Selasa, 8 Julai 2008

Konspirasi Lagi? (Malaysiakini)

Apakah yang cuba dikatakan saudara Alak dari Carburetor Dung (ya, saudara yang sama tonggek punggung ke khalayak ramai) apabila membuat kenyataan, “Saya percaya insiden (di mana beliau dihambat dari pentas) dimulakan oleh 3 orang di depan pentas. Tapi saya rasa mereka ini bukan penyokong perhimpunan (PROTES) ini. Saya tidak kenal siapa mereka.” (Malaysiakini)

Ya, satu lagi taktik cuba menyalahkan orang lain. Kalau yang mengamuk, pasti saja orang Barisan, tapi kalau yang baik-baik, semuanya orang Pakatan. Logik: Kugiran anda main lagu jenis PUNK. Persembahan anda ada elemen “headbanging”. Rambut anda panjang macam perempuan. Lagu anda terjerit sini sana. Majoriti penyokong yang datang berbangsa Melayu. Ramai di antara mereka ahli PAS. Ramai juga yang membawa keluarga bersama.

Jadi apakah reaksi yang anda (dan juga si komunis/sosialis Hishammudin Rais) harapkan? Untuk orang-orang Melayu di sana turut melompat kegembiraan? Turut menjerit-jerit dan buat “mosh pit”? Senang cerita, ini adalah salah penganjur yang dalam keseronokan mencari kugiran menepati retorik, terlupa perasaan dan sentimen rakyat. Tutup buku.

Sementara itu, bacalah pendapat Singapore Straits Times bertajuk Reformasi, Populism – or more of the same?

Gunakanlah akal fikiran anda. Penulis memang setuju dengan pembasmian rasuah, dan pelbagai lagi janji Pakatan Rakyat yang berlandaskan prinsip yang logik dan untuk kebaikan rakyat. Masalahnya adalah pada janji-janji “grand” mereka seperti menurunkan harga minyak. Apa strateginya?

Fakta atau auta?

Geramm mengajak sejuta rakyat Malaysia turun padang 6 Julai yang lalu. Kehadiran di stadium Kelana Jaya dilaporkan 30,000. Ini bermakna peratus kejayaan adalah 3%. Ini fakta. Penulis tidak tokok tambah, tapi ini adalah fakta. Terimalah.


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

GERAMMM bertujuan nak turunkan harga minyak.

Harga Minyak naik sebab UMNO.

Tanpa Nama berkata...

So clever la u pas. UMNO so powerful ar can tingkat harga around the world.Like dat better I vote them la since so power!@

Olang bodoh ini macam la...

Samwan berkata...

hmmmm.. sapa yg mula pukoi budak tu. itu pun patut dipersoalkan. musang banyak berbulu ayam

aku masih ingat peristiwa di Kg Baru masa tengah hangat reformasi dulu. satu kampung baru kena kawal, tak bole keluaq tak boleh masuk. cuma polis saja yg boleh masuk.

yang peliknya esok tu keluaq dalam Akhbar kegemaran ramai, Utusan Meloya, kata pihak yg berdemonstrasi buat bom petrol la, itu la ini la.

sapa yg buat bom petrol tu aku tak tau la. tapi yang pasti, POLIS FRU yg sebenarnya yg buang motor motor dalam longkang.

kesian betoi sapa punya motor tu. TZM lagi tu.. haha.. yg tu sahih. ramai yg nampak

macam mana la aku nak percaya Utusan Meloya tu. kepada yg belum nampak.. celik mata ya.

itu salah satu sebab aku hilang percaya dgn Polis.

p/s: Jom main polis sentry

Tanpa Nama berkata...

The buck doesn't stop here; it just keeps falling

So, Umnodu, what is the alternative economics plan coming from Dr Mahathir? as i was a ahli seumur hidup until i decided to follow drM. Kubur menanti kami dengan dada terbuka - haaah!

Alhamdulillah. I follow the one who gives me my economics on a gold platter.

Salaam

Tanpa Nama berkata...

Alak salah audien. Hisham pun satu, dah tahu ada PAS lagi nak bawak band punk. Memang kena la.

http://dunia-politik.blogspot.com