Khamis, 19 Jun 2008

Tamparan Hebat buat UMNO dan Barisan

Buat pertama kalinya dalam sejarah tanah air, seorang Perdana Menteri bakal dicabar dengan usul hilang keyakinan di dalam Parlimen. Ini adalah kenyataan yang dikeluarkan bukan dari Pakatan Rakyat, tetapi parti komponen Barisan Nasional sendiri – SAPP dari Sabah.

Sebenarnya keadaan di Sabah sangatlah rumit semenjak PRU-12. Kemenangan mereka (yang juga menjamin kemenangan Barisan) seakan-akan diketepikan kepimpinan dalam pemilihan kabinet.

Maka satu persatu isu-isu (yang bukannya isu baru) dibangkitkan parti-parti Sabah demi “mempertahankan Sabah”. Pada pendapat penulis, walaupun isu-isu ini dijadikan mainan politik, ianya masih harus ditangani demi kepentingan rakan-rakan di Sabah.

Ya, memang benar UMNO tidak patut tunduk kepada ugutan sebegini. Tetapi malangnya UMNO sekarang tidak berada dalam posisi untuk mempertahankan diri. Jika satu-persatu parti komponen Barisan memprotes, dan UMNO kekal bersahaja, akan tiba masanya UMNO hanya memegang kerusi mereka sahaja – adakah ini cukup untuk menangkis serangan Pakatan Rakyat?

Yang menjadi persoalan adalah bagaimana keadaan boleh meleret sehingga jadi sebegini? Desas-desus pengumuman oleh SAPP telah diketahui sejak beberapa hari yang lalu. Adakah kepimpinan Barisan leka sehingga terlepas pandang masalah ini?

Di manakah “rundingan minit terakhir” yang acapkali digunakan untuk menyelamatkan keadaan parti?

Dan apakah tindakan seterusnya? Tiada respon segera. Seakan-akan mencabar lagi tindakan seterusnya dari SAPP mahupun parti-parti komponen lain. Jangan sampai ugutan menjadi realiti.

Buat masa sekarang SAPP masih lagi kekal di dalam Barisan. Kepimpinan sekarang terjerat.Jika mereka halau SAPP keluar Barisan, maka Pakatan dapat lagi beberapa kerusi. Jika tiada tindakan, ianya akan melemahkan lagi posisi kepimpinan.

Sedarlah bahawa SAPP ini parti yang tidak besar tetapi mempunyai wakil di dalam Parlimen. Tindakan mereka ini adalah seakan-akan “eksperimen” untuk melihat sama ada benarkah parti-parti komponen lain ingin “melompat” ke Pakatan Rakyat.

SAPP masih lagi dalam Barisan. Bukan Barisan yang mereka marahkan, tetapi kepimpinan. Tidak musytahil, malah kemungkinan besar, majoriti MP Barisan dari Sabah menanti peluang untuk bertindak. Maka tindakan seterusnya haruslah bijak dalam percaturan politik ini.

Ahli-ahli akar umbi UMNO harus sedar tentang realiti politik sekarang. Jangan leka sehingga tiba satu hari tiada lagi UMNO untuk disokong.

rocky's bru: Personal greed, says Badawi

...

5 ulasan:

Kuaitomboblo berkata...

saya agak suka dengan review dari pandangan penulis.

SAPP bukan cuba membelot, tetapi setelah 50 tahun, tidak ada apa2 perubahan.. bagaimana?

SAPP dikatakan tamak. jika negeri anda yang menyumbang kpd kemenangan BN selama ini, adakah meminta bantuan/pengiktirafan,etc.itu dikira tamak? banyak lagi negeri lain yang menang tipis (jika tidak, kalah teruk) akan tetapi, wakilnya mendapat tempat tertinggi dalam pucuk pimpinan. wakil2 sabah&sarawak tidak dihiraukan langsung walaupon sumbangan kerusi mereka adalah paling banyak dan sentiasa menjadi tulang belakang kemenangan BN di pilihanraya selama lama ini. sudah lama negeri2 borneo berdiam diri. tamak? tamak? haih..

terima kasih kerana memberi pandangan unbiased penulius terhadap apa yang berlaku.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa degil sangat si Dolah ni?

Paham paham jer laa...

Yang lain berdiam diri pasai apa?

Malu tapi mahu.

Tanpa Nama berkata...

salam sejahtera...
saya suka ulasan yg unbias disini. sememangnya selama berpuluh tahun rakyat sabah tidak berbelah bagi dalam menyokong UMNO. malah,undi sahaja byk membantu dari semenanjung. tapi ape pula balasan pada sokongan mereka2 ini?dan hari ini kerajaan umno balas jasa mereka dengan kenaikan harga minyak,kemiskinan yg semakin meluas,merendahkan lagi taraf hidup mereka.dan bagi 1 billion peruntukkan untuk mensedapkan hati mereka. tapi ape yg rakyat sabah mintak tidak dapat dilaksanakan.bukan la duit 1 billion yg bakal diratah itu yg didambakan,tapi kemajuan sabah itu sendiri yg mereka idam2kan.
masalah pendatang haram yg semakin membimbangkan sehingga sukar mengenalpasti yg mana rakyat sabah yg mane pendatang. malah mereka ini mampu membina petempatan sendri yg kebal dari pihak berkuasa.rakyat sabah saya rasa sudah lama bersabar.tapi kene faham mereka manusia,dan sabar mereka ada hadnya.kalau disemenanjung ni,para pemimpin boleh tido atas duit...sekurang2 mereka ingin merasa keselesaannya juga. dan akhirnya mereka telah bersuara dan membuka mata,adakah bn ini membantu mereka atau membantu kroni sahaja.
sabah adalah negeri yg miskin.tapi hasil sawit,dengan kepulauan yg cantik dengan cukai2 yg dikutip kerajaan kenapa tidak membantu rakyat sabah ini? kena bila kita semakin kaya,kita menjadi semakin kejam.adakah duit telah membutakan para pemimpin?dan adakah ini ajaran islam hadhari?ingat duit gaji yg dibayar adalah hasil wang rakyat,investment sumber negara patut dikongsi ngan rakyat. ini pak menteri je bolot abis.
yg pasti, tiada siapa yg bencikan UMNO, yg mereka benci org2 dalam UMNO yg tersangat bodoh dan ego ini.dulu,TUN nak berhenti org2 tak bagi,tapi beliau berhenti jugak kerna sudah sampai masanya.Tapi hasilnya byk kemajuan yg telah dibawa oleh TUN. Tapi paklah,nak tunggu berapa banyak lagi kemusnahan baru nak letak jawatan. atau setelah berlaku pemberontakan,atau penentangan besar2an baru nak letak jawatan.melayu bukan lemah,tapi melayu penuh dengan rasa hormat dan adab.kalau nak dkata akar umbi,sejauh mane wakil rakyat turun lihat kemiskinan rakyat. nak tunggu media siarkan baru terhegeh2 nak pegi. ini ke YB,wakil rakyat,JKKK...saya berharap sabah dan serawak akan jadi negeri maju selepas ini.yang pasti...kepimpinan yg lemah ini harus dibuang terlebih dahulu demi masa depan yg terbilang.kita adalah pusaka bangsa..bukan saka bangsat....

Tanpa Nama berkata...

Well said.UMNO must start to change laaa guys.Kalau tidak,PUPUS!

sujini berkata...

Salam akar umbi UMNODU,

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada
UMNODU kerana telah mengujudkan satu
weblog baru.Rupa-rupanya ada juga
bahagian UMNO yang masih "bernafas".
Syukurlah masih ada ahli-ahli dalam
UMNO yang tidak tidur macam Presiden
mereka.
Saya berharap weblog ini dan juga
weblog saka bangsa (Pemuda UMNO) tidak
akan terkubur bila keadaan politik
negara dah pulih dan UMNO mempunyai
Presiden yang baru.
Diharap banyak lagi Bahagian-Bahagian
UMNO mengambil pendiriaan UMNODU dan
mengujudkan weblog mereka masing-
masing. Syabas!
Kepada akar umbi UMNODU dan juga
ahli-ahli UMNO yang lain, jangan
sekali-kali lupa diri bahawa anda
adalah rakyat dan hamba Allah jua.
Kita mesti takut kepada Allah SWT
dan bukan kepada sesama manusia.
Semoga Allah SWT memberi petunjuk dan
hidayah kepada perjuangan anda yang
ikhlas ini. Wassalam.