Sabtu, 5 Julai 2008

Antara Protes dan Penyelesaian

Macam-macam boleh jadi dalam seminggu. Esok (Ahad) mungkin melihat satu lagi peristiwa besar di Malaysia. Protes kenaikan harga minyak yang dijadualkan bermula jam 10 pagi di Kelana Jaya dijangka bertukar menjadi Perhimpunan Menyokong Anwar Ibrahim.


Malah, penulis berani meramalkan bahawa majoriti yang hadir akan berucap dan mendengar tentang isu yang lain selain daripada harga minyak. Berapa banyak masa yang akan diluangkan untuk menerangkan realiti pasaran dunia? Berapa masa yang akan dihabis memberitahu jumlah eksport dan penggunaan minyak Malaysia? Apakah strategi pengurangan minyak yang akan dikongsi bersama?

Kerana jelas kelihatan bahawa janji untuk menurunkan harga minyak pasaran semakin sukar untuk diterangkan PR terutamanya Anwar Ibrahim. Jika strategi maha agung untuk mengembalikan harga asal minyak hanyalah dengan mengambil alih kerajaan, maka rakyat bakal dikecewakan.


Itu bukan penyelesaian ekonomi, tetapi penyelesaian politik!

Walaubagaimanapun, penulis risau melihat penglibatan tentera di dalam usaha mengawal sebarang perhimpunan awam. Kuasa tentera haruslah dihadkan hingga ke tahap yang mengancam keselamatan negara, bukan keselamatan kerajaan daripada ancaman kejatuhan politik. Jika tidak, apa bezanya Malaysia dengan negara-negara lain seperti Thailand dan Myanmar.


Kerajaan harus berhati-hati dan mengawal kenyataan yang keluar dari mulut agen-agen kerajaan kerana segala kata mereka kini boleh sampai ke telinga lebih ramai rakyat. Penulis juga bimbang dengan tindak balas Perdana Menteri yang berdiam diri tatkala rakyat menantikan kata-kata yang akan meredakan keresahan yang kini dirasai.

Dalam keadaan politik yang genting, dan ekonomi yang menuju ke arah kegawatan kritikal, adakah yang perlu menjadi kepentingan kepimpinan? Harap-harapnya bukan sekadar berkempen untuk Pilihan Raya Parti.

Sedarkah rakyat Malaysia bahawa BSKL tutup di akhir hari Jumaat pada kadar Januari 2007 yakni 1,134 mata. BSKL kini telah hilang segala kenaikan selama lebih setahun dalam masa beberapa bulan sahaja. Kenapakah ini penting? Apa kena mengena dengan wang untuk beli susu dan roti anda?

BSKL adalah satu penanda terhadap keadaan ekonomi dalaman dan luaran. Secara asasnya : Pelaburan dalam saham sesebuah syarikat dilakukan apabila pelabur melihat potensi di dalam syarikat tersebut. Dari aspek nasional, pelabur melabur di dalam Malaysia apabila ia melihat potensi keuntungan di Malaysia.


Jadi apabila BSKL hilang mata sebegini dan nilai-nilai ini dipindahkan ke negara-negara lain, ini bermakna pelabur telah menganalisa situasi dalaman dan merasakan bahawa potensi Malaysia semakin berkurangan.

Apakah langkah untuk menangani masalah yang semakin runcing ini? Adakah perhimpunan esok dapat menyatakan langkah untuk mengurangkan beban rakyat? Rakyat mahu lihat penyelesaian, bukan lagi sandiwara yang lebih bersifat peribadi.


Mungkin juga langkah terbaik untuk selesaikan semua masalah ini adalah melalui satu lagi Pengakuan Bersumpah/SD! Entahlah.

Renung-renungkanlah masalah ekonomi sekarang ini, kerana ia bakal membawa perubahan besar dalam cara hidup rakyat.

Bloggers yang protes dan meluat dengan situasi sandiwara masa kini :

Rockybru
Marina Mahathir
Jeff Ooi (ahli parlimen DAP)
Wong Chun Wai (editor kumpulan The Star)

PENGUMUMAN:

Mulai sekarang alamat rasmi blog ini adalah www.suaradu.com

Terima kasih kepada ahli-ahli UMNO D.U yang membantu menjayakan laman blog ini. Laman Web rasmi UMNO D.U akan dilancarkan tidak lama lagi.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Seawal penubuhannya,pengasas Umno Dato Onn telah melancarkan fitnah besar ke atas para ulama yang memperjuangkan kemerdekaan dengan melabelkan Hizbul Muslimin sebagai 'Bahaya Dari Gunung' yang dikaitkan dengan anasir komunis.Akibatnya parti Islam pertama itu diharamkan,Ustaz Abu Bakar Al Baqir dan pimpinan yang lain di ISA kan dan kemudian dibuang daerah ke Pulau Jerjak.Maahad Ehya As Syarif ditutup.

Angkara fitnah juga,Dr Burhanudin Helmy merengkok di dalam tahanan.Puluhan alim ulama keluar masuk ISA di zaman Umno sudah berkuasa sehingga ke hari ini,tanpa pernah dibicarakan.Bukan itu juga fitnah?

Lebih dahsyat lagi pada tahun 1985,Ustaz Ibrahim Libya dan anak muridnya difitnah sebagai penjenayah yang telah mengumpulkan senjata,membuat kubu di Memali sehingga memaksa pasukan polis sejumlah 3000 orang menyerang perkampungan yang serba dhaif dan membunuh 14 orang umat Islam yang tidak melakukan apa-apa jenayah.

Kemuncaknya pada 1998,apabila fitnah yang besar melibatkan konspirasi yang cukup tersusun melibatkan polis,badan kehakiman,media massa dan lainnya dalam memfitnah Anwar Ibrahim.Tapi malangnya Dolah baru tersedar apabila ,najis yang kotor terpalit di kepala Najib yang duduk di bawah dagunya.Persoalannya betul ke Dolah terkejut atau pura-pura terkejut ?Dolah dan Najib tidur satu kelambu,tak kan tak tau di mana kurapnya!

Tanpa Nama berkata...

Kami ingin menyeru saudara/saudari semua menyertai PAS KAwasan PJ Utara dan PAS Cawangan Damansara Utama.

PAS Cawangan DU ada seorang wakil di MPPJ manakala PAS PJ Utara ada 2 org wakil.

Oleh kerana kami dilatih dgn agama, tidak seperti UMNO, inshaalah kami akan lebih berkemampuan menyelesaikan masaalah tuan2 dan puan2.

Kami,inshaalah, tidak akan menjadi seperti UMNO PJ Utara semasa mereka memegang jawatan dlm MPPJ yang korup dan makan rasuah. Inshaalah.

Tanpa Nama berkata...

Wahai pas damansara utama,

Saya dan keluarga saya sebagai melayu muslim yang tinggal di Damansara Utama sejak roundabout tepi masjid tu diliputi pohon-pohon tinggi lagi, sama sekali tidak akan menyokong PAS di Damansara Utama selagi DAP bertakhta di sini dengan agenda anti-melayu dan anti-islamnya.

Walaupun BN serba kekurangan, suara dan dorongan dari UMNO dalam BN telah membantu saya dan rakan-rakan melayu saya di S.R.K.D.U dan S.M.D.J mendapat biasiswa untuk belajar di universiti. Sekarang DAP dan PKR bermaharajalela, sah anak-anak melayu di Damansara Utama akan hilang peluang ini.

Kami takkan dapat bantuan kemiskinan dari PKR, kerana tak cukup miskin. Kami tak juga sekaya orang bukan melayu untuk mampu menghantar anak ke tuisyen setiap malam dan membeli buku rujukan yang banyak. Kesederhanaan ekonomi orang melayu dan juga kepupusan orang melayu di Damansara Utama ini menjanjikan anak-anak melayu takkan dapat masuk ke universiti bila DAP dan PKR yang memegang duit. Tak kira seberapa kuat anak-anak melayu kami di DU ni belajar, mereka akan sentiasa berada di belakang, kerana ramai bukan melayu yang lebih mampu membeli pendidikan.

Wahai pas damansara utama,

Yang penting bagi saya adalah hakikat kehidupan saya dan masa depan anak-anak saya. Berita dan isu lain hanyalah igauan apabila nasib keluarga saya lebih nyata.

Yang penting bagi saya adalah UMNO telah BERTINDAK dan MENGUBAH HIDUP saya dengan memberi peluang belajar di universiti kepada saya, anak-anak saya, dan juga rakan-rakan melayu saya dan keluarga mereka di Damansara Utama ini, walaupun suara melayu sangat kecil di Damansara Utama.

Yang penting bagi saya, adalah selama MCA menguruskan PJ Utara, UMNO telah MEMASTIKAN yang MCA tidak lupa nasib keluarga melayu di PJ yang rata-ratanya hidup sederhana tetapi tidak mampu untuk maju tanpa bantuan.

Dengan DAP dan PKR di takhta, adakah PAS dapat menjanjikan TINDAKKAN yang sama bagi kami keluarga melayu Damansara Utama? Atau adakah PAS hanya sekadar menjanjikan kata-kata, dan akan membiarkan DAP dan PKR terus menghakis peluang melayu disini?

Selagi PAS tidak dapat BERTINDAK menjaga melayu DU, saya akan tetap bersama UMNO di DU.

Akar umbi UMNO Damansara Utama berkata...

Assalamualaikum (rasanya tak salah kalau sesama Muslim kita memberi salam...)

Terima kasih PAS D.U kerana mengambil peluang bersuara di blog ini.

Terima kasih juga kerana membangkitkan isu penglibatan anggota PAS di dalam MPPJ. Penulis cuma takut apabila dibalas nanti, terkejut besar pembaca tentang betapa "kuatnya" pengaruh PAS di MPPJ.

Kepada puitis, penulis amat berterima kasih di atas sokongan anda.Sedikit sebanyak anda memahami pengorbanan dan sistem demokrasi ala-Barisan Nasional.

Tetapi kami di UMNO juga mengakui masih banyak yang kami boleh usahakan dan lakukan untuk membantu anda mengharungi kehidupan yang kian mencabar.

Wasalam

Tanpa Nama berkata...

wahai puitis,

CUba tunjuk kat aku bila yang kat Damansara Utama ni pernah ada wakil rakyat UMNO?

Dan adakah kau cakap MCA tu lebih baik dari DAP?

KAu dah baca tak betapa Wong CHun Wai secara terbuka memburukkan ISlam dalam The Star? DAP tak kurang ajar pada Islam berbanding dengan MCA kau tau tak?

lagi satu, si Lim Guan Eng telah menaikkan elaun KAFA di PEnang, satu benda UMNO/Gerakan tak pernah buat.

Sudahlah, tak payah bersendiwara, kalau PAS bertanding kat DUN DU pun kau tetap akan pangkah dacing


Kalau dah UMNO tetap tak gheti

Tanpa Nama berkata...

puitis kata:

"Walaupun BN serba kekurangan, suara dan dorongan dari UMNO dalam BN telah membantu saya dan rakan-rakan melayu saya di S.R.K.D.U dan S.M.D.J mendapat biasiswa untuk belajar di universiti. Sekarang DAP dan PKR bermaharajalela, sah anak-anak melayu di Damansara Utama akan hilang peluang ini."


Wahai puitis, di alam mana kau sedang hidup ni? BN serba kekurangan? Sejak bila pulak ni?

Kelakar sgt bunyi luahan kau ni.

Lagi satu aku pun dapat biasiswa sampai pegi obersea lagi, siap buleh ckp omputih faseh.

Tapi aku tetap TOLAK BN pasal duit biasiswa aku tu bukan BAPAK BN yang punya. Itu duit rakyat.

Tanpa Nama berkata...

akar umbi kata

"Terima kasih juga kerana membangkitkan isu penglibatan anggota PAS di dalam MPPJ. Penulis cuma takut apabila dibalas nanti, terkejut besar pembaca tentang betapa "kuatnya" pengaruh PAS di MPPJ."

Saya rasa pengaruh PAS kuat atau tidak tidak menjadi isu sebab semua keputusan dibuat secara sebulat suara.

Jadi kalau ada yang nak buat maksiat, takkan dapat tembus sebab suara PAS ada.

YAng menjadi keutamaan skrg adalah membentras pusat2 judi haram di PJ dan menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang melarang orang Islam berjudi dan minum arak di PJ,

Dulu zaman UMNO kuat dlm MPPJ, apasal bersepah judi haram kat PJ ni? Heran ye.

Tanpa Nama berkata...

Juga diperbincangkan dlm MPPJ, bagaimana hendak mengembalikan semula beratus2 gerai kepunyaan Melayu yang telah dirobohkan oleh MPPJ bawah UMNO dulu kerana ingin memusatkan mereka di Medan Selera di S14 PJ.

Zaman UMNO pegang MPPJ dulu banyak org Melayu tak dapat meniaga. Habis gerai diorang dirobohkan.

Tu ke nama nak tolong Melayu???/

Tanpa Nama berkata...

Tak payah auta la.

Kitorang tahu cerita mcmana Ikhwan Salim dgn Kroninya melantak duit MPPJ, macmana dulu Datuk Ghazi dgn Raja Ropiah merompak duit MPPJ, cuba menipu org melayu kat PJ ni supaya pindah dari kampung diorang sebab tanah2 tu semua UMNO nak ambik nak jual kat Cina.

Kapten PJ Selatan tu lagi satu perompak besar org Melayu.

Tak guna punya bangsa kerja nak halai org melayu je sebab tanah setinggan diorang duduk dah naik harga.

Lepas tu semua tanah korang ali baba jual kat cina.

Semua cerita korang ni ada dlm poket kitorang. Lepas ni kitorang bongkar la satu persatu cerita UMNO dlm MPPJ dulu,inshaalah.