Sementara sandiwara politik Malaysia berterusan, dan muka surat hadapan dipenuhi penerangan dan persoalan tentang DNA, Anwar dan Inul, beberapa perkembangan yang membimbangkan diabaikan kebanyakan rakyat jelata.
Hari ini dilaporkan prestasi Bursa Malaysia Berhad yang nilainya jatuh mendadak 54% sejak dari Januari tahun ini. Ini berikutan kejatuhan pasaran saham Bursa Kuala Lumpur yang jatuh 26% dalam tempoh yang sama.
Bursa Malaysia Berhad adalah syarikat yang bertanggungjawab, dalam erti kata mudah, menguruskan pasaran saham di Malaysia. Keuntungan mereka banyak bergantung kepada jumlah pertukaran saham, di mana apabila pasaran saham aktif, keuntungan akan bertambah.
Walaupun kejatuhan Bursa Malaysia Bhd bukanlah satu petanda mutlak tentang keadaan ekonomi negara, ianya menandakan bahawa pasaran saham Malaysia kian lesu, dan pelabur juga yakin ia akan terus lesu.
Malaysia mengalami inflasi dalam keadaan ekonomi yang tidak berkembang (“stagflation”), walaupun data dan statistik cuba menunjukkan perkembangan.
Keadaan inflasi mungkin akan memaksa Bank Negara menaikkan kadar pinjaman, walaupun pada pendapat penulis, inflasi tahun ini disebabkan kenaikan bahan mentah dan bukan peningkatan permintaan.
Apabila kadar pinjaman ditingkatkan, bank-bank juga akan menaikkan kadar bunga pinjaman sedia ada dan mengetatkan syarat pinjaman. Jadi semakin mahal untuk melangsaikan hutang perumahan ataupun untuk mengambil pinjaman. Keadaan ini akan menyukarkan lagi perniagaan baru dan juga rakyat biasa. Ekonomi akan mengalami satu putaran yang sukar untuk dihentikan.
Adakah ini situasi anda?
Sebagai contoh, pemaju akan mengalami masalah untuk memulakan projek kerana kos pinjaman terlampau tinggi. Ini bermakna projek yang sudah bermula akan lebih bernilai, tetapi akan mengalami masalah mencari pembeli kerana pinjaman perumahan sukar diperolehi. Lama kelamaan, projek tersebut akan terbengkalai, dan kontraktor serta industri-industri yang bergantung kepada projek tersebut akan “bungkus”, “tutup kedai”.
Mereka yang terlibat akan kekurangan wang. Pembeli rumah juga akan kekurangan wang apabila kadar bunga meningkat.
Wang yang kurang menyebabkan mereka semakin kurang berbelanja. Apabila mereka kurang berbelanja, industri lain pula akan terganggu. Sebagai contoh, industri percutian dan perhotelan kerana wang individu disimpan atau dibelanjakan untuk keperluan asas yang kos-nya semakin meningkat.
Dan apabila industri-industri lain terganggu, perkara yang sama akan berlaku. Pekerja mereka pula mungkin dibuang kerja, menambahkan satu lagi masalah – pengangguran. Duit semakin kurang diputarkan dalam pasaran menyebabkan perkembangan ekonomi yang negatif berlaku.
Salah siapa?
Itulah ramalan ekonomi Malaysia tahun ini. Faktor luaran seperti masalah di Amerika Syarikat, kenaikan harga minyak dunia dan kekurangan bahan mentah makanan dikatakan penyebab kepada masalah ini. Dari satu aspek, memang betul kerana pasaran saham dunia juga menunjukkan penguncupan dari tahap setahun yang lalu.
Walaubagaimanapun, kita tidak boleh mengabaikan faktor domestik. Penulis harus menerima kenyataan bahawa ekonomi di Malaysia terlalu bergantung kepada kerajaan. Di Malaysia, kerajaan bukan sahaja menjadi pemantau tetapi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi.
Projek-projek besar yang menghasilkan pulangan lumayan dan menggerakkan industri kecilan lain kebanyakannya dimulakan atau dicadangkan kerajaan. Ini adalah antara sebab projek mega begitu penting bagi negara Malaysia satu ketika dahulu. Tanpa projek-projek ini yang dibiayai kerajaan, industri pembinaan akan perlahan-lahan lenyap.
KLCC merupakan sebuah projek kerajaan yang sedikit sebanyak menghidupkan kembali keadaan pasaran hartanah di kawasan Kuala Lumpur. Mungkin ada yang melihat keuntungan hanya kepada pembina tertentu @ kroni kerajaan. Mungkin ada benarnya, tetapi tujuannya adalah untuk menggerakkan kawasan tengah kota KL ke satu tahap lain.
Bukan pembina KLCC sahaja yang untung. Peningkatan nilai hartanah menguntungkan kawasan sekitar KLCC. Kehadiran satu lagi pusat membeli belah moden memberi nafas baru kepada pasaran konsumer. Industri sampingan seperti “retail”, makanan dan perkhidmatan berkembang hasil daripada projek ini. Penjanaan ekonomi berlaku, walaupun bukan atas sebab semula jadi sebaliknya diacukan oleh kerajaan.
Masalahnya adalah penggantungan bulat-bulat untuk kerajaan melakukan “sesuatu”. Dan apabila kerajaan tidak mampu atau tidak mahu atau tidak tahu untuk menjana ekonomi, industri-industri ini ternganga menanti – bagaikan seorang anak dewasa yang masih mahu disusukan ibunya.
Sejak tahun 2004 kita telah melihat pelbagai pengumuman langkah kerajaan untuk membangunkan ekonomi. Walaubagaimanapun, apabila industri minyak dan gas menyumbangkan lebih 50% daripada pendapatan kerajaan (2008), ini adalah petanda bahawa langkah-langkah ini masih belum membuahkan hasil untuk kerajaan dan rakyat. Ini jauh berbeza daripada keadaan sebelum 2004 di mana industri minyak dan gas hanya menyumbangkan tidak lebih 30% daripada sumber pendapatan kerajaan.
Peratusan sumbangan minyak ini adalah amat membimbangkan kerana ianya menunjukkan penggantungan ke atas satu sumber yang tidak tentu nilainya dan tidak akan ada selama-lamanya.
Itulah realiti sekarang ini. Tatkala rakyat disuruh supaya mengurangkan penggantungan kepada minyak, kerajaan juga semakin terikat pada industri tersebut.
Ketidak-stabilan politik juga mempunyai kesan mendalam, tetapi persoalannya adalah – adakah ketidak-stabilan politik menyebabkan kegawatan ekonomi ATAUPUN masalah ekonomi yang membawa kepada ketidak-stabilan politik?

1 ulasan:
salam...
kali ini abe MIE kata 90% betul dengan apa yg kau tulis di atas.
ekonomi=politik
http://pkrpasdap.blogspot.com
Catat Ulasan