh pembangkang. Jadi satu senjata Barisan harus disimpan.

Begitu juga dengan isu-isu lain. Bagaimana hendak cakap tentang rasuah jika Barisan juga dibayangi politik rasuah, sebagai contoh kes-kes dilaporkan di peringkat mesyuarat cawangan? Bagaimana hendak menggerakkan jentera, apabila ahli akar umbi masih ragu-ragu tentang kebolehan kepimpinan?

Jadi di sebalik kelemahan yang jelas dan tampak ini, persoalan sebenarnya bukanlah kenapa kempen semakin rancak, tetapi kenapa rakyat masih sanggup datang mendengar ceramah Barisan?

Pada pendapat penulis, jawapannya terletak pada naluri manusia juga. Mereka sudah tahu apakah yang akan disampaikan pembangkang. Sudah cukup mereka didedahkan tentang Najib dan Altantuya, Saiful dan Najib, Pak Lah dan Scomi. Kisah itu diulang-ulang dalam kempen sehingga tiada lagi yang boleh dihuraikan.

Sudah tiba masanya mereka mendengar kisah yang lain pula, kisah Anwar sewaktu beliau TPM, kisah Anwar dan penipuan-penipuannya, kisah bagaimana Anwar percaya dengan “perdagangan bebas”, bagaimana Anwar terlibat dalam perniagaan judi.

Seperti yang pernah dicatatkan penulis, kekalahan Barisan bukanlah kerana kekuatan DS Anwar (walaupun karismanya mempunyai faktor tarikan) atau “Pakatan” Rakyat, tetapi kerana kelemahan di dalam Barisan Nasional sendiri, kerana ketandusan pemimpin yang berkaliber, kerana polisi yang tidak menentu.

Penulis merayu kepada pembaca yang menyokong pembangkang kerana bencikan UMNO dan Barisan. Penyelesaiannya bukanlah dengan undi protes pihak pembangkang. Risikonya terlampau tinggi untuk bermain-main dengan masa depan negara.

Jawapannya terletak dengan mengembalikan semula semangat Barisan Nasional yang penuh toleransi dan kesefahaman, semangat Barisan yang menjaga kepentingan semua kaum, semangat Barisan yang inginkan kemakmuran dan kesejahteraan negara, semangat Barisan yang memperjuangkan kemerdekaan daripada pengaruh negara asing.

...

24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pandangan ini daripada akar-umbi ataupun tunggul?. Turun padang dan alami sendiri. Janganlah berasa senang seperti dengan sikap pemimpin atasan yang tidak pernah tahu apa yang berlaku di padang!!.

ella-mae berkata...

Pandangan from tunggul for sure. Come on la, you guys are more like trying to make straight the wet thread la. seriously guys, it should never be about what party you are from, but its about the truth la. report the truth not just the propaganda your party has been rolling out for the past 4 decades.

cukup la. your leaders send out strong delusions, and you just terima just like that... without using your otak to think first if what they are telling you is the truth or not...

aiyo yo!!

Tanpa Nama berkata...

Para penyokong UMNO seharusnya dah lama sedar dari mimmpi.pemimpin mereka dah jauh terpesong dari perjuangan sebenar,cuba lihat perjuangan pengasas UMNO,kita dapat lihat perjuangan beliau betul-betul untuk memperjuangkan kaum Melayu tapi pemimpin UMNO pada hari ini hanya memperjuangkan kepentingan peribadi sendiri,untuk menegumpul kekayaan dari politik,kalau betul Pak Lah dan Najib tak ada kepentingan peribadi,letak jawatanlah kalau jujur dan ikhlas,nak memperjuangkan bangsa tanpa jawatan dan pangkat pun boleh!

jenga berkata...

errr...bukan ini terang-terang laman web penyokong UMNO?

Takkan pulak tetiba nak cerita pasal kehebatan Anwar?

wat truth are you fools talking about? only if it supports Anwar baru betul issit?

hangpa la tunggul. kalau nak berita pro-anwar, jgn masuk sini. bodoh tul.

jameswoon berkata...

In effect, I quite agree with Suaradu.

There are weaknesses within PR, fundamental flaws in ideology that voters are not aware of.

But these weaknesses cannot be exploited simply because UMNO is too arrogant and weak.

Respect must be given when UMNO members can admit to their own flaws.

Tanpa Nama berkata...

Kononnya ahli akar umbi yang nak ambil inisiatif kembalikan keyakinan rakyat dan buktikan UMNO mampu berkhidmat, tetapi akhirnya tunjuk jugak belang sebenarnya. Sama saja seperti pemimpin-pemimpin UMNO yang masih hidup dlm dunia khayalan sendiri. Semuanya cakap tak serupa bikin, cakap kosong, ini ke inisiatif kembalikan keyakinan rakyat?

Tanpa Nama berkata...

cukup umno memerintah selama 50thn bagi le org lain pulak, dari situ baru kita buat perbandingan belum cuba belum tahu, bekas2 perdana menteri yg dulu pun meningal tidak menjadi ahli umno, umno tidak boleh lagi diubati biar tersungkur dahulu baru la diorang dapat belajar erti kekalahan dan membina semula image yg tercemar

Tanpa Nama berkata...

Saya amat bersetuju dengan penulis dari UMNO DU. Saya akan sokong BN supaya lebih ramai lagi mat rempit yang boleh menunjukkan kebolehan dalaman mereka di kutub utara.

Hantarlah lebih banyak lagi Datuk Datuk naik teksi ke angkasa sementara orang kampung hidup sengsara dan sekolah pedalaman yang tiada air and elektrik.

Jom beramai ramai kita datang Selasa ini.

Undi...jangan tak undi

Inspiron

Tanpa Nama berkata...

"Penyelesaiannya bukanlah dengan undi protes pihak pembangkang. Risikonya terlampau tinggi untuk bermain-main dengan masa depan negara."

Hoi UMNO DU! Takkan penyelesaiannya ialah terus memberi undi kepada parti chauvinist yang meyebabkan keadaan negara menjadi teruk sebegini. Memang betul tinggi risikonya main-main dengan masa depan negara, inilah sebab orang undi pembangkang! Jika biarkan BN dan UMNO terus berkuasa maka mampuslah Malaysia!

Tanpa Nama berkata...

belajar dari kesilapan. mengapa perlu sengketa hanya kerana mimpi pemimpin yang kita sukai. biarlah pematang pauh yang memilih kerana itu yang mereka mahu. tetapi ingat tak semua keputusan yang kita buat boleh dibetulkan kembali. belajar deri kesilapan.

Tanpa Nama berkata...

"Penyelesaiannya bukanlah dengan undi protes pihak pembangkang. Risikonya terlampau tinggi untuk bermain-main dengan masa depan negara."

UMNO mesti ingat, rakyat terutama Melayu telah hilang hampir kesemua harapan dibawah UMNO/BN. "You have got nothing else to loose if you have lost it all".
Risiko untuk masih berada adalah sama besarnya dengan mengambil risiko dengan pemerintahan baru. UMNO dikalangan anak-anak muda malaysia adalah sinonim dengan RASUAH. Pemimpin dan pengikut UMNO sendiri tidak mahu menerima hakikat bahawa RASUAH telah bermaharajalela didalam onak permikiran dan perlakuan anggotanya ibarat darah daging, walaupun hakikat tersebut sentiasa terngiang-ngiang dikepala masing2. Wang ringgit, penyalahgunaan kuasa, rasuah moral adalah ugama baru buat UMNO.
Kalau betul-betul insaf dan mengaharapkan kembali sokongan Melayu: Paklah have to go, so does KJ. Kedua-dua personaliti ini adalah penyebab utama kehancuran UMNO dan sokongan Melayu. Pilih pucuk pimpinan yang baru dengan cara yang terbuka dan telus. Saya tidak pernah membenci UMNO, tetapi saya cukup benci dengan gelagat rakus KJ yang sedikit pun tidak menunjukkan keperibadian Melayu yang lohor. Saya tidak pernah membenci UMNO akan tetapi saya cukup membenci sikap Presiden UMNO yang ternyata lembik, sambil lewa dan lalai. Sikap yang menyebabkan kejatuhan keagongan bangsa Melayu dan kesucian agama Islam seperti sekarang ini. Saya tidak pernah membenci UMNO, tetapi saya cukup membenci pemimpin2 UMNO seperti ini. Jika akar-umbi mengharapkan kembali sokongan Melayu yang padu, kembali kepada UMNO yang dahulu memperjuangkan bangsa dan agama, bukan UMNO yang memperjuangkan kekayaan keluarga dan kroni sambil meranapkan Islam - dan kami akan kembali menyokong UMNO.

Tanpa Nama berkata...

"..toleransi dan kesefahaman, semangat Barisan yang menjaga kepentingan semua kaum..." BUKAN lah apa yang ditonjolkan oleh UMNO dan BN sejak kebelakangan ini. Malah yang sebaliknya. Tidak ada langsung kepercayaan saya sebagai orang Melayu yang pemimpin2 UMNO sekarang (AAB, Najib dll) mampu atau mahu membawa "toleransi dan kesefahaman" dan "semangat Barisan yang menjaga kepentingan semua kaum". UMNO mesti menampilkan pemimpin atasan yang berwibawa, bermoral dan berfikiran kreatif, matang dan mempunyai rasa hormat kepada rakyat sebelum dapat menerima hormat dari rakyat. Kebanyakan pemimpin sekarang sombong dan angkuh dng pangkat dan harta mereka.

Akhirnya, kepada penulis, buka lah minda. Ada masa bacalah tulisan2 alternatif untuk mencambahkan pemikiran. Bukan seperti kebanyakan yang ibarat lembu cucuk hidung, seperti yang di tunjukkan oleh pelajar2 sekolah menengah ITM.

Faizal berkata...

Jadi, adakah PR dan Anwar Ibrahim itu tidak rasuah, tidak kroni dan tidak meranapkan Islam??

therock berkata...

Rasanya ada yang sempit pemikiran dalam membaca kerana rakus dengan fahaman politik masing-masing.

Kalau diikutkan fahaman saya,terus terang isi kandung catatan adalah seperti berikut:

1. Anwar dan lain-lain tidak sempurna, dan banyak kelemahan
2. UMNO tidak mampu bertindak kerana ia sendiri penuh kelemahan (tahniah penulis kerana mengakui hakikat ini)
3. Jadi dua-dua ada kelemahan
4. UMNO yang angkuh dan lemah, yang tidak mengikut semangat Barisan, harus diberi pengajaran
5. Tapi pengajaran itu boleh datang bukan sahaja melalui menyokong Anwar
6. Ianya boleh datang dengan rakyat mengambil inisiatif mengubah Barisan supaya kembali ke semangat asal

Sekadar pemerhatian neutral.

UMNO D.U teruskan menulis. Di sini orang-orang dangkal pun ramai yang cemburu dengan kebolehan anda melihat sesuatu dengan minda terbuka.

p/s: UMNO D.U terang-terang mengakui kelemahan UMNO, jadi apa yang dikecohkan hangpa kat sini?

mykmu berkata...

Siapa lah tanpa-tanpa nama ni...kalau berani sangat tinggalkanlah nama.

Memang dasar Melayu bacul, baling batu sembunyi tangan. Semua kalau UMNO salah...c'mon la.

iNi UMNO setuju UMNO lemah...mana lagi hang nak dapat?

Oi,korang tuh bodoh tul.Baca sebelah mata ka?

rempit kepala hotak ko.

perjuanganku berkata...

Aku memang tak sokong anuar al juburi pun.... menang BN la..

Tanpa Nama berkata...

"6. Ianya boleh datang dengan rakyat mengambil inisiatif mengubah Barisan supaya kembali ke semangat asal"

Nampaknya ada org yg silap faham. Rakyat bukannya hamba UMNO. Tiada kewajipan rakyat utk menolong dan menyokong ahli-ahli politik korup yg hanya berminat kebas harta rakyat dan negara. Sebaliknya cara paling baik untuk sedarkan UMNO ialah menghentamnya seteruk-teruk mungkin dalam pilihanraya. Kalau UMNO terus mendapat undi rakyat tiada habisnya khayalan-khayalan pemimpin UMNO.

Sekadar mengakui kelemahan tiada gunanya, jika kelemahan itu tidak
diperbetulkan. Sekadar cakap dan tulis saja tidak mendatangkan apa-apa. Apakah hanya dengan mengaku kelemahan diri UMNO ingat rakyat akan menyokong dan membiarkannya terus membuat rakyat dan negara merana. Megaku kelemahan itu langkah pertama, tetapi langkah pertama ini tiada maknanya langsung jika tidak diikuti dengan langkah kedua.

abe MIE berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Apa pun terjadi sekalipun di Muzakarah PAS di Ipoh dari hari ini hingga Sabtu, amaran Ustaz Hadi untuk undur dari Pakatan Rakyat jika tuntutan Negara Islam diketepikan tidak boleh dipandang enting.

PAS pun ada hati dan perasaan apabila DAP tidak ada langsung sebarang penghormatan kepada perjuangan PAS.Adakah "orang-orang" PAS di Permatang Pauh akan mengundi UMNO?

Itu tidak boleh diteka lagi. Mereka punya pilihan untuk terus undi PR atau buang undi kepada AKIM. AKIM pun adalah bekas rakan-rakan mereka.

Satu perkara yang saya pasti, yakin dan faham benar adalah PAS tidak bodoh untuk tidak mengetahui Anwar yang sebenar?Pemimpin mereka tahu Anwar memang ada cita-cita akan kembali ke UMNO jika pintu itu terbuka.

"The path of least resistance to the Premiership still lies at PWTC." Orang pertama yang mendedahkan salahlaku seks Anwar bukan Dr Mahathir tetapi Mat Sabu yang menggelarnya Al Juburi.

Syahir the Owl berkata...

Blog yang menarik dan padat dengan isu terkini! Tahniah anda! Lawati blog saya di

www.gunungraya.blogspot.com

Che Yon berkata...

Sdr UMNODU,

Apa sebabnya Anwar dipecat dari UMNO?

Liwat? atau salahgunakuasa semasa dalam UMNO?

dunia-politik berkata...

Benarkah sokongan terhadap BN semakin meningkat ?

http://dunia-politik.blogspot.com

me berkata...

blog ni bukan blog yg mcm lembu kene cucuk hidung. think first before u say anything!! how stupid u are for not reading it and understanding it well.

tak nampak ke terang-terangan penulis mengatakan UMNO juga ada kelemahan. tapi jgnlah mengundi anwar sbb geram dgn UMNO. ade banyak cara lagi yg boleh dilakukan.

saya bukannya fanatik sgt dgn BN or dengan blog penulis ini. tapi saya rasa segala komen2 yang ditulis oleh tanpa nama itu semua tidak berasas dan cakap ikut nafsu dan perasaan sahaja. mentang2 penyokong anwar, terus melenting bile baca blog2 yg mcmni. be rational lah sikit.

n btw, ape tibe2 ckp pasal pelajar sekolah menengah itm??? are u stupid or what? sekolah menengah?? tried to be cynical but sounded soo stupid. yang nak babitkan itm tu pulak kenapa? TAK PENAH BUKAK KE FEDERAL CONSTITUTION???mmg sah2 taklah kan. they are all trying to protect uitm which is only for bumis. bukannya nak jadi mcm lembu kene cucuk hidung. balik2 istilah lembu kene cucuk hidung. so lame.

Tanpa Nama berkata...

3 patah p'kataan je aku nak cakap..UMNO BOLEH BLAH....!!!!!

me berkata...

tanpa nama,
ohh..cmon... UMNO BOLEH BLAH??? thats all u can say??? u r truly a PKR'S FANATIC FAN. kalau berani luahkanlah pendapat bernas sikit.