Khamis, 17 Julai 2008

Semoga Kebenaran Diterima Semua

Sebagai warganegara Malaysia, tanpa mengira bangsa dan pegangan politik, penulis mempersoalkan tindakan polis menahan Anwar Ibrahim semalam dengan menggunakan kuasa yang berlebihan.


Adakah mereka tidak sedar bahawa tindakan tersebut akan mengapi-apikan lagi teori konspirasi dan menaikkan kemarahan rakyat? Ya, penulis bersetuju bahawa ini adalah kes jenayah, dan memandangkan waran tangkap sudah dikeluarkan, polis mempunyai hak untuk menangkap Anwar. DS Anwar tidak harus dilayan lebih daripada seorang rakyat Malaysia.

Tetapi realitinya adalah tindak tanduk polis terhadap DS Anwar tidak akan dilihat sama seperti kes-kes jenayah seksual yang lain. Polis juga mempunyai tanggungjawab untuk mengimbangi kepentingan kes jenayah ini dan keselamatan dalam negara. Risiko satu lagi rusuhan dan pemberontakan hasil daripada tindakan polis harus diambil kira.


Pada pendapat penulis, jika benar DS Anwar mengubah fikiran dan tidak mahu melaporkan diri ke IPKKL, polis tidak akan rugi jika Anwar gagal muncul pada jam 2 petang. Pemantauan 24 jam ke atas Anwar akan memastikan beliau tidak boleh melarikan diri.


Adakah pihak polis risau DS Anwar akan melarikan diri daripada puluhan anggota SB yang sedang mengekori setiap pergerakan dan tindakan DS Anwar, ahli keluarga dan rakan-rakannya? DS Anwar bukan seperti P.I Bala yang boleh lenyap keluar Malaysia tanpa diketahui umum.

Atau mungkinkah pihak polis risau DS Anwar akan mengajak wartawan berkampung di rumahnya sementara beliau enggan menyerahkan diri kepada polis? Mungkin polis risau kejadian 1998 berulang semula apabila gambaran komando menyerbu rumah DS terpampang di serata dunia.

Tetapi di akhir hari polis harus menerima hakikat bahawa semakin lama Anwar mengelakkan diri daripada proses penyiasatan, semakin beliau berdalih-dalih daripada menyerahkan diri daripada polis, semakin beliau mengurungkan diri, semakin rakyat menjadi mual. Tanda tanya akan mula timbul tentang kebenaran dan kejujuran DS Anwar. Keengganan beliau boleh dijadikan bukti karekter di dalam perbicaraan.

Dan yang lebih penting, di mahkamah rakyat, DS Anwar akan kelihatan lebih bersalah. Malangnya peluang itu telah dibuang begitu sahaja kerana kegopohan. Yang untung adalah DS Anwar dan penyokong Pakatan Rakyat.

...

Penerangan

Timbul beberapa persoalan dan komen dari pembaca di blog-blog lain yang telah menunjukkan kedangkalan pemikiran dalam ketaksuban menyokong DS Anwar. Bukan semua penyokong DS Anwar yang dangkal, dan bukan semua ahli UMNO bijak pandai.

1. Polis salah kerana menahan Anwar sebelum 2 p.m

Ya, Anwar telah berjanji akan muncul jam 2 petang, sepertimana juga beliau pernah berjanji untuk muncul Isnin lalu tetapi tidak juga muncul. Tetapi perjanjian antara polis dan Anwar tidak lebih dan tidak bukan satu perjanjian mulut, dan kesalahan polis dalam menahan Anwar adalah kesalahan moral, bukan kesalahan substantif mahupun kesalahan prosedur. Ini kerana waran (ironik kerana waran=anwar) tangkap terhadap Anwar telah dikeluarkan mahkamah kerana kegagalan Anwar menetapi janji sebelum ini.

2. Anwar tidak mungkin meliwat Saiful secara paksa

Jenayah liwat terbahagi kepada dua - tanpa paksaan (di bawah S.377B) dan secara paksaan (di bawah S.377C). Jenayah liwat diterangkan di bawah perkara "Persetubuhan Bertentangan Dengan Aturan Tabii" (s.377A). S.377D pula bertajuk "Melanggar Kesopanan" di mana mana-mana lelaki yang melakukan malah mencuba untuk melakukan apa-apa perbuatan lucah melampau dengan lelaki lain boleh dijatuhkan hukuman.

Jadi jelas bahawa skop perbuatan liwat ini boleh jatuh dalam mana-mana Seksyen yang disebut di atas. Sama ada rela atau tidak perbuatan itu tetap jenayah. Paksaan boleh dibuktikan bukan sahaja dari segi kekuatan fizikal, tetapi juga status pemaksa dan situasi keadaan. Malah, kalau mengikut S.377D, setakat cubaan untuk meliwat juga boleh dikatakan satu kesalahan.

Adil atau tidak undang-undang ini bukan menjadi persoalan.

3. Kenapa tidak tangkap Datuk Seri Najib?

Soalan cepu emas dan yang telah banyak digunakan sebagai bukti polis bersikap berat sebelah. Dari segi pandangan objektif, ada beberapa perbezaan ketara antara situasi Anwar dan situasi Najib.

Tuduhan terhadap Najib dilakukan melalui sebuah Pengakuan Bersumpah, bukan laporan polis. Walaupun begitu, polis tetap mempunyai kuasa menyiasat. Tetapi bagaimanakah untuk menyiasat Pengakuan Bersumpah yang bersifat hearsay, tanpa bukti dan saksi sokongan. Rosmah telah disoal siasat dan polis telah mendapat kerjasama daripada semua yang disebut dalam SD tersebut.

DS Anwar diberi peluang yang sama untuk bekerjasama, tetapi enggan. Jika Najib dipanggil untuk disoal siasat, dan kemudian beliau enggan, sepertimana Anwar, baru kita boleh samakan situasi mereka.

Malah, hari ini pembuat SD tersebut, Raja Petra, telah ditahan di bawah Seksyen 500 yakni memfitnah. Ini adalah lanjutan daripada siasatan dakwaan Raja Petra terhadap Rosmah di dalam Pengakuan Bersumpah yang disebutkan di atas. Ini bermakna polis mendapat bukti hasil dari siasatan bahawa Pengakuan Bersumpah tersebut tiada kebenaran dan bersifat fitnah.


Adakah logik untuk menahan seorang lelaki di atas tuduhan yang dikatakan palsu dan fitnah?

...

Persoalan (hipotesis)

1. Polis mempunyai bukti forensik terhadap anda
2. Polis perlukan bukti DNA dari anda untuk mengesahkan kesahihan bukti forensik
3. Anda mengaku tidak bersalah
4. Apakah yang akan anda lakukan?


...

1. Penulis menyeru agar kerajaan mengambil pakar penyiasatan dari luar negara untuk mengkaji sebarang bukti. Malah, penulis menyeru agar kerajaan menggunakan khidmat Pendakwa Raya Khas yang bukan dari Jabatan Peguam Negara.


2. Penulis menggesa agar IGP Musa Hassan dan AG Gani Patail mengambil cuti dari tugas atau digantung dari tugas sehingga penyiasatan BPR terhadap mereka selesai.

3. Akhir sekali penulis berharap agar DS Anwar bersetuju untuk memberikan kerjasama penuh kepada polis dan pihak penyiasat.



Sejujurnya penulis berdoa agar episod ini diselesaikan secepat mungkin dan buat kali terakhir secara konklusif, tidak kiralah siapa yang berjaya di akhirnya. Kerana di akhir hari rakyat yang merana di bawah situasi tidak stabil ini.

...


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

there fire already lit in every single of the citizen of malaysia. the government just keep on pouring the substance to makes the flame bigger. just wait for the right time or right moment to burnt all the munafik and unhumanity people. just wait.... better die for a better future rather than keep on silence to the wrongness and evilness...

abe MIE 'TERJAH' berkata...

Apa yang abe MIE hendak beritahu ialah seorang sahabat katakan bernama 'A' memberitahu yang Anwar nie memang suka MELIWAT SEJAK DI UNIVERSITI MALAYA lagi. Tapi pada masa itu siapa yang hendak percaya? Abe MIE bertanyakan kepada si A, kenapa dia boleh kata sedemikian sedangkan dahulu jenayah liwat, rakyat Malaysia masih tidak tahu apa-apa!!!


Hanya Allah saja yang tahu kebenaran. Pening dengan Anwar sekarang. Sokongan Keling yang pintar dan ingin menjadi YB nanti menyebabkan masalah ini menjadi sebenar-benar masalah dikala tiada pelaburan ke Malaysia dan perbehentian kerja berleluasa.

pkrpasdap.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

1. Penulis menyeru agar kerajaan mengambil pakar penyiasatan dari luar negara untuk mengkaji sebarang bukti. Malah, penulis menyeru agar kerajaan menggunakan khidmat Pendakwa Raya Khas yang bukan dari Jabatan Peguam Negara.

2. Penulis menggesa agar IGP Musa Hassan dan AG Gani Patail mengambil cuti dari tugas atau digantung dari tugas sehingga penyiasatan BPR terhadap mereka selesai.

3. Akhir sekali penulis berharap agar DS Anwar bersetuju untuk memberikan kerjasama penuh kepada polis dan pihak penyiasat.


Baik sungguh dan logikal posting anda, UMNODU.
(bukan apa teringat tindak tanduk kerajaan dalam hal pulau batu putih yang mana hak negara terlepas ketangan Singapura - ini yang illogical. Yang heran chedet kita dok bising bab hal lama manakala tuduhan besar telah dibuat oleh anwar - fabrication of evidence)

Tanpa Nama berkata...

Lain kali polis kena sediakan permaidani merah dari rumah tertuduh ke balai polis untuk menyembah mereka memberi keterangan kepada polis. Ini baru namanya memberi hak kemanusiaan kepada semua tertuduh jenayah. Sediakan lokap 5 bintang d balai polis, lepas beri keterangan bagi sijil. Baru la adil.

Layanan ini mesti samarata samada tertuduh ada nama (popular) atau pun serial raper/murderer.

Tanpa Nama berkata...

setuju dengan tanpa nama. lepas ni polis kene ambil tindakan sebaik saje laporan dibuat tanpa memberikan keterangan pada yg dituduh. lepas tu, tgk camne nak selesaikan kes dengan cepat. ubah laporan supaya sesuai dengan maklumat yg didapat. terus buat pendakwaan dimahkamah. tapi kene la adil mcm tanpa nama ckp. tak kira la org tu popular, sakit, org tua, even org yg cedera parah pun perlu diberi layanan yg sama. kekekeke....

Tanpa Nama berkata...

MELAYU sama MELAYU bercakaran...org lain gembira bertepuk sorak, kelak negara tergadai,apa lah nasib org MELAYU, memprotes, menuduh, bakar bendera, buat rusuhan, memprotes dijalanan. Siapa yg salah atau benar bukan persoalan. Yg jadi persoalan, mengapa mesti nak jadi PM? gila kuasa kah kita? membantu rakyat ker namanya kalau yg matlamat utama adalah nak jadi PM...nak jadi penerintah. Akhirnya percakaran ini akan membuat pelabur lari...malang sungguh Bangsaku...malang sungguh Negaraku, bila ada golongan yg terdesak jadi opportunis meraih simpati rakyat yg sebenarnya keliru dan bingung. Rakyat yg ingat menyokong kerana nak bela nasib anak cucu kelak...tapi sebenarnya menghancurkan negara dan ekonomi dek kerana pelabur cabut lari ketakutan.
BEDAH GEBU

Tanpa Nama berkata...

Kepada UMNO DU,teruskan beri komentar yg tidak berat sebelah. Kami sangat kecewa dgn situasi politik Malaysia skrg yg penuh dgn pemimpin yg hanya kejar kekayaan,konspirasi,politik wang,rasuah daripada bekerja meringankan bebanan rakyat. Dlm kes DSAI,kita sbg rakyat bawahan hanya mengharapkan,jika benar segala tuduhan dan beliau menafikan atau sebaliknya mmg benar beliau difitnah,selayaknya biarlah Allah membalasnya di akhirat kelak.