Rabu, 30 Julai 2008

Jangan Main Belakang

Itulah agaknya mesej dari penyokong Anwar Ibrahim tatkala mendapat laporan dari seorang Dr. Mohamed Osman Hamid. Peminat fanatik Anwar makan bulat-bulat kata-kata saudara Raja Petra yang berangan-angan dimartabatkan sebagai “penyelamat” bangsa Malaysia.

Tetapi mereka seperti biasa tidak cukup objektif dalam menilai fakta, seperti juga sesetengah penyokong UMNO, dan mengetepikan pendapat dan pandangan yang bertentangan begitu sahaja. Inilah sifat sebenar sesetengah ahli pembangkang.

Pada mereka, kebebasan bersuara hanyalah apabila bersuara tentang kebebasan yang mereka perjuangkan, tetapi apabila berbincang tentang perjuangan kami, dianggap satu penindasan.

Berbalik kepada Anwar’s Sodomy Saga, di sini penulis ingin merumuskan kisah sensasi laporan seorang Dr. Mohamed Osman Hamid.
  1. Dr. Mohamed Osman Hamid adalah seorang GP (General Practitioner) yang bertugas di wad kecemasan Hospital Pusrawi (Malaysiakini)
  2. Beliau pernah aktif di dalam Regional Islamic Da'wah Council of South East Asia and the Pacific (RISEAP) pada awal 90-an (Malaysiakini)
  3. Anwar Ibrahim dituduh pernah aktif sebagai ahli majlis tertinggi organisasi tersebut pada waktu yang sama (Sumber Rockybru)
  4. Pada tarikh “nota” perubatan dibuat, Saiful datang mengadu sakit perut, dan kemudian sakit di bahagian dubur akibat disodomi
  5. Pada awalnya seorang doctor wanita yang merawat Saiful, tetapi ditukarkan ke Dr. Osman apabila Saiful mengadu tentang sakit di bahagian dubur
  6. Pemeriksaan visual dilakukan oleh Dr. Osman, dengan menyatakan bahawa tiada kesan luka, atau pendarahan di bahagian dubur.
  7. Pemeriksaan ini, mengikut beberapa pendapat (tidak dapat disahkan) doktor adalah pemeriksaan yang tidak lengkap, malah tiada pemeriksaan rapi dilakukan yang diperlukan untuk memastikan berlaku atau tidak sodomi (Sumber Stephen Doss)
  8. TRO Assault (Sodomy) yang bermaksud To Rule Out Sodomy yang diletakkan sebagai nota terakhir sebenarnya membawa maksud diagnosis sodomi harus diperiksa dengan lebih lanjut untuk mengetepikan sodomi, dan BUKAN diagnosis sodomi itu salah atau tidak berlakunya sodomi (Sumber Stephen Doss)
  9. Secara saintifik, sebarang pencabulan bahagian sulit tidak semestinya menyebabkan luka, pendarahan atau kekoyakan pada kulit
  10. Dalam erti kata lain, sodomi tidak ditentukan dengan pemeriksaan VISUAL sahaja oleh seorang doktor biasa yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang ini
Walaubagaimanapun, nota Dr. Osman ini boleh dijadikan bukti sokongan pihak DS Anwar Ibrahim, ataupun pihak pendakwaraya. Ini kerana konteks laporan ini dilihat secara berasingan daripada kronologi peristiwa melibatkan Saiful.

Kenapa Saiful pergi ke Hospital Pusrawi? Adakah kerana beliau sakit perut, dan kemudian menyedari kesakitan beliau itu kerana “aktiviti” luar tabii? Adakah ketika itu beliau membuat keputusan untuk membuat laporan polis? Semua ini hanya boleh diketahui apabila kes dibentangkan di dalam mahkamah. Buat masa ini, semuanya sekadar spekulasi sahaja.

PAS Setia Bersama PR tetapi...

Penulis melihat perkembangan “gabungan” PAS dan UMNO dengan rasa malu. Kenapa? Kerana UMNO kini terperangkap dalam mainan politik yang tidak boleh ditangani oleh kepimpinan. Kerajaan UMNO dilihat sebagai terdesak, sehingga membuat tawaran secara terbuka kepada kerajaan Perak.


Walaupun telah ditolak bulat-bulat oleh Menteri Besar Perak, UMNO masih tidak malu dengan Datuk Zahid Hamidi menjanjikan penambahan peruntukan pembangunan jika PAS bekerjasama dengan UMNO.

Ini menunjukkan bahawa ada juga golongan di dalam UMNO yang cukup hipokrit. Apabila desas-desus MP dari Sabah ingin melompat ke Pakatan Rakyat, pemimpin dengan tidak malu mengkritik dan menggelar mereka ini “pengkhianat”. Anwar pula dikatakan tidak “gentleman” kerana cuba menjatuhkan kerajaan secara ini.

Tetapi kini UMNO pula dengan terbuka melakukan strategi yang sama. Dan apabila tawaran telah dibuat, mereka kini terperangkap dengan strategi balas Nik Aziz. Tawaran Nik Aziz untuk menggabungkan kedua-dua parti untuk memperjuangkan Islam telah memeranjatkan kepimpinan UMNO. Pengumuman terbaru bahawa Nik Aziz ingin mengetengahkan undang-undang Hudud memerangkap lagi UMNO.

Adakah UMNO sedar jika ia berkongsi kuasa bersama PAS, maka ia juga harus mula melakukan perubahan drastik dalam corak pemerintahan parti dan kerajaan? Adakah UMNO bersedia untuk berjuang konsep negara Islam bersama PAS? Adakah ia bersedia untuk mengubah amalan parti yang dianggap tidak sesuai oleh PAS?


Di mana pula letaknya kepentingan parti-parti komponen lain dalam Barisan Nasional yang telah selama berpuluh tahun ini setia bersama UMNO, setia berhadapan ketidakpuasan kaum mereka sendiri kerana tindakan UMNO, kerana percaya bahawa UMNO akan kekal menjadi parti yang menyatupadukan kaum-kaum di Malaysia?

Penulis tertarik dengan pendapat Aniletto yang bertanya “adakah semua ini strategi PAS untuk menguatkan lagi kedudukannya di dalam Pakatan Rakyat?”

Kalau benar, bijak sungguh strategi PAS. Sebuah artikel di Harakah turut menjelaskan cabaran mendirikan kerajaan dalam Pakatan Rakyat. Antara contoh rasa tidak puas hati PAS adalah dalam pemilihan ahli-ahli Majlis Perbandaran di Selangor. Pembahagian ahli tidak mencerminkan komposisi demografi kawasan di mana walaupun kawasan itu majoriti Melayu, kerusi masih dibahagikan sama rata.

Ini adalah kesilapan atau lubuk kelemahan Pakatan Rakyat yang harus diselesaikan oleh Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat, tetapi malangnya pemimpin mereka masih lagi kemaruk ingin menjadi Perdana Menteri. Oh ya...pemimpin mereka pun khabarnya bukan sebenarnya ahli mana-mana parti dalam PR, setakat “penasihat” sahaja, jadi apakah status sebenar pemimpin Pakatan Rakyat ini?

Penulis sering menyarankan agar UMNO melihat kembali punca sebenar kekalahan dan kebencian rakyat terhadap mereka dan Barisan Nasional. Usaha sepatutnya bertumpu kepada pembetulan kelemahan di dalam parti, demi mengukuhkan posisi untuk masa hadapan.

Macam mana nak jemput orang ke rumah, kalau rumah itu sendiri semak dan kotor?

...

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

UMNO akan dihapuskan, dibinasakan dan jadi wap oleh orang Melayu sendiri. UMNO sudah tidak relevan.

Kerajaan di pimpin oleh kaki tidur dan dah tua pun gatal lagi. Timbalannya pun kaki pompuan. Kes khalwat ditutup terus. Yang lain-lain pun pencuri khazanah negara.

Secara ringkas, negara ini ibarat sekalung bunga dan pemimpin-pemimpin ibarat sekumpulan beruk. Jadi bayangkanlah nasib sekalung bunga ditangan beruk-beruk ni!

Tanpa Nama berkata...

/Kenapa Saiful pergi ke Hospital Pusrawi? Adakah kerana beliau sakit perut, dan kemudian menyedari kesakitan beliau itu kerana “aktiviti” luar tabii? Adakah ketika itu beliau membuat keputusan untuk membuat laporan polis? Semua ini hanya boleh diketahui apabila kes dibentangkan di dalam mahkamah. Buat masa ini, semuanya sekadar spekulasi sahaja./

tak mungkin najib tidak menasihati apa2 kepada saiful sempena pertemuan mereka di rumah najib beberapa hari sebelum saiful membuat laporan polis :)

musykil...

crower berkata...

Assalamualaikum,

1. Dari segi teori wujudnya "konspirasi" bahawa tuduhan ini sengaja diwujudkan, pada pendapat saya sekiranya ada "konspirasi", mengapakah Saiful pergi ke Pusrawi untuk mendapatkan rawatan terlebih dahulu ?

2. Sekiranya semua ini merupakan perkara yang terancang, mengapa tidak Saiful terus membuat laporan polis dan menjalani pemeriksaan perubatan di pusat perubatan kerajaan ? Mengapa perlu Saiful pergi ke Pusrawi dalam keadaan bahawa beliau menyedari (sekiranya benar ada konspirasi) bahawa tiada perbuatan liwat dilakukan terhadap beliau ?

3. Saya sengaja membangkitkan isu ini kerana saya memang menjangkakan bahawa umum akan membuat kesimpulan tentang kes ini berpandukan kepada laporan perubatan Pusrawi.

malayamuda berkata...

NST 31st Julai MS 4

" Saiful Buhari Sakit Perut "

Sejak biler apabile kite sakit perut bontot dan pantat di periksa ?

Tipu pun tak tau nak tipu. Bodoh betul beruk2 UMNO nih

Kalau seorg gadis sakit kaki, apakah betul doktor memeriksa buah dada nyer ?

Tanpa Nama berkata...

what specialist is needed by Puswari????

these shitheads dont know what the hell to do, this is the first time i heard of specialist sodomy examination……u know why???

i would bet since 1957 Merdeka, DSAI is the second male-male sodomy accused!!! they where got experience?

whos the first? Him ALSO!!!!! and thats proven trumped up!!!!

Tanpa Nama berkata...

Now, heres what i dont understand. If UMNO were really sincere, why dont they offer to merge with PAS in the states where they control! and give up the Mentri Besar-ship to PAS. Say in Johor, Negri, Trengganu , Melaka or Pahang?

Why does it have to be in states held by Pakatan? states like Perak and Selangor ??? Why? Why??? Why??? Why???

You can tell here its because they want to create a backdoor opening back into power, PAS should ask those UMNO dogs to join up first in those states and ask UMNO dogs to give them the Mentri Besar post and see what happens……those UMNO dogs will laugh in their faces!!!!!

they will never give up their own states, wake UP PAS!!!!!

Unknown berkata...

Tanyalah mana-mana negara ada ke tak Sodomy Specialist! Suruh GM/ Health Director of Hospital Pusrawi pakailah otak sebelum bercakap! Jgn nanti sampai makhamah, kena tempereng oleh peguam macam budak sekolah!

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) berkata...

MINTA ANUAR DAN SAIFU SELESAI LUAR MAHKAMAHLAH... BUANG MASA. MARI KITA MUQABALLAH MAKMURKAN MALAYSIA NI.