Rabu, 6 Ogos 2008

PENENTANGAN SECARA TERBUKA TERHADAP PAK LAH

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Pergerakan UMNO, dengan mengumumkan pelan “peralihan kuasa” telah berjaya membisukan pemimpin-pemimpin seperti Muhyiddin Yassin dan pembesar-pembesar UMNO yang lain.

Walaubagaimanapun, di peringkat akar umbi, keputusan yang dibuat itu seakan-akan menidakkan peranan penting ahli akar umbi untuk membuat pilihan tentang arah tuju dan masa depan UMNO.

Yang jelas, sudah banyak cawangan UMNO mengeluarkan usul menentang pelan peralihan kuasa sama ada dengan mencadangkan Presiden digantikan, atau pelan dipercepatkan. Relevan kepada UMNO D.U adalah usul dari Cawangan Kelana Jaya Baru yang jatuh di Bahagian Petaling Jaya Utara yang mencalonkan Muhyiddin sebagai Presiden.


Pak Lah terus diasak oleh surat bertarikh 11 Julai 2008 (dan kini disebar luas) oleh Kapt (B) Dato’ Zahar, Ketua UMNO Petaling Jaya Selatan, yang menggesa tindakan diambil di atas tindak tanduk Pak Lah dan Najib yang menggunakan badan kerajaan untuk berkempen jawatan Presiden serta Naib Presiden.


Isu yang dibangkitkan bukanlah isu baru kerana sesi “pertemuan” antara Pak Lah dan pemimpin-pemimpin cawangan dan bahagian telah dilaporkan sebelum ini, lantas melahirkan rasa tidak puas hati di kalangan ahli akar umbi UMNO. Cuma belum ada yang berani secara terbuka membuat aduan tentang penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin UMNO yang melanggar Tataetika 2008 yang diluluskan Majlis Tertinggi sendiri.

Susulan daripada surat terbuka ini, Dato’ Mazlan Harun semalam membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah mengadu Pak Lah dan Najib menyalahgunakan kuasa. Penggunaan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Penerangan, dalam mengaturkan pertemuan dengan ketua-ketua cawangan dan bahagian dianggar melibatkan kos sehingga RM80 Juta.


Penulis berpendapat bahawa sebarang siasatan dan aduan kepada badan UMNO mahupun kerajaan tidak akan membuahkan sebarang hasil. Tetapi ianya satu lagi petanda bahawa populariti Pak Lah dan Najib kian merosot.

Penulis meramalkan bahawa perpecahan di dalam UMNO ini akan menyebabkan jentera pilihan raya UMNO di Permatang Pauh akan bertindak separuh tenaga sahaja. Mana tidaknya, di Permatang Pauh pun UMNO ada berpuak-puak. Tugas Najib semakin sukar.

Melainkan taktik-taktik kotor digunakan, penulis yakin DS Anwar akan menang dengan mudah kerusi Permatang Pauh. Kekalahan ini akan menjadi kekalahan pertama Barisan Nasional di dalam pilihan raya kecil dalam masa 4 tahun. Jika UMNO kalah, maka ahli-ahli UMNO akan lebih berpecah belah.


Nasib baik mesyuarat cawangan akan tamat sebelum keputusan Permatang Pauh diumumkan. Kalau dilakukan selepas pilihanraya Permatang Pauh, nescaya lebih banyak cawangan yang akan mencadangkan Pak Lah diganti secepat mungkin.

Jelas di mata penulis bahawa Pak Lah dan Najib sudah hilang populariti di kalangan masyarakat umum. Masalah bagi kebanyakan ahli akar umbi UMNO dan juga rakyat Malaysia adalah ketandusan pemimpin berkaliber yang mampu mengembalikan semangat Barisan Nasional dalam mencapai kemajuan buat tanah air tercinta ini.

Seperti dikatakan Tun Dr. Mahathir, Pak Lah kini PM bukan semata-mata kerana mantan PM memilihnya. Pak Lah sudah naik ke peringkat tertinggi UMNO kerana pilihan dan undian ahli-ahli UMNO sendiri.

Jadi masalah ketandusan pemimpin berkaliber harus dilihat dari peringkat akar umbi, dalam pemilihan pemimpin masing-masing. Pemimpin-pemimpin teratas UMNO di pilih oleh pemimpin-pemimpin Bahagian, yang terdiri dan dipilih daripada pemimpin-pemimpin peringkat Cawangan.

Mereka ini dipilih oleh anda, ahli akar umbi, maka tanggungjawab bermula di peringkat cawangan. Jika yang diinginkan adalah pemimpin yang cekap, amanah, bijak dan berjiwa mulia, maka dari peringkat cawangan pemimpin-pemimpin sebegitu harus dipilih.

Tetapi sekarang laporan demi laporan diterima mengatakan mesyuarat cawangan dibayangi politik wang. Malah, beberapa cawangan melaporkan pergaduhan. Ada yang begitu "bersemangat untuk berjuang demi bangsa, agama dan negara" sehingga sanggup memukul dengan kayu golf!


Buat masa sekarang, hanya Muhyiddin Yassin, Tengku Razaleigh dan Rais Yatim yang dicalonkan di peringkat cawangan. Siapa lagi yang boleh menyertai golongan ini? Persoalan inilah yang menjadi punca utama masalah yang melanda UMNO sekarang ini.

...


Bendera terbalik adalah petanda antarabangsa bahawa negara dalam "extreme distress". Kempen ini diterangkan dengan mudah oleh Rocky Bru, dan lebih lanjut di Kickdefella,

Walaupun ada yang akan mempertikaikan tindakan sebegini, pada penulis ini adalah satu cara mudah untuk rakyat Malaysia menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap masalah-masalah yang membelenggu masa depan tanah air tercinta ini. Ini bukan tanda tidak hormat, tetapi sebaliknya.

Adakah keadaan sekarang ini yang diinginkan pejuang-pejuang kemerdekaan? Adakah mereka akan rasa terhina bendera diterbalikkan, atau adakah mereka akan lebih terhina melihat arah tuju tanah air yang mereka telah bersusah payah berusaha untuk kemerdekaan?

...

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sejarah...pejuang agama, bangsa dan negara sanggup berkorban nyawa mengibarkan Jalur Gemilang tatkala di tekan penjajah...

Malangnya ..... hari ini mereka menangisi bangsa mereka yang tidak lagi mempertahankan maruah negara......

Kibarkanlah JG dengan cara yang sewajarnya. Bukan ini cara untuk menurunkan mereka kita tidak suka.

Mohamad Fazil

Tanpa Nama berkata...

salam saudara...
ini lah pepecahan melayu paling teruk dalam sejarah umno. sepatutnya setelah lebih 50tahun merdeka, kematangan parti dan pimpinannya patut disegani oleh rakyat. tetapi semakin lama semakin hancur. sedih sungguh melayu dalam umno sekarang ni. semakin banyak fitnah,rasuah,pergaduhan yg berlaku. namun presiden dah cakap dia tidak peduli even popularitinya menurun. adakah perlunya bloodbath baru paklah nak sedar?

sekarang kes anuar pula, belum pun kes altantuya habis, terlalu banyak konspirasi dalam kerajaan. dtambah pula kelemahan yg teramat sgt diperingkat atasan. akar umbi ini macam sampah je dibuatnya. hamid albar ckp pilihanraya kecil merugikan tapi mercedes trengganu, jambatan mrr2, pampasan gerbang perdana, dan yg terbaru paklah punya majlis gthering yg membazir puluhan juta?

dihadapan kami mereka2 ini bersemangat melaungkan Islam had hari la, penyatuan kaum la, berjimat la, penghapusan subsidi la, tetapi dibelakang rakyat, mereka2 ini yg rakus meratah setiap sen duit yg rakyat bayar. apakah ini kerajaan pembela nasib agama, bangsa dan negara? ini lebih teruk dari YAHUDI. berapa ramai org miskin sekarang, berapa tinggi inflasi, berapa banyak kejatuhan saham, berapa ramai pelabur yg lari, mana melayu di wpi, apa ini?
ini melayu ke apa? UMNO ini untuk melayu ke apa? bila sebut pasal pembangkang, semuanya buruk tetapi pekung kat dada sendri pun masih tak nampak2.

saya sangat menyokong Datuk Mazlan Harun. beliau adalah akar umbi yg berani. saya harap ada 100000000 org macam DMH dalam umno. berani perjuangkan kebenaran. bukan perjuangkan tekak sendri. saya nak lihat kredibiliti BPR disamping nak lihat the sleeping oldman tuh letak jawatan. kalau x mampu nak tadbir lagi, istihar sahaja darurat. mari lihat siapa yg berani mati demi bangsa, agama dan negara, bukan mati melanyak duit rakyat.....

abe MIE 'TERJAH' berkata...

http://pkrpasdap.blogsspot.com

Kapten Azhar, saya kenal sangat. Saya bukan ahli UMNO tapi rancangan dia melantik kerani UMNO jadi ADUN Taman Medan dengan mengalahkan Uztaz Wahab dan Norkhaila Jamaluddin yang merupakan tulang belakang dan suara rakyat taman medan, PJS, Selangor.

DIa banyak duit dan kaki bodek Khir Toyo.

Dia melantik Monalisa, tapi tewas kepada hasniza-PKR dengan majoriti 4,000 undi. dan saya pengundi di sana.

Bila monalisa letak jawatan, dia akan mewariskan ADUN Taman MEdan kepada Anak lelaki dan perempuannya. Inilah perangai firaun Kapten Azhar.

DIA JUGA PANCUNG SEMUA CAWANGAN UMNO YANG SOKONG NORKHAILA DAN UZTAZ WAHAB dan melantik cawangan UMNPO atas angin.

AKIBATNYA, UMNO DAN PENDUDUK TAMAN MEDAN PROTES TAK UNDI CALON BN.

Tanpa Nama berkata...

mari kita lihat sistem perundangan yang bakal hancur. org yg mendakwa tidak hadir...tetapi yg didakwa pula diserang dengan pelbagai tohmahan dan fitnah. ini lah yg terjadi kalau pemerintah menjadi lemah dan terlalu banyak org bodoh dalam parti. susahnya bn sekarang...apa yg dicakap sumenya terjadi dalam politik parti mereka sendri. ALLAH MAHA BESAR...

abe MIE 'TERJAH' berkata...

salah tu...

mari kita betul kan yang tak betul sejak zaman TDM lagi...bukan bakar atau buangnya.

nanti orang jadikan hindu sebagai agama rasmi malaysia bagaimana?

Tanpa Nama berkata...

bendera UMNO apa gelarannya?

yang terbalik bukan bendera Malaysia...baru periksa.

Tanpa Nama berkata...

perjuangan masa lampau merupakan suatu perkara yg tidak dapat dilupakan oleh setiap orang yg duduk di bumi malaysia dimana setiap orang yg berjuang adalah untuk masa depan bangsa dan agama dari terus dijajah dari oleh kuasa luar dan dalam ingat lah bahawa setiap negeri pada zaman british

walaupun tidak mempunyai kuasa dan tentera mereka boleh berjuang siapa tokoh tersebut tidak perlu diberitahu ianya tercatat dalam sejarah malaysia tapi semangat mereka sangat kuat hingga sanggup berkorban nyawa demi agama bangsa dan negara

apakah kita semua lupa bahawa bagaimana nabi muhammad memerintah dan mentadbir tanah arab adakah ia tidak berlaku adil pada semua manusia lihatlah cara nabi ia memrintah berdasarkan alquran dan sunnah lihatlah berapa ramai yg tunduk kepada kekuasaan allah

lihat lah pejuang pada zaman nabi muhammad adakah mereka lebih mementing harta benda, pangkat dan kekuasaan ataupun agama , syahid dan keredhoan allah

ingat lah semua perbuatan akan diadili di akhirat kelak adakah kita akan termasuk dalam golongan yg rugi ataupun yg terselamat dari neraca timbangan allah (mahkamah keadilan yg tiada satu pun yg tidak akan terlepas daripada NYa)

apa yg penting sekarang ialah kembali kepada agama islam yg sebenar bukan ajaran islam yg mempunyai kepentingan lain dari membesarkan allah dan mengikut segala suruhan dan laranganNYA