Isnin, 14 Julai 2008

CEREKARAMA! (Malaysiakini)

Penulis kecewa dengan sikap yang diambil Pakatan Rakyat yang semakin hari semakin terdesak untuk mengembalikan kemarahan rakyat terhadap Barisan Nasional.

Mereka tahu sebarang usul “hilang kepercayaan” terhadap Pak Lah akan ditumbangkan dengan mudah oleh MP Barisan. Jadi apakah tujuan sebenar usul itu? Rakyat memberi tanggungjawab yang besar terhadap Pakatan Rakyat, dan mereka membayarnya dengan PROTES dan usul yang tidak ke mana-mana.

Kemudian, apabila Speaker Dewan Rakyat menolak usul tergempar yang difailkan Khamis lalu (sememangnya di dalam hak dan kuasa Speaker), apakah reaksi MP Pakatan Rakyat? Protes!


Apakah yang dapat dicapai dengan memboikot sidang parlimen? Apatah lagi apabila Pandikar Amin dengan jelas menerangkan usul tergempar itu ditolak kerana difailkan di bawah Standing Order yang salah. Kalau benar perjuangan adalah untuk menjatuhkan Pak Lah, failkan lagi usul di bawah Standing Order yang betul, seperti dinasihatkan Speaker Dewan.

Atau adakah Pakatan Rakyat memang PERLU dan HARUS mendebatkan usul ini pada hari ini juga? Adakah isu usul tergempar ini satu lagi mainan politik yang tidak disedari rakyat?

Dari minggu lepas sudah diketahui Anwar akan disoal siasat Polis pada minggu ini. Esok pula DSAI akan menghadap rakyat dan berdebat dengan Shabeery Cheek di kaca TV tentang isu minyak. Minggu lepas pula Pak Lah mengumumkan akan letak jawatan 2010, sekaligus menstabilkan keadaan di dalam UMNO.


Keadaan semakin meruncing buat Pakatan Rakyat dengan kritikan dan kegagalan semakin ketara. Penutupan kilang-kilang di P.Pinang (dan khabarnya Selangor tidak lama lagi), isu “Pangkor II” di Perak, kegagalan PROTES, pengakuan kerja sama antara PAS dan UMNO…belum lagi dicampur skandal yang membelenggu pemimpin mereka, Anwar Ibrahim.


Renung-renungkanlah. Usul tergempar itu tiada maknanya, kerana tidak akan mendapat cukup sokongan. Kemudian, disebarkan ura-ura akan ada perhimpunan di kawasan Parlimen, mengundang reaksi daripada polis sekaligus membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan. Pernahkah rakyat terfikir bahawa mungkin ada anasir yang ingin polis bertindak sebegini?


Kini, Anwar pula “kecewa” dengan tindakan polis yang tidak “gentleman”. Khabarnya beliau telah bersetuju dengan rela hati pergi ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur. Tetapi apabila beliau diserahkan “order” untuk pergi ke ibu pejabat polis KL, beliau merajuk dan terus tidak mahu pergi. Katanya keluarga dilayan dengan teruk.


Apakah yang dimaksudkan Anwar? Apakah buktinya? Adakah kerana polis bercakap kasar dianggap layanan teruk? Wow, alangkah mulianya dunia ini jika polis datang dengan senyuman besar dan layanan mesra menyerahkan saman/arahan kepada seorang suspek jenayah!

Siapakah Anwar Ibrahim untuk menerima layanan istimewa? Kalau benarlah Pakatan Rakyat sebuah pakatan untuk rakyat, maka pemimpinnya kena berhenti bersikap seperti diva dan meminta layanan istimewa!

Semakin lama Pakatan Rakyat melekatkan diri dengan DSAI, selagi itulah mereka akan dibayangi sejarah hitam. DSAI semakin hari semakin menjadi liabiliti kepada Pakatan Rakyat. Yang ironinya, situasi beliau sama dengan Pak Lah di dalam UMNO!

MV Augusta - Tolong Jawab!

Bagaimanakah sebuah syarikat milik PROTON dijual pada harga RM 5 kemudian dijual pula oleh pembeli tersebut dengan keuntungan RM 800 JUTA!!!

3 ulasan:

abe MIE 'TERJAH' berkata...

salam...

semua orang tak sabar nak lihat debat.. boleh jadi anwar buat hal kali ke-2... tak hadir? dia tu, kan kaki pembelit...

kalau dia hadir, anwar kena sediakan jawapan kepada soalan bukan buat soalan... agak sukar juga. lagipun isu liwatnya pada hari ini - 14.7.08 (ISNIN) sampai petang polis tunggu batang hidungpun tak nampak. wakil dihantar buat apa.

apapun, besok kita lihat antara realiti dengan fantasi. kalau benar ada cara untuk turunkan harga minyak, bagaimana? anwar ada jawapan.

abe MIE takut kalau anwar tidak hadir dan akan berkata, dia tidak layak berdebat dengan menteri penerangan yang masih hingus... boleh jadi. kalau benda ini berlaku, padan muka kita semua. masak-masak kena tipu kat anwar kali keseribu.

pkrpasdap.blogspot.com

AKU berkata...

Satu lagi blog penyokong TDM. Bravo!!!. Blog ini akan hentam Pak Lah dan Pakatan Rakyat. Nak makan dua-dua. Tamak betul....

Makan satu-satu la... Tutuh Pak Lah dulu lepas tu baru tutuh Pakatan.

Pak Lah 1000000000x lebih baik dari TDM la... myKMU tak berapa laku kut.. atau dah teruk kena lanyak...

Rakyat nak muak dengan hampa-hampa ni...

Hampa ni puak-puak yang tak dapat Projek zaman Pak Lah sekarang ni...
Itu saja. Cuba cari-cari payung baru kut nak boleh berteduh..

Tanpa Nama berkata...

Suatu blog pos yang begitu padat dan senang dipahami maksud penulis.

Akan kita terbitkan untuk pembaca laman berita kita dan paut kembali ke blog saudara.

News website kita di http://mylivingwall.com

All the best,
mylivingwall.com