Rabu, 9 Julai 2008

Ketua Bahagian Pilih Pak Lah, Najib

Fakta: Mesyuarat cawangan belum bermula. Pemilihan ketua cawangan dan naib ketua belum dilakukan. Mesyuarat bahagian jauh lagi. Ketua bahagian belum lagi menjadi satu kepastian. Akar umbi belum memilih lagi.

Ketua-ketua bahagian Selangor telah sebulat suara bersetuju memilih Pak Lah dan Najib sebagai gandingan 1 - 2 sewaktu pemilihan parti hujung tahun nanti. Ini berikutan sokongan daripada Pulau Pinang, Perlis, Pahang dan Terengganu yang diumumkan sejak 2-3 hari yang lalu.


Penulis takut pengumuman sebegini hanya akan melemahkan lagi persepsi rakyat terhadap keterbukaan dan demokrasi di dalam UMNO. Adakah pemimpin UMNO sedar apabila mereka bersuara, ianya memberi impak bukan sahaja kepada akar umbi UMNO tetapi juga rakyat jelata?

UMNO harus sedar bahawa hampir 50% daripada jumlah pengundi di PRU 12 memilih pihak pembangkang. UMNO harus melihat ini sebagai satu petanda, dan bukan berpegang kepada kuasa di Parlimen sahaja. Jika UMNO meneruskan dengan pandangan sempit tanpa menghiraukan suara rakyat jelata, maka ia akan terus semakin tidak relevan.

Keputusan ketua-ketua Bahagian ini sebenarnya menentukan nasib seluruh rakyat Malaysia, kerana presiden UMNO akan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Ini bukan setakat isu UMNO sahaja, tetapi isu Negara. Jadi pemimpin harus melihatnya dari konteks Malaysia juga, bukan setakat kepentingan UMNO. Sedarlah bahawa kepimpinan UMNO itu sama dengan kepimpinan Malaysia.

Anwar Buat Laporan

Anwar Ibrahim hari ini membuat laporan di Pejabat Agama Wilayah Persekutuan mendakwa Saiful Bukhari membuat tuduhan palsu. Mengikut undang-undang Syariah, jika Saiful gagal menunjukkan 4 saksi terhadap kegiatan liwat itu, maka beliau boleh didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman. (The Star)

Satu lagi taktik bijak dari DSAI yang tidak membawa kepada apa-apa penyelesaian sebenarnya tetapi memainkan emosi rakyat. Beliau tahu Saiful tidak akan dapat menunjukkan 4 saksi, dan dengan membuat laporan ini beliau menunjukkan beliau "tidak bersalah" di kalangan orang Islam.

Tetapi kebenaran masih samar-samar. Khabarnya, bukti semakin bertambah terhadap DSAI. Entahlah.

PAS Pun Tak Setuju dengan Protes

Protes Tersasar: Nik Aziz
PR Kasar Terhadap Wartawan - Malaysiakini

3 ulasan:

abe MIE 'TERJAH' berkata...

salam...

PAS dah nampak tak boleh sabar lagi dengan karenah PKR.. kenapa? Bila orang tanya kerjasama dengan UMNO, PAS tak mahu, sekarang tersempit pula...


pkrpaspdap.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

salam...
nampaknya ada kelompok2 yg tidak sabar untuk menyatakan sokongan. tetapi tidak tahu bahawa mereka juga akan bakal kehilangan sokongan dari rakyat sendri. terfikir oleh saya kenapa mereka yg meraih undi dari rakyat ini mampu membuat kenyataan sedemikian tanpa merujuk pada kehendak rakyat sendri, yg majoritinya menolak DSAAB sebagai PM, apatah lagi sebagai Presiden UMNO?
saya berharap pada UMNO yg lain jgn la semborono menyatakan sokongan. mintalah pandangan rakyat yg telah memilih anda. bukan mengampu membabi buta untuk kepentingan diri sendiri. saya percaya masih ada UMNO yg relevan seperti UMNODU. dan harap banyak lagi UMNODU akan wujud untuk kita sama2 menyelamatkan Malaysia dari tercemar maruahnya.
sedih juga bila pergi ke negara luar, mereka menghina Malaysia sebagai negara yg bergolak dan lemah dalam pentadbiran. dan perbandingan dgn zaman TDM dengan kepimpinan sekarang adalah amat jauh sekali. saya sendiri kadangkala sudah malas nak fikir pasal politik. kerana tiada penyelesaiannya selagi kesombongan para pemimpin dan ego mereka masih tebal. walhal, rakyat, ekonomi negara, ketenteraman dan kestabilan dalam negara semakin tidak menentu. seolah2 kita menuju darurat. dan yg pasti dan jelas, para pemimpin tidak nampak semua ini. yg nampak, bagaimana mereka nak mengekalkan kuasa yg ada meskipun kepimpinan mereka dkritik dan dicemuh. yg terbeban adalah rakyat, yg senang pemimpin itu sendiri.
fikir2kan la....

sujini berkata...

Suara akar umbi UMNO DU,

Adakah bahagian DU ini baru ditubuhkan?
Kalau ya, munkin serangan maladi koro
belum menular lagi.
Jadi UMNO DU boleh membuat perubahan
yang drastic.
Ketua-ketua bahagian UMNO yang lain,
yang dah veteran telah lama mengalami
penyakit ini.
Oleh sebab itu telah ada pencalonan
untuk jawatan Presiden dan naib
Presiden walaupun belum ada mesyuarat
cawangan mahu pun bahagian.
Saya ada dua cadangan ;


1. Biar rakyat yang memilih siapa
yang patut jadi PM dan bukan
tertaklok kepada ketua-ketua
cawangan, bahagian dan para-para
perwakilan ketika pemilihan jawatan
tertinggi UMNO diadakan.

2. Bersihkan UMNO dengan membuang akar
umbi yang mengamalkan budaya " kick
back" apabila setiap pemilihan
calon diadakan.

Selagi UMNO penuh dengan akar umbi
yang mengamalkan "you scrtach my
back I scratch your back" ini
lambat laun UMNO akan pupus.

Wassalam.