Jumaat, 4 Julai 2008

Berita Terkini

Kisah Sandiwara

Pengakuan Bersumpah Balasubramaniam, Penyiasat Persendirian yang berkhidmat untuk Razak Baginda - menyatakan bahawa Najib mengenali Altantuya, Najib pernah melakukan hubungan seks, Najib akan menyelesaikan masalah antara Razak Baginda dan Altantuya (Malaysiakini)

Najib Tidak Kenal Altantuya - Najib menyatakan beliau tidak kenal Altantuya, dan segala tuduhan Balasubramaniam adalah tidak berasas. Mengaku Saiful (pelapor kegiatan sodomi Anwar) Bukhari melawatnya 2 hari sebelum laporan polis dibuat olehnya. (Malaysiakini)

Polis Melarang Perhimpunan - Polis memberi amaran kepada rakyat supaya jangan melibatkan diri dalam perhimpunan yang dirancang pada 6 Julai nanti kerana ianya adalah perhimpunan awam. (The Star)

Anwar Mengaku Silap - Anwar Ibrahim mengaku mengambil Saiful Bukhari adalah satu kesilapan. Mengaku Saiful ada pernah mengikutnya ke lawatan luar negeri dan juga beliau pernah melawat kondominium Desa Damansara, tempat beliau dituduh melakukan sodomi. (Malaysiakini)

Memang Anwar Pernah Datang - Pengawal kondominium Desa Damansara memberitahu pernah nampak Anwar datang ke kondominium itu 2 atau 3 kali tetapi tidak dapat memastikan kehadiran Saiful Bukhari (NST)

Kisah Realiti

Pasaran Ekuiti Dunia Hilang 3 Trilion Dolar - dalam bulan Jun pasaran ekuiti dunia kehilangan lebih kurang USD 3 Trilion dalam keadaan kegawatan ekonomi dunia. (The Star)

Bursa Saham Kuala Lumpur Lumpuh - bursa saham gagal berfungsi sejak 9 pagi di atas alasan teknikal (The Star)

Calon Majlis Perbandaran Ada Rekod Jenayah - 2 calon yang bakal dilantik ke Majlis Perbandaran Ampang dituduh memikili rekod jenayah, dan seorang lagi pernah ditahan di bawah salah satu akta keselamatan negara. (NST)

Fokus!

Tiada ulasan: