Isnin, 30 Jun 2008

Berita Terkini (7.00 PM)

Anwar Ibrahim sudah meninggalkan kedutaan Turki ke satu destinasi yang belum diketahui setelah disyorkan keselamatan oleh Rais Yatim, Najib dan Syed Hamid Albar.
Malaysiakini

Turki diminta menjelaskan kenapa Anwar dibenarkan bersembunyi di kedutaan mereka sedangkan DSAI dituduh atas satu kesalahan jenayah.
Hubungan Malaysia-Turki Bakal Renggang

Sumber dalaman telah lama memaklumkan Anwar tentang latar belakang Saiful Bukhari tetapi amaran ini tidak diendah. Malah, Anwar sendiri menyuruh sumber tersebut berhenti mengkritik Saiful di blog-nya. Peranan Saiful dan kenapa beliau menjadi begitu rapat dengan DSAI masih menjadi misteri.
Malaysiakini

Anwar dikatakan bakal mengumumkan beliau akan bertanding di dalam pilihan-raya kecil yang akan melihat salah satu dari kerusi PKR dikosongkan sebelum tuduhan liwat ini timbul.
Jeff Ooi

Anwar memfailkan saman malu terhadap Saiful Bukhari. Dalam saman itu, Saiful dikatakan telah memfailkan laporan palsu yang telah menjatuhkan martabat DSAI.
The Star

Pasukan forensik telah membuat siasatan yang mengambil masa lebih 5 jam di Kondominium Desa Damansara, KL. Turut disiasat adalah rakaman video CCTV.
Malaysiakini

DS Najib mengeluarkan kenyataan bahawa beliau langsung tidak tahu menahu tentang tuduhan ini dan konspirasi yang disebut oleh DSAI.
Malaysia Insider

Saiful Bukhari membuat laporan setelah tidak tahan lagi dengan permintaan DSAI semenjak beliau mengumumkan pertunangannya.
BigDog


Pandangan:

Nampaknya orang ramai rata-rata tidak percaya akan tuduhan ini. Tetapi mengikut beberapa sumber, bukti yang terkumpul kali ini akan menjatuhkan Anwar selama-lamanya.

Entahlah.

Pakatan Teething Weakness


Khoo Kay Peng | Jun 27, 08 12:27pm

Kedah Menteri Besar Azizan Abdul Razak’s insistent on going ahead with logging at the state’s catchment areas has exposed a teething weakness of Pakatan Rakyat.

MCPX

Concerned environmental groups have said that the move could see the cutting down of one million trees. A possible lack of enforcement may threaten these areas and cause an irreparable damage to the environment and ecosystem. At present, Perlis and Penang source more than 80 percent of their water supply from Kedah.

azizan abdul razakEarlier, Azizan has justified his move over the failure of the federal government to compensate the state a total of RM100 million to disallow logging in the areas. The MB has made an about turn when he announced his intention to go ahead regardless being paid or not.

Despite a strong opposition from Penang Chief Minister Lim Guan Eng, his fellow PR colleague, who called the move ‘a disaster’, there is very little he can do to prevent Azizan from going ahead with the plan.

It is obvious that the newly minted coalition does not have a federal structure to address and mitigate disputes arising from differences such as this one which affects the interest of its neighbours. Disputes and disagreements if left unmitigated may threaten unity in Pakatan Rakyat.

Reflect mutual respect

A formalised working committee at the national level akin to Barisan Nasional’s supreme council would have helped to mediate the problems. It is natural for Pakatan leaders to avoid forming such a council since there are a lot of misgivings and weaknesses in the BN supreme council.

The formation of a council is not wrong but the process of decision making in the council must reflect parity and mutual respect among its members.

Calls for Pakatan to form a shadow federal cabinet were distracted and diverted away by speculations of Pakatan seizing power through defections. These speculations came mainly from PKR de facto leader Anwar Ibrahim, also touted as the ‘prime minister in-waiting’. Unfortunately, the defiant shown by the Sabah Progressive Party against PM Abdullah Ahmad Badawi will strengthen the speculations and continue to distract Pakatan from putting its own house in order.

anwar ibrahim pc 120508 03Anwar should realize by now that having an ambition alone is not enough. The truth is his hardly three-month old coalition is still fragile and uncertain. There is a lack of mutual understanding and a framework for cooperation within his coalition. Piecemeal approach to problem solving and decision making will expose yet another weakness of his coalition – the lack of a consensus on the way forward.

Inevitably, both Guan Eng and Azizan may have to go back to Anwar to mediate their dispute. Both leaders are driven by conflicting needs to stake a stronger claim of their respective leadership. Guan Eng has to ensure that water supply from Kedah to Penang is not disrupted or threatened and Azizan wanted more funds to develop his state. Both have to be convinced that there is a middle path out of their deadlock. Can Anwar pull it off?

For the longevity of Pakatan Rakyat, it is best that the coalition starts to operate and cooperate beyond one personality. No doubt Anwar is the ‘glue’ who put parties of extreme differences together but a coalition which does not see itself functioning beyond the leadership of Anwar has no future.

BN, for its own political expediency, will not jump in to soothe the situation and offer Kedah its RM100 million. Kedah Umno Youth has already started to criticize the move. Earlier, Azizan had announced that Kedah will be charging for its water supply. Perhaps, this is a better move for the state. Obviously, both Penang and Perlis cannot expect to get their water supply for free. Both states will have to work out a fair compensation to Kedah for the water supplied to them.

Similarly in other states controlled by Pakatan, the BN federal government needs the cooperation of the state governments to help implement its national socio-economic development plans. For the cooperation, the state governments could demand or negotiate for a fair compensation or monetary allocation from the federal government.

Food production

Its recent move to cut oil subsidies will trigger higher inflation throughout the country. Minister of Domestic Trade and Consumer Affairs Shahrir Samad had tabled a motion of support for the cuts and argued that the country’s deficit could balloon to five percent if subsidies are continued at the previous level. As expected, the parliamentary support he got came entirely from BN members. He should not rejoice at the outcome. If he is serious is getting support, the cooperation from Pakatan members is crucial.

ulu muda kedah 260608Food prices have increased by seven percent on average and any further increase may cause social disorder. If social protests erupted, most of the anger will be channelled towards BN and it will be blamed for its failure to govern. Already, protesters have planned to organise a mammoth demonstration on July 5 to protest against the oil subsidy cuts.

States such as Perak, Kelantan and Kedah can offer to become the basin for food production in the country. By helping to reduce our import bill on food, it will lower inflation and ensure that ample food stocks are made available to the people. For the efforts, these state governments should be compensated.

Hence, echoing the call of Perak monarch Sultan Azlan Shah, both BN and Pakatan should not continue to outdo each other but to work together to put this country on a better ground so that socio-economic progress can continue.

Azizan’s stubbornness may be a good indicator and a warning bell for Pakatan. Can the coalition stem its desire and lust of power and focus on putting its house in order or risk its own undoing?


From Malaysiakini

Siapa Tipu Siapa?

Kekeliruan. Hari ini penuh dengan tuduhan dan gosip tentang seorang lelaki bernama Saiful Bukhari. Bekas pelajar UNITEN (yang mengikut sumber tersendiri lebih berminat dengan politik kampus daripada belajar), sukarelawan PKR, pegawai khas DSAI dan "rapat dengan orang-orang di dalam UMNO".

Apatah lagi blog-blog kini menayangkan gambar saudara Saiful, malah ada yang tergamak melibatkan tunangnya. Di sini penulis hanya akan menunjukkan gambar yang dikatakan membuktikan, bukan setakat membangkitkan syak, tetapi membuktikan tuduhan terhadap DSAI adalah palsu dan rekaan semata-mata. Haih, siapalah kita untuk menjadi hakim?

"Confirm la salah" - Guilty by association?

Di sebelah kanannya adalah pegawai khas Datuk Seri Najib Razak, Khairil Annas Jusoh. Pada pendapat penulis ini, cukuplah sekadar gambar mereka berdua. Mereka yang meletakkan gambar-gambar lain, terutamanya ahli keluarga atau kenalan yang tiada kena mengena dengan sandiwara ini, hanya ingin menarik perhatian dan tidak beretika.

Itu pendapat saja, maklumlah, kami ini sekadar ahli akar umbi, rakyat biasa. Sesetengah bloggers kan sudah seakan dewa - above and beyond ethics, above and beyond norms of social conduct. Apa pula latar belakang bloggers ini? Jika mereka berani menceritakan dan mengata tentang keperibadian orang lain, mungkin juga mereka harus terima apabila didedahkan kisah peribadi masing-masing.

Berbalik kepada isu di tangan, beberapa pendapat:

1. Penulis tertarik melihat reaksi hipokrit sesetengah orang. Apabila laporan polis dibuat oleh mereka yang menentang UMNO, terus dikatakan kebenaran. Malah Statutory Declaration bersifat "hearsay" oleh seorang yang samar-samar nawaitunya pun diterima bulat-bulat. Konsisten atau tidak?

2. Rakyat Malaysia kini sudah mencapai satu tahap di mana mereka di suruh mencapai kata putus dengan maklumat yang disogok beberapa golongan yang mungkin juga mempunyai objektif mereka tersendiri.

3. Orang dalam dan pemberi maklumat adalah perkara biasa di dalam politik. DSAI sendiri mendapat pelbagai maklumat daripada "orang dalam" kerajaan.

4. Bagaimanakah seorang yang baru sahaja menjadi sukarelawan PKR baru-baru ini, dinaikkan status menjadi pegawai khas DSAI, sehingga dikatakan menggantikan tempat Nik Nazmi yang berkhidmat begitu cemerlang selama ini? Adakah ini kerana kebolehan beliau (yang mungkin jelas dengan kecemerlangan di UNITEN)?

5. Jika benar saudara Saiful ini diketahui umum seorang yang rapat dengan orang-orang UMNO, kenapa PKR tidak dapat mengesan dan menghalang kemasukannya, terutama sekali memandangkan rangkaian pemberi maklumat DSAI yang cukup ramai di dalam UMNO?

6. Jika benar ini adalah satu perangkap UMNO, adakah ini bermakna perangkap itu menjadi? Perangkap hanyalah menjadi apabila pemangsa termakan umpan. Jadi tidak kiralah ianya perangkap atau tidak, yang penting umpan dimakan, dan pemangsa tertangkap.

7. Seperti mana dibangkitkan sebelum ini, adakah rakyat akan percaya lagi dengan satu lagi tuduhan liwat jika benar ianya palsu? Dan kenapa liwat? Dalam seribu satu kesalahan di dalam kanun jenayah, kenapa Anwar hendak dikaitkan sekali lagi dengan liwat? Tahukah anda bahawa jenayah bersifat seksual amat sukar untuk dibuktikan?

8. Tetapi penulis juga tidak terkejut jika sekali lagi ahli-ahli "bijak pandai" yang menjadi "penasihat" UMNO memberi idea yang bodoh. Mustahil? Ahli akar umbi UMNO pun sudah pening kadang-kadang melihat gerak langkah UMNO.

9. Sekarang DSAI bersembunyi di Kedutaan Turki kerana risau tentang cubaan ke atas hidupnya. Turki adalah salah sebuah negara yang mempunyai sejarah hubungan rapat dengan Amerika Syarikat. Malah, AS adalah negara yang aktif melobi untuk kemasukan Turki di dalam Kesatuan Eropah.

10. Dengan membangkitkan kemungkinan nyawa beliau diancam, DSAI sekaligus merayu untuk perlindungan dan simpati dari rakyat, meletakkan kerajaan sebagai "penjahat", membangkitkan sokongan rakyat yang semakin lesu (melihat kepada respon lemah terhadap semua perhimpunan yang dianjurkan sejak PRU 12), DAN mengaburi mata rakyat tentang kelemahan dan konflik dalam Pakatan Rakyat.

Dengan penuh rasa rendah diri, penulisan ini hanya bertujuan membangkitkan beberapa teori dan kemungkinan, sama juga seperti bloggers lain yang membangkitkan kemungkinan, malah terus mencapai kata putus berlandaskan kepercayaan dan sifat "bias" masing-masing.

Sekali lagi, sandiwara dimainkan untuk tontonan rakyat sementara masalah sebenar Malaysia berterusan. Apa yang ahli politik ini kisah, selain kepentingan masing-masing?

Rocky Bru
Big Dog
...

Ahad, 29 Jun 2008

Kalau Sekali "Mungkin" Konspirasi

Aide alleges sodomy: Report lodged
Jun 28, 08 11:03pm

A police report has been lodged against PKR

MCPX
de facto leader Anwar Ibrahim for allegedly sodomosing one of his aides - the second time that such an accusation had been made in over 10 years.

The report was lodged by the 23-year-old victim at the Jalan Travers police station at 6pm.

pkr anwar ibrahim pc 080608 anwarKL police chief Muhammad Sabtu Osman confirmed that the report had been made.

The man has been sent to Hospital Kuala Lumpur for a medical examination.

"Yes, we have received a police report from an aide of Anwar Ibrahim that he was sodomised. But no, we will not arrest Anwar at the moment," added deputy federal police chief Ismail Omar.

"We will investigate this report first. We will look into it and carry out the necessary steps before issuing any warrant of arrest," he was quoted by AFP.

It is learnt that Anwar met with a number of party leaders at an emergency meeting late tonight.

At 11.15pm, PKR sent out an SMS message stating that the police had detained Anwar's special aide Saiful Bahari this afternoon and forced him to lodge a police report about being sodomised by his boss.

It added that the police are expected to arrest Anwar soon.

Meanwhile, Anwar is expected to comment on this latest crisis at a pre-arranged press conference tomorrow.

The press conference is scheduled to be held after a meeting between Anwar and all PKR members of parliament and state assemblypersons.

'A very serious situation'

Party sources said that Anwar was chairing a party supreme council meeting at a hotel in Shah Alam when he received an SMS at about 9pm on Saturday night about the police report lodged against him.

He apparently then told the party leaders that his aide Saiful had been missing for two days.

"He then received another SMS at about 9.30pm and his faced changed dramatically after reading that SMS," a party insider told Malaysiakini.

"He did not reveal the details of the SMS but merely said that the situation was very serious," added the insider.

Anwar is said to have left the supreme council meeting to meet his lawyers until about 11pm.

The council however continued their meeting without Anwar.

Party leaders are saying that they have to be prepared for any eventuality.

DAP's veteran leader Lim Kit Siang wrote in his blog that he had spoken to Anwar over the phone and that the PKR leader was expecting the worst.

Watch out for government attacks

Anwar himself issued a press statement at about 1.40am, saying that the report lodged against him was a complete fabrication.

"I believe we are witnessing a repeat of the methods used against me in 1998 when false allegations were made under duress," he said.

"This is clearly a desperate attempt by the Barisan Nasional regime to arrest the movement of the Malaysian people towards freedom, democracy and justice."

He said that the police report against him was organised by interested parties to attack him in retaliation for evidence he had recently obtained implicating Inspector General of Police Musa Hassan and Attorney General Abdul Gani Patail in misconduct including fabrication of evidence in the cases launched against him in 1998-1999.

"This vile attack will not prevent me from releasing this dossier to the public," Anwar added.

Anwar urged Malaysians to stand against the repressive forces that "will be unleashed by the government in the coming days and weeks".

"We expect the media, the judiciary and the police force to all come under the direct and unchecked control of the executive," he said.




PENDAPAT

1. Ini baru tuduhan, bukan kebenaran. Sesiapa boleh buat laporan polis, tapi lebih tinggi risiko membuat laporan polis palsu daripada membuat SD palsu.

2. Kalau benarlah UMNO "mereka cipta" kisah lama, maka bodohlah jika menggunakan strategi sama sekali lagi.

3. Semakin jauh kuasa yang dikejar, semakin terdesak seseorang itu akan bertindak.

4. Jika benar ini tuduhan palsu, dalam keadaan politik sekarang di mana kepercayaan terhadap kepimpinan begitu rendah, siapakah yang akan untung - UMNO atau Anwar Ibrahim?

5. Ataupun, dan mungkin ini pada pendapat ramai "sesuatu yang diluar jangkaan", memang benar tuduhan tersebut?

Yang jelas, rakyat akan diperkotak katik lagi. Yang tidak jelas, oleh siapa.

Sabtu, 28 Jun 2008

Apa Kata Cawangan? (Terbaru:Ong Ka Ting Paham)

Apabila ditanya oleh wartawan sama ada beliau akan bertanding jika cukup pencalonan untuk jawatan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib, dengan Pak Lah di sisinya, menjawab “Saya akan buat ketetapan apabila sampai masanya, ada masa lagi."

Kenyataan ini dibuat selepas mesyuarat majis tertinggi UMNO dan Barisan Nasional pada hari Khamis lalu. Kenyataan terbaru ini sudah tentu menarik minat akar umbi UMNO.

Ahli akar umbi sedar bahawa tanpa kerelaan Najib bertanding, peluang untuk Pak Lah ditewaskan adalah tipis. Fakta ini diakui ramai walaupun desas-desus akar umbi menyatakan bahawa untuk mesyuarat-mesyuarat cawangan yang akan datang, bilangan yang akan menyokong gabungan Tan Sri Muhyiddin dan Tengku Razaleigh semakin bertambah.

Mungkin kerana semakin kuat suara-suara merungut kepimpinan Pak Lah membuatkan Najib masih terbuka untuk bertanding. Bayangkan jika gabungan Ku Li dan Muhyiddin mendapat sokongan akar umbi...dan menewaskan Pak Lah dan Najib.

Sekaligus Najib akan hilang jawatan Timbalan Presiden, dan menjadi orang ke-3 dalam UMNO di belakang Muhyiddin. Peluang untuk menjadi Presiden semakin tipis. Berapa tahun lagi untuk menunggu?

Bagi Muhyiddin pula, sebenarnya tidak kiralah siapa beliau bergabungan, kerana jawatan yang akan direbut tetap sama – Timbalan Presiden. Cuma kalau dengan Ku Li, peluang beliau tipis untuk menjatuhkan gabungan Pak Lah – Najib. Tapi kalau bergabung dengan Najib pula, mungkin bertahun-tahun lagi menunggu sebelum dapat memegang jawatan Presiden UMNO.

Semua itu pilihan individu-individu. Tetapi bagaimana pula dengan pilihan akar umbi? Adakah wajar suara 3 juta ahli UMNO diketepikan?

Keputusan sekarang di tangan ahli-ahli akar umbi di mesyuarat cawangan. Apakah usul yang bakal dibangkitkan dalam mesyuarat cawangan Damansara Utama? Wallahualam, tetapi penulis mengharapkan minda yang terbuka.

Pendapat Joceline Tan - Penganalisa politik, The Star
Muhyiddin belum buat keputusan (pendek kata : pilihlah saya)

Ong Ka Ting Paham

Ong Ka Ting membuat keputusan TIDAK akan bertanding untuk jawatan Presiden MCA. Setelah pelbagai kontroversi, dan suara-suara akar umbi yang mula mempertikaikan kepimpinannya, Ong Ka Ting dengan penuh hormat akan menarik diri.

Renung-renungkanlah.

Laporan The Star


Kod Etika Penghalang Demokrasi

Adakah ahli-ahli akar umbi UMNO sedar tentang kod etika pemilihan UMNO yang baru diluluskan Majlis Tertinggi baru-baru ini? Adakah ini diterima ahli akar umbi?

Logik – mereka yang ingin merebut jawatan harus bertemu dengan bakal pengundi untuk memperkenalkan diri. Malah, pilihan raya umum juga membenarkan tempoh berkempen sebelum pilihan raya.

Jika politik wang yang ditakuti, maka harus diadakan pemantauan, penerimaan laporan atau aduan secara terbuka, perlindungan kepada mereka yang membuat aduan, dan siasatan secara terbuka.

Itulah mekanisme mana-mana sistem demokrasi. Renung-renungkanlah.

Pendapat Mukhriz Mahathir
Pendapat Kamarulzaman Kamdias - ahli Exco Pemuda UMNO

Jumaat, 27 Jun 2008

Adakah ini beretika?

“…Dr. Mahathir, kerana apa yang pernah beliau lakukan dan apa yang beliau sedang lakukan, adalah jelmaan syaitan (devil incarnate)…”

Dari ayat di atas, kita akan menyangka bahawa individu yang mengucapkan kata-kata ini adalah seorang ahli politik (pembangkang atau juga UMNO) yang sedang berucap di sebuah ceramah politik. Atau paling tidak, cakap-cakap kosong di kedai kopi.

Percayakah pembaca bahawa ayat di atas diutarakan oleh seorang hakim mahkamah tinggi? Percayakah pembaca bahawa ayat ini disebut bukan di kedai kopi, majlis makan malam atau ceramah tetapi di mahkamah terbuka, SEBELUM perbicaraan?

Hakim Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak, Ian Chin, sekali lagi menggunakan kes petisyen pilihanraya antara Wong Hua She dan Ding Kuong Hing sebagai forum untuk beliau menyuarakan pendapat peribadi.

Pendedahan pertama (bahawa Mahathir memberi arahan kepada hakim dan hakim-hakim terpaksa pergi ke “kem paksaan”) beberapa minggu lalu terus melonjakkan nama Ian Chin.

Gerakan anti-Mahathir cepat melatah (termasuklah Majlis Peguam), malah menteri Datuk Zaid Ibrahim sendiri seakan-akan bersetuju dengan tuduhan Ian Chin, TANPA MENYIASAT. Sedangkan kisah Ian Chin dipertikaikan beberapa hakim lain yang masih berkhidmat.

Kini, Ian Chin sekali lagi menjadikan mahkamah ruang untuk beliau berpolitik. Datuk Zaid Ibrahim, Majlis Peguam Negara, malah sesiapa yang begitu berminat tentang keadilan dan sistem kehakiman, seharusnya RISAU seorang hakim Mahkamah Tinggi boleh menyuarakan pendapat sebegini di Mahkamah Terbuka.

Terutama sekali apabila ia sudah tidak relevan dengan kes yang sedang dibicarakan. Apakah kena mengena kisah hakim-hakim disuruh membawa telur dalam kem dengan kes petisyen pilihan raya? Adakah kem yang dimaksudkan ini kem Bina Tata Negara?

Setakat BTN, bukan hakim sahaja yang kena pergi, ramai lagi individu lain yang menghadirinya.

Jika hakim-hakim mula menggunakan mahkamah untuk menyuarakan pendapat atau membuat pendedahan sensasi, dan jika ini dianggap sebagai kebenaran mutlak, tanpa siasatan atau tindakan lanjut, maka kita melonjakkan lagi status hakim dan menidakkan hukum asas sistem perundangan – “innocent until proven guilty”.

Kata-kata ini juga disebut oleh Ian Chin yang pernah begitu aktif berpolitik. Hakikat itu sahaja harus menjadi satu batu penghalang penerimaan bulat-bulat kebenaran kenyataan Ian Chin.

Yang mengecewakan penulis ini (sebagai seorang lulusan undang-undang) adalah cara dan saluran kenyataan dibuat. Jika benar telus dan ikhlas mencari kebenaran, maka siasatan harus dilakukan. Bukan setakat komen-komen bersahaja di mahkamah terbuka. Bukan setakat “Oh, sebab dia hakim, saya tidak meragui kebenaran kata-katanya”.

Pautan berita:
MalaysiaInsider
"Set up tribunal" - Tun Dr. Mahathir

PKR Paksa Anak Selangor Jadi Ahli?



Former menteri besar Mohd Khir Toyo alleged that his successor Khalid Ibrahim's Selangor government was trying to expand its sphere of control by forcibly recruiting youths into PKR.
MCPX

selangor adun ceremony 220408 khir toyoKhir was giving his comments to Malaysiakini when asked on his personal appraisal of the present state administrators in conjunction with their 100 days in power.

Students were apparently asked to fill in PKR membership application forms as a pre-condition to receive their study allowance, according to Khir who is now the state opposition leader.

"Prior to the elections, they promised fresh university applicants RM1,000 study allowances but I found out that the students must first fill up PKR membership application forms before they are to receive the money."

Khir was also unimpressed with his successor for they have "not introduced new policies or no new programmes".

Elaborating on his views, Khir claimed that the current state government leaders from the three major opposition parties were in constant infight for greater control and have left state administration in disarray.

"Take for example the local councillors list. It took them three months to sort out the matter and when it comes out, it's less than satisfactory," lambasted Khir.

Khir: NGO reps a hoax

Khir said that the promise of a NGO quota in the list of 288 local councillors was "nothing but a hoax and sweeteners" as these purported former civil servants, resident association leaders, civil group members and professionals turned out to be Pakatan Rakyat party members.

The state government initially promised - in place of local council elections - a 30 percent NGO quota in the 12 local councils in Selangor. However as revealed last week by Khalid, the NGO count was only 25 percent.

The names of the councillors were however not disclosed at the time of the announcement but Khalid promised that their names would be disclosed by each respective local councils.

Khir had previously said that these NGO representatives will not adequately represent the interest of the respective township or city residents.

"The local councillors chosen by the Pakatan state government have skipped police, Anti-Corruption Agency (ACA) and bankruptcy checks/ratings and this is wrong," he said.

According to Khir, the checks will ensure councillors have no criminal background and are free of financial complications like bankruptcy.

The former MB also said he will keep the Pakatan state government on its toes and keep a watchful eye on its activities to ensure that they fulfil their election promises to the people.

"I'll keep reminding them to fulfil their election pledges. I can bet you on that," said Khir.

When asked to rate the performance of the Pakatan-led state government Khir had this to say.

"3 out of 10. That's it."

Malaysiakini was unsuccessful in contacting officials from the Selangor government in order to get a response to the comments and information given by Khir.

Selasa, 24 Jun 2008

Retak oh Retak

Tatkala Anwar Ibrahim sibuk bermain politik kotor dengan seribu-satu komen yang “mencabar” perpaduan Barisan Nasional, beberapa insiden telah muncul untuk menunjukkan sebenarnya Pakatan Rakyat yang lebih goyang dan goyah.

Khalid Ibrahim, Pegawai Khas dan Kronisme

Drama penggantungan Mohd Yahya Mat Sahri dari kerajaan negeri Selangor rupa-rupanya bersambung dengan perletakan jawatan beliau. Tambahnya, beliau kecewa dengan tindakan Menteri Besar Selangor dan sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Khalid Ibrahim.

Si Yahya ini orang lama dalam PKR, sejak dari zaman Reformasi lagi. Khabarnya, beliau sebenarnya menjadi mangsa mainan politik Khalid Ibrahim yang sudah menunjukkan “corak kepimpinan korporat” dengan memilih kroni-kroni untuk mendapat kontrak.

Kadang-kadang apa yang dikatakan kronisme itu hanyalah sesuatu yang praktikal. Dahulu sewaktu di luar pentadbiran, memang senang nak kritik tentang kronisme. Tetapi apabila menjadi pentadbir, agak susah untuk melarikan diri.

Ini kerana sedikit sebanyak elemen kronisme ini akan wujud demi menjamin perjalanan pentadbiran yang lancar. Masalah hanya timbul apabila kroni yang dipilih itu tidak mampu menjalankan tugas dengan baik. Itulah sebenarnya yang dimarahi rakyat (walaupun mungkin mereka juga tidak sedar/mengaku tentang perkara ini).

Penulis ini tidak kisah kalau kontraktor itu mak, ayah, adik, abang, kawan, kenalan, saudara Menteri Besar, asalkan kerja disiapkan pada waktu paling pantas dan harga paling berpatutan. Masalahnya adalah perkara ini jarang sekali berlaku (termasuklah kroni UMNO atau Barisan).

Gajah Depan Mata

Si Yahya ini sekarang meminta Anwar Ibrahim mengambil alih kerajaan Selangor. Kelakar pula. Tidakkah beliau sedar si Anwar ni bercita-cita jauh lebih besar. Bukan setakat kerajaan Selangor, bagi beliau ketuai LIMA negeri pun tidak mahu.

Lihat sajalah tindak-tanduk beliau yang lebih sibuk mencari semut di seberang sungai (atau Laut Cina Selatan) daripada menjaga LIMA negeri-negeri di bawah kawalan Pakatan Rakyat. Kerajaan negeri masing-masing mengamalkan polisi berbeza-beza berdasarkan fahaman ideologi masing-masing.

Hari ini keluar berita Majlis Perbandaran Kota Baru di bawah kerajaan PAS mengeluarkan arahan menghalang pekerja wanita di situ memakai gincu dan kasut tumit tinggi. Di Selangor pula, pemuda PAS ingin kerajaan negeri “berbincang” dengan badan kerajaan dan korporat tentang jenis-jenis hiburan yang akan “dibenarkan”.

Apakah pendapat DAP tentang isu ini? Bagaimana pula dengan PKR? Bukankah mereka satu Pakatan? Atau adakah Pakatan ini hanya untuk mengaburi mata pengundi dan bukan demi kepentingan rakyat?

PAS tidak salah kerana bersikap sebegini kerana sememangnya termaktub di dalam perjuangan mereka untuk menegakkan syiar Islam. DAP pula tidak salah kalau menentang kerana perjuangan mereka pula bersifat sosialis sekular. Tetapi adalah salah apabila mereka berpura-pura di depan pengundi seakan-akan mereka mempunyai ideologi dan perjuangan yang sama.

Dalam hal-hal sebeginilah kita boleh lihat nawaitu sebenar seorang pemimpin. Sementara rakyat menanti janji-janji kerajaan negeri Selangor ditunaikan, pemimpin besar PKR, si Anwar Ibrahim, sibuk ke Filipina bertemu dengan “rakan-rakan lama” termasuklah bekas presiden, Joseph Estrada, yang dulu campur tangan dalam hal Malaysia akhirnya sendiri didapati bersalah kerana rasuah dan penyalah gunaan kuasa.

Setakat pangkat CM (Chief Minister), Anwar Ibrahim memang takkan layan. Kalau PM, baru beliau tersenyum lebar. Yang ternganga-nganga adalah penyokong reformasi seperti si Yahya Sahri.

Si Raja Petra dan “Statutory Declaration”

Sesiapa yang tidak tahu tentang isu ini, klik sini.

Sekali lagi Raja Petra “bikin” kontroversi dengan pengakuan berkanunnya. Kenapa pengakuan berkanun? Entahlah, tetapi cakap-cakap di kedai kopi kata ini satu lagi taktik cari publisiti Raja Petra.

Mungkin ada yang keliru dan rasakan apa yang dinyatakan dalam pengakuan berkanun adalah kebenaran mutlak.

Jauh sama sekali. Pengakuan Raja Petra hanyalah tentang “kepercayaan” beliau dalam “kisah” yang disampaikan seorang individu lain yang namanya tidak didedahkan tentang insiden Altantuya.

Pendek kata, sama seperti anda percaya si A curi kereta anda kerana si B beritahu anda. Anda yakin dengan kata-kata si B, dan kerana itu anda membuat pengakuan. Tetapi anda sendiri tidak melihat, mendengar, berada di tempat kejadian, sewaktu kereta anda dicuri.

Gunakan logik sebelum bertindak melulu-lulu menyokong kata-kata Raja Petra. Maklumlah, si Raja Petra ini jugalah yang dulu ingin “mogok lapar” dalam penjara (mungkin mogok dari arak), dan selepas hanya dua hari terus diikat jamin kerana takut “nyawa terancam”, yang juga mengaku 2 anggota polis yang tertuduh dalam kes Altantuya mengecam beliau sewaktu di penjara.

Akal diberikan untuk berfikir, bukan menyokong membabi-buta.

Rocky Bru:Who is telling the truth?
Kickdefella:So UMNO Ma!

Isnin, 23 Jun 2008

Pegawai Khas Digantung Kerja (dari Malaysiakini)

Jun 23, 08 12:16pm

Selangor Menteri Besar's special officer Yahya Shaari

MCPX
(left) has been suspended from official duties from today over his alleged abuse of power in awarding cleaning contracts.

yahya sahriIt is learnt that an official letter to inform Yahya of his suspension, pending an ACA investigation, was sent today.

"Yesterday MB (Khalid Ibrahim) had SMS-ed Yahya to inform him of the state's decision," an aide to Khalid added.

When contacted, Yahya confirmed that he has been suspended. He will be calling for a press conference this evening.

Allegations were made last month that Yahya had abused his position as Khalid's special officer in awarding cleaning and rubbish disposal contracts to four companies.

The ACA is investigating the matter.

Yahya's suspension comes just about two weeks after Khalid brushed of allegations that any of his top state officials were involved in graft.

He had said that the ACA had looked into facts of the allegations and their initial finding was that no top officials were involved in wrongdoing.

The Chorus Line - Che Det

This is the personal opinion of Tun Mahathir, and this author also shares the same view.

This is neither the decision of UMNO D.U, its members or its leaders. They may have their own personal stand on this.

This author suggest that despite any differences, we should all remain respectful of each other's view.

Sabtu, 21 Jun 2008

Serangan Balas Bermula

Tidak lama selepas mengumumkan bahawa SAPP akan membentangkan usul tidak percaya, Presiden SAPP yakni Datuk Yong Teck Lee (YTL), telah menerima berita bahawa beliau bakal disiasat Badan Pencegah Rasuah.

Ini berikutan pendedahan seorang saksi di dalam sebuah kes mahkamah pada hari Khamis bahawa YTL mengarahkan pembayaran RM 5 juta kepada agen-agen hasil daripada penjualan sebuah syarikat milik negeri Sabah.

Sejarah YTL

YTL bukanlah seorang yang bebas dari kontroversi. Malah beliau pernah disabitkan bersalah kerana melanggar peraturan berkempen semasa pilihan raya. Keputusan ini menyebabkan beliau tidak boleh bertanding selama 5 tahun. PRU 12 adalah peluang beliau untuk kembali bertanding.

Reaksi Pak Lah

Selepas dituduh sebagai seorang pemimpin yang lemah, Pak Lah kini menunjukkan keinginan untuk berlawan pada tahap peribadi. Beliau mendedahkan “tawar-menawar” yang berlaku di antara beliau dan YTL untuk memastikan Presiden parti itu kekal dalam Barisan, terutama sekali setelah kecewa tidak dapat bertanding pada PRU 12.

Mainan Politik

Adalah ironik apabila YTL menyatakan bahawa “tawaran” Pak Lah itu seakan-akan sogokan untuk mendiamkan diri. Tawaran tidak akan datang jika tiada permintaan, atau desakan. Permintaan itu mungkin boleh datang dari segi “isu-isu Sabah” atau lebih munasabah satu permintaan untuk jawatan.

Kenyataan ini kelihatan lebih lemah apabila diambil kira perbincangan yang berlangsung secara sembunyi di antara YTL dan Anwar Ibrahim. Bukan setakat sembunyi di dalam hotel, tetapi terus di luar negara! Itu juga melibatkan proses tawar-menawar.

Jadi bolehkah disimpulkan bahawa tawar-menawar hanyalah bersifar “sogokan” untuk mendiamkan diri jika tawaran itu tidak cukup menarik untuk memenuhi kehendak?

Tawar-menawar adalah sebahagian daripada politik. Pakatan Rakyat pun sedang sibuk tawar-menawar MP Barisan untuk menyertai mereka bukan?

Kenapa, tidak percaya ke?

Gerakan-gerakan sembunyi oleh Anwar Ibrahim dalam menarik minat ahli-ahli Barisan seakan-akan gerakan solo. Kadangkala dilihat bahawa DAP dan PAS berdiam diri atau menjauhkan diri dari sebarang spekulasi sebegini.

Begitu juga dalam kes SAPP ini. Tidak pula kedengaran pembesar-pembesar PAS atau DAP menggesa SAPP berpaling tadah dan menyertai perjuangan mereka. Berbeza dengan Anwar Ibrahim, yang terbaru sekali dengan yakin menyatakan sudah 2 MP BN yang masuk Pakatan, dan mengajak yang lain untuk turut serta. (Sumber: Malaysiakini - pendaftaran berbayar)

Objektif bukanlah untuk melahirkan satu Pakatan yang bersatu dan berkhidmat, tetapi hanya untuk Pakatan mengambil ahli kuasa.

Kontra di antara reaksi kepimpinan Pakatan Rakyat ini membezakan antara mereka yang telah lama wujud dan berlandaskan ideologi (PAS dan DAP) dan yang baru dan berlandaskan konsep populis dan peribadi (PKR).

Dari sudut UMNO

Sekali lagi kepimpinan terjerat. Pendedahan “tawar-menawar” akan melemahkan kredibiliti YTL. Ini bakal membuatkan president SAPP itu terdesak dan tidak mustahil SAPP akan dengan sendirinya keluar dari Barisan.

Rakyat pula sudah pasti menganggap siasatan BPR sehari selepas pengumuman dibuat sebagai satu reaksi tindak balas. Maka, sebarang keputusan yang dicapai BPR akan dilihat sebagai sesuatu yang bermotif politik dan bukan kebenaran.

Pada masa yang sama, pendedahan ini jelas menunjukkan kepada rakyat bahawa benar desas-desus menyatakan berlaku tawar-menawar dalam skala besar-besaran bagi mengekalkan parti dari Sabah. Ini akan merosakkan lagi imej Barisan yang dilihat sebagai lebih sibuk berpolitik daripada memikirkan hak dan kepentingan rakyat.

Malangnya, hampir kesemua perkara yang dilakukan (tawar menawar dan sibuk berpolitik) dan kesan daripadanya tidak dapat dielakkan. Ini adalah kerana dalam posisi yang lemah, UMNO tidak mampu bertindak, sebaliknya hanya bertindak balas. Bagaimana hendak menyerang, jika tembok di rumah sendiri pun masih berlubang?

Kenapa UMNO di posisi yang lemah akan dibincangkan kemudian hari.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Khamis, 19 Jun 2008

Tamparan Hebat buat UMNO dan Barisan

Buat pertama kalinya dalam sejarah tanah air, seorang Perdana Menteri bakal dicabar dengan usul hilang keyakinan di dalam Parlimen. Ini adalah kenyataan yang dikeluarkan bukan dari Pakatan Rakyat, tetapi parti komponen Barisan Nasional sendiri – SAPP dari Sabah.

Sebenarnya keadaan di Sabah sangatlah rumit semenjak PRU-12. Kemenangan mereka (yang juga menjamin kemenangan Barisan) seakan-akan diketepikan kepimpinan dalam pemilihan kabinet.

Maka satu persatu isu-isu (yang bukannya isu baru) dibangkitkan parti-parti Sabah demi “mempertahankan Sabah”. Pada pendapat penulis, walaupun isu-isu ini dijadikan mainan politik, ianya masih harus ditangani demi kepentingan rakan-rakan di Sabah.

Ya, memang benar UMNO tidak patut tunduk kepada ugutan sebegini. Tetapi malangnya UMNO sekarang tidak berada dalam posisi untuk mempertahankan diri. Jika satu-persatu parti komponen Barisan memprotes, dan UMNO kekal bersahaja, akan tiba masanya UMNO hanya memegang kerusi mereka sahaja – adakah ini cukup untuk menangkis serangan Pakatan Rakyat?

Yang menjadi persoalan adalah bagaimana keadaan boleh meleret sehingga jadi sebegini? Desas-desus pengumuman oleh SAPP telah diketahui sejak beberapa hari yang lalu. Adakah kepimpinan Barisan leka sehingga terlepas pandang masalah ini?

Di manakah “rundingan minit terakhir” yang acapkali digunakan untuk menyelamatkan keadaan parti?

Dan apakah tindakan seterusnya? Tiada respon segera. Seakan-akan mencabar lagi tindakan seterusnya dari SAPP mahupun parti-parti komponen lain. Jangan sampai ugutan menjadi realiti.

Buat masa sekarang SAPP masih lagi kekal di dalam Barisan. Kepimpinan sekarang terjerat.Jika mereka halau SAPP keluar Barisan, maka Pakatan dapat lagi beberapa kerusi. Jika tiada tindakan, ianya akan melemahkan lagi posisi kepimpinan.

Sedarlah bahawa SAPP ini parti yang tidak besar tetapi mempunyai wakil di dalam Parlimen. Tindakan mereka ini adalah seakan-akan “eksperimen” untuk melihat sama ada benarkah parti-parti komponen lain ingin “melompat” ke Pakatan Rakyat.

SAPP masih lagi dalam Barisan. Bukan Barisan yang mereka marahkan, tetapi kepimpinan. Tidak musytahil, malah kemungkinan besar, majoriti MP Barisan dari Sabah menanti peluang untuk bertindak. Maka tindakan seterusnya haruslah bijak dalam percaturan politik ini.

Ahli-ahli akar umbi UMNO harus sedar tentang realiti politik sekarang. Jangan leka sehingga tiba satu hari tiada lagi UMNO untuk disokong.

rocky's bru: Personal greed, says Badawi

...

Siapa Sebenarnya Bersifat Perkauman?

Dr Mahathir Mohamad: Samy's Folly

Rabu, 18 Jun 2008

Tamparan Hebat buat UMNO dan Barisan

Buat pertama kalinya dalam sejarah tanah air, seorang Perdana Menteri bakal dicabar dengan usul hilang keyakinan di dalam Parlimen. Ini adalah kenyataan yang dikeluarkan bukan dari Pakatan Rakyat, tetapi parti komponen Barisan Nasional sendiri – SAPP dari Sabah.

Sebenarnya keadaan di Sabah sangatlah rumit semenjak PRU-12. Kemenangan mereka (yang juga menjamin kemenangan Barisan) seakan-akan diketepikan kepimpinan dalam pemilihan kabinet.

Maka satu persatu isu-isu (yang bukannya isu baru) dibangkitkan parti-parti Sabah demi “mempertahankan Sabah”. Pada pendapat penulis, walaupun isu-isu ini dijadikan mainan politik, ianya masih harus ditangani demi kepentingan rakan-rakan di Sabah.

Ya, memang benar UMNO tidak patut tunduk kepada ugutan sebegini. Tetapi malangnya UMNO sekarang tidak berada dalam posisi untuk mempertahankan diri. Jika satu-persatu parti komponen Barisan memprotes, dan UMNO kekal bersahaja, akan tiba masanya UMNO hanya memegang kerusi mereka sahaja – adakah ini cukup untuk menangkis serangan Pakatan Rakyat?

Yang menjadi persoalan adalah bagaimana keadaan boleh meleret sehingga jadi sebegini? Desas-desus pengumuman oleh SAPP telah diketahui sejak beberapa hari yang lalu. Adakah kepimpinan Barisan leka sehingga terlepas pandang masalah ini?

Di manakah “rundingan minit terakhir” yang acapkali digunakan untuk menyelamatkan keadaan parti?

Dan apakah tindakan seterusnya? Seperti biasa, kepimpinan UMNO kekal bersahaja. Seakan-akan mencabar lagi tindakan seterusnya dari SAPP mahupun parti-parti komponen lain.
Jangan sampai ugutan menjadi realiti.

Buat masa sekarang SAPP masih lagi kekal di dalam Barisan. Kepimpinan sekarang terjerat.Jika mereka halau SAPP keluar Barisan, maka Pakatan dapat lagi beberapa kerusi. Jika tiada tindakan, ianya akan melemahkan lagi posisi kepimpinan.

Sedarlah bahawa SAPP ini parti yang tidak besar tetapi mempunyai wakil di dalam Parlimen. Tindakan mereka ini adalah seakan-akan “eksperimen” untuk melihat sama ada benarkah parti-parti komponen lain ingin “melompat” ke Pakatan Rakyat.

SAPP masih lagi dalam Barisan. Bukan Barisan yang mereka marahkan, tetapi kepimpinan. Tidak musytahil, malah kemungkinan besar, majoriti MP Barisan dari Sabah menanti peluang untuk bertindak. Maka tindakan seterusnya haruslah bijak dalam percaturan politik ini.

Ahli-ahli akar umbi UMNO harus sedar tentang realiti politik sekarang. Jangan leka sehingga tiba satu hari tiada lagi UMNO untuk disokong.

...

Dr Mahathir Mohamad: Ian Chin’s Great Revelation

Dr Mahathir Mohamad: Ian Chin’s Great Revelation: Satu Lagi Serangan Hendap Dipatahkan

Isnin, 16 Jun 2008

Kisah Sebenar Harga Minyak

Kenaikan harga minyak secara mendadak baru-baru ini telah mengundang reaksi negatif daripada rakyat tempatan. Ahli UMNO juga tidak terkecuali daripada kesan kenaikan ini (kad keahlian kami tidak bererti diskaun di Petronas). Malah, ramai yang marah, dan mengangguk tanda bersetuju apabila pihak Pakatan Rakyat pantas mengambil peluang dan mempertikaikan tindakan ini.

Penulis ingin menyentuh beberapa isu berkaitan kenaikan harga minyak ini:

Kepimpinan harus lebih telus

Taktik yang paling banyak digunakan adalah kaedah “perbandingan”. Satu pihak akan menyatakan harga minyak Malaysia masih lagi murah berbanding Negara-negara asing. Satu pihak lagi membandingkan harga minyak Malaysia, sebuah Negara pengeksport minyak, yang lebih mahal berbanding negara-negara pengeksport lain.

Kepimpinan akan membuat perbandingan harga petrol RM 2.70 seliter di Malaysia berbanding negara-negara lain, contohnya Singapura (RM 5.20). Masalahnya adalah perbandingan dibuat dalam Ringgit sedangkan penduduk Singapura dibayar gaji dalam Sing Dolar! Apabila kiraan dilakukan, rakyat Singapura hanya membayar S$ 2.19.

Ini belum mengambil kira purata pendapatan (GDP Per Capita) mereka yang dianggarkan S$ 75,360.00 (2007). Purata pendapatan Malaysia pula adalah RM 22,345.00. Maknanya rakyat Singapura boleh mengisi lebih kurang 34000 liter setahun manakala rakyat Malaysia hanya mampu mengisi 8300 liter. Benarkah?

Penulis ini bukanlah pakar statistik mahupun matematik dan hanya berlandaskan sumber di Internet. Tetapi kenyataannya tetap sama – perbandingan haruslah relevan dan mencerminkan keadaan sebenar. Janganlah ditukarkan lagi matawang.

Pembangkang pula jangan hipokrit

Taktik yang gemar digunakan oleh pihak pembangkang kenaikan ini pula adalah membandingkan harga minyak di negara-negara pengeluar minyak yang lain.

Contoh terbaik adalah apabila menyatakan harga minyak di negara-negara seperti Saudi Arabia (RM 0.38 seliter), Nigeria (RM 0.32 seliter) dan Venezuela (RM 0.16 seliter). Wow! Hebat bukan? Alangkah indahnya gambaran yang diberikan ini.

Tetapi ini menyembunyikan beberapa fakta yang amat penting. Saudi Arabia yang lebih kurang mempunyai jumlah penduduk Malaysia mengeluarkan 11 JUTA tong minyak dalam sehari (2007). Malaysia? Setakat 750,000 tong minyak sehari, itupun statistik CIA pada tahun 2005.

Nigeria? Adui. Kalau sebut nanti macam mengaibkan negara lain, tetapi realitinya adalah dengan kadar kematian melalui AIDS yang tinggi, risiko jangkitan yang dikategorikan sebagai tinggi, pendapatan purata yang hanya lebih kurang RM 6,000 setahun (statistik CIA) dan lebih dari 70% berada pada paras kemiskinan, adakah kita hanya mengambil kira harga minyak sebagai perbandingan? Buat apa harga minyak yang rendah jika majoriti rakyat tidak mampu membeli kereta?

Begitu juga kisahnya dengan Venezuela. Pengeluaran minyak adalah hampir 3 juta tong minyak sehari manakala permintaan domestik hanyalah lebih kurang 600,000 tong sehari (lebih kurang Malaysia). Jadi negara mereka melimpah-limpah dengan minyak, bukan seperti Malaysia. Belum lagi di ambil kira paras kemiskinan, kemerosotan pendapatan purata dan penganiyaan hak-hak rakyat yang berlaku di negara Amerika Selatan itu.

Pembangkang juga mungkin tidak sedar bahawa negara-negara contoh mereka kebanyakannya tidak mengamalkan sistem demokrasi, ataupun jika demokrasi, adalah demokrasi yang terhad dan ditindas (seperti kisah Hugo Chavez di Venezuela).

Mungkin apa yang diinginkan mereka adalah sebuah negara monarki? Atau sebuah negara sosialis? Kedua-dua konsep ini mungkin kelihatan indah kepada rakyat, tetapi lihat sajalah contoh-contoh seperti di atas. Harga minyak bukanlah penentu segalanya!

Kesimpulan

Hujah-hujah menyokong atau membangkang kenaikan harga minyak harus menggunakan fakta yang jelas dan terang buat perbandingan rakyat. Media cetak dan elektronik juga harus memainkan peranan membela hak rakyat dengan memberikan gambaran sebenar.

Jelas daripada fakta-fakta yang dikemukakan penulis ini bahawa walaupun harga pasaran dunia seragam, harga minyak setiap negara adalah bergantung kepada faktor-faktor yang unik setiap negara tersebut.

Penulis tidak mampu untuk membantah jika pembangkang menaikkan isu pembaziran sebagai salah satu punca wang untuk subsidi berkurangan sehingga menyebabkan belanjawan defisit.

Tetapi penulis juga tidak mampu untuk membantah apabila kepimpinan mempersoalkan ketelusan dan kebolehan pembangkang mengotakan janji untuk bukan sahaja mengekalkan harga minyak lama tetapi mengurangkannya lagi!

Apakah rahsia mereka? Wallahualam. Tetapi pastikan bukan rakyat yang menjadi mangsa lagi.

...

Khamis, 12 Jun 2008

Salam Pengenalan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

3 bulan telah berlalu sejak kekalahan Barisan Nasional di negeri Selangor, sebuah negeri yang tidak pernah jatuh di tangan pihak Pembangkang dalam mana-mana pilihan raya sebelum PRU-12.

Pelbagai analisa telah dilakukan tentang faktor-faktor yang membawa kepada kekalahan Barisan yang terdiri diantaranya parti-parti komponen yang bersama mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu dari jajahan British.

Ada yang menyalahkan sindrom UMNOPuteras, kegagalan membawa kemajuan ekonomi, isu D.E.B, dan pelbagai lagi faktor termasuklah pergolakan dalaman rakan-rakan UMNO sendiri seperti MIC dan MCA.

Isu-isu ini akan dikupas lebih lanjut di masa akan datang. Lebih penting buat masa sekarang adalah penerimaan bahawa rakyat telah membuat pilihan, dan pilihan itu bukan lagi Barisan Nasional, termasuklah UMNO.

Bagaimanakah rakyat boleh menerima gabungan parti-parti yang kini diberi nama Pakatan Rakyat yang begitu berbeza fahaman ideologi masing-masing?

Adakah ahli Kelab Penyokong PAS berbangsa India (yang jelasnya tidak dapat menjadi ahli penuh kerana bukan beragama Islam) turut percaya dan komited dengan konsep Negara Islam yang diperjuangkan (walaupun sering dinafikan demi politik) PAS sendiri?

Adakah mereka yang beragama Islam menyokong landasan DAP yang percaya bahawa pemimpin Malaysia tidak perlu beragama Islam?

Mungkin ya dan mungkin tidak, tetapi pembaca sendiri boleh membuat andaian berdasarkan keberangkalian.

Kami lebih menjurus ke arah pendapat yang menyatakan bahawa sokongan terhadap Pakatan Rakyat bukanlah di atas dasar atau ideologi yang diketengahkan, tetapi merupakan undi protes yang membangkang kepimpinan Barisan Nasional.

Apabila dilihat daripada konteks ini, bolehlah dibuat dua andaian:

  1. UMNO harus mengakui bahawa ada rasa tidak puas hati di kalangan rakyat terhadap polisi pentadbiran, cara polisi dikuat-kuasakan, taktik-taktik yang diambil, dan tindak-tanduk ahli-ahli UMNO sendiri sebagai peneraju Barisan Nasional dalam pemerintahan tanah air ini;
  2. Jika UMNO, dan rakan-rakan seperti MIC, MCA dan Gerakan, bersedia untuk mendengar kritikan dan membuat perubahan sewajarnya, maka rakyat akan kembali menyokong Barisan Nasional.

Oleh itu, ahli-ahli UMNO Cawangan Damansara Utama (yang selepas ini akan menggunakan singkatan UMNO DU), ingin mengambil langkah awal dari konteks melakukan perubahan dengan menubuhkan laman web dan blog cawangan UMNO yang pertama untuk Damansara Utama.

Tujuan dan objektif laman blog ini adalah:
  1. Menjadi suara pendapat ahli-ahli akar umbi UMNO DU terhadap isu-isu di Malaysia secara am-nya, dan kawasan Petaling Jaya Utara secara khususnya;
  2. Menjadi bukti bahawa sepakat terhadap perjuangan tidak seharusnya bererti sepakat dalam pendapat dan ahli akar umbi UMNO juga mampu berfikir secara rasional dan bebas;
  3. Menjadi titik tolak pergerakan pemikiran baru dikalangan ahli-ahli UMNO agar kekal relevan di masa akan datang;
  4. Menjadi forum mendengar kritikan, rintihan, pujian, pendapat dan idea dari seluruh rakyat Malaysia secara terbuka agar kami dapat berkhidmat untuk rakyat dengan lebih sempurna;
  5. Menjadi medium perhubungan untuk menjawab secara rasional tuduhan yang dilemparkan terhadap Barisan Nasional secara am-nya dan UMNO secara khususnya;
  6. Menjadi saluran menyuarakan kritikan dengan tertib dan rasional terhadap sebarang kekurangan dalam pihak Pakatan Rakyat, seperti mana yang dilakukan (kecuali dengan tertib dan rasional) oleh mereka terhadap kerajaan Barisan Nasional dan UMNO.
Dengan cara ini, UMNO DU berharap agar persepsi jurang yang wujud di antara kami dan rakyat di masa lampau dapat ditangkis. Lebih penting lagi, UMNO DU ingin menyuntik semangat baru dari generasi muda dengan menjadi pengimbang terhadap propaganda Pakatan Rakyat yang jelas disalurkan melalui medium Internet ini.

UMNO DU sudah bersedia menyahut cabaran zaman moden ini. Kami mendoakan bahawa ini akan menjadi pemangkin kepada revolusi modernisasi tanpa menggadaikan prinsip dan perjuangan di dalam UMNO.

Wassalam
...