Selasa, 24 Jun 2008

Retak oh Retak

Tatkala Anwar Ibrahim sibuk bermain politik kotor dengan seribu-satu komen yang “mencabar” perpaduan Barisan Nasional, beberapa insiden telah muncul untuk menunjukkan sebenarnya Pakatan Rakyat yang lebih goyang dan goyah.

Khalid Ibrahim, Pegawai Khas dan Kronisme

Drama penggantungan Mohd Yahya Mat Sahri dari kerajaan negeri Selangor rupa-rupanya bersambung dengan perletakan jawatan beliau. Tambahnya, beliau kecewa dengan tindakan Menteri Besar Selangor dan sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Khalid Ibrahim.

Si Yahya ini orang lama dalam PKR, sejak dari zaman Reformasi lagi. Khabarnya, beliau sebenarnya menjadi mangsa mainan politik Khalid Ibrahim yang sudah menunjukkan “corak kepimpinan korporat” dengan memilih kroni-kroni untuk mendapat kontrak.

Kadang-kadang apa yang dikatakan kronisme itu hanyalah sesuatu yang praktikal. Dahulu sewaktu di luar pentadbiran, memang senang nak kritik tentang kronisme. Tetapi apabila menjadi pentadbir, agak susah untuk melarikan diri.

Ini kerana sedikit sebanyak elemen kronisme ini akan wujud demi menjamin perjalanan pentadbiran yang lancar. Masalah hanya timbul apabila kroni yang dipilih itu tidak mampu menjalankan tugas dengan baik. Itulah sebenarnya yang dimarahi rakyat (walaupun mungkin mereka juga tidak sedar/mengaku tentang perkara ini).

Penulis ini tidak kisah kalau kontraktor itu mak, ayah, adik, abang, kawan, kenalan, saudara Menteri Besar, asalkan kerja disiapkan pada waktu paling pantas dan harga paling berpatutan. Masalahnya adalah perkara ini jarang sekali berlaku (termasuklah kroni UMNO atau Barisan).

Gajah Depan Mata

Si Yahya ini sekarang meminta Anwar Ibrahim mengambil alih kerajaan Selangor. Kelakar pula. Tidakkah beliau sedar si Anwar ni bercita-cita jauh lebih besar. Bukan setakat kerajaan Selangor, bagi beliau ketuai LIMA negeri pun tidak mahu.

Lihat sajalah tindak-tanduk beliau yang lebih sibuk mencari semut di seberang sungai (atau Laut Cina Selatan) daripada menjaga LIMA negeri-negeri di bawah kawalan Pakatan Rakyat. Kerajaan negeri masing-masing mengamalkan polisi berbeza-beza berdasarkan fahaman ideologi masing-masing.

Hari ini keluar berita Majlis Perbandaran Kota Baru di bawah kerajaan PAS mengeluarkan arahan menghalang pekerja wanita di situ memakai gincu dan kasut tumit tinggi. Di Selangor pula, pemuda PAS ingin kerajaan negeri “berbincang” dengan badan kerajaan dan korporat tentang jenis-jenis hiburan yang akan “dibenarkan”.

Apakah pendapat DAP tentang isu ini? Bagaimana pula dengan PKR? Bukankah mereka satu Pakatan? Atau adakah Pakatan ini hanya untuk mengaburi mata pengundi dan bukan demi kepentingan rakyat?

PAS tidak salah kerana bersikap sebegini kerana sememangnya termaktub di dalam perjuangan mereka untuk menegakkan syiar Islam. DAP pula tidak salah kalau menentang kerana perjuangan mereka pula bersifat sosialis sekular. Tetapi adalah salah apabila mereka berpura-pura di depan pengundi seakan-akan mereka mempunyai ideologi dan perjuangan yang sama.

Dalam hal-hal sebeginilah kita boleh lihat nawaitu sebenar seorang pemimpin. Sementara rakyat menanti janji-janji kerajaan negeri Selangor ditunaikan, pemimpin besar PKR, si Anwar Ibrahim, sibuk ke Filipina bertemu dengan “rakan-rakan lama” termasuklah bekas presiden, Joseph Estrada, yang dulu campur tangan dalam hal Malaysia akhirnya sendiri didapati bersalah kerana rasuah dan penyalah gunaan kuasa.

Setakat pangkat CM (Chief Minister), Anwar Ibrahim memang takkan layan. Kalau PM, baru beliau tersenyum lebar. Yang ternganga-nganga adalah penyokong reformasi seperti si Yahya Sahri.

Si Raja Petra dan “Statutory Declaration”

Sesiapa yang tidak tahu tentang isu ini, klik sini.

Sekali lagi Raja Petra “bikin” kontroversi dengan pengakuan berkanunnya. Kenapa pengakuan berkanun? Entahlah, tetapi cakap-cakap di kedai kopi kata ini satu lagi taktik cari publisiti Raja Petra.

Mungkin ada yang keliru dan rasakan apa yang dinyatakan dalam pengakuan berkanun adalah kebenaran mutlak.

Jauh sama sekali. Pengakuan Raja Petra hanyalah tentang “kepercayaan” beliau dalam “kisah” yang disampaikan seorang individu lain yang namanya tidak didedahkan tentang insiden Altantuya.

Pendek kata, sama seperti anda percaya si A curi kereta anda kerana si B beritahu anda. Anda yakin dengan kata-kata si B, dan kerana itu anda membuat pengakuan. Tetapi anda sendiri tidak melihat, mendengar, berada di tempat kejadian, sewaktu kereta anda dicuri.

Gunakan logik sebelum bertindak melulu-lulu menyokong kata-kata Raja Petra. Maklumlah, si Raja Petra ini jugalah yang dulu ingin “mogok lapar” dalam penjara (mungkin mogok dari arak), dan selepas hanya dua hari terus diikat jamin kerana takut “nyawa terancam”, yang juga mengaku 2 anggota polis yang tertuduh dalam kes Altantuya mengecam beliau sewaktu di penjara.

Akal diberikan untuk berfikir, bukan menyokong membabi-buta.

Rocky Bru:Who is telling the truth?
Kickdefella:So UMNO Ma!

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Umnodu,

PKR tak ada duit. Nak cari duit Azizah kena jumpa dan tanya Guan Eng. Guan Eng mana tahu cari duit. Cuma cakap: dulu tak mau tinggal di rumah rasmi menteri. Basi Gerakan pun dia jilat. Nak masukan duit dalam akuan pun kena masuk akauan PKR?

Apa hal PA di Perak? Kena tegur atau diberi peringatan?

PA manis mulut dan perangai mereka ahli-ahli parti komponennya terhadap negara dan rakyat: madu dihisap sepah dibuang.

Anwar tahu dia akan hilang pengaruhnya bila dia gagal nanti dengan apa-apa agendanya sebagai Perdana Menteri.

Anwar akan mahu balik masuk UMNO, umnodu - kita perhatikan gelagat PA dan Anwar. Bab PKR senasiblah dengan S46, dengan Gerakan, PPP, MIC dan banyak parti komponen BN yang kecil...PKR itu jadi melukut.

Bukan sekarang. Cuma kita UMNO yang lemah dengan Abdullah sebagai Presiden dan Najib kemaruk mahu kerusi itu. Bukan sekarang ini, UMNO sakit kena pulih kembali.

Nanti sekejap masa lagi dan akan menang - Tengku Razaleigh dan Muhyiddin. Ini kata saya.

Walaupun dengan separuh tenaga UMNO masih tidak boleh ditewaskan dijatuhkan dimatikan lagi oleh parti-parti lain. Biarkan mereka yang benci dan tentang UMNO dengan kata cacian mereka - itu sahaja yang mampu mereka buat.

Terpulanglah kepada ahli-ahli UMNO nak biarkan lagi perangai buruk Abdullah Ahmad Badawi yang membawa sial pada parti dan negara. Saperti jua Brother Anwar Bin
Ibrahim - bekas ahli UMNO yang korup dan terus korup. Mana dia Imam Madani ini sekarang?

schwarzesonne88 berkata...

Tembak aje dua-dua ekor (Pak Lah & Anwar) tu. Tak boleh pakai langsung. Dua-dua tak pandai mentadbir negara...bagi can kat Muhyiddin terus. Lagi bagus!

Tanpa Nama berkata...

Kepala ko la nak tembak Anwar. tembak bapak ko baru tau.

Suka hati nak tembak2.

Tanpa Nama berkata...

RPK is the best!

mn berkata...

Salam all

1. PKR = Pemimpin Korporat Rakus

2. PR = Pakatan Runtuh

3. Hancuss

Tanpa Nama berkata...

Su-kj memang nak glemer.

Apa maksud buat 123 ni.

Tanpa Nama berkata...

salam...
yg pasti, tiada parti pun skg ini yg mampu membela nasib rakyat lagi dah. BN dengan professionalismenya membelasah rakyat dengan bebanan, PKR pulak sibuk dengan ideologinya. Tapi,yg jelas segala2nya adalah disebabkan kepimpinan yg sgt lemah. Bkn la meraih atau nak menyokong membabi buta, tetapi skg kita dapat lihat parti masing2 cube mempertahankan taik yg mereka dah buat. UMNO lagi teruk. SAPP nak kua parti jek trus ade kes BPR. same je cam kes minyak naik dulu. Ape pun, saya dah mmg ckp benci dengan politik malaysia skg nih. Sudah tiada arah tuju selain dari masing2 mempertahankan pekung masing2. Ape yg dkatakan telus dan berkecuali ternyata masih dbawah kawalan pihak tertentu. So, kalau x sokong membabi buta pun, siapa yg perlu kita sokong???

Akar umbi UMNO Damansara Utama berkata...

Salam "tanpa nama",

Merujuk kepada komen saudara, maksud "jangan menyokong membabi-buta" dalam artikel kali ini bukan merujuk kepada menyokong mana-mana parti politik tetapi kepada Raja Petra.

Ini kerana orang kita memang mudah termakan kata-kata RPK (walaupun ada kalanya hujah-hujah beliau cukup menarik).

Penulis rasa sedih jika rakyat Malaysia sudah tawar dan kecewa dengan politik negara.Tetapi penulis juga memahammi maksud saudara.

Sebenarnya, kalau difikirkan, negara yang dijalankan dengan efisyen dan progresif, tanpa membebankan rakyat atau menidakkan isu-isu penting, tidak perlu rakyat yang 24/7 makan cerita politik.

Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Umnodu,

Akal diberikan untuk berfikir, bukan menyokong membabi-buta.

Makanya,

A Study On Democracy: Zimbabwe

Zimbabwe has shortage of food, abundance of zeros
By ANGUS SHAW, Associated Press Writer
Wed Jun 25, 4:14 PM ET

HARARE, Zimbabwe - For many Zimbabweans, the chief worry is not political violence or President Robert Mugabe's iron hold on power. It's out-of-control inflation that puts anything more than a single daily meal beyond reach.

Underlying the current political crisis is an economic meltdown that has caused a shortage of food and all basic goods, while leaving the people an abundance of zeros.

The official inflation rate was put at 165,000 percent by the government in February, but independent estimates put the real figure closer to 4 million percent.

Zimbabwe is believed to be the only country in the world that now carries out routine financial transactions in dizzying set of quadrillions — one quadrillion is a 1 with 15 zeros behind it, or 1,000,000,000,000,000.

"It's gone completely crazy. Our computers and calculators can't deal with all the zeros even on the cheapest products," said Harare economic analyst David Moyo.

Brokers said this week that the Zimbabwe dollar broke the barrier of 10 billion to a single U.S. dollar in direct bank buying, while in electronic transfers, it exceeded 20 billion Zimbabwe dollars to $1 U.S.

Bread has disappeared from stores. Previously, a loaf in a supermarket cost 2 billion Zimbabwe dollars (20 U.S. cents at the official exchange rate), or 15 billion Zimbabwe dollars ($1.50 U.S.) on the black market, where prices of scarce items can vary up to 10 times higher.

A shopper lucky enough to find milk will spend 3 billion dollars (30 U.S. cents) for about 1 pint. A tray of 30 eggs, also scarce, can bought in a store for 45 billion dollars ($4.50 U.S.).

Butter is hard to find, but 17 1/2 ounces of margarine will cost 25 billion dollars ($2.50 U.S.) and a pack of 10 cookies costs 19 billion dollars ($1.90 U.S.).

Most stores and business across Zimbabwe have already knocked six zeros off price tags, showing 45,000 dollars for two pounds of scarce low grade beef — but at the cash register, it's tallied back at 45 billion dollars ($4.50 U.S.).

Moyo said a car battery was priced Monday at 2.4 trillion dollars ($240 U.S.), a tenfold increase in the past two weeks.

The largest Zimbabwean bill in circulation is a 50 billion note ($5 U.S.), while the smallest currency unit a one cent coin, which buys nothing by itself.

The sight of a person carrying brick-sized wads of notes — or even wheelbarrows full of cash — is less common now, because consumers are limited to withdrawing 25 billion dollars a day from the bank, usually in five 5 billion-dollar notes.

The highest amount a check can be made out for is 900 billion dollars ($90 U.S.) but many people complain that there is not enough room in the space provided to write out the high figure.

"Whatever happens on the political front, the economy has to be addressed, which no one seems to be doing right now," Moyo said.

Since the first round of national elections on March 29, shortages of basic goods have worsened, public services have come to virtual standstill, power and water outages have continued daily, and streets and highways have crumbled.

The price of gasoline has soared, pushing up bus and commuter fares to more than what many workers earn in a day.

Production lines have been halted as factories report mounting absenteeism.

"We certainly can't go on like this. Something's got to give before too long. Everyone hoped we could move on once the election was over," said James Davis, a factory manager.

Opposition leader Morgan Tsvangirai claims to have finished first in the first round of presidential voting March 29, although he did not win the simple majority needed to avoid a runoff, scheduled for Friday. A campaign of violence and intimidation caused Tsvangirai on Sunday to quit the runoff, saying it would not be credible. That has cleared the way for Mugabe, 84, to continue his 28-year rule, despite mounting condemnation from the international community, including even loyal African allies who say the former independence hero has become a despot who has bankrupted the nation.

"If they think they can tame inflation with an illegitimate election and no international support, let them try," said Tsvangirai spokesman George Sibotshiwe.

So far, Mugabe has not moved to try to put the country back on a sound financial footing. The problem, analysts say, is that few options are available.

"If Mugabe continues, the economy will continue to decline," said Brian Raftopolous, a South African-based economic researcher. "Mugabe has no solutions."

Mugabe blames the economic woes on Western sanctions and the withdrawal of funding by international banking institutions. While these institutions and Western governments have expressed readiness to assist with Zimbabwe's economic recovery, this is unlikely as long as Mugabe is in power.

"As bad as things are, it can get worse," said Raftopolous.

Robert Rotberg, director of Harvard's Kennedy School program on Intrastate Conflict, said that while sanctions and boycotts may not convince Mugabe to loosen his grip on power, they are sure to sway public opinion and possibly change the minds of top military leaders.

Without his security apparatus and their intimidation tactics, Mugabe's power "could vanish overnight," said Rotberg, who wrote a column in the Boston Globe on Wednesday comparing the current situation in Zimbabwe to Idi Amin's Uganda.

Rotberg said neighboring countries could "effectively bottle Mugabe up" by banning Zimbabwean aircraft from flying over their airspace and curtailing electricity deliveries to the landlocked country. The U.N., African Union and Southern African Development Community could then push him aside to take over during a transitional period until they can ensure a free and fair election.

"Tightening the noose will make the people around Mugabe realize that this ship is really sinking, and they should get off," he said.

___

Associated Press writers Celean Jacobson in Johannesburg, South Africa, and Lily Hindy in New York contributed to this report.

Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

salam umnodu...
terima kasih atas ulasan saudara. saya sendri tidak menyokong mana2 cerita politik. dan sebenarnya saya sendri tidak minat tentang politik walau dalam keluarga saya sendri terdiri dari tokoh politik ternama. ini kerana saya lebih melihat kepada sejauh mana sesebuah parti yg kita sokong,yg berpengalaman berpuluh tahun mentadbir negara,menjadi boneka dan hilang arah disebabkan permainan mereka2 yg ingin ambil kesempatan. saya tidak kenal dan tidak sokong samada RPK,PKR atau UMNO sekalipun. kerana ape yg penting adalah perpaduan bangsa melayu itu secara khususnya dan perpaduan antara kaum secara amnya.saya selalu melihat balik kepada sejarah melayu dan sebab kenapa melayu itu jatuh. malah sejak kesultanan melayu melaka itu sendri, melayu jatuh kerana tamak harta, tamak kuasa dan gila perempuan.dan benda yg sama berlaku pada harini apabila ketamakan itu menguasai pemimpin yg mengula2kan Islam agar nampak baik dimata rakyat sedangkan kabur dengan nikmat sementara kurniaan Tuhan. dan akan ujud hasad dengki yg membongkar segala keaiban yg sepatutnya disimpan. dan yg menerima balanya...RAKYAT....
mungkin tuan2 tidak tahu betapa peritnya rakyat bila membayar RM30 untuk minyak sebanyak 11.11 liter. sedangkan dulu baru RM15 sahaja.dan saya amat menghargai perjuangan TDM. kerana walauapa pun tanggapan org terhadap beliau, beliau mampu membuktikan kepimpinan beliau dan menzahirkan kemajuan kepada Tanah Melayu ini sendiri.saya boleh berbangga sebagai rakyat malaysia dibawah kepimpinan beliau. tetapi apa yg boleh dibanggakan sekarang? tidak ada saudara. yg boleh dibanggakan hanya kita boleh melihat ahli parlimen dah macam beruk bila parlimen bersidang,ucapan pak menteri yg penuh dengan talam dua muka,ucapan ahli politik yg kunun nak bela rakyat tapi membela tekak sendiri. dan org2 yg x mampu nak buka minda dan menyokong membabi buta semakin byk...kerana fahaman politik yg cetek.kalau Tanah Melayu ini tergadai,saudara kena fahaman,bukan kami yg mengadaikan...tapi UMNO yg mengadaikan. saya rasa saudara sendiri nampak kelemahan sekarang...tapi apa kapasiti yg saudara mampu? nak kene ISA? hehehe...nak ckp pak lah x bagus? mungkin tidak...yg penting saudara, KEPIMPINAN itu perlu jelas. tak perlu fakta mane2. penoreh getah pun tahu ape BN dah buat pada rakyat. Jadi, siapa yg membabi buta menyokong...fikir2kan saudara...

Salam dari saya...

Tanpa Nama berkata...

Umnodu,

Tunggu hari Sabtu. Ada pengumuman besar.

Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Sdr Umnodu,

Apa benda dengan Tataetika yang baru?

Harap Sdr Umnodu dapat beri pandangan.