“…Dr. Mahathir, kerana apa yang pernah beliau lakukan dan apa yang beliau sedang lakukan, adalah jelmaan syaitan (devil incarnate)…”
Dari ayat di atas, kita akan menyangka bahawa individu yang mengucapkan kata-kata ini adalah seorang ahli politik (pembangkang atau juga UMNO) yang sedang berucap di sebuah ceramah politik. Atau paling tidak, cakap-cakap kosong di kedai kopi.
Percayakah pembaca bahawa ayat di atas diutarakan oleh seorang hakim mahkamah tinggi? Percayakah pembaca bahawa ayat ini disebut bukan di kedai kopi, majlis makan malam atau ceramah tetapi di mahkamah terbuka, SEBELUM perbicaraan?
Hakim Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak, Ian Chin, sekali lagi menggunakan kes petisyen pilihanraya antara Wong Hua She dan Ding Kuong Hing sebagai forum untuk beliau menyuarakan pendapat peribadi.
Pendedahan pertama (bahawa Mahathir memberi arahan kepada hakim dan hakim-hakim terpaksa pergi ke “kem paksaan”) beberapa minggu lalu terus melonjakkan nama Ian Chin.
Gerakan anti-Mahathir cepat melatah (termasuklah Majlis Peguam), malah menteri Datuk Zaid Ibrahim sendiri seakan-akan bersetuju dengan tuduhan Ian Chin, TANPA MENYIASAT. Sedangkan kisah Ian Chin dipertikaikan beberapa hakim lain yang masih berkhidmat.
Kini, Ian Chin sekali lagi menjadikan mahkamah ruang untuk beliau berpolitik. Datuk Zaid Ibrahim, Majlis Peguam Negara, malah sesiapa yang begitu berminat tentang keadilan dan sistem kehakiman, seharusnya RISAU seorang hakim Mahkamah Tinggi boleh menyuarakan pendapat sebegini di Mahkamah Terbuka.
Terutama sekali apabila ia sudah tidak relevan dengan kes yang sedang dibicarakan. Apakah kena mengena kisah hakim-hakim disuruh membawa telur dalam kem dengan kes petisyen pilihan raya? Adakah kem yang dimaksudkan ini kem Bina Tata Negara?
Setakat BTN, bukan hakim sahaja yang kena pergi, ramai lagi individu lain yang menghadirinya.
Jika hakim-hakim mula menggunakan mahkamah untuk menyuarakan pendapat atau membuat pendedahan sensasi, dan jika ini dianggap sebagai kebenaran mutlak, tanpa siasatan atau tindakan lanjut, maka kita melonjakkan lagi status hakim dan menidakkan hukum asas sistem perundangan – “innocent until proven guilty”.
Kata-kata ini juga disebut oleh Ian Chin yang pernah begitu aktif berpolitik. Hakikat itu sahaja harus menjadi satu batu penghalang penerimaan bulat-bulat kebenaran kenyataan Ian Chin.
Yang mengecewakan penulis ini (sebagai seorang lulusan undang-undang) adalah cara dan saluran kenyataan dibuat. Jika benar telus dan ikhlas mencari kebenaran, maka siasatan harus dilakukan. Bukan setakat komen-komen bersahaja di mahkamah terbuka. Bukan setakat “Oh, sebab dia hakim, saya tidak meragui kebenaran kata-katanya”.
Pautan berita:
MalaysiaInsider
"Set up tribunal" - Tun Dr. Mahathir

2 ulasan:
salam saudara...
apa yg saudara lihat juga adalah hasil daripada kelemahan pemimpin didalam UMNO juga. bermula dengan pemberian ex-gratia,dan kini hakim2 sendri telah mula besar kepala. mereka tidak lagi mengikut profesionalisme sebagai seorang hakim, tetapi bertindak mengikut perasaan yg mungkin tersimpan sesuatu kepentingan untuk diri sendiri. siapa Ian Chin? itu saya tak peduli. seharusnya dalam UMNO sendiri,apa yg telah berlaku itu tidak perlu dibangkitkan lagi. terutama org yg sangat berjasa seperti TDM itu sendiri. tetapi sikap Ian Chin dan menteri2 bodoh yg bersekongkol dengannya itu memburukkan lagi keadaan UMNO itu sendiri. Masyarakat tidak kenal siapa Ian Chin, tapi masyarakat nampak BN yg semakin rapuh dan tidak stabil. Cuba saudara tengok berita TV3 malam tadi sewaktu DSAAB membentangkan hujah, ditertawakan. malahan org2 tua dikg sendiri pun mencaci DSAAB dengan pelbagai kata2 kesat.seolah2 maruah beliau sudah tidak ada lagi.adakah ini berlaku dizaman TDM?
kes Ian Chin juga adalah rentetan daripada kelemahan pentadbiran.mereka yg cerdik pandai ini tahu dimana mereka boleh mengambil kesempatan. dan menteri2 bodoh yg terlibat tpaksa menyokong untuk samada melindungi taik sendri atau ada kepentingan peribadi.kalau mahu TDM disiasat, kenapa yg lain2 tidak dibangkitkan hal? seperti seorang menteri yg baru lepas tarikh penggantungan. kenapa tiada tindakan selepas disiasat BPR? adakah ckp setakat nak gantung keahlian sahaja? dan kenapa bila rakyat biasa yg disabitkan kes rasuah waima rm100.00 pun, dipenjarakan? adakah ini adil? dan Ian Chin ini, adakah beliau bersih dari kekotoran politik dan adakah setiap sen wang rakyat yg beliau dapat dibelanjakan untuk rakyat? for me, he is the evil incarnate in this country and only GOD knows what he would get when the hell comes to him...
Salam saudara...
I am of the view that the said judge has committed contempt of court in that his behaviour has scandalised the court and brought the entire judiciary into disrepute.
Catat Ulasan