Kenaikan harga minyak secara mendadak baru-baru ini telah mengundang reaksi negatif daripada rakyat tempatan. Ahli UMNO juga tidak terkecuali daripada kesan kenaikan ini (kad keahlian kami tidak bererti diskaun di Petronas). Malah, ramai yang marah, dan mengangguk tanda bersetuju apabila pihak Pakatan Rakyat pantas mengambil peluang dan mempertikaikan tindakan ini.
Penulis ingin menyentuh beberapa isu berkaitan kenaikan harga minyak ini:
Kepimpinan harus lebih telus
Taktik yang paling banyak digunakan adalah kaedah “perbandingan”. Satu pihak akan menyatakan harga minyak Malaysia masih lagi murah berbanding Negara-negara asing. Satu pihak lagi membandingkan harga minyak Malaysia, sebuah Negara pengeksport minyak, yang lebih mahal berbanding negara-negara pengeksport lain.
Kepimpinan akan membuat perbandingan harga petrol RM 2.70 seliter di Malaysia berbanding negara-negara lain, contohnya Singapura (RM 5.20). Masalahnya adalah perbandingan dibuat dalam Ringgit sedangkan penduduk Singapura dibayar gaji dalam Sing Dolar! Apabila kiraan dilakukan, rakyat Singapura hanya membayar S$ 2.19.
Ini belum mengambil kira purata pendapatan (GDP Per Capita) mereka yang dianggarkan S$ 75,360.00 (2007). Purata pendapatan Malaysia pula adalah RM 22,345.00. Maknanya rakyat Singapura boleh mengisi lebih kurang 34000 liter setahun manakala rakyat Malaysia hanya mampu mengisi 8300 liter. Benarkah?
Penulis ini bukanlah pakar statistik mahupun matematik dan hanya berlandaskan sumber di Internet. Tetapi kenyataannya tetap sama – perbandingan haruslah relevan dan mencerminkan keadaan sebenar. Janganlah ditukarkan lagi matawang.
Pembangkang pula jangan hipokrit
Taktik yang gemar digunakan oleh pihak pembangkang kenaikan ini pula adalah membandingkan harga minyak di negara-negara pengeluar minyak yang lain.
Contoh terbaik adalah apabila menyatakan harga minyak di negara-negara seperti Saudi Arabia (RM 0.38 seliter), Nigeria (RM 0.32 seliter) dan Venezuela (RM 0.16 seliter). Wow! Hebat bukan? Alangkah indahnya gambaran yang diberikan ini.
Tetapi ini menyembunyikan beberapa fakta yang amat penting. Saudi Arabia yang lebih kurang mempunyai jumlah penduduk Malaysia mengeluarkan 11 JUTA tong minyak dalam sehari (2007). Malaysia? Setakat 750,000 tong minyak sehari, itupun statistik CIA pada tahun 2005.
Nigeria? Adui. Kalau sebut nanti macam mengaibkan negara lain, tetapi realitinya adalah dengan kadar kematian melalui AIDS yang tinggi, risiko jangkitan yang dikategorikan sebagai tinggi, pendapatan purata yang hanya lebih kurang RM 6,000 setahun (statistik CIA) dan lebih dari 70% berada pada paras kemiskinan, adakah kita hanya mengambil kira harga minyak sebagai perbandingan? Buat apa harga minyak yang rendah jika majoriti rakyat tidak mampu membeli kereta?
Begitu juga kisahnya dengan Venezuela. Pengeluaran minyak adalah hampir 3 juta tong minyak sehari manakala permintaan domestik hanyalah lebih kurang 600,000 tong sehari (lebih kurang Malaysia). Jadi negara mereka melimpah-limpah dengan minyak, bukan seperti Malaysia. Belum lagi di ambil kira paras kemiskinan, kemerosotan pendapatan purata dan penganiyaan hak-hak rakyat yang berlaku di negara Amerika Selatan itu.
Pembangkang juga mungkin tidak sedar bahawa negara-negara contoh mereka kebanyakannya tidak mengamalkan sistem demokrasi, ataupun jika demokrasi, adalah demokrasi yang terhad dan ditindas (seperti kisah Hugo Chavez di Venezuela).
Mungkin apa yang diinginkan mereka adalah sebuah negara monarki? Atau sebuah negara sosialis? Kedua-dua konsep ini mungkin kelihatan indah kepada rakyat, tetapi lihat sajalah contoh-contoh seperti di atas. Harga minyak bukanlah penentu segalanya!
Kesimpulan
Hujah-hujah menyokong atau membangkang kenaikan harga minyak harus menggunakan fakta yang jelas dan terang buat perbandingan rakyat. Media cetak dan elektronik juga harus memainkan peranan membela hak rakyat dengan memberikan gambaran sebenar.
Jelas daripada fakta-fakta yang dikemukakan penulis ini bahawa walaupun harga pasaran dunia seragam, harga minyak setiap negara adalah bergantung kepada faktor-faktor yang unik setiap negara tersebut.
Penulis tidak mampu untuk membantah jika pembangkang menaikkan isu pembaziran sebagai salah satu punca wang untuk subsidi berkurangan sehingga menyebabkan belanjawan defisit.
Tetapi penulis juga tidak mampu untuk membantah apabila kepimpinan mempersoalkan ketelusan dan kebolehan pembangkang mengotakan janji untuk bukan sahaja mengekalkan harga minyak lama tetapi mengurangkannya lagi!
Apakah rahsia mereka? Wallahualam. Tetapi pastikan bukan rakyat yang menjadi mangsa lagi.
...

10 ulasan:
Umnodu,
Maka kita berterima kasih dengan Abdullah Ahmad Badawi.
Maka, UMNODU sila beri senarai nama carta MT.
Terima kasih.
Salam saudara UMNO,
Selamat datang ke alam maya.
Semoga diberkati Allah.
Jangan menyeleweng kepercayaan rakyat.
Umnodu,
Dengan Izin.
Isu Negara:
Home Ministry Probes Allegation On Malaysian Link To Intended Bomb Attack In Colombo
KUALA LUMPUR, June 17 (Bernama) -- The Home Ministry has begun investigations into an allegation that some Malaysians planned to give instructions to a group of Sri Lankan Tamil Tiger terrorists to launch a bomb attack in Colombo.
This followed the arrest of six members of the Liberation Tigers of Tamil Ellam (LTTE) on Saturday in Wattala, Sri Lanka, with the seizure of 2.7kg of high-powered C4 explosives.
According to a news report in the Sri Lankan online daily, 'The Mirror', the suspects under interrogation by (Sri Lankan government troops), said they were waiting for instructions from some Malaysians - via the telephone - to launch the attack.
Commenting on the news report, Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar said the government would investigate the matter thoroughly, and take severe action against any Malaysian with links to the LTTE...
Nota:
Adakah kaitan dengan hindraf, Dtk Syed Hamid? Lapuran siasatan mahu di OSA atau tidak?
teruskan bg info!!!
UMNODU,
Tahniah kerana mengakui kelemahan kepimpinan tanpa beremosi atau radikal.
At the same time, you've also made your position very clear against the grandstanding of the Opposition.
I hope to see more rational discussion, especially in English if possible.
terima kasih atas ulasan umno yg betul2 terang lagi nyata..sy sokong pendapat anda 100%..mcmanana la kita nk turunkan tunku dolah n najib..diorg tu benar2 perosak..
pada pendapat saya..apa sbb tunku dolah kata dia masih menang walaupun 5 negeri +1 wilayah dah pakatan rakyat amik??
pasalnya..mmg dia pakat dgn anwar nak bg bn jatuh..n anwar akan jadik pm dgn senang hatinya...tgk lah dolu2 kan diorg baik..
adakah kaki2 bodek tak nampak apa yg berlaku..tak nampak strategi pak lah n anwar..payah2 cam ni..
dia org sibuk nak jaga periuk nasik diorg..tapi harus diingat time ni bleh la diorg kipas2..tapi yg pasti rakyat akan terus mengamuk..
perlu jugak diingat..time pru13 nanti bukan tangan pak lah..anak, menantu n budak tingkat 4 jek yg
akan pangkah kertas undi..
pak lah tak pe lah..dia dah ada deal besar dgn anwar..budak tingkat 4 tak fikir..kira nya skrg ni diorg tgh tabur pasir dlm periuk nasik diorg sendiri..
klau diorg buat perkara yg betul dgn tak kipas2 pak lah..maka umno akan bertambah kuat..BN akan kembali ke landasan yg asal..
pasal pengganti tunku dolah..najib mmg tak leh pakai...kuli...tak sesuai gak..tgk apa dia dah buat dulu..muhidin..pun sama jek..dia kan dulu kena pindahkan jadik menteri drp jadi mb johor..x silap nya lah time tu dia sibuk jual tanah n rumah pd org singapore..pastu tun marah n tuka ghani othman..
so dgn keadaan skrg ni..sapa lah ye..harap2 ada 100000 org chedet kat m'sia ni..
tun nyemah
assalamualaikum,
ermmm.. tahniah atas terbentuknya blog ni serta atas keberanian pihak anda cuba mendapatkan/mendedahkan logikal isu-isu semasa yg amat hangat kini.
sample & data serta hujah yg sdr berikan memang bernas & bolehditerima akal yg waras. syabas sy ucapkan.
saya amat berharap agar pihak di kawasan sdr berfikiran matang seperti sdr. serta bersatu mengambil tindakan yg wajar untuk mengembalikan keagungan UMNO agar terus disokong rakyat pelbagai lapisan & membawa kebaikan kepada semua.
yang pastinya UMNO kena berubah dan di-reform kan agar ia sentiasa relevan untuk Malaysia.
langkah awal/basic ialah pastikan apa yg rakyat hendak sebenar .. saya pasti disaat ini semua rakyat mahu AAB serta anak menantunya keluar dari sistem pentadbiran negara kerana merekalah yg menyebabkan rakyat marah kepada UMNO.
seterusnya .. rasanya ramai yg menyokong kiranya kita melantik semula Tun Dr.M sebagai pemangku jawatann PM hingga negara dipulihkan dari kejatuhan oleh AAB ini.[Lihatlah blog Tun & bacalah luahan perasaan rakyat jelata ... www.chedet.com].
DSAI juga tidak harus diberikan peluang berkuasa kerana ramai yakin bahawa perjuangan beliau lebih kepada individual politic sahaja .. iaitu untuk beliau menjadi PM [cita-citanya yg tak kesampaian dahulu]... hubungan rapatnya dengan pihak Amerika harus dipandang berat akan kebolehannya untuk mengatur apa sahaja agenda dibantu pihak US.
rasanya semua akan faham tetapi apakah tindakan kita utk kembali seperti dahulu .... bertindaklah sewajarnya & jangan lagi mengampu atau menjadi si-luncai.
salam sejahtera...
terima kasih atas penerangan anda tentang minyak.saya sebagai seorang yg menerima impak yg besar kesan kenaikan harga minyak ini setuju dengan penerangan anda. tetapi, cara kenaikan harga minyak itu yg saya tidak dapat terima. sekiranya pemimpin itu bijak, semestinya beliau akan membuat keputusan dengan menurunkan dan memperbaiki kelemahan dalam prasarana dahulu sebelum menaikan sebarang keperluan. adakah relevan dengan mesyuarat selama 4 jam dan tiba2 kenaikan terus dinaikan dengan mendadak? dan pak lah keluar statement telah dikaji selama setahun. ape benda nie? 1 pembohongan yang jelas.
dan selepas itu beliau berkata harga minyak akan direvise setiap bulan. tiba2 harga minyak tidak akan naik sampai ujung tahun ini. ape la cam org bodoh cakap macam ni.dan si shahrir, statement dia semua meletakkan bebanan kepada rakyat. adakah ini menteri yg dilantik yg tidak mampu memberikan idea2 yg bernas? tapi umno minta pembangkang bagi idea bernas. menteri sendri cakap cam budak x sekolah.
dan hari ini, pegawai tertinggi GLC akan dinaikan gaji. boleh bagtau berape gaji mereka sekarang? yg pasti bukan lah 4 angka. kenape disaat rakyat menderita kesusahan para pegawai tinggi kerajaan naik gaji pula, kuli batak kerajaan bagi gaji 2 kali sebulan tanpa naik gaji? adilkah ini?
saya bukan membenci kerajaan, tapi sangat benci sikap kerajaan yg banyak menipu rakyat. saya x peduli kalau gaji menteri sampai 100k sebulan sekalipun jika beliau mampu memimpin negara, tapi ape yg paklah buat selama berapa penggal ni? galakan pertanian, tapi harga beras naik pun x bleh kawal? wpi jatuh kat singapura, pulau batu putih pun lebur, minyak berapa kali naik,university malaysia mane ade yg terbaik dunia lagi dah. so, dimanakah relevannya pemimpin yg duduk dibawah umno ini? adakah memperjuangkan melayu atau memperjuang kronisme melayu? ingat saudara, kita rakyat biasa separuh mati bekerja dan dibebankan dengan pelbagai cukai dan bayaran. tapi pak menteri dibayar gaji dan elaun ribuan ringgit dan tidak membuat ape2 untuk membantu rakyat. jgn kau hidup atas keringat org miskin kerana, mati itu adalah pasti dan pembalasan syurga dan neraka juga adalah pasti. fikir2kan lah...
Kepada pembaca-pembaca yang dihormati,
Terima kasih di atas sokongan, kritikan dan komen-komen anda.
Ada beberapa isu yang disentuh di dalam ruangan ini yang akan diulas pada masa akan datang.
Tetapi pada dasarnya,kami faham kecaruan yang dialami rakyat, kerana kami juga kadangkala rasa bercelaru!
Apakah ramalan dan ugutan DSAI bakal menjadi realiti petang ini?
Wallahualam.
Sekali lagi, terima kasih.
wahai saudara
saya ingin mengucapkan tahniah kerana membentuk blog ini. kerana tidak ada sources lain yang boleh dipercayai setakat ini. disebabkan keadaan yang huru hara, rakyat akan mempercayai segala yang mereka dapat kerana terdesak ingin mengtehui Kebenaran.
point2 yang dinyatakan amat bernas dan straight forward.
inilah yang ditunggu tunggu oleh kami rakyat semua. bukan kami tidak sayang lagi kepada umno. tetapi sebaliknya yang berlaku. jadi saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kerana mengambil inisiatif seperti ini.
Catat Ulasan