Ahad, 6 Julai 2008

PROTES - Hilang Arah?

Sejuta rakyat Malaysia ramai-ramai menyeru Pak Lah berundur dan Anwar Ibrahim naik “takhta”.


Mungkin inilah yang diharapkan PROTES, penganjur perhimpunan “besar-besaran” memprotes kenaikan harga minyak, apabila merancang perhimpunan yang bermula pagi ini dan berakhir lewat malam.

Tetapi malangnya, walaupun jalan raya secara relatif agak lengang, sambutannya tidak ubah seperti satu lagi ceramah besar-besaran Pakatan Rakyat. Dalam stadium yang boleh memuatkan 50 000, protes hari ini mampu menarik 30 000 sahaja. Benar atau tidak jumlah ini, ianya satu lagi tamparan hebat kepada PR yang melihat sokongan semakin suam-suam kuku.


Kenapa? Adakah kerana rakyat secara tiba-tiba kembali percaya kepada Barisan Nasional dan UMNO?

Pada pendapat penulis, ini semua berbalik kepada pendapat bahawa kekalahan Barisan di PRU 12 BUKANLAH kerana menyokong polisi dan fahaman Pakatan Rakyat, tetapi kerana mual dan menyampah dengan tindak-tanduk Barisan, terutamanya UMNO.

Pendek kata, jawapan kepada persoalan tadi adalah TIDAK. Rakyat masih lagi kurang percaya dengan kepimpinan Barisan, TETAPI mereka juga tidak percaya dengan kepimpinan Pakatan Rakyat. Sebab itulah PROTES setakat menjadi ceramah.

Rakyat sekarang berada di persimpangan dilema – sebuah krisis kepimpinan di mana pilihan yang sedia ada tidak cukup bagus bagi mereka! Bukan sahaja UMNO, tetapi juga PR!

Itulah dilema yang dialami rakyat jelata. Mungkin ada di kalangan penyokong PR yang menidakkan hakikat ini, tetapi mereka ini hanya membutakan realiti sebenar di peringkat akar umbi.

Penulis mengakui bahawa Pakatan Rakyat mempunyai peluang yang amat baik untuk menukar “undi protes” terhadap BN ini ke “undi sokongan” kepada PR. Ini kerana mereka naik kuasa tanpa sejarah atau “legacy” yang boleh menghantui kepimpinan dan tindak tanduk.

Penulis juga ada rasa bersyukur kerana sekurang-kurangnya kejayaan PR ini menjadi satu kejutan buat UMNO agar mengubah pendekatan dan pendirian yang kian dibayangi kepentingan peribadi dan kekayaan.

Walaubagaimanapun, PROTES hari ini hanya menunjukkan sebuah gabungan parti yang tiada arah tuju, tiada matlamat, kecuali menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional. Apakah yang boleh dikatakan sebagai penyelesaian masalah ekonomi sekarang? Takkan setakat jatuhkan kerajaan?

Anwar Ajak Pak Lah & Najib Debat (The Star)

Kenapa pula rakyat harus berasa yakin dengan kerajaan kepimpinan PR apabila setiap negeri di bawah kawalan mereka bertindak secara sendirian dengan polisi berbeza tanpa kata sepakat? Bagaimana pula dengan prestasi Pakatan Rakyat di Selangor? Alhamdulillah, ada air percuma, tetapi jika itulah polisi PR di peringkat persekutuan, maka tiada harapan lagilah bagi ekonomi Malaysia.

Jika semuanya hendak diberikan secara percuma (air) atau murah (minyak) kepada rakyat, hanya kerana itu langkah populis tanpa rasional ekonomi, maka rakyat yang menikmati benda percuma dan murah ini akan bangun satu hari untuk melihat air dan minyak hilang begitu saja. Mampukah rakyat untuk tiba-tiba berbelanja semula bagi barangan yang selama ini percuma? Wallahualam.

Berbalik kepada PROTES hari ini. Selain daripada kekecewaan dari segi sokongan, pasti ada yang mempersoalkan bagaimanakah pemimpin Melayu dan Islam bersatu bersama pemimpin gerakan anti Melayu seperti HINDRAF. Atau adakah mereka sudah mengabaikan manifesto bersifat perkauman yang diperjuangkan HINDRAF?

Kandungan Manifesto HINDRAF

Persoalan seterusnya - apakah mesej yang cuba disampaikan PR dengan agenda dan program PROTES yang menyelitkan hiburan di antara ceramah-ceramah? Kenapa perlu dihairankah apabila koordinator hiburan tidak lain tidak bukan saudara Hishamudin Rais? Tidak hairanlah ada sukarelawan dari PAS turut “protes” terhadap “PROTES” kerana keterlaluan hiburan yang disajikan. Tidak hairanlah ada kugiran yang tunjuk punggung.

Rakyat "PROTES" terhadap kugiran di PROTES (Malaysiakini)


Persoalan terakhir – apakah langkah konkrit, pelan tindakan, yang boleh membantu rakyat sekarang, dalam menghadapi keruncingan ekonomi? KOSONG! Sebaliknya semuanya berbalik kepada politik! Sebagai ahli UMNO, ini adalah sesuatu yang baik kerana rakyat juga akan mual dengan PR.

Tetapi sebagai rakyat, penulis ingin juga melihat sesuatu perubahan, satu harapan bahawa PRU 12 bakal mengangkat politik Malaysia ke satu tahap kematangan di mana parti-parti dapat berhujah di atas landasan polisi dan “action items” selain retorik dan omong kosong sahaja.

Malangnya, Pakatan Rakyat semakin lama semakin jauh dari realiti di peringkat akar umbi. Apabila hanya melihat ke atas, yang di bawah dilupakan. UMNO juga harus terima kelemahannya, tetapi rasanya sudah cukup ulasan di dunia siber tentang kelemahan dan keburukan UMNO, bukan?


14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

UMNODU tanya:

"ersoalan terakhir – apakah langkah konkrit, pelan tindakan, yang boleh membantu rakyat sekarang, dalam menghadapi keruncingan ekonomi? "

Lepas tu UMNODU jawab:

"Kosong" Soalan yang dia sendiri tanya dia sendiri jawab.


UMNODU, pelannya adalah MENURUNKAN HARGA MINYAK ke tahap YANG TIDAK MEMBEBANKAN RAKYAT.

Faham tak. ITULAH PELAN KONKRIT NYE.

Ai takkan tak paham2 lagi kot?

Tanpa Nama berkata...

PAS jangan tunjuk belang sangat. Depa tanya ni pasai Hindraf semua. Toksah duk nak petik-petik satu ayat tapi x paham maksud UMNO ni.

Lawan tetap lawan. Strategi PKR akan DSAI cerita Julai 15 nanti. Itulah pelannya.

Penulis: Kami pun fed-up la si PAS ni kecoh tapi x tau pi ke tak PROTES. Kalau pi pun lepas tuh merajuk plak...susah la.

Lawan Tetap Lawan!!!

Tanpa Nama berkata...

anwarisme,

Hang yang tak faham tulisan tu. Baik hang baca betul2.

Nampaknya ngata dulang paku serpih agaknya si anwarisme ni.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Ulasan merapu dari mereka yang tak bertamadun. I'not Malay but you all have no right to generalize. Please use your brain.

Molongkolong

Tanpa Nama berkata...

Saya tertarik dengan ulasan dari pembaca2 sekelian. sebenarnya tuan2, ini bukan masalah racist, tetapi lebih kepada masalah dalaman melayu itu sendri. UMNO kini yg wujud adalah 1 parti yg tidak lagi konsisten dengan perjuangan membantu rakyat. sebaliknya lebih kepada perjuangan membantu kroni dan dilihat lebih kepada perjuangan yg penuh berpura2. kalau isu racist ingin diutarakan, kenapa dulu bila TDM nak buat sekolah bistari bagi menggantikan SJKC dan SJKT mendapat bantahan? dari sini kita sendri boleh fikir siapa yg lebih2 dalam isu racist ini.

pada saya, masalah melayu biar diselesaikan oleh melayu sendri, pada yg nak tinggalkan negara ini, baik sahaja pergi terus dan jangan kembali. mmg benar malaysia bukan negara yg sesuai untuk dihuni sekarang. malahan, kemajuan yg dicanang pada 2020 itu sudah tiada lagi kelibatnya. yg ada cuma bayang2 kehancuran yg semakin hampir. cuba saudara2 beli akhbar2 nasional, apa pengisiannya? KOSONG!!! dan PM kita sendri pemikirannya KOSONG!!! hanya tahu menyalahkan org lain sedangkan kelemahan sendiri tidak nampak. ini kerana terlalu diampu oleh mereka2 yg ada kepentingan politik mereka sendiri. malah, baru2 ini dia menyalahkan rakyat sekali lagi kerana membuat negara tidak tenteram dan selesa kerana fitnah. Terasa kadang2 komen saudara2 tentang melayu itu benar.

kalau dilihat, melayu sebenarnya paling banyak tertindas dan terhimpit dengan kelemahan pentadbiran sekarang. dan yg menindas itu adalah org yg dalam media melaung2kan perjuangan bangsa yg kononnya inginkan keadilan. tetapi sebaliknya dengan rakus meratah hasil negara sehingga rakyat terbeban dengan kemiskinan negara sekarang. apa yg mampu dibuat kerajaan? ingin bantu IKS, dah berapa banyak bungkus dah, kontraktor melayu, dah berapa banyak gulung tikar. anda yg mampu keluar dari malaysia ini patut bersyukur. kerana anda mampu mengubah nasib anda. mungkin negara2 yg anda sebut seperti china, taiwan, hongkong, singapore dan sbgnya adalah lebih baik dari malaysia. tetapi pada kami yg tidak mampu, kami terpaksa bertahan. pada kami, tiada istilah tongkat selama kami hidup. kerana tongkat2 tersebut hanya yg dapat pada barua2 UMNO yg mengampu sahaja. kami sudah lama hidup survival, macam kaum2 lain juga.

so, kalau sudah terlampau bijak, baik la berfikir dulu sebelum berbicara. serupa juga macam makan babi, tak tahu ke dalam badan babi tu ada cacing yg tak mati even di panggang. x percaya? cuba tuangkan air coke keatas daging babi. akan keluar la cacing2 itu. disgusting... itu la sebab banyak sangat makan babi, sampai tak boleh fikir bila bercakap. jangan berpandangan sempit. cuba tengok skop yg lebih luas. jangan berlagak seperti bijak pandai tapi bercakap seperti org tak bertamadun. sudah la pemimpin pun tak bertamdun, jangan ditambah lagi bilangannya...
just my 2 cents...

Akar umbi UMNO Damansara Utama berkata...

Salam,

I think for all intent and purposes we know that most of the comments above are from the same person (look, we can always draw out your IP address etc.2).

Thanks for taking the time to vent your frustration and show that, well, you are as racist as you claim others are.

Unfortunately, because it is against the policy of this blog to use offensive language, I have to delete your (I'm referring to a single person) entries.

I really wish I don't have to do so, but what choice do I have considering your lack of respect?

:)

Regards,

UMNO D.U