Tiada kata-kata protes, tiada pujuk rayu, tiada tangisan. Sebaliknya, tepukan gemuruh diberikan apabila Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia (sedangkan pada pendapat penulis tugas sebagai PM lebih penting dari Presiden UMNO) mengumumkan beliau tidak akan menerajui UMNO pada PRU 13.
Penulis menghormati cara Pak Lah, dan seperti yang selalu penulis katakan, penulis tidak ada masalah dengan keperibadian Pak Lah. Tetapi Pak Lah juga harus menerima bahawa reaksi sebegini membawa dua erti:
1) Beliau tidak dianggap “irreplaceable”. Itulah legasi yang ditinggalkan Pak Lah, apabila ramai di dalam UMNO menerima dengan hati terbuka, malah menanti-nantikan pemergiannya.
2) Ahli UMNO, walaupun di peringkat tertinggi, mahukan perubahan. Masa yang ditentukan Pak Lah (2 tahun) yang menjadi penghalang tepukan gemuruh berubah ke sorakan.
Penulis berpendapat pengumuman Pak Lah ini adalah satu strategi untuk melemahkan semangat ahli akar umbi dari mengundi untuk perubahan. Kenapa? Kerana DS Najib (seorang lagi individu yang semakin mengecewakan penulis) pasti akan menarik balik agen-agennya yang beberapa minggu lalu mula sibuk mencari pencalonan yang cukup.
Kenapa Najib terima sahaja peralihan ini? Mudah. Dalam situasi beliau yang penuh kontroversi sejak kebelakangan ini, sebarang cubaan ke atas mengambil alih tempat Pak Lah akan penuh dengan risiko. Risiko apa? Risiko rahsia terdedah atau didedahkan orang-orang berkepentingan!
Tetapi Najib juga harus mengambil kira tempoh 2 tahun yang begitu panjang. Seperti yang diperkatakan ramai, 2 tahun itu masa yang cukup lama. Macam-macam boleh berlaku yang mungkin menidakkan kenaikan Najib. Sebenarnya itu risiko yang lebih besar!
Penulis tidak boleh menerima alasan lemah Pak Lah yang mahukan Najib belajar menjadi PM dalam masa 2 tahun ini. Sudah hampir 2 penggal Najib bergelar Timbalan Perdana Menteri, sekaligus memegang jawatan PM setiap kali Pak Lah pergi ke luar negeri. Jadi untuk mengatakan Najib kurang pengalaman adalah tidak tepat sama sekali.
Alasan untuk melaksanakan RM ke-9 adalah alasan yang tidak munasabah. Melainkan beliau takut Najib tatkala bergelar PM memberhentikan semua projek-projek RMK 9 Pak Lah sepertimana beliau lakukan terhadapa projek-projek Tun Dr. Mahathir.
Tetapi penulis sekali lagi menghormati keputusan Pak Lah untuk tidak mengumumkan “no contest” untuk dua jawatan teratas UMNO. Malah, penulis tabik hormat keberanian Pak Lah yang mengatakan beliau sanggup terima apa-apa jua cabaran.
Ini boleh disifatkan sebagai seorang pemimpin yang percaya pada konsep demokrasi, atau seorang pemimpin yang begitu yakin beliau tidak akan dicabar.
Pilihan di tangan anda.
Alhamdulillah
ACA Diberi Kuasa Mendakwa (Malaysiakini)
Mungkin ada di kalangan UMNO yang tidak mahu perubahan dalam cara sistem sekarang. Mungkin kerana mereka takut, mungkin kerana mereka ada kepentingan peribadi. Tetapi bagi penulis ini, berita bahawa BPR kini boleh mendakwa tanpa merujuk kepada Jabatan Peguam Negara adalah satu perkembangan yang amat positif sekali.Pak Lah Hands Over Job to Najib in 2 Years (Malaysiakini)
Pak Lah Confirms 2010 Quit Move (Malaysian Insider)
Pak Lah Confirms 2010 Quit Move (Malaysian Insider)
Penulis menghormati cara Pak Lah, dan seperti yang selalu penulis katakan, penulis tidak ada masalah dengan keperibadian Pak Lah. Tetapi Pak Lah juga harus menerima bahawa reaksi sebegini membawa dua erti:
1) Beliau tidak dianggap “irreplaceable”. Itulah legasi yang ditinggalkan Pak Lah, apabila ramai di dalam UMNO menerima dengan hati terbuka, malah menanti-nantikan pemergiannya.
2) Ahli UMNO, walaupun di peringkat tertinggi, mahukan perubahan. Masa yang ditentukan Pak Lah (2 tahun) yang menjadi penghalang tepukan gemuruh berubah ke sorakan.
Penulis berpendapat pengumuman Pak Lah ini adalah satu strategi untuk melemahkan semangat ahli akar umbi dari mengundi untuk perubahan. Kenapa? Kerana DS Najib (seorang lagi individu yang semakin mengecewakan penulis) pasti akan menarik balik agen-agennya yang beberapa minggu lalu mula sibuk mencari pencalonan yang cukup.
Kenapa Najib terima sahaja peralihan ini? Mudah. Dalam situasi beliau yang penuh kontroversi sejak kebelakangan ini, sebarang cubaan ke atas mengambil alih tempat Pak Lah akan penuh dengan risiko. Risiko apa? Risiko rahsia terdedah atau didedahkan orang-orang berkepentingan!
Tetapi Najib juga harus mengambil kira tempoh 2 tahun yang begitu panjang. Seperti yang diperkatakan ramai, 2 tahun itu masa yang cukup lama. Macam-macam boleh berlaku yang mungkin menidakkan kenaikan Najib. Sebenarnya itu risiko yang lebih besar!
Penulis tidak boleh menerima alasan lemah Pak Lah yang mahukan Najib belajar menjadi PM dalam masa 2 tahun ini. Sudah hampir 2 penggal Najib bergelar Timbalan Perdana Menteri, sekaligus memegang jawatan PM setiap kali Pak Lah pergi ke luar negeri. Jadi untuk mengatakan Najib kurang pengalaman adalah tidak tepat sama sekali.
Alasan untuk melaksanakan RM ke-9 adalah alasan yang tidak munasabah. Melainkan beliau takut Najib tatkala bergelar PM memberhentikan semua projek-projek RMK 9 Pak Lah sepertimana beliau lakukan terhadapa projek-projek Tun Dr. Mahathir.
Tetapi penulis sekali lagi menghormati keputusan Pak Lah untuk tidak mengumumkan “no contest” untuk dua jawatan teratas UMNO. Malah, penulis tabik hormat keberanian Pak Lah yang mengatakan beliau sanggup terima apa-apa jua cabaran.
Ini boleh disifatkan sebagai seorang pemimpin yang percaya pada konsep demokrasi, atau seorang pemimpin yang begitu yakin beliau tidak akan dicabar.
Pilihan di tangan anda.
Alhamdulillah
ACA Diberi Kuasa Mendakwa (Malaysiakini)
Adakah ini legasi Pak Lah juga? Kalau ya, terima kasih.
2 ulasan:
Saya terbaca di satu blog bahawa Tan Sri Sanusi memetik sebahagian dari kata-kata Alexander Fraser Tytler dalam ucapannya di Telok Kemang pada Julai 12hb, 2008.
Petikan itu seperti di bawah:
From bondage to spiritual faith; From spiritual faith to great courage; From courage to liberty; From liberty to abundance; From abundance to complacency; From complacency to apathy; From apathy to dependence; From dependence back into bondage.
Mengikut Sanusi, orang Melayu berada di pelbagai peringkat dan masih perlu pembelaan dan diperjuangkan.
Ayuh kita fikirkan pula keadaan mereka yang tidak perlu pembelaan?
Ada yang sudah mewah dan kini leka. Ramai sudah ambil sikap tidak peduli kepada nasib bangsa dan perjuangan bangsa yang memberi kemewahan dan kejayaan kepada mereka.
Ramai pula dalam masyrakat sudah di tahap pergantungan dalam pelbagai rupa. Mereka rela lakukan apa saja untuk jalan mudah ke arah kemewahan dan kuasa. Pembohongan, pengkhianatan, pencurian, dan apa saja dilakuakan untuk demi kepentingan diri, keluarga – anak dan menantu, dan sahabat dan kroni.
Mereka ini yang akan membawa kita kembali semula kepada penjajahan dan penghambaan. Abdullah Badawi telah membawa kita ke keadaan demikian dalam masa singkat 4 tahun.
Adakah peralihan dalam dua tahun itu sesuai?
Mandat habis akhir tahun di dalam waktu tambahan. Apahak Presiden untuk menyerahkan pada masa yang dia tidak ada mandat lagi. Alangkah pelik UMNO melakukan kita .
Adakah Abdullah seorang yang berkebolehan?
Dia diserahkan kuasa dengan negara sudah dipulihkan. Dia hanya melakukan pembinasaan. Tidak dapat kuasai pentadbiran, lemah, leka/tidor dan mudah dipengaruhi.
Adakah ini satu penyelesaian dengan keadaan negara, bangsa dan parti serta tekanan pembangkang dan tuntutan masyarakat?
Demi menjaga hati, kita mengenepikan kepentingan parti, halatuju perjuangan dan kepentingan bangsa, negara, agama dan parti.
Dalam keadaan yang sangat kritikal kita masih mah mencari jalan tengah dan menangguh2 lagi. Kita sudah tidak ada masa.
Demi tatasusila dan adab, kenapa Imam yang tidak diterima makmum mahu lagi kekal? Margret Tatcher boleh turun bila akarumbi sudah tidak mahu walaupun mahu dapat 60% undi?
Pak Lah seperti seorang yang gila kuasa. Bukankah tidak ada adab susila Melayu orang yang tidak tahu merendah diri, bersikap ego dan menolak kehendak akarumbi parti dan rakyat?
Bolehkah parti dipulih dalam dua tahun lagi dengan masa lebih kurang dua tahun setengah?
Orang yang tidak tahu dan telah membinasakan ekonomi tidak boleh diharap menghidupkan kembali.
Lame duck hanya siapkan kerja yang ada. Reform tidak boleh dilakuakn oleh seorang PM lame duck tetapi oleh pemimpin yang mahu kekal. Sepatutnya dalam 100 hari sudah cukup masa untuk memahami, selepas itu sepatutnya tindakan dan penyampaian.
Dalam 4 tahun, tidak ada apa2 signifikan yang telah dapat dilakukan! Dia tidak boleh diberi lagi masa.
Persidangan UMNO Cawangan 17 Julai ke 24 Ogos. Bahagian 9 Oktober - 9 November. Agong 16-20 Disember.
Fikirkan apa yang dikata sebelum pergi bersidang.
Sedia berjuang. Tentangi kekangan. Hilangkan ketakutan. Rungkaikan pergantungan.
Berani lakukan perubahan!
Bersuara. Sebarang manipulasi ditentang habis-habisan. Usul diguna untuk nyatakan pendirian. Undi diguna dengan penuh kebijaksanaan dan keberanian.
Tempoh peralihan terlalu lama. 2 tahun cukup untuk KJ menafikan hak Najib sebagai PM.
http://dunia-politik.blogspot.com
Catat Ulasan