Jumaat, 20 Jun 2008

Pendapat Tun tentang SAPP

Dr Mahathir Mohamad: RAPID KL: Answers to questions & SAPP

2 ulasan:

Kuaitomboblo berkata...

berhubung dengan SAPP..

setelah diumumkan pendirian sapp, selesainya mesyuarat tergempar smlm, kini saya ingin mengetahui kedudukan atau pendirian umnodu sendiri diatas kes ini jika tidak pun, dari segi pandangan penulis sendiri? adakah anda menyokong atau menolak usul SAPP?

saya tahu soalan ini agak.. panas untuk diajukan, tetapi saya sudah tidak dapat lagi percaya berita2 "umno padu dibelakang PM" sedangkan ramai ahli umno sendiri menyatakan kekesalan dan tidak puas hati dengan pucuk pimpinan dan perkembangan semasa. saya, selaku generasi baru, tidak takut untuk menyatakan bahawa rata-rata sahabat saya dari seluruh subang jaya, damansara dan pj semuanya sudah hilang kepercayaan dengan pucuk pimpinan. dan bilangan kami, saya boleh cakap, memang ramai lah. alangkan saya seorang ni yang sebesar butir pasir sudah dapat lebih 300 feedback buruk terhadap kerajaan (dr kawan2), apatah lagi orang lain di negara ini yang lebih tua dan arif tentang perkembangan negara. jadi bayangkanlah betapa hilangnya pendirian kami(terhadap kerajaan) sebagai pengundi2 baru ni... (yg mana kategori kami merangkumi lebih kurang 1.5 juta orang potential voters yg lahir dari thn 1984-87)

jadi diharapkan penulis dapat mengulas sedikit tentang soalan saya mula2 tadi.

*note
usaha umnodu perlu diteruskan lagi. tidak lama lagi pasti ramai yg akan mengetahui tentang blog ini.

Kuaitomboblo berkata...

saya baru sahaja selesai membaca blog ahli parlimen kota belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan dimana saya dapati hujahnya ada point2 yg kuat dan relevan namun masih lagi bersifat pandangan individu.

namun begitu, di awal blognya "Setiap kali orang Melayu merasa tertekan (tindakan SAPP), mereka akan bersatu semula dan menentang 'musuh' mereka" Saya dapati bahawa statement ini bersifat PERKAUMAN semata-mata dan saya berasa tidak selesa dengan kenyataan tersebut. apa kena mengena Melayu 'secara direct' dgn tindakan SAPP? adakah datuk Yong Teck Lee/SAPP musuh MELAYU? saya cume tidak faham, tibe2 melayu. bukankah kite 'Bangsa Malaysia'?

"Kalau YTL seorang yang gentleman, YTL patut tunggu sehingga pilihanraya ke 13 untuk merampas kerajaan dari BN" lagi satu statement yg saya rasa kelakar sebab:

1. sebelum itu dia baru sahaja menyebut "jadi persoalannya kenapa PAS dan DAP tidak mengusulkan undi tidak percaya ini?. Saya pasti kalau ikutkan hati mereka (pas, dap)tapi kalau dibandingkan dengan kekuatan SAPP yang **HANYA ADA 2 AHLI PARLIMEN**, PAS dan DAP sepatutnya telah lama membawa usul tidak percaya ini. "

2. lepas dia PERLEKEHKAN kekuatan parti kecil ni dia ckp, kalau nak sangat, rebutlah kerajaan di PRU 13 nanti. Memang sah sahlah tak dapat. adoi adoi.

statement2 seperti ini yg saya dah bosan dengar, bosan dengar "patut runding dalam parti, sesama BN" "tak perlu heboh".

kalau orang dah kecoh, tentulah bererti cara "runding dalam parti" ni dah lama dibuat dan tak berkesan. memanglah orang akan meletup sooner or later. andaikan awak ditolak-tolak hingga ke hujung jurang, awak nak:
1. berdiam diri dan jatuh? atau
2. lawan balik dan menjerit minta tolong?

komen UmnoDU?