Isnin, 30 Jun 2008

Berita Terkini (7.00 PM)

Anwar Ibrahim sudah meninggalkan kedutaan Turki ke satu destinasi yang belum diketahui setelah disyorkan keselamatan oleh Rais Yatim, Najib dan Syed Hamid Albar.
Malaysiakini

Turki diminta menjelaskan kenapa Anwar dibenarkan bersembunyi di kedutaan mereka sedangkan DSAI dituduh atas satu kesalahan jenayah.
Hubungan Malaysia-Turki Bakal Renggang

Sumber dalaman telah lama memaklumkan Anwar tentang latar belakang Saiful Bukhari tetapi amaran ini tidak diendah. Malah, Anwar sendiri menyuruh sumber tersebut berhenti mengkritik Saiful di blog-nya. Peranan Saiful dan kenapa beliau menjadi begitu rapat dengan DSAI masih menjadi misteri.
Malaysiakini

Anwar dikatakan bakal mengumumkan beliau akan bertanding di dalam pilihan-raya kecil yang akan melihat salah satu dari kerusi PKR dikosongkan sebelum tuduhan liwat ini timbul.
Jeff Ooi

Anwar memfailkan saman malu terhadap Saiful Bukhari. Dalam saman itu, Saiful dikatakan telah memfailkan laporan palsu yang telah menjatuhkan martabat DSAI.
The Star

Pasukan forensik telah membuat siasatan yang mengambil masa lebih 5 jam di Kondominium Desa Damansara, KL. Turut disiasat adalah rakaman video CCTV.
Malaysiakini

DS Najib mengeluarkan kenyataan bahawa beliau langsung tidak tahu menahu tentang tuduhan ini dan konspirasi yang disebut oleh DSAI.
Malaysia Insider

Saiful Bukhari membuat laporan setelah tidak tahan lagi dengan permintaan DSAI semenjak beliau mengumumkan pertunangannya.
BigDog


Pandangan:

Nampaknya orang ramai rata-rata tidak percaya akan tuduhan ini. Tetapi mengikut beberapa sumber, bukti yang terkumpul kali ini akan menjatuhkan Anwar selama-lamanya.

Entahlah.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alahai.All the drama for no reason watsover!

A guy made a police report, just like any other police report.

Crazy fanatics

Tanpa Nama berkata...

Tuan UMNO,

Saya rasa UMNO dah tenat dan nazak.. jika terusan menggunakan taktik sebegini maka UMNO akan berkubur terus...

Masih byk cara lain yg boleh digunakan utk membawa orang Melayu ke UMNO. Ini bukan lah cara yang terbaik..

Ini hanya akan menjauhkan orang Melayu dari UMNO.

Wassalam.

Tanpa Nama berkata...

salam semua..

memang terencat otak semua org..dah la politik melayu tgh kucar kacir..tetiba dtg pulak kes liwat anwar..

dkm kes ni aku merayau2 kat dlm internet , bg fresh balik otak aku time drama 97/98..homework dr merata alam maya ni..

ok..aku rasa utk die hard fan anwar mesti diorg kata BN, najib or pak lah yg buat semua ni pasal nak jtuhkan politik anwar yg nak rampas kuasa september ni.

kat sini kita mesti fikir dgn seluas2 nya..perlu diingat anwar politician yg sgt opportunist.. mana tak nya dgn ulamak2 negara lain pun dia rapat apatah lagi dgn pemimpin amerika dan israel..sampai boleh puji2 bagai nak rak dalam paper diorg..bayangkan lah.."ape ke hei nye?"

katalah najib punya konspirasi..najib pooon tau dia bukannya disukai sgt oleh org2 melayu skrg ni dek penakootnya dia dgn pak lah..so apa pasal dia nak sibuk2 nak jadikan diri dia sebagai objek kebencian? lagi lah susah utk dia survive..

dlm kes najib samalah juga dgn BN n pak lah..diorg semua takkan jadik sebodoh tu utk jerut leher masing2 masa ni..

tapi lain lah kalau anwar sendiri yg terbitkan konspirasi ni..

cam ne yg kita tau..bau2 anwar jadik proxy yahudi n amerika mmg jelas lagi nyata skrg..based on homework yg aku buat anwar ni mmg berkuasa tapi dek kerana pendedahan2 ni..ramai org yg dah beralih pandangan dr tok nuar ni..

jadi jalan dia menuju ke SINGGAHSANA putrajaya tak lah begitu senang..

dia kan mmg teramat sgt nak jadik PM..ye lah smpai setuju nak merdekakan sabah n bagi pada filipina..ajak YB2 BN lompat parti...dgn bongkaknya dia kata dia akan jadik PM september ni..

aku tgk ramai yg sokong n ramai yg betul2 rasa jelak dgn anwar ni..jadi utk alihkan pandangan dan nak tarik perhatian utk sokong dia balik dia pooon buat lah cerita baru..

agak2 nya kan di adaptasi dr cerita telenovela spanyol dan sinetron indonesia..mix kan jadik lah cerita novela lawak karton anwar.

kenapa aku kata lawak karton? kita amik crita skrg. dia kan kata ejen perisik kata ada org nak bunuh dia..maka larilah dia berlindung di kedutaan turki..

alah2 nuar..aku nak muntah lah..crita basik wei..kita tgk pulak balik time drama 97/98..dia kata dgn hebatnya dia diracun dgn arsenik dan diracun dgn HIV...wah2 boleh pulak dia hidoooppp sampai skrg siap kempen2 dgn meriahnya masa PRU12..

perlu kita igt gak..masa dia buat rawatan kat singapore..doctor dah sahkan dia tak dek mengalami apa2 keracunan..azizah masa tu bukan main bersyukur..

tapi kita kena igt balik mcmana pihak wan azizah gembar gemburkan cerita keracunan arsenik dan HIV ni..sedap bukan main dia bawak fitnah sana sini

kalau betooooollll..dah mati dah si nuar tu..tak sempat nak kempen pru12..

mmg nyata anwar ni proxy yahudi..so..apa lah sgt dgn duit..dia boleh tadah tgn dgn pertubuhan israel n US tu..NED n the gang..

hari ni aku baca brita dia nak saman macam2 kat budak saiful tu..

ye lah anwar sgt yakin..kenapa dia yakin..sbb kali ni mmg dia tak buat..mmg tak salah..tapi apa yg berlaku dia suruh lah budak saiful tu buat angkara..buat tuduhan...

nanti bila dia menang kes budak saiful tu kena baya saman..tapi mana budak tu dapat duit baya saman? senang jek..anwar lah bagi..sapa pulak bagi?? anwar dpt duit dr israel, us n the gang..

jadi tak susah lah budak saiful ni nak baya saman..kuang2

oh ya..menurut komen yg ada dlm blog ni "tapi pelik kan SM,dalam paper beritau Saiful report dia diliwat pd 26 Jun 2008, sedangkan ketika itu 25 Jun 2008 Anwar masih di Madinah...
Saiful-Saiful-Saiful.....
shazra | 06.30.08 - 3:37 pm "

ha nampak sgt lah..alibi utk anwar sgt bagus..secerah matahari..

bila anwar menang kes..dia pun dgn suka hati tunjukkan pd semua dia org suci bukan aljuburi spti label yg diberi oleh seorang pemimpin pas..

maka senang lah dia nak jadi PM BONEKA malaysia..tak pon..dia balik pada UMNO, jadik PM dgn lebih senang aman makmur..tak dek halangan..ye lah diri dah bersih tak dek org boleh tolak dia masuk ahli dan dia pon bleh kata pemecatan dia tak sah oleh tok det..

maka tu lah lawak otromen oleh anwar..

p/s : kita perlu ingat macmana anwar lepas..ada sumber kata pak lah lepaskan dia sbb kena ugut dgn US sbb hal kamaludin pasal ecm libra..pak lah yg dah terjerut leher tu terpaksalah kata "ya" kalau dilihat sgt logik..sbb masa tu pak lah gi US..n kita pun tau hal2 ecm libra n scomi kan..

perlu jugak tgk apa wan azizah kata..lebih kurang bunyiknya..dia tak percaya dgn kehakiman malaysia..tu sampai menyorok kat kedutaan turki..

cuba fikir..maka nyatalah azizah mengiyakan satu fakta..dia tau laki dia bukan dilepaskan sbb tak bersalah tapi disebabkan oleh ugutan US pd pak lah yg tak berdaya lemah longlai tu..

ha ..betul lah sistem kehakiman tak leh dipercayai kerana wan azizah n nuar sendiri yg main2 kan sistem kehakiman dgn guna US uk lepaskan anwar..

perlu ingat jugak apa kata hakim2..hakim kata anwar lepas sbb maslah teknikal tapi ke tiga2 hakim percaya bahawa anwar adalah seorang peliwat..

sudah2 lah tu..kita sepatutnya tumpu utk betulkan ekonomi malaysia skrg ni bukannya dgn lawak otromen anwar tu..

anwar kan mmg terkenal dgn pidato2 nya ..sapa tak fikir lebih mendalam dia lah tersesat dgn kata2mamat tu..

-Nyemah-

Unknown berkata...

Kepada tun nyemah,
Baik engkau buat konspirasi bahawa engkau diliwat oleh Saiful la....
Cakap tak pakai otak! Seperti bangkai yang bernyawa.
Cuma binatang segolong engkau in yg suka buat fitnah terhadap orang lain.

Tanpa Nama berkata...

Adakah ini maruah orang melayu, tuduh menuduh, liwat, curi, korrupsi, dimana perginya adat istiadat melayu, selepas tahun '90, semua nya di lupa hingga , wang jadi tuhan dan ajaran allah s.a.w., di lupai, adoi se hingga begini pun bolih, I feel ashamed to be a malay, I have supported umno from the time of my grand father but now enough is enough, this has so embarresed me of being a malaysian malay here in frankfurt germany, I represent the malaysian delegation to promote and finalise on a business venture but the only thing being discussed is the stability of Malaysia and the alegations that the dpm is involved in cover-ups of murder of mongolian models. Thailand is starting to look a better bet as it does not have this kind of rubbish, our business associates in germany are involved in solar energy and the group is of turkish-german descent. adoi how to xplain to fellow muslims, mahathir they under stood but now the same bullshite by a govt led by PM BADAWI, habis lah all the 2 years work down the drain. only in Malaysia do we have such rubbish.

mohd. harun

Tanpa Nama berkata...

Kpd people,

mungkin betul tun nyemah buat fitnah, tapi apa pendirian sedara people pulak?

Takkan pandai maki je, tapi sebutir fakta pun tak mampu keluarkan?

Ke malas buat homework?

Dalam agama Islam, kita disuruh solat. Tapi kita tak disuruh solat membuta tuli. Kita diceritakan kenapa, dan kita juga dihidangkan dengan manfaatnya.

Setiap sesuatu mesti berlandaskan fakta.

Atau dalam Islam kita sebut sebagai dalil 'aqli'.

Nas dari Al Quran dan hadis pula kita sebut sebagai dalil naqli.

Mana pula dalil aqli sedara people?

Kesimpulan : orang Malaysia lebih pandai maki daripada berhujah dengan bernas.

Kenapa?

Waktu sekolah dulu lebih suka hisap rokok di tandas atau belakang kaki lima sekolah.

Waktu sekolah lagi suka ponteng sekolah, merayau di bandar, daripada mendengar pelajaran.

Miss kelas sains dan matematik memang punca orang Malaysia banyak yang jahil dan lembab dalam berfikir.

Miss kelas agama dan bahasa Melayu jadi punca orang Malaysia (melayu) lemah dalam berhujah, baik dlm mengemukakan dalil aqli, apalagi dalil naqli.

Berapa kerat melayu cemerlang dalam spm bahasa malaysia?

Berapa kerat melayu cemerlang dalam spm pendidikan Islam?

2-3 kerat kan?

Salah siapa?

Tun Mahathir? Anwar? Badawi?

Jangan pandai kata "aku tak suka dipijak.." tapi tak sedar diri tu cuma pijak angin..kosong.

Jangan pandai kata "aku tak suka duduk bawah telunjuk.." tapi tak sedar diri tu duduk di bawah kelangkang orang.

Kalau apa yang saya kata ni tak betul, then balaslah dengan fakta dan hujah.

Bukan dengan maki hamun.

Bukan dengan mencarut.

JADILAH JANTAN YE.

Tanpa Nama berkata...

mayboy apa you catat di sini benar betul dan saya sokong cara you berfikir, nicely done.
mohd. harun

Tanpa Nama berkata...

salam n selamat sejahtera...
apa konspirasi yg terjadi masih jadi tanda tanya. seharian saya buat hwork pasal kes ni malah dari sumber2 yg terdekat pun masih byk yg misteri. tapi mari kita sama2 kaji kepelikan kisah anuar ini.

1.Sepatutnya kes berprofil tinggi,kenyataan biasa dibuat oleh Ketua Polis Negara, bukan ketua CID.

2. Pegawai2 tinggi BN semua menyalak2 kata anuar macam2, sedangkan belum dibukti kesalahan beliau.

3. Gambar saiful, kenapa anuar ambil org yg rapat dengan barisan 'cartel' ini jadi pembantu beliau.

dan byk lagi yg saudara2 boleh tgk dalam utusan arini. akbar propaganda ini seolah2 menyiarkan yg anuar ini bersalah. Ditambah dengan sorak sorai pemimpin BN yg memang dari dahulu menang sorak saja. kadang2 kelakar pun ada, sebab org yg tak profesional dilantik jadi menteri, menyalak2 bila ada kes melibatkan org lain. sedangkan Islam itu sendri melarang org membuka aib org lain. Ini ke Islam Had Hari? dan dalam institusi perundangan sendri, seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan dimahkamah dan disabitkan dengan kesalahan, baru la dia bersalah. Bukan dibuktikan di lobi parlimen atau di press conference. Jadi sama2 kita tunggu dan bersedia tuan2. tidak mustahil pergaduhan antara melayu bakal tercetus. kemarahan rakyat sudah sampai ke tahapnya. kalau tuan2 bercampur dengan golongan yg sebenarnya akar umbi, tuan2 akan tahu. malah lebih tahu dari hwork yg tuan2 dapat diinternet. pada zaman ini, jgn sekali2 mempercayai akhbar dan media massa yg lain. baca dan fikir, bukan baca dan iyakan. kes anuar, mari kita tunggu,kebenaran akan terbongkar. Bagi yg Islam, anda perlu percaya hari pembalasan tetap ada. biarpun kerajaan paklah ini lebih kejam dari zaman TDM, sekiranya beliau menyeleweng, azab neraka itu pasti untuk beliau dan konco2nya. dan juga kepada mereka yg lain. kerana setiap sen duit rakyat yg dilahap dengan jalan yg tidak benar, maka setiap sen itulah bakal dihitung balik di akhirat kelak. Jgn bergaduh sesama kita dan jgn terpengaruh dengan propaganda kerajaan. HIDUP MELAYU....

Akar umbi UMNO Damansara Utama berkata...

Salam,

Terima kasih atas hujah-hujah yang bijak pandai dari para pembaca.

Cuma diharapkan agar kita bersabar dalam berdialog, dan menguji minda.

Sudah jelas rakyat terbahagi kepada 3 KEM - Pro-Anwar, Anti-Anwar dan yang Keliru.

2. Golongan pertama dan kedua, apa saja hujah yang disampaikan, tidak bermakna. Walaupun ada video sekalipun, akan dikata video rekaan. Maklumlah, teknologi di Malaysia ni kan sehebat Hollywood.

3. Golongan Ketiga lah yang boleh menerima hujah dan fakta.

Terimalah hakikat ini, dan mara ke hadapan. Kalau tidak, selama-lamanya cuba menegakkan benang yang dah basah.

Salam,

UMNO D.U

Tanpa Nama berkata...

Zaman sebelum kedatangan Rasulullah penuh dengan kekeliruan lantaran kejahilan bangsa waktu itu.

Bila Rasul sebut "Islam", majoriti Arab Quraisy menolak.

Adakah kerana mereka sememangnya yakin dengan sembahan berhala mereka selama ini?

Tidak.

Mereka sendiri akui yang sukar untuk menolak apa yang dikata oleh Muhammad s.a.w.

Mereka cuma bimbang kedudukan mereka sebagai kaum paling berprestij tercalar dan tidak hebat lagi.

Kebenaran sudah ditolak dari zaman Rasulullah malahan zaman-zaman nabi sebelumnya.

Kalau agama langit pun manusia berani tentang, apatah lagi kes-kes semacam ini.

Kalau menyokong jangan sampai membawa rebah.

Kalau menyokong jangan memuja, cukuplah sekadar memuji.

Betul bak kata Akar Umbi UMNODU, walau ada video sekalipun akan dikata rekaan. Bukan saja itu, saya berani kata, walau berlaku depan matapun mereka akan bilang, "Lihat!Anwar dianiaya!" walaupun yang di belakang itu Anwar.

Berani kerana benar. Kalau betul pejuang sejati, apa perlu lari bersembunyi?

Takut dibunuh? Pejuang sejati akan dikenang sepanjang zaman kerana memperjuangkan yang hak dan menghapuskan yang batil.

Come on! Berdegar-degar beritahu orang keliling awak pro Islam pro keadilan, tapi menyorok?

Takut yang mana ni? Takut atas tuduhan tu ke atau takut nyawa terancam?

Pejuang Islam sejati takkan maki hamun orang lain, apalagi saudara seagama.

Satu masa dulu saya respect dengan orang yang lebih suka dipanggil saudara ini.

Sekarang?

Saudara bukan idola saya lagi.