Sabtu, 21 Jun 2008

Serangan Balas Bermula

Tidak lama selepas mengumumkan bahawa SAPP akan membentangkan usul tidak percaya, Presiden SAPP yakni Datuk Yong Teck Lee (YTL), telah menerima berita bahawa beliau bakal disiasat Badan Pencegah Rasuah.

Ini berikutan pendedahan seorang saksi di dalam sebuah kes mahkamah pada hari Khamis bahawa YTL mengarahkan pembayaran RM 5 juta kepada agen-agen hasil daripada penjualan sebuah syarikat milik negeri Sabah.

Sejarah YTL

YTL bukanlah seorang yang bebas dari kontroversi. Malah beliau pernah disabitkan bersalah kerana melanggar peraturan berkempen semasa pilihan raya. Keputusan ini menyebabkan beliau tidak boleh bertanding selama 5 tahun. PRU 12 adalah peluang beliau untuk kembali bertanding.

Reaksi Pak Lah

Selepas dituduh sebagai seorang pemimpin yang lemah, Pak Lah kini menunjukkan keinginan untuk berlawan pada tahap peribadi. Beliau mendedahkan “tawar-menawar” yang berlaku di antara beliau dan YTL untuk memastikan Presiden parti itu kekal dalam Barisan, terutama sekali setelah kecewa tidak dapat bertanding pada PRU 12.

Mainan Politik

Adalah ironik apabila YTL menyatakan bahawa “tawaran” Pak Lah itu seakan-akan sogokan untuk mendiamkan diri. Tawaran tidak akan datang jika tiada permintaan, atau desakan. Permintaan itu mungkin boleh datang dari segi “isu-isu Sabah” atau lebih munasabah satu permintaan untuk jawatan.

Kenyataan ini kelihatan lebih lemah apabila diambil kira perbincangan yang berlangsung secara sembunyi di antara YTL dan Anwar Ibrahim. Bukan setakat sembunyi di dalam hotel, tetapi terus di luar negara! Itu juga melibatkan proses tawar-menawar.

Jadi bolehkah disimpulkan bahawa tawar-menawar hanyalah bersifar “sogokan” untuk mendiamkan diri jika tawaran itu tidak cukup menarik untuk memenuhi kehendak?

Tawar-menawar adalah sebahagian daripada politik. Pakatan Rakyat pun sedang sibuk tawar-menawar MP Barisan untuk menyertai mereka bukan?

Kenapa, tidak percaya ke?

Gerakan-gerakan sembunyi oleh Anwar Ibrahim dalam menarik minat ahli-ahli Barisan seakan-akan gerakan solo. Kadangkala dilihat bahawa DAP dan PAS berdiam diri atau menjauhkan diri dari sebarang spekulasi sebegini.

Begitu juga dalam kes SAPP ini. Tidak pula kedengaran pembesar-pembesar PAS atau DAP menggesa SAPP berpaling tadah dan menyertai perjuangan mereka. Berbeza dengan Anwar Ibrahim, yang terbaru sekali dengan yakin menyatakan sudah 2 MP BN yang masuk Pakatan, dan mengajak yang lain untuk turut serta. (Sumber: Malaysiakini - pendaftaran berbayar)

Objektif bukanlah untuk melahirkan satu Pakatan yang bersatu dan berkhidmat, tetapi hanya untuk Pakatan mengambil ahli kuasa.

Kontra di antara reaksi kepimpinan Pakatan Rakyat ini membezakan antara mereka yang telah lama wujud dan berlandaskan ideologi (PAS dan DAP) dan yang baru dan berlandaskan konsep populis dan peribadi (PKR).

Dari sudut UMNO

Sekali lagi kepimpinan terjerat. Pendedahan “tawar-menawar” akan melemahkan kredibiliti YTL. Ini bakal membuatkan president SAPP itu terdesak dan tidak mustahil SAPP akan dengan sendirinya keluar dari Barisan.

Rakyat pula sudah pasti menganggap siasatan BPR sehari selepas pengumuman dibuat sebagai satu reaksi tindak balas. Maka, sebarang keputusan yang dicapai BPR akan dilihat sebagai sesuatu yang bermotif politik dan bukan kebenaran.

Pada masa yang sama, pendedahan ini jelas menunjukkan kepada rakyat bahawa benar desas-desus menyatakan berlaku tawar-menawar dalam skala besar-besaran bagi mengekalkan parti dari Sabah. Ini akan merosakkan lagi imej Barisan yang dilihat sebagai lebih sibuk berpolitik daripada memikirkan hak dan kepentingan rakyat.

Malangnya, hampir kesemua perkara yang dilakukan (tawar menawar dan sibuk berpolitik) dan kesan daripadanya tidak dapat dielakkan. Ini adalah kerana dalam posisi yang lemah, UMNO tidak mampu bertindak, sebaliknya hanya bertindak balas. Bagaimana hendak menyerang, jika tembok di rumah sendiri pun masih berlubang?

Kenapa UMNO di posisi yang lemah akan dibincangkan kemudian hari.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa punya jahil mereka yang boleh berkata:

Rakyat pula sudah pasti menganggap siasatan BPR sehari selepas pengumuman dibuat sebagai satu reaksi tindak balas. Maka, sebarang keputusan yang dicapai BPR akan dilihat sebagai sesuatu yang bermotif politik dan bukan kebenaran.

Barua-barua UMNO mana yang turut sekali dalam salah guna kuasa? Salah guna kuasa itu tetap salah dan tidak boleh dibiarkan!

Tanpa Nama berkata...

umnodu,

Apa kata kamu tentang majlis penasihat perdana menteri dan presiden UMNO? Apa nak ditunggu kata-kata Ketua Bahagian anda? Siapa dia?

Dgn izin.

Che Det Tun,

Dari Blog Ke Blog
(if not the means to travel, tun)

Bigdoggy,

Itulah YABhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad gatai sangat nak keluar U-M-N-O...La ni orang rumah dia pujuk supaya masuk balik jadi ahli pun keghaih kepala macam kepala batu orang Kerala mampuih Tun tak nak masuk balik jadi ahli. Bukan ada apa yang UMNO boleh buat yang nak buka hati dia gumbira nak masuk balik. Tekat nomber 00000001 - dia tak hirau.

Tapi bab majlis penasihat Perdana Menteri dan Presiden itu apa punya balaghana, Tun?

Tun ada masakah nak bagi 'advise' pada Perdana Menteri dan Presiden? Macamana dengan kaldai tua mantan Perdana Menteri dan mantan Presiden Abdullah Ahamad Badawi? Apa orang kepala bataih ini pun kemaruk juga nak jadi penasihat. Itu bab dia.

Bab siapa lagi dalam majlis itu - jangan tanya...

Ya, Tun Dr Mahahthir, kenapa ada masakah nak jadi ahli majlis ini? Negarawan terulung Tun tak maukah jumpa kepala-kepala negara bagi menjayakan terlepasnya benua Asia dari 'hegemony' Barat?

Tanpa Nama berkata...

If you destroy the judiciary, you destroy democracy and if you destroy democracy, you are assured of dictatorship" -- this is the strong message by former Lord President Tun Salleh Abas in relating his sacking from the judiciary in 1988.

Apakah pekara ini sudah berlalu?
Apakah bekas hakim ini berani berkata ianya tidak berlaku dimasa pemerintahan kini?

Saya kurang periksa kewibawaan orang tua ini.

Tanpa Nama berkata...

Eh bro.

"Ahli UMNO" yang penuh emosi ni...apa yg bro cuba cakap ni?

Ada kait ngan topik UMNODU ka? Mcm x jer.

Aduih. Patutlah org ketawa tgk org UMNO ni.

X faham2 nak ikut topik.

Satu org pun x faham woi apa "ahli UMNO" ni ckp.

Wa rasa UMNODU pun x dpt nak respon dgn benda2 karut lagu ni.

Bkn suka sangat UMNO-UMNO ni...tapi at least cuba la kasi komen yg org paham.

Lawak la org UMNO ni.

p/s: Respek la jugak UMNODU nyer writings.Tapi wa tetap PKR!

Tanpa Nama berkata...

umnodu,


CheDet?

Special Note
Posted by Dr. Mahathir Mohamad at June 22, 2008 11:09 PM | Permalink | Comments (0) | TrackBacks (0)

On Friday June 19th, chedet.com was locked by the administration of Bloggers.com for what was termed as "suspected spam blog". Following that chedet.com has not been able to publish any new posting pending approval by Bloggers.com.

Depsite repeated appeals Bloggers.com have yet to "unlock" chedet.com to allow for posting of new comments. Due to this measures have been taken to migrate chedet.com from Bloggers.com in an effort to avoid further disruption, hence the new page set up.

Chedet.com apologises to all readers and commentators for the inconvenience caused. Chedet.com would like to notify readers that comments for previous postings have not been attached currently while the technical team resolves certain matters. As for new postings commentators are only required to follow the simple registration steps accordingly before submitting comments.

In line with this chedet.com would like to remind commentators that critical comments are welcome but in efforts to maintain the integrity of this site and to promote healthy debate, readers are urged to refrain from using deragotary terms, name-calling and racial and seditious remarks. Such comments including comments that are UNRELATED to the posting WILL NOT be given priority...Chedet.com



How's the going, babe?

Tanpa Nama berkata...

umnodu,

macam Mukriz so far dia nampak baru dan bersih. So nothing to lose.

tak sabar tunggu mesyuarat cawangan...

Tanpa Nama berkata...

Itali kalah lagi.

Selangor kalah lagi.Macam tahun yang x best untuk aku.Does this mean that UMNO will lose it too?

Tanpa Nama berkata...

Hak wanita UMNO

Oleh AZMAN ANUAR
(WARTAWAN UTUSAN)



Rafidah Aziz berkata sesuatu kepada Shahrizat Abdul Jalil selepas Mesyuarat Exco Pergerakan Wanita UMNO di PWTC, Kuala Lumpur, 17 Jun lalu.

--------------------------------------------------------------------------------



BIARPUN kemelut politik dan ekonomi negara masih bergelora, tetapi proses pemilihan pucuk pimpinan UMNO pada Disember depan tetap diteruskan.

Menjelang tarikh penting yang menentukan hierarki kedudukan pemimpin dalam parti UMNO, dan tiga sayapnya, perhatian tetap tertumpu kepada Pergerakan Wanita UMNO.

Hal ini kerana Wanita UMNO masih mahu mengekal status-quo biarpun isyarat telah ditunjukkan oleh para pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu. Bagaikan sudah menjadi budaya politik Wanita UMNO yang 'malu-malu' untuk mencalonkan diri bertanding untuk merebut jawatan dalam sayap Wanita UMNO.

Sejak 19 Mac lalu, Tan Sri Rafidah Aziz yang digugurkan daripada barisan Kabinet memberi isyarat awal bahawa beliau tidak akan meletakkan semua jawatan dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu menegaskan akan terus mengekalkan jawatan Naib Presiden UMNO atas kapasitinya sebagai Ketua Pergerakan Wanita dan sekali gus menerajui Wanita BN selagi khidmatnya dikehendaki.

Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu berkata, "Selagi Wanita UMNO mahukan saya, saya akan terus aktif dalam politik," katanya. Rafidah menjadi Ketua Pergerakan UMNO sejak 1984 apabila menewaskan penyandang jawatan itu, Tan Sri Aishah Ghani. Ini bermakna beliau telah menerajui Wanita UMNO selama 20 tahun walaupun gagal menyandang jawatan selama empat tahun (1996-2000) apabila tewas kepada Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman.

Sejak Rafidah mengeluarkan kenyataan mahu terus memimpin pergerakan itu, tiada siapa pemimpin wanita UMNO yang 'berani' menonjolkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO. Memang besar pengaruh 'mesej' Rafidah mengenai hasratnya untuk terus memimpin kira-kira 1.3 juta ahli Wanita UMNO.

Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sendiri menegaskan beliau berdiri teguh di belakang kepimpinan Rafidah selaku ketua pergerakan itu.

Antara pemimpin wanita lain yang 'menghormati' keputusan bos mereka itu ialah Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MT), Datuk Dr. Norraesah Mohamad. Beliau tidak berhasrat untuk bertanding merebut jawatan Ketua atau Timbalan Ketua Wanita UMNO. Beliau menegaskan tidak akan berbuat demikian walaupun ada desakan ke arah itu.

Seorang lagi ahli MT iaitu Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said juga menyatakan pendirian tidak berminat untuk mencabar kepimpinan Rafidah.

Exco Wanita UMNO, Datuk Halimah Mohamed Sadique pun tidak berminat. Ahli Parlimen Tenggara itu mahu memberi keutamaan untuk memperkukuhkan parti dan menggerakkan agenda Melayu keseluruhannya.

Keputusan Halimah yang juga Ketua Wanita UMNO Johor untuk tidak bertanding merebut jawatan Naib Ketua Wanita yang disandang oleh Shahrizat agak mengejutkan ketika namanya digembar-gemburkan menjadi calon bertanding jawatan kerusi nombor dua Wanita UMNO.

Sebaliknya, beliau menawarkan diri untuk dikekalkan sebagai ahli Exco pergerakan tersebut bagi membolehkannya meneruskan khidmat kepada parti.

Setakat ini, Wanita UMNO Johor, Kedah dan Selangor sudah membuat ketetapan untuk terus menyokong Rafidah sebagai Ketua Wanita dan Shahrizat sebagai Naib Ketua. Ketetapan itu selaras dengan saranan dan harapan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi agar setiap anggota parti membantunya untuk memulih dan mengukuhkan semula UMNO.

Ekoran itu, Wanita UMNO negeri berpendirian adalah lebih baik jawatan peringkat tertinggi parti termasuk Wanita tidak dipertandingkan kali ini. Pada persepsi Wanita UMNO negeri, itu adalah keputusan mereka tetapi hak untuk membuat perubahan sesuai dengan trend dan mesej daripada rakyat adalah hak ahli-ahli Wanita UMNO bahagian.

"Sama ada pertandingan akan berlaku atau tidak, ia bergantung kepada kehendak Wanita UMNO bahagian. Jika peringkat bahagian tidak mahu pertandingan jawatan sayap itu berlaku, maka ia akan kekal seperti sekarang," kata penganalisis politik, Dr. Mohd. Zainul Fithri Othman.

Sebaliknya menurut beliau yang juga Pemangku Ketua UMNO Cawangan Kuala Lumpur Sub-Urban Center, Bahagian Setiawangsa, sekiranya Wanita bahagian mahu perubahan kepimpinan, mereka sendiri boleh melakukannya kerana itu adalah hak mereka. Kesemua 191 bahagian boleh membuat keputusan.

"Sentimen orang luar UMNO sama suka atau tidak, 1.3 juta ahli Wanita UMNO yang akan membuat keputusan. Ia juga bergantung kepada sama ada bahagian boleh membaca sentimen di luar yang mahukan perubahan atau mereka akan mengambil sikap buat tidak peduli pada mesej itu," jelas Mohd. Zainul Fithri.

Bagaimanapun, ada pandangan yang mahu pemimpin lama mengundurkan diri dan ada pula golongan yang mahu pemimpin yang berkemampuan dan berpengalaman amat diperlukan di saat UMNO memperkukuhkan semula parti.

"Memang ada persepsi berbeza. Ada yang berkata Wanita UMNO perlu buat perubahan. Jadi perlu tukar ketua untuk memantapkan kembali wanita. Ada pandangan pula mengatakan Wanita UMNO masih memerlukan kepimpinan Rafidah dalam usaha memulih dan mengukuhkan semula parti. Itu terpulang kepada Wanita bahagian," kata penganalisis itu.

Dalam pertandingan UMNO baik peringkat cawangan, bahagian mahupun pusat, ia boleh dielakkan. Mereka yang terlibat perlu memikirkan apabila berlaku pertandingan, pastikan ia untuk memperkukuhkan parti. Jika ia memudaratkan parti, elok pertandingan dielakkan. Fikirkan sama ada untuk kukuh atau hancurkan parti.

Sehingga Jun ini, Rafidah telah menyuarakan hasrat untuk mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO seandainya mendapat kuota pencalonan yang mencukupi daripada peringkat bahagian. Jika beliau mendapat kuota pencalonan 20 peratus, ia merupakan isyarat daripada Wanita UMNO yang masih mahukan beliau menerajui sayap parti tersebut.

Jika ini berlaku, adakah Wanita akan benar-benar berubah atau kekal status-quo dan 'tradisi' lama. Kepimpinan Wanita perlu berani mencuba membuka ruang kepada pertukaran idea, pendapat dan peluang kepada muka-muka baru, dengan itu perubahan bentuk kepimpinan mungkin akan dicapai.

Bekas Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman pernah menyuarakan pandangannya mengenai Wanita UMNO yang masih dengan sikap lama... tidak berani, hanya mengikut signal, ikut queue (tunggu giliran). Wanita UMNO yang diterajui Rafidah perlu memberi laluan kepada muka baru untuk mengetuai pergerakan itu pada pemilihan parti Disember ini.

Pada pemilihan UMNO tahun 2000, Zaharah tewas kepada Rafidah dengan perbezaan 12 undi dalam perebutan jawatan Ketua Wanita UMNO. Sebelum itu pada pemilihan 1996, bekas Ahli Parlimen Paya Besar itu membuat kejutan menewaskan Rafidah yang menerajui pergerakan itu selama 12 tahun dengan kelebihan 27 undi.

Wanita UMNO tidak perlu bergaduh lagi, cuma fikir betul-betul adakah pergerakan itu selari dengan kehendak zaman yang sudah berubah. Ramai pengundi muda yang sentiasa memerhatikan mereka.

Jadi, menjelang pemilihan di peringkat bahagian tidak lama lagi, perwakilan wanita bahagian mempunyai tanggungjawab berat untuk memilih calon yang paling layak untuk menerajui Wanita UMNO. Adakah mereka masih mahu Rafidah atau ingin angin baru kepimpinan?

Kini semua pertimbangan terserah kepada akar umbi.

Tanpa Nama berkata...

Roger Cohen: The fight for Turkey
By Roger Cohen

Sunday, June 22, 2008
ISTANBUL: Let's talk Turkey. A war is on for the country's soul and everyone should be watching because the little matter of Islam and democracy depends in large measure on its outcome.

Turkey was not made for Bush world. The polarizing labels of his Manichaean global struggle - us-or-them, good-or evil, for-us-or-against-us - do not work for a nation of nuances, Muslim but not Islamist, religious in culture but secular in construct, of the Occident and the Orient, bordering the West's cradle in Greece and its crucible in Iraq.

Here, in this bridging country, a NATO member long served the diet of mild bigotry that has held it not quite European enough for the European Union, a struggle is ongoing. It pits proud secularists in one corner against pious Muslims in another in a battle to establish the contours of state and mosque.

The West should not be impatient in contemplating this fight. Hundreds of years, countless wars and myriad dead were required before church and state elaborated the legal forms of their separation. Islam is the youngest of the world's major religions. Its accommodation to modernity is a virulent work in progress.

Nowhere more so than in Turkey, a conservative country fast-forwarded to Westward-looking secularism in the 1920s by the founder-hero of the modern republic, Mustafa Kemal Ataturk, and now grappling with the place in that republic of an ascendant political Islam.

I like this fight. It has its crude and misleading labels - the "secular fascists" of the Kemalist establishment in one corner against the "Islamofascists" of the ruling Justice and Development (AKP) party in the other - but it is open and vigorous. The crisis of Islam could use a broader dose of Turkish give-and-take.

The latest round came this month when Turkey's highest court rebuffed Prime Minister Recep Tayyip Erdogan, the AKP leader and an observant Muslim with an Islamist past, on a matter of high symbolism.

It ruled that Erdogan's legislation, passed in February, allowing women attending state universities to wear head scarves in observance of their Muslim beliefs violated secular principles enshrined in the Constitution.

My reaction to this is twofold. First, women of college age should be allowed to wear what they like in accordance with their personal convictions. In that sense the court's ruling is unacceptable.

Second, the secular foundations of modern Turkey have been essential to creating this most permissive of Muslim societies; they should not be compromised without a fight, especially in a Middle Eastern environment where democracy is rare and Islamism potent. In this perspective, the court's ruling is a salutary challenge to the AKP to go on proving its liberal credentials.

On balance, I side with the court. I'm confident that in the medium-term, Turkish women will win the right to wear head scarves wherever. I'm less confident that the creeping Islamization fostered by the AKP is accompanied by an unshakeable commitment to secular democracy, as Erdogan insists.

Let the party pay its dues, if necessary in repeated confrontations with the court. Turkey is a laboratory of a moderate Muslim democracy; do not rush the experiment. It's easier to don a veil than take it off. Reversibility is not Islam's forte.

Erdogan and the AKP are popular in Washington and Europe, while the military-judicial secular establishment has not had this hard a time since Ataturk. But in high posts in education, the health department and elsewhere in public service, Islamic credentials that pass muster with the AKP are increasingly a sine qua non.

Subtle changes in mores have accompanied this shift in power, where getting the right job or right husband can involve new demonstrations of piousness. Head scarves are more common. Advertisements aimed at women have been photoshopped by newspapers to lengthen sleeves and skirts for conservative Muslim sentiment. The head-to-foot swimsuit known as a "hasema" is making its appearance on Turkish beaches.

I don't believe Shariah law is coming to Turkey or that the AKP has Iran in mind. Islamofascists they are not. But nor do I believe the party is without its strains of radicalism at odds with the nation Ataturk forged.

The same court will rule soon on a case that would ban Erdogan and 70 other party members from politics on the grounds they are dismantling secularism. In that the party won 47 of the vote last year, such a ruling would fly in the face of democracy.

The court should refrain from the ban. But I'm glad the threat of it exists. And if it came, I'm sure a successor to Erdogan, and perhaps the AKP, would quickly emerge.

The fight for Turkey's soul is not about to abate: It's salutary as long as it remains open. The West should do all it can to safeguard that openness - which may involve an occasional dose of "secular fascism."

Readers are invited to comment at my blog: www.iht.com/passages.


Notes:
Copyright © 2008 The International Herald Tribune | www.iht.com