Jumaat, 25 Julai 2008

Antara Merc dan Proton

Sedang rakyat Malaysia menanggung kesengsaraan inflasi tertinggi, ahli-ahli politik masih kekal dengan sikap angkuh dan sombong bodoh dalam memahami perasaan rakyat.

Rakyat sekarang sudah tidak mengharapkan lagi kerajaan mampu mengatasi masalah ekonomi negara. Rakyat sekarang sudah tidak percaya lagi kepada kepimpinan kerajaan. Tetapi pada masa yang sama, ini tidak bermakna kerajaan boleh bertindak tanpa memikirkan perasaan rakyat dan merendahkan pemikiran mereka!

Isu kereta Mercedez di Terengganu kononnya selesai apabila Pak Lah beri “restu” kepada Ahmad Said. Malangnya, alasan beliau amatlah lemah lagi memalukan. Apakah logik 14 kereta Mercedez Benz E-Class yang dibeli pada harga 3.4 juta duit rakyat hanya digunakan untuk tetamu kehormat yang melawat Terengganu?

Merc For Visiting Foreign Dignitaries (The Star)

Berapa ramai sangatlah tetamu kehormat yang datang ke Terengganu? Adakah akan timbul situasi di mana 14 buah kereta mewah ini dibiarkan tersadai dan berhabuk sehingga nilainya jatuh tetapi kerugian berlipat ganda kerana tidak digunakan langsung?

Kesilapan pertama sudah dibuat yakni membeli kereta mewah tersebut. Kesilapan kedua adalah bergaduh secara terbuka tentang pembelian itu. Kesilapan ketiga ialah “mengalah” kepada kehendak seorang Menteri Besar. Kesilapan keempat ialah tidak dapat mengawal kerajaan-kerajaan negeri di bawah pimpinan. Kesilapan terakhir adalah tidak mempunyai kebolehan untuk mencari alasan kukuh untuk menjustifikasi pembelian yang tidak boleh dipertahankan lagi!

Ada pula yang akan menuduh penulis anti-Pak Lah, pro-Mahathir.

Tetapi posisi penulis bergantung kepada tindak-tanduk kepimpinan, baik kepimpinan Barisan mahupun Pakatan Rakyat, sekarang atau yang dahulu.

Penulis tertarik dengan isu Proton dalam situasi ini. Masalah ini tidak akan timbul, dan Ahmad Said tidak akan mendapat sokongan, jika Proton berada dalam keadaan yang kukuh dan dihormati rakyat.

Sesetengah orang mengelirukan menyokong Proton dan mempertahankan negara. Ada perbezaan di antara dua entiti ini. Seorang pengguna Proton tidak semestinya lebih nasionalis atau patriotik daripada pengguna bukan Proton. Seorang yang mengkritik Proton tidak semestinya mengkritik negara.

Penulis cukup berbangga dengan kebolehan rakyat Malaysia untuk mencapai teknologi automotif yang tinggi melalui Proton. Penulis menyokong bahawa pada mulanya Proton harus dilindungi sementara ia mencapai kebolehan kompetitif.

Tetapi para “nasionalis Proton” juga harus melihat bagaimana semangat perlindungan semakin lama semakin membebankan rakyat. Proton ditubuhkan pada zaman 80-an, dan sehingga kini sifat perlindungan industri automatif masih berterusan.

Apabila eksais yang tinggi dikenakan kepada kereta-kereta import, pengguna hanya mampu membeli kereta Proton. Walaupun Proton tidak disubsidikan duit rakyat, dalam cara lain, rakyat tetap terpaksa membayar kepada Proton! Rakyat dibebankan dengan kesempitan pilihan, sehingga kereta yang bernilai rendah, berkualiti tinggi, dan lebih menjimatkan wang dijual pada harga lebih mahal agar tidak kompetitif dengan harga Proton.

Dari segi ekonomi, sepertimana dibahaskan kerajaan dalam menarik subsidi kepada rakyat, subsidi dalam apa cara sekalipun melahirkan satu ekonomi “palsu”. Dalam keadaan ini, Proton masih senang kerana ianya “gerenti” dapat menjual kereta kerana kereta-kereta lain dalam kategori yang sama dengannya dijual pada harga lebih tinggi kerana eksais dan cukai yang tinggi dikenakan kerajaan.

Umum diketahui bahawa masalah Proton bukanlah kerana Proton itu sendiri yang lemah, tetapi kerana ia terikat dengan “tanggungjawab” terhadap segelintir “pembesar” yang memegang kepentingan perniagaan. Kebanyakan masalah Proton timbul daripada kerendahan kualiti barang-barang pemasangan seperti tingkap, mekanisme tingkap, stering...yang kebanyakannya dibekalkan oleh syarikat-syarikat pihak ketiga.

Walaupun diketahui bahawa syarikat-syarikat ini mengeluarkan produk yang tidak bermutu, Proton tetap harus menggunakan khidmat mereka kerana campur tangan elemen “bukan perniagaan” di dalam dunia perniagaan automotif.

Jadi isu Ahmad Said dan Terengganu itu hanyalah satu isu kecil, isu yang menyembunyikan masalah lebih besar yakni kegagalan proses membangunkan Proton sehingga kualitinya tidak dipertikaikan rakyat sehingga ke tahap sebegini.

Masalah Proton pula hanyalah satu lagi dalam senarai kegagalan membangunkan ekonomi negara secara komprehensif dan kompetitif.

Penulis bukan sahaja mengkritik kerajaan persekutuan tetapi juga kerajaan-kerajaan negeri. Semuanya, baik dari pihak Barisan ataupun Pakatan, lebih sibuk cuba menjatuhkan musuh, daripada memerah otak memikirkan langkah-langkah drastik membantu rakyat secepat mungkin secara "sustainable".

Lain-lain berita:

Azalina Layak Cabar Ketua Pengerang (Malaysiakini)
Police Filmed Anwar's Every Move (Malaysiakini)
- ini pun nak buat aduan! Kalau polis rekod, lagi selamatlah Anwar kerana tidak akan berulang lagi insiden beliau didera. Ini juga untuk memastikan Anwar tidak membuat tuduhan tidak berasas tentang kekejaman dan kezaliman polis!

Kenalan Anwar (orang-orang luar) Gesa Gugur Dakwaan (Malaysiakini)

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Celaka betul. Rakyat memang dibebankan oleh Proton. Tetapi Isu sekarang bukan menlindungi proton. Isu sekarang ialah AP. AP itu menguntungkan UMNO. AP itu di kuasai UMNO dan dijual beribu ribu ringgit kepada penimpot. Sebab itu kereta yang di impot itu di jual di pasaran dgn harga yg tinggi.

AP itu mesti dihapuskan kerana ia menguntungkan crony UMNO sahaja.

Amira

Tanpa Nama berkata...

Saya nak sokong UMNO, saya percaya pada perjuangan,tapi saya tak percaya orang UMNO.

Pura-pura nak kawan dengan PAS.

C'mon UMNO.Change your ways.Listen to your grass root like UMNO D.U.

I hope the rest of your members share your views.