Selasa, 29 Julai 2008

Kepimpinan Tidak Memahami Kami

Kecoh sekejap alam siber dengan kisah laporan “bocor” dari Hospital Puswari mengenai saudara Saiful dalam Anwar’s Sodomy Saga. Pendedahan laporan tersebut dilakukan sehari selepas Anwar menyatakan hasratnya untuk bertanding di Kulim. Mungkin satu kebetulan, tetapi masanya cukup strategik buat Anwar.


Sebenarnya isu ini adalah lebih besar dari isu kereta Mercedez, ataupun kisah “kerjasama” PAS dan UMNO, tetapi seperti biasa surat khabar utama mengetepikannya untuk propaganda lain.


Sedarkah pemimpin UMNO yang begitu taksub dengan isu PAS ini bahawa e-mel telah disebarkan kepada ribuan, malah jutaan, rakyat Malaysia mengandungi laporan Hospital Puswari yang menyatakan tiada kesan sodomi pada Saiful?


Persepsi rakyat cukup negatif terhadap kepimpinan UMNO sekarang. Masalahnya mereka masih lagi dibuai kereta mewah dan kontrak-kontrak.

Penulis tidak terkejut dengan laporan ini, kerana dari laman blog Malaysia-Today, Raja Petra telah lama mengatakan bahawa ada doktor yang merawat Saiful melaporkan tiada kesan koyak dan lain-lain bukti sodomi di peringkat awal pemeriksaan.

Penulis lebih terkejut bagaimana laporan ini boleh terlepas ke pihak ketiga. Dan implikasi daripada pendedahan ini tidak harus dipandang remeh oleh ahli-ahli UMNO, terutamanya kepimpinan.

Penulis tidak percaya bulat-bulat mana-mana pihak. Sifat skeptik penulis membuatkan penulis tertanya, “Adakah Saiful, jika benar ini dibuat-buat dan satu konspirasi, begitu bodoh untuk pergi mengadu kesakitan di bahagian dubur, tanpa memastikan sekurang-kurangnya ada bukti fizikal?”.

Kedua, jika benar ini semua konspirasi besar-besaran melibatkan pihak tertinggi dalam kepimpinan, cukup bodohlah mereka untuk menghantar Saiful ke hospital tanpa memastikan doktor yang “memeriksa” Saiful itu mengeluarkan laporan yang menyokong konspirasi ini!


Tetapi yang penting sekarang adalah persepsi rakyat. Dan rakyat ini tidak sebodoh yang disangkakan kepimpinan. Mereka boleh melihat, mereka boleh mendengar. Dari apa yang dilihat dan didengar, satu persepsi akan dibentuk. Jika sering mendengar dan melihat kelemahan kepimpinan dan bukti penyelewengan, lama-lama persepsi negatif akan menapak di minda rakyat

Tengku Adnan Cuba Menutup Hak Akar Umbi

Tergelak apabila membaca laporan Berita Harian mengungkap kata-kata Tengku Adnan yang menasihatkan kami, ahli akar umbi, supaya jangan sibuk mengekemukakan calon Majlis Tertinggi.


Apakah Tengku Adnan lupa hak setiap ahli UMNO yang termaktub di bawah perlembagaan UMNO.

FASAL 6
TANGGUNGJAWAB DAN HAK AHLI

6.2 Tiap-tiap ahli mempunyai hak-hak yang berikut:

6.2.1 Bercakap dan mengemukakan pendapat-pendapat dan mengundi di dalam
mesyuarat-mesyuarat parti.

6.2.2 Memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam parti

Ya, memang benar ini dipanggil peruntukan umum yang diatasi oleh peruntukan spesifik menyatakan bahawa pemilihan Presiden dan Timbalan Presiden bergantung kepada Bahagian.

Yang merisaukan penulis adalah persepsi bahawa Bahagian boleh bertindak tanpa mengambil kira pendapat dan cadangan Cawangan. Ini adalah satu “trend” yang telah lama dipupuk di dalam UMNO sehingga peringkat cawangan lumpuh dan tidak berkuasa.

Walaubagaimanapun, tiada peruntukan yang menghalang cawangan daripada mengeluarkan apa-apa usul berkenaan isu pemilihan Majlis Tertinggi. Malah, seperti termaktub dalam Fasal 17.5.1, tugas pertama Persidangan Cawangan adalah membincangkan dasar parti untuk dikemukakan kepada mesyuarat Perwakilan Bahagian.

Jadi secara tidak langsung ini membenarkan cawangan mengeluarkan usul berkenaan parti untuk dibawa ke Peringkat Bahagian oleh Perwakilan Cawangan. Bahagian sepatutnya pula mengambil langkah mengambil kira usul-usul ini, dan mendengar kata-kata di peringkat Cawangan.

Sebaliknya pula berlaku sekarang apabila Bahagian sudah awal-awal mengumumkan sokongan sedangkan persidangan peringkat cawangan belum selesai. Gunakan akal fikiran anda sama ada ini logik atau tidak.


Jangan terima penindasan sebegini begitu sahaja. Jangan sampai kita dilihat sebagai lemah dan lembik.


Tengku Adnan juga harus berterima kasih beliau masih lagi memegang jawatan kerana pembabitan beliau dalam kes VK Lingam telah banyak menjatuhkan kredibiliti kepimpinan.




PENGUMUMAN:

Laman web rasmi UMNO cawangan Damansara Utama kini beroperasi di www.umnodu.com

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tengku Adnan can go to hell!

Tanpa Nama berkata...

Jangan diabaikan perjuangan.

Tanpa Nama berkata...

teruskan dengan agenda umno...
rebutla jawatan sehingga pihak tertinggi walau apa cara sekalipun...
peluang hanya datang sekali...
org2 lame yg rekod buruk pun bagi dia bertanding...
jgn abaikan mereka..jasa meraka banyak menghabiskan duit rakyat...

ermmm...rakyat pulak:
1. minyak naik...
2. harga brg naik...
3. tambang bas naik...
4. kadar jenayah naik...
5. inflasi naik...
6. nilai matawang jatuh...
7. jenayah naik...

bagusnya kerajaan...nak bantu rakyat dengan menaikkan segala benda...alasan..x dapat dielakkan...kenapa la banyak sangat melayu bengap dalam kerajaan ni... belajar pandai...ada master, phd... tapi otak kosong...cam kompang jek...bunyi kuat tapi kosong... pehni kita tgk pulak...sape yg bakal jatuh...

babiPAS-islamDAP berkata...

http://anwarpm.blogspot.com

betul...BN tak tahu buat apa-apa.

kita bagi yahudi tadbir negara semoga kita menjadi senang...'

Itu semua yang rakyat malaysia inginkan.

Tanpa Nama berkata...

sokong anwar ibrahim pm-6.
baik yahudi mentadbir negara. daripada melayu yg menjatuhkan maruah Islam mentadbir. dah la lemah dalam byk aspek, talam 2 muka, akal yg dangkal.

ade ke bag subsidi petrol kat teksi 700++ liter dapat meringankan beban rakyat. kekekeke... pakar ekonomi negara mane la yg diikut.

harap afrika yg amik bank negara tuh fkr masak2. takut lingkup pula ekonomi mereka macam malaysia.

politik makin kelakar...
hahahaha....